
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga mursyidul am PAS, mengetuai perarakan ke pusat penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra 1.
Ketika ditanya mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata: "Saya tak tahu, tanya dialah, itu dia punya pasal".
Nik Aziz berulang kali berkata beliau tidak tahu mengapa timbalan presiden PAS itu tidak hadir pagi ini.
Beliau bagaimanapun menyentuh tentang cadangan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan yang disokong oleh Nasharuddin.
Menurutnya, cadangan itu sudah 'mati' dan PAS bersatu padu dalam Pakatan Rakyat. Naib Presiden PKR, Azmin Ali yang berada di sebelah Nik Aziz hanya tersenyum.
Cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno itu telah mencetuskan ketegangan dalam PAS apabila para pemimpinnya bercanggah pandangan mengenainya.

Bagaimanapun, pemimpin PAS termasuk Nik Aziz, membantah keras cadangan tersebut. Malah, beliau menggesa Nasharuddin keluar PAS jika beliau masih menyokong cadangan tersebut.
Akhirnya, mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan memutuskan untuk menolak sebarang cadangan perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai ketidak hadiran Nasharuddin semalam, Hadi sebaliknya pula bertanya: " Mengapa (Datuk Seri) Najib (Razak) tidak datang? Itu biasa sahaja".
Beliau juga menegaskan bahawa PAS komited dalam Pakatan,dan menambah isu mengenai kerajaan perpaduan tidak akan mendominasi kempen pilihanraya kecil Manek Urai.
"Hanya isu-isu tempatan yang penting di sini," katanya.
Sementara itu, Nik Aziz ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Hadi, berkata: "Saya mursyidul am, dia presiden, hubungan lebih baik daripada biasa".Malaysiakini.
Pada pendapat Ambo bagus juga Ust Nasa tak datang,ini bagi mengelakkan situasi yang tidak diingini berlaku.Walaupun isu UG sudah berlalu tapi bahangnya masih terasa.Tindakan Ust Nasa ini mungkin bagi mengelakkan provokasi pihak2 tertentu.Mereka2 ini tidak akan berdiam diri walau sedetik untuk terus memecahkan parti yang kita sayangi ini.Tapi yakinlah usaha mereka ini akan gagal.Semoga Allah sentiasa bersama menghalang perancangan jahat mereka.
SALAM DARI AMBO,TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT.