Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 6 Oktober 2011

Saya Tertidur Kerana Demam - Ibrahim Ali


KUALA LUMPUR, 6 Okt: Setelah gambarnya tertidur semasa Dewan Rakyat bersidang semalam disebarkan dalam Internet, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) hari ini menjelaskan bahawa beliau terlelap seketika akibat mengambil ubat disebabkan demam dan tidak sihat.

"Saya tertidur dua tiga minit sahaja tapi gambar itu tersiar di seluruh negara seolah-olah saya ini selalu tidur di Dewan Rakyat.

(Ibrahim menjelaskan beliau tertidur semalam kerana demam)

"Punyalah tidak ada modal untuk menyerang saya dan begitu marah dengan PERKASA (yang dipimpinnya), saya tertidur dua tiga minit pun mahu diambil gambar," katanya dalam sidang dewan itu hari ini.

Ibrahim yang membangkitkan perkara itu ketika membahaskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Pos 2011, berkata beliau kasihan dengan individu yang cuba menyerangnya menerusi penyebaran gambar itu, sedangkan umum tahu beliau merupakan antara Anggota Parlimen yang aktif.

"Kalau nak burukkan saya pun carilah isu yang munasabah, tetapi apa pun serangan, ini merupakan penghormatan kepada saya," katanya sambil tertawa.

Perbuatan mengambil gambar Ibrahim itu mendapat perhatian Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, yang berkata ianya adalah satu kesalahan.Hrkh

Wakakakaka...

PRU 13 : PAS yakin pertahan Kelantan

PETALING JAYA: PAS Kelantan yakin parti Islam itu akan terus memerintah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata beberapa pemimpin PAS peringkat negeri itu hari ini.

PAS telah memerintah Kelantan sejak PRU 1990. Ketika itu PAS bekerjasama dengan parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah menewaskan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Mohamad Yaakob.

Ahli Parlimen PAS kawasan Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah berkata, sokongan rakyat kepada pimpinan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak berubah walaupun pelbagai kritikan dilemparkan terhadap beliau.

“Tidak ada tanda-tanda rakyat Kelantan akan menyokong BN secara besar-besaran dalam PRU ke 13. Saya ramalkan peluang BN merampas Kelantan kecil sahaja,” katanya.

Bekas Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pula berkata, berita dan laporan BN akan merampas semula Kelantan timbul setiap kali PRU tiba.

Menurutnya, BN memainkan isu tersebut kononnya untuk memberitahu rakyat Kelantan bahawa orang Kelantan sudah membenci PAS.

“BN bangkitkan perkara ini bukan sekali dua tetapi sejak dulu lagi. Ini yang orang BN bercakap setiap kali musim pilihan raya. (Tetapi) Insya’Allah PAS akan terus memerintah Kelantan,” katanya yang juga ahli Parlimen PAS Pengkalan Chepa.

Sebelum ini beberapa pemimpin Umno Kelantan mendakwa BN akan merampas semula negeri itu dalam PRU 13 nanti.

Bendahari Umno Kelantan, Hanafi Mamat mendakwa rakyat Kelantan sudah mula memberi isyarat mereka tidak mahu lagi Nik Aziz menjadi menteri besar.

Nik Aziz menjadi menteri besar Kelantan pada 1990 dan beliau menjadi menteri besar kedua paling lama selepas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ketika ini BN Kelantan hanya menguasai lima dari 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas PRU Mac 2008.FMT

Di sebalik cincin RM24.45 juta...

1. che'GuBard bagi pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mula membuat pendedahan mengenai isu kewujudan kemasukan sebentuk cincin harga RM24.45 juta yang dalam kotak penerima dalam borang kemasukan tertera nama Rosmah Mansor, sehubungan dengan itu SAMM tampil memohon penjelasan dari beliau.

2. Dalam persidangan Dewan rakyat kali ini SAMM difahamkan terdapat enam ahli parlimen yang mengajukan soalan sebelum persidangan mengenai cincin ini.

3. Seperti dijangka soalan ini hanya akan mendapat jawapan bertulis bukan lisan. Di atas ialah jawapan bertulis yang dibuat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Abd Aziz, jawapan tersebut hanya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

4. Bermula dari 8 Julai kali pertama che'GuBard mendedahkan mengenai cincin ini, saya dihambur berbagai tuduhan antaranya ialah pendedahan saya palsu, dokumen kastam yang saya siarkan telah diedit komputer dan ada juga tuduhan tidak wujud cincin berharga semahal rm24.45 juta.

5. 13 Julai, che'GuBard tampil di SPRM Pulau Pinang untuk membuat laporan SPRM dengan menyerahkan sebahagian dari bukti yang ada. Jika minta SPRM siasat mana dapat duit beli sudah tentu SPRM tidak siasat, maka "angle" mudah perlu difikirkan. SAMM telah membuat laporan SPRM dengan mengambil sudut cukai kocong untuk cincin bernilai RM24.45j. Laporan sengaja dibuat begitu walaupun tahu perhiasan wanita seperti cincin telah dikecualikan cukai dalam pembentangan belanjawan yang lepas.

6. Terperangkap dengan sudut laporan, maka SPRM bertindak dengan "serbu" bahagian kargo KLIA. Menurut maklumat yang diperolehi pegawai syarikat kargo A.Krishnan ditahan dari petang hingga awal pagi dan akhirnya dibebaskan. Selepas sesi soal siasat mendapati fakta memang cincin seperti itu tidak perlu cukai. Kemenangan yang kami perolehi ialah dengan memulakan siasatan SPRM mengakui dokumen kemasukan cincin itu benar, asli dan memang wujud.

7. Selepas itu ada maklumat juga sistem komputer Kastam "hang" hampir tiga jam. Serentak dengan itu wujud tiba-tiba di laman-laman blog pro UMNO kononnya borang cincin ini di bawa keluar ke Singapura dengan "hand carry". Disiarkan juga borang Kastam sebagai bukti cincin ini keluar menerusi KLIA

8. Cuma timbul keraguan dalam borang cincin ini keluar. Beberapa pindaan dibuat tanpa pengesahan dan nama pegawai kastam yang menandatangani cincin itu keluar menurut laman web rasmi KDRM (yang terakhir dikemaskini pada 4 Oktober 2011) menyatakan dengan jelas nama pegawai tersebut berkhidmat di Bahagian Latihan, Ibu pejabat Kastam. Adakah keluar cincin ini urusan rasmi khusus yang amat penting hingga memerlukan tandatangan pegawai yang bertugas di Ibupejabat KDRM ?

Fitnah II: Mahkamah putuskan Najib, Rosmah tidak akan jadi saksi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekali lagi berpihak kepada pendakwaraya apabila membuat keputusan mengenepikan permohonan sepina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya daripada menjadi saksi perbicaraan Fitnah II.

Keputusan itu dibuat hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pagi ini.

Zabidin memutuskan mereka tidak relevan dan bukan saksi utama dalam perbicaraan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Sehubungan itu, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan tampil ke mahkamah sebagai saksi peguam bela dalam kes berkenaan, meskipun sebelum ini secara terbuka menyatakan akan hadir jika disepina oleh mahkamah.

Keputusan itu dilihat berat sebelah kerana pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan sebelum ini mengaku pernah bertemu Najib empat hari sebelum membuat laporan polis diliwat Ketua Pembangkang pada 28 Jun 2008.

Pertemuan itu diaturkan oleh pembantu khas Najib-yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri- Datuk Khairil Anas Yusof.

Rosmah pula mengaku pernah menemui Mohd Rahimi Osman, sahabat karib kepada Saiful Bukhari. Manakala Saiful turut berjumpa dengan bekas pembantu khas Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar.

Malah pasangan suami isteri itu juga pernah ditemubual pegawai penyiasat dalam kes berkenaan, DSP Judy Blacious Pereira.

Justeru pasukan peguam berpendapat mereka adalah saksi relevan dan memohon mengeluarkan sepina dan hadir memberi penjelasan mengenai pertemuan yang diaturkan dengan Saiful.

