Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 30 April 2012

Full Video : Bersih 3.0 : Dari Jln Raja Laut Ke Dataran Merdeka Oleh Tinta Hijau DKB





Kumpulan Peserta himpunan Bersih 3.0 yang diketuai Naib Presiden Pas YB Mahfuz Omar berarak dari Jln Raja Laut ke Dataran.Video dirakam sebelum tindakan keras keatas peserta Bersih 3.0.

Apa yang berlaku selepas itu tidak dapat aku rakam kerana kamera kehabisan bateri (Bateri spare tertinggal kat hotel).Kealpaan sendiri yang amat aku kesalkan...

Video : Bersih 3.0,Kenyataan Media Tok Guru Nik Aziz




Ulasan mengenai Bersih 3.0 oleh YAB. Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz B. Nik Mat..

Sabtu, 28 April 2012

Video : Suasana Malam Berhampiran Dataran Merdeka Menjelang Bersih 3.0




Suasana berhampiran Dataran Merdeka pada jam 12.30am 28/04/2012 yang sempat aku rakamkan menjelang himpunan duduk bantah Bersih 3.0...

Jumaat, 27 April 2012

Gambar : Suasana Terkini Di Dataran Merdeka



Suasana terkini di Dataran Merdeka menjelang himpunan duduk bantah Bersih 3.0 esok...

Bukan Islam Pun Minat Ceramah Ust Azhar Idrus

Untuk besarkan KLIK imej

Alhamdullilah, bukan orang2 muda je suka dengar ceramah ustaz Azhar Idrus tetapi bukan Islam pun suka dengar ceramah ustaz.

Ada beberapa orang bukan Islam dikesan like page Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus .Salah seorang daripadanya pengguna FB yang bernama Chia Eric yang mengaku beragama Buddha.

Khamis, 26 April 2012

Gambar : Rakyat Malaysia Di Makkah Dan Madinah Lancar Bersih 3.0


Bersih 3.0 dilancarkan di perkarangan restoran D'Saji, Makkah hari ini
LANCAR...Bersih 3.0 dilancarkan di Masjid Nabawi, Madinah hari ini

MAKKAH: Gerakan untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia melalui Bersih 3.0 dilancarkan di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah hari ini.

Ia dilancarkan oleh aktivis Bersih 3.0 yang berada di kedua-dua kota ini hari ini, dua hari menjelang perhimpunan raksaksa di Kuala Lumpur 28 April ini.

Di Makkah, pelancarannya dibuat di depan restoran D'Saji milik Malaysia yang terletak dibangunan perniagaan di hadapan Masjidil Haram.

Kira-kira 20 rakyat Malaysia terlibat di majlis pelancaran itu. Hampir kesemua mereka memakai baju kuning berlogo Bersih 3.0 di samping menaikkan banner Bersih 3.0.

Di Madinah pula, pelancaran dibuat di dalam perkarangan Masjid Nabawi iaitu di bawah payung gergasi masjid itu.

Di sini, lebih ramai aktivis berkumpul iaitu kira-kira 30 rakyat Malaysia yang sedang berada di sana.Mereka juga memakai baju kuning Bersih 3.0 di samping menaikkan banner.Hrkh

Full Video : Ceramah Terkini Speaker Dun Kelantan Ust Nassuruddin Daud Di Besut




Ceramah Speaker Dun Kelantan Ust Nassuruddin Daud,di Kg Beris Pak Abu Jerteh Terengganu pada 23/04/2012.Ceramah anjuran Pas Kawasan Besut dengan kerjasama Pas Cawangan Beris Pak Abu..

Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ???

Saifuddin berkata beliau mengetahui butir-butir keahlian Umno Abdul Aziz dan Wan Ahmad. — Gambar fail

PETALING JAYA, 26 April — PKR mencabar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, menafikan dakwaan mereka masih memegang keahlian Umno bagi membuktikan mereka adalah berkecuali daripada mana-mana parti politik.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dipetik Sinar Harian Online berkata, mana-mana anggota SPR tidak seharusnya menganggotai mana-mana parti, dan bersifat berkecuali supaya tidak cenderung kepada mana-mana pihak.

