Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 9 Jun 2010

Tok Guru Nik Aziz Bertegas Takkan Benarkan Kerajaan Perpaduan Umno/Pas

KOTA BARU, 9 Jun - Isu idea kerajaan perpaduan yang mendominasi muktamar tahunan PAS lalu dua tahun berturut-turut kemungkinan besar tidak akan mendapat tempat kali sambil Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menegaskan, pihaknya tiada minat langsung untuk menerokai usaha tersebut.
“Tidak,” kata Nik Aziz dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider di pejabatnya di sini hari ini.
Bagaimanapun menurut beliau, kebimbangan mengenai isu kerajaan perpaduan pernah wujud di peringkat awal selepas pilihan raya umum 2008 dan ketika Pakatan Rakyat dibentuk, tetapi kini tidak, di mana usaha ditumpukan untuk memperkukuhkan ikatan PAS-DAP-PKR itu.
Menteri Besar Kelantan mengulangi pengalaman PAS menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1971 ekoran permintaan daripada Allahyarham Tun Razak ketika itu.
“Bila kami masuk BN, PAS Kelantan jadi empat. Bila Umno rasa gagah, tendang kami. ini Umno,” katanya.
“Sekarang ini pilihan raya umum ke-12, (selpas) lima buah negeri jatuh, dia minta PAS masuk balik. Saya kata ‘i know who are you’, penipu kamu... tidak boleh,” katanya.
Bagaimanapun tegas Nik Aziz, keputusan menolak menyertai kerajaan perpaduan bukan keputusan beliau seorang semata-mata.
“Ini jangan fikir saya (seorang yang membantah), ini keputusan muktamar di Ipoh (2008) dan di Shah Alam (2009). Ini keputusan muktamar. saya menyokong (sahaja),” kata beliau yang Mursyidul Am PAS
yang selama ini dilihat sebagai “orang kuat” membantah idea sedemikian.

Tengku Fakhry Tarik Balik Saman Terhadap Tengku Faris

KUALA LUMPUR: Pertelingkahan mengenai pemilikan kereta Bentley Brooklands yang bernilai S$706,880 (RM1.6 juta) antara putera ketiga Sultan Kelantan, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra dan kekandanya Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra, diselesaikan secara aman hari ini selepas Tengku Muhammad Fakhry menarik balik saman pemulanya.
Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Yusof yang mendengar perkara itu di kamarnya mengenepikan saman tersebut dan menetapkan supaya Tengku Muhammad Fakhry membayar RM5,000 sebagai kos guaman kepada Tengku Muhammad Faris.
Mahkamah pada mulanya sudah bersedia untuk mendengar permohonan oleh Tengku Muhammad Faris bagi mengenepikan saman berkenaan hari ini, namun permohonan itu menjadi akademik setelah saman pemula dibatalkan oleh mahkamah.
Tengku Muhammad Faris diwakili oleh peguam Tan Sri Cecil Abraham dan Sunil Abraham manakala Datuk Mohd Haaziq Pillay dan P.Vadivu mewakili Tengku Muhammad Fakry.

Nik Aziz: ‘Selagi Umno tekan saya, saya tak akan berhenti’

Nik Aziz berhujah semasa temuramah beliau bersama The Malaysian Insider di Kota Baru, 9 Jun 2010. — Gambar oleh Choo Choy May


KOTA BARU, 9 Jun — Teka-teki pelan peralihan kepimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat belum terurai dengan penegasannya hari ini — beliau tidak akan berundur selagi Umno mendesaknya agar berhenti daripada menjadi Menteri Besar Kelantan.
Nik Aziz yang genap 20 tahun menerajui pentadbiran kerajaan negeri Kelantan, yang kelihatan ceria dan tenang sebelum merasmikan muktamar tahunan ketiga-tiga sayap PAS di sini malam ini berkata, Umno memang mahukan beliau berhenti sekarang tetapi ahli-ahli PAS pula berpendirian sebaliknya.
“Umno memang hari-hari suruh saya berhenti tapi PAS tak bagi (benarkan). Saya orang PAS, bukan orang Umno,” kata beliau dengan disusuli ketawa besar.
“Saya ulang sekali lagi, Umno hari-hari minta saya berhenti tapi PAS tak bagi saya berhenti dan oleh kerana saya orang PAS, saya ikut orang PAS, bukan Umno,” kata Nik Aziz dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider di pejabatnya di sini, pagi ini.
Nik Aziz, 79, yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkongsi pendekatan mudah dalam isu pelan peralihan kepimpinan khususnya ekoran desakan parti pembangkang di negeri itu.
“Satu kaedah kita berjuang, kaedah kita berjuang sama ada berniaga, politik atau main bola, kita tengok mengapa musuh kita marah... yang itu kita buat.

Muktamar Pas : Utusan Dibenar Buat Liputan,Blogger Pas,Pakatan Ditawar Pas Pemerhati

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad pagi ini mencadangkan para blogger pro Pakatan Rakyat yang gagal mendapatkan pas media supaya memohon untuk mendapatkan pas pemerhati daripada ad-hoc Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Kota Bharu.
Cadangan tersebut sebagai respons pada rungutan beberapa blogger pro PAS dan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak dilayan oleh ad-hoc muktamar ketika memohon pas media sejak kelmarin.
“Opsyen yang ada, blogger-blogger kita ini boleh cuba pohon pas pemerhati,” ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Bagi beliau, tidak ada sebab untuk ad-hoc menghalang mana-mana pihak membuat liputan tentang muktamar PAS.
Ini kerana, PAS menurut beliau sebenarnya mengamalkan dasar terbuka untuk mana-mana pihak untuk mengakses muktamar PAS.
“Setakat yang saya tahu, muktamar kita terbuka,” ujar beliau.
Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan ad-hoc muktamar enggan memberi pas media kepada para blogger mungkin disebabkan mereka kurang mengenali para blogger terbabit.
Bagaimanapun, beliau berjanji untuk merujuk semula isu terpencil tersebut daripada ad-hoc di Kota Bharu, petang ini.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....