






SHAH ALAM 26 DIS : Spekulasi pelantikan Tan Sri Muhammad Isa Abdul Samad dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mencetuskan kebimbangan dari generasi kedua FELDA sendiri.
Pengerusi Pesatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dalam perbualan telefon dengan Tv Selangor hari ini berkata, cadangan pelantikan Isa akan ditentang habis-habisan ANAK kerana Isa mempunyai rekod prestasi buruk ketika memegang pelbagai jawatan dalam pentadbiran.
Kami dapat mendedahkan sesuatu yang tidak dilaporkan dalam mana-mana akhbar tempatan di Sarawak pada hari Selasa, semasa Taib bertolak ke Mekah untuk mengerjakan Haji. Dalam penerbangannya ke Tanah Suci Mekah, beliau didapati melencong ke London terlebih dahulu dan menginap di apartmen mewahnya di Hampshire House.
Saudara beliau, Onn Mahmud, yang pernah bertindak sebagai penyelaras perniagaannya, tetapi kemudiannya telah menjauhkan diri dari beliau, telah juga dijemput untuk menghadiri pertemuan keluarga itu. Sejak menjauhkan diri dari ahli keluarga yang lain, Onn kurang menghubungi mereka. Rancangan mengatur pertemuan ini adalah diharapkan supaya setiap ahli keluarga saling maaf-memaafi sebelum mengerjakan Haji ke Mekah. Mereka juga ingin menunjukkan tauladan yang baik kepada para pengundi mereka di Sarawak.
Kami juga mengandaikan Ketua Menteri itu melencong ke Hyde Park kerana beliau dipercayai ingin menemui anaknya. Sehari sebelum ketibaan Ketua Menteri itu di Hyde Park, jurugambar Sarawak Report telah Berjaya merakamkan anaknya yang telah lama menghilangkan diri, iaitu Sulaiman Rahman Taib. Sulaiman tiba di tempat tersebut dengan kereta Mercedes berwarna hitam. Dia kelihatan bergegas masuk ke apartmen itu, yang kami percaya adalah tempat persembunyiannya selama ini.