Beliau membangkitkan perkara ini ketika desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam masa terdekat dan mempersoalkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.

Malah, Saifuddin turut menegaskan, pihaknya mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno — parti teras Barisan Nasional (BN).

“Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno (beliau). Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.

“Mereka patut lepaslah (keahlian dalam Umno), jangan ada sekelumit prejudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak kepada mana-mana parti politik,” katanya.

“Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno),” katanya dalam satu temubual eksklusif di pejabatnya semalam.

“Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Pas Shah Didakwa Di Mahkamah Syariah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah surau di Kapar, Klang, pada 16 Ogos tahun lalu.

Pertuduhan terhadap beliau dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Klang di hadapan Hakim Norafizi Fitri Ab Manaf pagi ini.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor dituduh mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor, dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Khalid dituduh mengajar tentang agama Islam tanpa tauliah di surau Taman Seri Sementa antara jam 10 malam hingga 11.30 malam.

Khalid diwakili oleh peguam Muhamad Burok, manakala pihak pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diwakili oleh Muhamad Saufi Mastorlani.

Mahkamah menetapkan 7 Jun ini bagi sebutan kali kedua kes tersebut dan Hakim membebaskan Khalid dengan ikat jamin RM1,500.

"Hari ini untuk pendengaran sahaja dan saya mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

"Mahkamah juga telah menetapkan pada 7 Jun nanti untuk sebutan kali kedua," jelas Khalid ketika dihubungi Harakahdaily.Hrkh

Video : Ceramah Berapi Chegu Bard Di Selayang


DBKL rampas baju Bersih 3.0 di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus melakukan gangguan apabila merampas baju Bersih 3.0 yang dijual di Dataran Merdeka, awal pagi ini.

Tindakan bersifat provokasi itu dilakukan sekumpulan penguat kuasa DBKL kira-kira jam 1.45 pagi ini.

“DBKL mula lakukan provokasi. Rampas baju Bersih 3.0 yg dijual di Dataran Merdeka.

“Gunakan undang-undang sesuka hati. Rampas hak rakyat sesuka hati. Dataran Merdeka jadi Dataran Penjajah!” tulis twitter rasmi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), awal pagi ini.

“Apa lagi yang mereka mahu sebenarnya?” tulis Presiden SMM, Mohd Safwan Anang pula.

Sebelum ini, KEADILAN percaya ada arahan dari pemimpin Umno BN supaya DBKL bertindak keras bagi menggagalkan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu ini.

Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kerajaan cuba lepas tangan dalam isu Bersih 3.0 dan memindahkan beban itu kepada DBKL yang menerima tekanan supaya menggagalkan acara Duduk Bantah tu.

“Kita tahu tindakan DBKL dan polis di bawah arahan kerajaan BN,” katanya kepada Keadilan Daily ketika diminta mengulas gelagat keras DBKL kebelakangan ini.Keadilandaily

Rabu, 25 April 2012

PRU 13 : Nurul Izzah pertahan kerusi Lembah Pantai

PETALING JAYA - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan bertanding mempertahankan kerusi Lembah Pantai jika diberi peluang oleh partinya, sekali gus menafikan desas-desus mahu beralih ke bahagian Permatang Pauh.

Wakil rakyat penggal pertama ini menyerahkan kepada pucuk kepimpinan untuk membuat keputuan muktamad tentang kerusi yang harus ditandinginya.

Nurul Izzah berkata, beliau bertanding di Lembah Pantai empat tahun lalu atas keputusan parti, dan dengan itu, "akan akur kepada sebarang keputusan parti" kali ini.

