Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 5 September 2009

Zamri lawan Nizar:Pas boleh tawan Bagan Pinang jika.....




Pakatan Rakyat sudah siap siaga untuk menempuh satu lagi pilihanraya kecil DUN N31 Bagan Pinang berikutan kematian penyandangnya sebelum ini.

Allahyarham Azman Mohd Noor merupakan ADUN BN meninggal dunia semalam akibat jangkitan dalam darah kira-kira jam 2.30 petang di Pusat Pakar Seremban.

Dalam Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) Azman telah menewaskan calon Pas,Ramli Ismail dengan majoriti 2,000 undi lebih.

ADUN Sikamat, Aminudin Harun ketika dihubungi oleh TV Antara berkata, jentera Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk berjuang dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dan mengharapkan proses pengundian berjalan dengan penuh ketelusan.

"Pilihanraya kecil yang akan diadakan di kawasan ini merupakan kawasan campuran di antara pengundi pos yang mana lebih kurang 50 peratus dan undi awam dalam 50 peratus. Jadi saya merasakan bahawa jika ada ketelusan, Pakatan Rakyat masih mempunyai peluang tapi kita khuatir jika tiada ketelusan, ini akan memberikan peluang yang lebih kepada Barisan Nasional lah" kata Aminudin Harun, ADUN Sikamat.

" Kalau kita lihat pada pilihanraya yang lepas, pengundi awam kepada kita cukup menarik iaitu kita menang tetapi apabila dicampur dengan undi pos, kita tewaslah.

Jadi, di sini memberi ruang kepada kita bagaimana pilihanraya itu akan diadakan.

Sama ada akan diadakan secara telus, atau pun kita akan lihat bagaimana ia akan diadakanlah" tambahnya lagi.

Menurut Aminudin, apa yang menjadi halangan kepada Pakatan Rakyat hanyalah tektik kotor yang mungkin digunakan oleh pihak lawan demi meraih kemenangan.

" Jadi saya merasakan bahawa pilihanraya ini memang cukup memberi satu tempat di mana kita terpaksa bekerja 200 kali ganda untuk memastikan kemenangan kerana dengan adanya undi pos yang terlalu banyak akan memberikan kesan yang banyak kepada Pakatan Rakyat" menurut Aminudin.

Sementara itu, ADUN Chuah, Chai Tong Chai pula menyatakan rasa terkejut beliau diatas kematian Azman sambil menyifatkan arwah seorang yang penuh hemah dalam menjalankan tugas beliau.

Namun apabila ditanya kepada beliau tentang persediaan Pakatan Rakyat untuk menempuh pilihanraya kecil dalam masa yang terdekat, ini jawapan beliau.

"Kita ada peluang besar untuk menang. Kita yakin sebab isu yang masih dikembangkan, yang ramai rakyat masih tidak berpuas hati seperti pentadbiran dan harga barang naik dan sebagainya, harga minyak pun sudah naik harga, nombor dua pula komposisi di sini pun nampaknya agak selesa untuk berbilang kaumlah. Jadi adalah peluang yang baik untuk Pakatan Rakyat".

Dengan kekosongan ini, kerusi N31 merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas PRU12 lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan Dun dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi Dun dalam parlimen tersebut ialah Chuah (PKR), Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR). -TVA

Zamri lawan Nizar:Tazkirah Dato' Hussam di N.Sembilan


TELUK KEMANG, 5 Sept: Para pemimpin dan petugas PAS Negeri Sembilan diperingatkan, jika mereka semua bergerak mengikut cara perjuangan para Nabi, tidak ada sebab mereka akan gagal dalam perjuangan menegakkan Islam.

Jika cara perjuangan Nabi dijadikan sebagai panduan, tiada sebab untuk kita tidak akan berjaya dalam perjuangan menegakkan Islam."

Ingatan ini diberikan oleh AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa semalam ketika memberikan tazkirah Ramadhan kepada mereka. Tazkirah ini diberikan selepas beliau bersama dengan pimpinan PAS Negeri Sembilan menghantar jenazah Adun Bagan Pinang, Azman Mohd Nor yang meninggal dunia petang semalam.

Perginya Azman bermakna PAS Negeri Sembilan akan menghadapi satu pilihan raya kecil kerana calon PAS telah bertanding di kerusi itu dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

PAS Negeri Sembilan telah menganjurkan majlis berbuka puasa petang semalam dalam usaha merapatkan saf dan untuk tahun ini, Teluk Kemang telah menjadi tuan rumah.

Majlis ini datang secara kebetulan dengan perginya Adun Bagan Pinang yang terletak di dalama kawasan Telok Kemang itu. Dalam pilihan raya umum lepas, Yang Dipertua PAS kawasan mereka, Rahim Ismail adalah calonnya.

ImageMajlis ini dianjurkan di Masjid Lama Teluk Kemang, Batu 7, Teluk Kemang. Lebih meriah majlis pada tahun ini turut dihadiri oleh AJK PAS Pusat dan EXCO Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, Timbalan Pesuruhjaya 1, Zakaria Khalim, Timbalan Pesuruhjaya 2, Mohd Taufek Abdul Ghani, Yang Dipertua (YDP) PAS Teluk Kemang, Ramli Ismail, YDP PAS Jempol, Abdul Rahman Ramli, Ketua Dewan Ulama, Hasan Alias, Ketua Dewan Muslimat, Fazilah Abu Samah dan Ketua Pemuda, Khairil Anuar Wafa.

Secara kebetulan oleh kerana Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Allahyarham Azman Mohd Noor meninggal dunia pada hari yang sama, maka rombongan pemimpin PAS telah bergegas ke tanah perkuburan sejurus berbuka puasa untuk memberi penghormatan terakhir.

Rombongan PAS merupakan antara pemimpin yang terawal sampai sebelum pemimpin Umno negeri lain tiba.

Selepas solat terawih, diadakan majlis tazkirah oleh Datuk Husam Musa. Beliau menyampaikan banyak contoh kisah para nabi yang boleh dijadikan sebagai panduan dan asas dalam kehidupan seharian.

Zulkefly dan Ramli juga memberi ucapan dalam majlis ini.

Zulkefly merakamkan terima kasih diatas kehadiran hampir 500 ahli pada majlis berbuka puasa ini.

"Semoga keberkatan Ramadan ini menambahkan kekuatan pergantungan kita kepada Allah," ujar Zulkefly.

Ramli pula mengucapkan terima kasih kepada PAS negeri kerana memberi peluang kepada PAS Teluk Kemang untuk menganjurkan majlis ini yang dapat merapatkan hubungan diantara ahli PAS Negeri Sembilan.

Ketiga-tiga pemimpin ini juga merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azman. _harakahdaily

Zamri lawan Nizar:Exco Terengganu tidak menghormati Muhyiddin

Oleh Zabidi Hj Saidi -

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melawat Terengganu Khamis lalu. Beliau menerima sambutan hangat di Kuala Berang dan Teluk Menara, Kuala Terengganu dan beliau diiringi oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Yang sedihnya ramai ADUN yang tidak hadir termasuk empat orang Exco. Exco dari MCA, Toh Seng Chai boleh dimaafkan kerana beliau bukan ADUN UMNO tetapi ketidakhadiran tiga orang Exco dari UMNO iaitu Datuk Mohamed Awang Tera, Khazan Che Mat dan Ashaari Idris tidak boleh dimaafkan. Kenapa mereka bertiga tidak menghormati Timbalan Perdana Menteri?
Kalaulah benar mereka bertiga kurang menyenangi Ahmad Said, sepatutnya mereka hadirlah untuk menghormati kedatangan Timbalan Perdana Menteri. Mungkin mereka bertiga ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan yang sudah dimaklumkan kepada Menteri Besar.

Jika mereka tidak hadir tanpa memaklumkan kepada Menteri Besar, wajarlah Ahmad Said mengambil tindakan kepada mereka. Sebagai Exco, ketua mereka adalah Menteri Besar. Jadi mereka kena patuh arahan Menteri Besar supaya mereka hadiri majlis Timbalan Perdana Menteri.

Khabarnya Khazan paling lantang mengkritik kepimpinan Ahmad Said dalam pertemuan semua ADUN dengan Pengerusi baru Badan Perhubungan UMNO Terengganu. Hishamuddin terkejut kerana beliau tidak sangka dalam pertemuan itu Khazan paling lantang mengutuk Ahmad Said.

Memang pelik Khazan menghentam Ahmad Said tetapi pada masa yang sama beliau masih jadi Exco. Kalau tak setuju dengan Ahmad Said, sepatutnya Khazan letak jawatan dan bolehlah Ahmad Said lantik orang lain sebagai Exco. Nampaknya Khazan tidak berani seperti Datuk Zaid Ibrahim yang rela letak jawatan sebagai menteri apabila tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menangkap beberapa orang di bawah ISA.

Zamri lawan Nizar:Dialog isu kuil gagal



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memulakan siri dialognya bersama penduduk Seksyen 23 untuk menyelesaikan isu penempatan semula sebuah kuil Hindu daripada Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Khalid mengadakan sesi dialog berkenaan menjelaskan untuk penduduk sebab untuk penempatan semula kuil berkenaan dan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik dalam isu tersebut.

Beliau berkata, penjelasan perlu dibuat kerana Datuk Bandar Shah Alam telah gagal mendengar bantahan yang dilakukan oleh sebahagian penduduk yang tidak bersetuju dengan penempatan semula kuil berkenaan ke tempat mereka.

Sesi dialog tersebut diadakan ekoran bantahan yang dilakukan oleh penduduk Seksyen 23 Jumaat lalu terhadap tindakan kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat memindahkan sebuah kuil Hindu berusia 150 tahun yang terletak di Seksyen 19 ke kawasan perumahan mereka yang mana majoriti penduduknya beragama Islam.

Ekoran tiada jaminan daripada kerajaan negeri untuk membatalkan cadangan itu, kira-kira 200 penduduk bertindak mengadakan perhimpunan selepas solat Jumaat pada 28 Ogos lalu bagi menyatakan bantahan mereka.

Keadaan bagaimanapun bertukar kecoh sera menjadi kontroversi apabila ada di kalangan mereka yang menyertai perhimpunan itu membawa kepala lembu ketika berarak ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor.

Sesi dialog itu berakhir pada pukul 12.30 tengah hari tadi tanpa menemui sebarang jalan penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan isu berkenaan kerana berlaku kekecohan ketika sesi dialog itu berlangsung.

Khalid turut mengumumkan bahawa tidak ada keputusan muktamad dapat dicapai mengenai perkara itu kerana pihaknya belum mendapat mencapai kata sepakat dalam sesi dialog berkenaan.

Beliau dijadual mengadakan sidang akhbar mengenai perkara itu di kediaman rasminya di Seksyen 7 di sini.mstar

Zamri lawan Nizar:Altantuya punca khidmat Musa disambung?


KUALA LUMPUR, 5 Sept: Kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa cuba menutup beberapa kes berprofil tinggi serta melindungi beberapa penjenayah �kolar puteh� apabila menyambung kontrak satu tahun lagi Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara.

Naib Presiden PAS Dato� Mahfuz Omar mendakwa tindakan Najib itu bertujuan melindungi kes pengeboman Altantuyaa dengan C4 yang dikatakan ada kaitan dengan peribadinya sebelum ini.

"Sambung kontrak Musa (KPN) ini saya yakin ada kaitannya dengan kes pembunuhan Altantuya," tegasnya.

