Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 19 Mac 2010

Isu arak di parlimen: Rembau terpaku, Pasir Salak, terduduk!

KUALA LUMPUR : Cubaan Ahli Parlimen (AP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.
Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah AP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.
Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.
"Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.
"Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja," katanya.
Maknanya, tambah Saifudin, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja.
"Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.
Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok.Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.

APCO Tidak Wajar Campur Tangan Urusan Negara




Apco Worldwide, sebuah firma perunding antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat tidak seharusnya terbabit dalam sebarang urusan politik di negara ini, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu juga menyifatkan tindakan yang mungkin dikenakan terhadapnya melalui Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen berikutan pendedahan slogan Malaysia dan Isreal, sebagai jenaka basi.

Anwar apabila diminta menjawab penafian Apco terlibat dalam mengilhamkan Satu Malaysia semalam, mempersoalkan untuk apa Apco dibayar jika bukan untuk membantu menasihati parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap pada sidang media selepas berucap di London School of Economics, semalam, Anwar yang sebelum ini ditohmah kononnya ejen Yahudi, menyifatkan persamaan Satu Malaysia dan One Israel sebagai satu “kebetulan aneh”.

Ironinya, Umno yang mendabik dada sebagai juara Melayu dan memperjuangkan Islam khususnya dalam isu kalimah Allah, melantik APCO yang dipimpin sebahagian Yahudi berfahaman Zionis.

Anwar menyifatkan beban tanggungjawab bagi menerangkan peranan sebenar Apco terletak di bahu pimpinan Umno.

Mengikut Malaysia Insider, APCO dibayar dengan nilai kontrak yang bernilai 20 juta ringgit.

APCO juga disyaki terlibat dalam pengaturan beberapa keputusan politik selain mendalangi beberapa isu politik bagi mengembalikan sokongan rakyat terhadap Umno.

Pada 10 Ogos lalu, Ketua Pegawai Eksekutif APCO, Margery Kraus mengumumkan syarikat akan membuka pejabat baru di Malaysia pada September dengan Paul Stadlen sebagai pengarah urusan. -TVS

Parlimen U.K. Desak Kerajaan Malaysia Gugur Kes Fitnah Terhadap DS Anwar Ibrahim


Dewan Rakyat United Kingdom (House of Commons) mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan kes fitnah terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta menghentikan usaha menekan dan mendakwa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Usul yang dikenali sebagai "Early Day Motion" tersebut di bawa oleh Jeremy Corbyn, Ahli Parlimen Islington North daripada Parti Buruh Isnin lalu.

Dalam usul beliau Corbyn berkata Dewan Rakyat United Kingdom mengiktiraf sumbangan besar Anwar terhadap usaha mempromosi demokrasi di Malaysia dan keamanan serta persefahaman antara dunia Islam dan Barat.

Khairy serang Peribadi, Anwar jawab dengan Fakta dan Angka

KUALA LUMPUR : Ketua Pemuda Umno yang juga Ahli Parlimen (MP) Rembau, Khairy Jamaludin membuktikan bahawa dirinya jelas tidak layak untuk dilantik sebagai menteri ke kabinet bosnya, Najib Razak apabila lebih suka mengambil sikap menyerang peribadi berbanding berhujah dengan fakta.
Ini terbukti apabila giliran MP Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa berucap, Khairy berkali-kali mencelah ucapan Anwar dengan melakukan serangan peribadi dan berbentuk provokasi semata-mata mahu mendapatkan perhatian media dan ihsan Najib.
Namun, Anwar yang faham tujuan serangan menantu bekas PM itu yang semakin terpinggir dalam Umno hanya tersenyum melihatnya dan dengan tenang, Anwar berkata;
“Dalam persoalan fakta yang berhormat Rembau (Khairy), tak boleh lari. You boleh pusing kenyataan politik, tapi Genting Highlands bagi (untuk) taukeh judi (Lim Goh Tong) boleh, kampung tersusun untuk Orang Melayu (sebanyak 102,000 geran kekal yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat semasa memerintah di Perak) tak boleh, itu tak dijawab sampai sekarang.
Ketika ini, sekali lagi MP Rembau dengan penuh emosinya mengganggu ucapan Anwar namun, Ketua Umum PKR itu sambil tersenyum memberitahu.