Bagaimanapun katanya, oleh kerana pengundi Lembah Pantai telah memberikannya kepercayaan pada 2008, beliau mahu meneruskan sumbangan kepada Lembah Pantai dan kekal bertanding di bahagian itu, salah satu kerusi dimenangani PKR dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

"Saya akan mempertahan kerusi Lembah Pantai, ya, saya sudah membuat persiapan untuk bertanding di Lembah Pantai, tetapi apa pun saya serahkan kepada parti untuk menentukan, Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun begitu... kami semua hanya askar, akan ikut arahan parti," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Nurul Izzah, anak perempuan Anwar, menewaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, tidak turun gelanggang PRU12 tetapi memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil yang diadakan Ogos 2008 selepas dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Permatang Pauh yang dikategorikan sebagai antara kerusi yang selamat buat PKR disebut-sebut akan ditandingi oleh Nurul Izzah.

Nurul Izzah berkata, beliau sudah bersedia untuk bertanding di Lembah Pantai, yang dilihat sebagai antara bahagian 'panas' pada PRU13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat, walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan dan halangan.

Salah satu rintangan yang dimaksudkan beliau ialah daftar pemilih yang diragui.SH

Tok Guru Nik Aziz Dan T Shirt Bersih 3.0


Tok Guru Nik Aziz dan t shirt Bersih 3.0.Anda bila lagi,dah beli ke.Dah bersedia ke turun Dataran Merdeka 28 April ni...

Rumah AJK Pas Pusat Disimbah Cat Merah

KUALA LUMPUR: Rumah AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman di Felda Ramun, Kulai, Johor disimbah cat merah oleh individu tidak dikenali, awal pagi tadi.

Mazlan berkata, perbuatan khianat itu disedari oleh isterinya yang belum tidur kira-kira jam 3.00 pagi tadi.Isterinya mendengar derap tapak kaki di luar rumah dan mengejutkan beliau yang baru melelapkan mata.

Apabila mereka keluar melihat apa yang berlaku kira-kira lima minit kemudian, didapati bahagian beranda dan kaki lima rumah telah disimbah cat merah.

"Malam tadi saya ada ceramah dan pulang ke rumah agak lewat."Dalam jam tiga pagi, saya baru terlelap, dan isteri saya belum tidur lagi.

"Dia terbau cat yang kuat dan terus kejutkan saya. Apabila kami tengok di luar rumah, bahagian beranda dan kaki lima dikotori cat merah (gambar) tapi kejadian itu berlaku sangat pantas," kata beliau kepada Harakahdaily pagi ini.

Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis hari ini berhubung kejadian itu.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat bagaimanapun yakin perbuatan khianat itu dilakukan oleh pihak yang tidak senang dengan perjuangannya dalam isu tanah dan Felda.

"Saya yakin ini merupakan satu usaha untuk menakutkan-nakutkan saya tapi saya tak gentar.

Video : Sekitar Demo Rampas Tanah Di Kuala Terengganu




Selasa, 24 April 2012

Pelakon Filem Bukit Kepong Jumpa Mat Sabu,Sertai PKR

Pelakon filem Bukit Kepong, Shamsudin Baslah bersalam dengan Mohamad Sabu

KLANG: Media Umno menobatkan kononnya Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menghina pengorbanan anggota polis ekoran peritiwa Bukit Kepong.

Namun, bagi pelakun filem Bukit Kepong sendiri, beliau tidak nampak itu yang dibuat oleh Mohamad bahkan kenyataan Mohamad telah memberikan implikasi baik kepada bekas-bekas polis yang selama ini terbiar.

Bahkan, balu anggota polis Bukit Kepong yang selama ini terbiar menerima pencen yang tidak pernah diterimanya sejak tahun 1962.

Baru-baru ini, pelakon filem Bukit Kepong arahan Datuk Jins Shamsudin itu, Shamsudin Baslah yang memegang watak Mata-Mata, Abdul Khadir b. Jusoh telah menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Beliau juga sempat bertemu dengan Mohamad Sabu ketika beliau dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat ketika berceramah di Taman Rakyat, Sri Andalas, Klang.

Bagi pemerhati politik, ia memberi tamparan hebat buat Umno BN yang kononnya memperjuangkan mangsa peristiwa Bukit Kepong.Hrkh

Gambar : Rampas Tanah,Ribuan Berdemo Di Kuala Terengganu




Kemana Wang Royalti Yang Diterima Terengganu?