Najib dan Rosmah diwakili peguam Ghazi Ishak, Hisyam Teh Poh Teik, Salehuddin Saidin, M Athimulan dan Affifuddin Mohd Afifi.

Pada Ogos lalu, peguam Anwar cuba mewawancara Najib dan Rosmah, namun mereka datang secara senyap-senyap ke mahkamah dengan menyatakan enggan menjadi saksi perbicaraan dan hanya akan hadir jika mahkamah mengeluar sepina.

Namun apabila sepina dikeluarkan, mereka meneruskan sikap berdolak dalik apabila memilih untuk mengenepikannya.

Sebelum ini, Najib juga dengan angkuh menyatakan ‘Anwar akan demam’ jika maklumat mengenainya dibongkar, dalam satu cabaran debat yang diutarakan Ketua Umum KEADILAN itu.

Pada perbicaraan kes Fitnah I, perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga enggan hadir sebagai saksi, meskipun secara terbuka menuduh Anwar melakukan liwat dan mengaku bertemu dengan mangsa berkenaan.Keadilandaily

Harussani Sokong Perlaksanaan Hudud Di Kelantan

Harussani menyaran agar Kelantan dibenar melaksanakan hudud sebagai ujian keberkesanan. — Foto fail

KUALA LUMPUR, 6 Okt — Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan pentadbiran Najib agar membenarkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan sebagai satu “percubaan” selepas kerajaan pusat terus dengan pendiriannya menyekat langkah sedemikian atas alasan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Mufti Perak, Putrajaya perlu memberi peluang kepada kerajaan negeri Kelantan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melaksanakan hudud memandangkan undang-undang jenayah syariah Islam itu sudah digubal pada 1993.

“Kerajaan pusat perlu beri peluang kepada Kelantan untuk laksanakan hudud, Nik Aziz juga kata sudah bersedia... saya setuju dan sokong, cuma dari segi prosedur pelaksanaan perlu lengkap, lagipun nanti kalau kerajaan pusat tak benarkan nanti orang marah.

“Benarkan Kelantan laksanakan hudud, hudud bukan perkara senang nak dilaksanakan kerana banyak perkara perlu dipatuhi... benarkan sebagai percubaan untuk kita yang lihat bagaimana ia dilaksanakan dan kadar jenayah di Kelantan selepas ia dilaksanakan kemudian baru kita nilai,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Harussani yang sebelum ini berusaha mewujudkan kerjasama politik antara PAS dan Umno, khususnya sejak selepas pilihan raya umum 2008 menegaskan, hukum hudud adalah tuntutan Islam dan ia perlu dilaksanakan sekiranya sudah bersedia.

“Kita nak kurangkan kadar jenayah, sekarang kalau kita lihat kalau merompak hukuman disebat dan dipenjara, jual dadah juga sama, tapi adakah mereka sudah insaf tapi kalau kudung tangan sudah pasti mereka akan berfikir dua kali... Islam laksana hudud, saya setuju,” katanya.

Beliau juga berkata, hukum hudud hanya dilaksanakan ke atas umat Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan.

“Bukan Islam tiada kena mengena dalam hukum agama Islam, ia tidak akan dikenakan kepada bukan Islam,” katanya.

Ditanya mengenai hukum hudud tiada dalam sistem perundangan negara, Harussani berkata “hal undang-undang saya tidak tahu, saya tak mahu cakap tapi saya setuju dilaksanakan hudud.”

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini menegaskan untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP.

Beliau turut meletakkan harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

Selain itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS serius dalam melaksanakan undang-undang hudud dan mengakui orang bukan Islam termasuk DAP mempunyai hak untuk bersuara menyatakan pendirian masing-masing dalam perkara itu.

Pada 24 September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS pada 1994.

Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

Katanya, kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip “Maqasid Syariah” iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

Ekoran satu kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa hari sebelum respons Najib itu, Nik Aziz memohon Najib agar menarik balik surat 1994 dan membenarkan kerajaan negerinya melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....