Video:Dialog Perdana Royalti Minyak 18 Mac 2010 oleh Ku Li




Ku Li Dialog Perdana Royalti Minyak di Terengganu Ekuestrian Resort (TER), Kuala Terengganu pada 18 Mac 2010 anjuran MAMPAT dan GEGAR.

Zahrain Berbohong !!! Ku Li Nafi Salah Seorang Yang Akan Melompat Pada 16 Sept

KUALA TERENGGANU, 19 Mac — Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau merupakan salah seorang daripada lapan anggota Dewan Rakyat yang disebut-sebut sepatutnya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menjayakan rancangan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008.
“Itu tidak betul,” kata beliau ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim semalam yang mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat ke PKR bagi menjayakan rancangan PR untuk mengambil alih kerajaan pusat ketika itu.
“Kalau saya nak masuk mana-mana parti, tak tunggu dia isytiharlah, saya ini orang jantan,” kata beliau ketika ditemui selepas majlis Dialog Perdana Isu Royalti dan Solat Hajat di sini malam tadi.

Karpal Cabar MP Bebas Usah Datang Parlimen Selama 6 Bulan



Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh meminta semua ahli parlimen yang menang pilihan raya atas tiket Pakatan Rakyat tetapi belot dan mengisyitihar diri sebagai ahli parlimen bebas, diminta tidak datang ke sidang Parlimen.

Beliau menyifatkan tindakan itu paling sesuai jika benar ahli parlimen sedemikian benar-benar tidak mengkhianati rakyat tanpa perlu menggadaikan kelayakan mereka untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, kebanyakan ahli parlimen bebas dikatakan keberatan untuk meletak jawatan kerana terikat dengan Artikel 48(6) Perlembagaan yang menghalang mereka dari bertanding selama lima tahun jika mengosongkan kerusi.

"Jika seorang Ahli Parlimen letak jawatan, dia tidak boleh bertanding selama lima tahun. Ini adalah alasan yang diberikan oleh Ibrahim Ali. Itu alasannya sepanjang masa ini.Imbang Penuh
"Apa yang penting ialah artikel 52(1) yang menyatakan, jika seseorang ahli dewan rakyat tidak hadir selama enam bulan tanpa izin Speaker, kerusinya akan dikosongkan.

Artikel 48 dipinda Tun Mahathir Mohamad pada 1989 bagi menghalang ahli parlimen Semangat 46 dari meletak jawatan, seterusnya memaksa pilihan raya kecil pada masa itu. Namun, dalam artikel 52(1) ahli parlimen boleh bertanding semula tanpa perlu digantung selama 5 tahun.

Justeru, Karpal yang juga seorang peguam menyatakan, ketidakhadiran ahli parlimen yang melompat parti sebelum menjadi ahli bebas, membuka ruang kepada rakyat membuat pilihan sebenar mereka.

"Kami meminta ahli parlimen PKR yang keluar parti agar tidak datang ke Parlimen selama enam bulan supaya kerusi mereka dikosongkan dan mereka boleh bertanding semula dalam pilihan raya kecil.

"Ini merupakan jalan terbaik yang boleh dilakukan agar mereka yang mengkhianati kepercayaan pengundi kawasan mereka dengan menjadi mp bebas selepas menang dengan tiket PKR," katanya. -TVS

Ibrahim Ali Mahu Saman The Sun

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berbahasa Inggeris, The Sun kerana mempunyai niat jahat untuk memburuk-burukkan nama beliau.
Menurut Ibrahim, tindakan itu juga diambil ekoran laporan akhbar tabloid berkenaan yang mendakwa Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah telah menasihatkan beliau kerana bersikap ultra Melayu dan melampau dalam memperjuangkan hak bumiputera.
“Sewaktu menghadap Sultan Selangor tidak pernah sekali pun baginda mengatakan saya ultra Melayu, jauh sekali cauvinis. Sebaliknya Tuanku menghargai perjuangan Perkasa mempertahankan institusi raja di negara ini.
“Saya berpendapat penyiaran laporan tersebut berniat jahat dan ada agenda tertentu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas berkata, beliau sudah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berbahasa Inggeris itu.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....