SHAH ALAM, 24 APR: Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Terengganu dan Petronas perlu menjelaskan terma penyelesaian antara kerajaan negeri terbabit dengan Petronas dan Kerajaan Persekutuan apabila tindakan undang-undang berhubung tuntutan royalti minyak digugurkan pada 21 Mac baru-baru ini.

Tindakan Undang-undang yang dimulakan oleh Kerajaan Terengganu pada Mac 2001 itu telah berlarutan selama sebelas tahun ekoran keengganan Petronas dan kerajaan pusat meneruskan bayaran royalti apabila PAS berjaya merampas tampuk pemerintahan negeri itu dari Umno pada 1999.

Demikian menurut Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Saifuddin, ketiga-tiga pihak terbabit harus menjelaskan berapakan jumlah pembayaran yang diterima oleh Kerajaan Terengganu yang membolehkan satu penyelesaian luar mahkamah dicapai oleh ketiga-tiga pihak terbabit.

“Apakah terma-terma penyelesaian yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Terengganu, Petronas dan Kerajaan Malaysia yang membawa kepada tindakan penyelesaian di luar mahkamah.

“Berapakan jumlah bayaran sebenar yang akan diperolehi Kerajaan Terengganu hasil penyelesaian cara ini?

“Berapakah terimaan sebenar wang ehsan dan wang royalti yang diterima Kerajaan Terengganu mulai 2001 sehingga 2011 memandangkan perbedaan harga minyak dunia di antara USD20 sehingga USD100 setong di sepanjang tempoh tersebut,” kata Saifuddin.

Saifuddin turut menuntut penjelasan ke akaun manakah wang tersebut disalurkan dan adakah ia digunakan untuk membiayai projek-projek tertentu di Terengganu.

“Ke dalam akaun mana wang ini dimasukan, samada kumpulan wang disatukan kerajaan negeri atau digunakan terus untuk membiyai projek-projek seperti Monsoon Cup, Masjid kristal dan lain-lain,” ujar Saifuddin lagi.

Menurut Saifuddin, sebelum ini kerajaan pusat telah menghentikan pembayaran royalti minyak kepada Terengganu disebabkan dendam politik Umno dan Barisan Nasional (BN) apabila tewas di Terengganu pada pilihan raya tahun 1999.

“Rakyat seluruhnya sedia maklum dolak dalik kerajaan persekutuan terhadap isu wang ehsan dan royalti ini sebenarnya terbit daripada dendam politik Umno dan BN apabila tewas di Terengganu padu 1999 hingga 2004,” kata Saifuddin.

Saifuddin juga memberitahu rakyat Terengganu berhak mengetahui situasi sebenar isu ini memandangkan ianya melibatkan kepentingan rakyat negeri itu secara terus.TVS

Sabtu, 21 April 2012

[ Update ] Video & Gambar : Sekitar Himpunan Pra Bersih 3.0 Di Shah Alam



Bob Kuman Meninggal Dunia Satu Fitnah

KOTA DAMANSARA - Pelakon dan pelawak Husni Mohd Rawi atau lebih popular dengan panggilan Bob Kuman mengucapkan ‘tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya dia sudah meninggal dunia hari ini.

Katanya,  tersebut telah 'berjaya' menyebabkan semua rakan termasuk saudara maranya sedih."Berita ini fitnah, saya terima panggilan daripada rakan tentang perkara ini ketika hendak solat Zuhur 1 petang tadi," katanya sewaktu ditemui di rumahnya kira-kira jam 2 petang tadi.

Menurut  Bob Kuman, 40, tindakan melampau didakwa didalangi oleh orang-orang yang mahu mengambil kesempatan di atas kesusahan yang dialaminya ketika ini.

“Saya tidak mahu tuduh sesiapa tetapi saya yakin mereka yang ini sengaja menyebarkan berita palsu ini  untuk meraih simpati orang ramai dan berkemungkinan orang itu mungkin boleh kutip derma kilat jika berita saya meninggal tersebar,” katanya.