"Jika tidak demikian, akan terbongkar segala rahsia serta dakwaan berkaitan Perdana Menteri sekarang ini, yang sebenarnya di dalam pengetahuan Polis; maksudnya kes (pembunuhan) Altantuyaa."

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa Polis mempunyai maklumat yang lengkap di sebalik pembunuhan gadis Mongolia itu.

"Polis sebenarnya mengetahui latar belakang kes yang sebenar, siapa yang mengarahkan dua pegawai terbabit untuk melakukan pembunuhan ke atas Altantuya," dakwanya.

Tegasnya lagi, penyambungan kontrak Musa tersebut sebenarnya turut bertujuan melindungi beberapa penjenayah berprofil tinggi, sebagaimana yang didedahkan sendiri oleh 'orang dalam' kerajaan.

"Segala dakwaan itu, bukannya didedahkan saya atau pemimpin oposisi, sebaliknya 'orang dalam' kerajaan dan dia bongkar kes yang berkaitan Johari Baharom sendiri," ujarnya.

"Begitu juga beberapa kes rasuah seperti pembelian kapal selam yang menurut pendedahan beberapa media antarabangsa, Najib didakwa terlibat."

Ujarnya, akuan bersumpah seperti yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadi atau ADC (aide-de-camp) kepada Musa sengaja diketepikan demi memastikan beberapa penjenayah terbabit terus dilindungi 'Kerajaan Najib'.

Ditanya tentang tindakan seterusnya, Mahfuz mencadangkan Pakatan Rakyat menggunakan opsyen sidang Parlimen depan dan demontrasi aman bertemu Yang DiPertuan Agong dalam masa terdekat.

"Kita akan cuba bawa kes Musa dan berkaitannya ke Parlimen walaupun kita tahu majoriti kecil masih berpihak pada Umno BN. Tapi, dalam iklim Umno BN yang sedang kian bergolak, kita yakin akan mendapat sokongan tidak langsung daripada Ahli Parlimen dia (BN) sendiri."

"Kita (PAS) akan pertimbangkan untuk mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan (parti) dalam Pakatan Rakyat dan NGO (badan bukan kerajaan), apakah tindakan seterusnya�termasuk memohon mengadap kepada Yang DiPertua Agong sekali lagi (serta) adakan perhimpunan rakyat."

Menerusi blog Malaysia Today 2 September lalu, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan akuan bersumpah seorang pegawai kanan Polis yang pernah menjadi Pembantu Peribadi atau ADC (aide-de-camp); bahawa Musa terlibat melindungi penjenayah berprofil tinggi.

Dalam akuan bersumpah tersebut, ADC tersebut diarahkan oleh Musa, "menyelaras arahan mengenai kenaikan pangkat dan jawatan pegawai Polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh BK Tan."

Melalui BK Tan yang didakwa mengetuai sendikit jenayah terancang yang terbabit dalam pengedaran dadah, pelacuran, ceti haram dan perjudian haram kepada Musa, ADC tersebut turut diarahkan membangunkan blog untuk membunuh karektor 2 bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Mohd Johari Baharum dan Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad beberapa tahun lalu.

Tambahnya, fitnah Johari menerima rasuah RM5.5 juta daripada tiga penjenayah dua tahun lalu berikutan keengganan Johari berkomplot dengan pihak terbabit.

Dakwa ADC itu lagi, BK Tan dan Musa juga sebenarnya menjadi dalang kepada pendakwaan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusof serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (dulu dikenali sebagai BPR), beberapa tahun lalu.

Usaha melindungi penjanayah dengan meneruskan perjawatan Musa tersebut menjadikan Malaysia dikenali pula sebagai 'negara penjenayah', setelah negara ini pernah dikenali sebagai 'Negara Polis' oleh beberapa negarawan tempatan. _ harakahdaily

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....