Mesej kononnya pelakon itu sudah meninggal dunia disebarkan menerusi laman mikro Twitter tengah hari tadi.

Justeru tegas Bob Kuman, dia kesal dengan penyebaran berita itu dan berharap pihak-pihak terbabit agar menyemak sumber  maklumat yang diterima sebelum disebarkan menerusi blog, laman sosial dan juga laman web.

Bukti !!! Dimana Umno Kuat Disitu Rakyat Merempat


Apa lagi yang mau dikata!!!!! 50 tahun Umno/BN jaga Johor hinggakan Johor digelar sebagai 'kubu terkuat' umno,tiang seri BN.

Rupa-rupanya betul lah macam yang diperkatakan ramai "di mana umno kuat, di situ rakyat merempat" mungkin hanya sebab 7 keluarga saja kot itulah sebabnya tak perlu di layan sangat.

Sumber dengan sedikit edit

Gambar : Tok Guru Nik Aziz Di Besut



Jumaat, 20 April 2012

Video : DS Anwar Lawat Mahasiswa Di Dataran Merdeka




Gambar dan artikel berkaitan DISINI

Wan Ahmad dicabar letak jawatan, tanding tiket BN

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mengulas bahawa sebanyak RM30 juta wang pembayar cukai perlu dibelanjakan sekiranya Selangor tidak mengadakan pilihan raya umum serentak dengan kerajaan pusat.

Beliau juga menasihatkan agar semua kerajaan negeri jangan bermain politik dengan wang pembayar cukai yang akan menyebabkan bajet tambahan, latihan serta persediaan yang lebih diperlukan.

“Bagi DPPM, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak sepatutnya mengulas soal pilihanraya berasingan di negeri Selangor atau pun tidak kerana itu bukan bidang tugas beliau dan SPR,” kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar).

Katanya, kenyataan seperti itu perlu dilontarkan oleh pemimpin parti politik seperti Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional.

Tambahnya, tugas SPR dan individu seperti Wan Ahmad adalah menjayakan pilihan raya mengikut tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau.

“Kenyataan ini menyerlahkan lagi belang beliau yang sebenarnya dan membayangkan seolah-olah beliau adalah Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang boleh memberikan pandangan politik terhadap mana-mana parti politik,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, DPPM hairan, mengapa kerajaan mengekalkan individu seperti beliau sebagai peneraju SPR.

Katanya lagi, kenyataan Wan Ahmad menambah curiga rakyat bahawa SPR adalah badan yang tidak bebas, serta masih terkongkong dengan pengaruh parti pemerintah.

Riduan menambah, ia mengesahkan lagi bahawa SPR sedang bekerja untuk memastikan kemenangan BN dalam PRU13 dengan pelbagai cara.

Gambar : DS Anwar Lawat Mahasiswa Di Dataran Merdeka



DBKL Tidak Benarkan Bersih 3.0 Berhimpun Di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR 20 April: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk berhimpun di Dataran Merdeka atas alasan program anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan bersifat nasional.

Pengumuman itu dibuat Bersih pagi ini selepas menerima surat rasmi dari DBKL kira-kira 11 pagi tadi.“Kami tetap meneruskan hasrat untuk berhimpun di Dataran Merdeka seperti dirancang dan kami tidak akan memohon semula atau membalas surat itu.

“Jika wujud halangan daripada pihak berkuasa termasuk DBKL dan polis pada 28 April ini, kami akan berbincang dengan baik bagi memastikan himpunan di Dataran diteruskan mengikut jadual,” kata Pengerusi Bersih 3.o, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Beliau berkata demikian selepas sidang media Bersih pagi ini di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Turut hadir, Pengerusi bersama Bersih 3.0, Datuk A. Samad Said dan ahli jawatankuasa NGO itu.DBKL sebelum ini menafikan menerima sebarang permohonan daripada gabungan NGO itu berhubung bantahan “Duduk-Bantah” mereka.Keadilandaily

Video & Gambar : Presiden Pas Ziarah Artis Bob Kuman Di Kediamannya



Khamis, 19 April 2012

Samseng Serang Mahasiswa Ditahan Polis


KUALA LUMPUR - ‎​Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung serangan terhadap mahasiswa dan aktivis yang berkhemah menuntut dimansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Dataran Merdeka awal pagi tadi.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan reman sehingga 24 April ini.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira 2.40 pagi, peserta yang tinggal dalam khemah diserang lebih kurang 30 lelaki berpakaian hitam.

Menurutnya, dua detektif polis yang berada di tempat kejadian mengalami kecederaan kerana cuba meredakan keadaan."Lima minit selepas kejadian, anggota peronda dari balai polis Dang Wangi bertindak meleraikan keadaan.

"Kita menerima enam laporan polis daripada pegawai polis, pegawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan peserta yang menyertai perkhemahan di Dataran Merdeka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mohmad berkata, seorang peserta cedera di mata kanan dan mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.Beliau turut menafikan kenyataan mengenai tindakan polis yang tidak melakukan sebarang tindakan ketika kejadian.

Menurutnya, sekiranya tiada tindakan daripada pihak polis, sudah tentu keadaan bertambah teruk dan banyak kecederaan yang dialami.SH

Video dan gambar mahasiswa diserang DISINI.Mahasiswa cerita saat2 ketika diserang DISINI

PAS arah semua ke Bersih 3.0

KUALA LUMPUR: PAS mengarahkan semua unit dibawahnya agar menggerakkan semua ahli dan penyokong parti Islam itu agar menyertai Bersih 3.0 28 April ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, semua dewan, badan perhubungan negeri, kawasan dan cawangan diarahkan agar menggerakkan ahli masing-masing.

Arahan itu selaras dengan keputusan PAS untuk menyokong sepenuhnya perhimpunan 'Duduk dan Bantah' Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka.

Perhimpunan ini diadakan ekoran kegagalan kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempersiapkan pilihan raya akan datang agar diadakan dengan bersih dan adil.

Jawatankusa Terpilih (PSC) Parlimen yang dibentuk juga didakwa gagal untuk menghasilkan yang terbaik untuk mempastikan pilihan raya akan datang bersih dan adil.

Semua usul yang dikemukakan PSC kepada Dewan Rakyat telah diluluskan tanpa dibahaskan.Laporan minoriti yang cuba dikemukakan anggota Pakatan Rakyat dalam PSC juga ditolak.

Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula dalam kenyataannya mendedahkan pegawai kanan kerajaan dan SPR terlibat dalam satu 'task force' bagi mendaftar warga asing sebagai pengundi dengan cara memberikan kad pengenalan biru kepada mereka.

Ia disifatkan pelbagai pihak sebagai sangat bahaya kerana ia umpama menjual negara untuk kemenangan BN.Hrkh

Video : Mahasiswa Di Dataran Merdeka Ceritakan Detik2 Ketika Diserang Samseng





Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 19/04/2012.Video dan gambar ketika mahasiswa diserang DISINI

Video & Gambar : Samseng Serang Mahasiswa Di Dataran Merdeka


Berterabur,antara barangan yang dirosakkan
Mahasiswa dan orang ramai berkumpul menceritakan detik-detik cemas, namun semangat mereka tidak luntur.

Penipuan daftar pemilih demi Melayu?

Semasa isu penipuan daftar pemilih dibawa ke kampung-kampung, kedengaran adanya usaha pihak UMNO mempertahankan amalan ini atas hujjah ianya dilakukan kononnya untuk menjamin kelangsungan pemerintahan dan kuasa politik Melayu.

Hujjah ini jelas satu pembohongan dan merupakan usaha terdesak UMNO untuk kekal berkuasa!

Sebenarnya yang ingin dipertahankan adalah penerusan kekuasaan UMNO dan demi itu mereka sanggup menipu rakyat dengan menggadaikan kedaulatan Negara.
Tindakan penipuan ini, termasuk persoalan menjual kerakyatan demi undi, adalah merupakan satu tindakan khianat yang wajib dikutuk semua pihak.

Sepertimana yang diketahui umum, semua calon-calon UMNO bertanding melawan calon Melayu juga, samada dari PAS atau PKR.

Oleh itu, jumlah kerusi yang akan dipegang oleh wakil rakyat Melayu tidak akan berkurangan. Ianya akan tetap sama.

Yang bezanya ialah yang pernah dipegang oleh Melayu UMNO akan dipegang pula oleh Melayu PAS atau PKR. Oleh itu persoalan kelangsungan pemerintahan dan kuasa politik Melayu tidak timbul.
Soal demi Melayu adalah hanya satu pembohongan sepertimana juga persoalan rasuah diambil demi Melayu! Kalau Melayu tidak ambil rasuah, nanti orang lain ambil!

Persoalannya sekarang ialah jenis pemimpin Melayu yang bagaimana yang ingin disokong oleh masyarakat Melayu di Negara kita ini? Melayu rasuah, perkauman, fitnah dan tidak amanah atau yang sebaliknya?

Sekiranya yang rasuah, perkauman, fitnah dan tidak amanah adalah pilihan hati sekalipun, ianya tidak merupakan hujjah untuk menyokong tindakan penipuan dan pengkhianatan yang sedang dilakukan UMNO dewasa ini berhubung daftar pemilih.

Video : Ucapan Mat Sabu Di Ceramah Countdown Bersih 3.0




Kg Baru Kuala Lumpur 17/04/2012

Rabu, 18 April 2012

Video : Masih bersama Umno tapi sokong Bersih 3.0



KUALA LUM
PUR, 18 April: Menjelang perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini, dua lagi tokoh di luar Pakatan Rakyat menyatakan sokongan terhadap usaha melakukan transformasi pilihan raya.

Meskipun mengakui masih bersama-sama Umno, namun anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar berkata beliau sudah tidak sanggup melihat sistem pilihan raya diperkotak-katikkan Umno BN semata-mata untuk mengekalkan kuasa.

Menyentuh mengenai isu pemberian kerakyatan kepada warga asing, Tamrin yang pertama kali muncul di pentas Pakatan Rakyat berkata, beliau sangat sedih apabila kerajaan sanggup 'menjual' negara kepada warga asing.

"Hari ini saya sedih kerana melihat begitu senang negara ini dijual kepada warga asing, semata-mata untuk menang dalam pilihan raya.

"Berpuluh ribu rakyat asing diberi kad pengenalan. Bermakna kita sanggup menjual negara kita ini semata-mata nak menang.

"Saya boleh nyatakan, kerana nak menang kita sanggup jual negara," kata beliau sewaktu berucap di Ceramah Countdown 10 hari Bersih 3.0 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi. (Gambar oleh Mohd Nasir)

Tamrin juga menyifatkan rakyat yang menyokong dan menggerakkan Bersih 3.0 sebagai wira kerana berjuang untuk membersihkan pilihan raya yang kotor.

"Tuan-tuan hari ini merupakan wira yang nak perjuangkan supaya negara kita tak terjual kepada rakyat asing.

"Kalau kotor kita kena buat apa?" Soalnya dan disambut laungan " Kena bersihkan," oleh kira-kira 2,000 yang hadir.Hrkh

PRU13: Selangor tidak bubar Dun serentak jika SPR gagal bersih daftar pemilih

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan agar Selangor tidak turut serta dalam Pilihan Raya Umumke-13 (PRU13) serentak bersama Kerajaan Pusat jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkan senarai daftar pemilihyang dipertikaikan pembangkang.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, petang ini.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika PRU13 diadakan dalam tempoh singkat ini, Selangor tidak akan turut serta selagi SPR tidak membersihkan senarai daftar pemilih.

Pada 17 November lepas, Abdul Khalid berkata, Dun Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun ini meskipun kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas
Jun 2012.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyatakan kesediaan untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen bagi menjimatkan peruntukan kewangan dan tenaga kerja.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula menyerahkan keputusan kepada kepimpinan parti untuk menentukannya.SH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....