Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 31 Januari 2011

Pas Tidak Bertanding Di Merlimau ???

PAS sedia melepaskan status quo bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan memberi laluan kepada parti lain demi kemenangan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi berkata, PAS menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat bagi menentukan calon yang akan mewakili pakatan pembangkang itu pada pilihan raya yang akan diadakan pada 6 Mac depan.

"PAS serah kepada pimpinan untuk buat keputusan, kita ada Majlis Presiden yang akan buat perbincangan.

"Memang secara status quo kerusi berkenaan ditandingi oleh PAS, tetapi oleh kerana ada permintaan daripada rakan-rakan parti lain, maka saya kita perbincangan adalah kaedah bijak untuk selesaikan masalah," katanya ketika ditemui di sini, Isnin.

Sebelum ini Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dilaporkan berkata, Parti Keadialn Rakyat (PKR) Melaka menawarkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan.

Menurut beliau, meskipun secara tradisi pakatan pembangkang mengekalkan status quo, namun terdapat beberapa faktor yang menyokong PKR meletakkan calonnya untuk bertanding.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Nasruddin berkata beliau yakin isu berkenaan akan dapat diselesaikan dengan baik melalui perbincangan yang akan diadakan dalam masa terdekat.

"Bergantung kepada keputusan mesyuarat nanti yang sudah pasti ada asas-asanya tersendiri.

"Masing-masing akan kemukakan apa rasionalnya, yang penting kita nak kemenangan (Pakatan Rakyat)," katanya.

Tambah Nasruddin lagi, PAS akan menyokong siapa sahaja yang diputuskan bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan proses penamaan calon pilihan raya kecil DUN Merlimau ditetapkan 26 Februari ini, manakala 6 Mac sebagai tarikh pengundian.

DUN Merlimau mempunyai 10,679 pemilih berdaftar.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan daripada Barisan Nasional (BN) pada 20 Januari lalu.

Ia pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008. Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir yang juga Exco kerajaan negeri menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.Mstar

Harga petrol RON97 naik 10 sen seliter


Harga petrol RON97 naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.

Dengan kenaikan itu bahan api RON97 akan dijual RM2.50 seliter.

Ini kenaikan kali kedua tahun ini. Ia mengalami kenaikan, juga10 sen seliter berkuat kuasa 5 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

“Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah,” kata sumber ketika dihubungi The Malaysian Insider.TMI

Gambar : Tok Guru Nik Aziz Bawa 31 India Bukan Islam Naik masjid Pulau Melaka





Jurutera Perunding Didakwa Berhubung Kes ' Stadium Runtuh '

KUALA TERENGGANU - Seorang jurutera perunding pada Isnin didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung kes runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini pada Jun 2009.

Wan Manan Wan Ali, 51, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menipu dengan berpura-pura bertindak sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen bertarikh 15 Jan 2009 iaitu dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja yang berkaitan dengannya, bagi cadangan untuk membina dan menyiapkan stadium utama atau kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 15 Jan dan 29 Mac 2009 di pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu.

Dia didakwa memberi dan menandatangani dokumen berkenaan kepada Pengarah JKR negeri, Rosli Zainal, dan turut bertindak memperdaya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong, untuk mempercayai dia adalah pemeriksa yang diiktiraf.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang menetapkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Hakim M.Bakri Abdul Majid menetapkan 17 Mac ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Wan Manan diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh diwakili Wan Zainuddin Wan Musa manakala pendakwaan dilakukan oleh Syafinas Shabudin daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)-Bernama

Kekalahan Di Dun Tenang,Ulasan Pimpinan Pakatan Rakyat



LABIS, 31 Jan — Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat menganggap kekalahan pada pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang semalam adalah disebabkan bencana banjir yang menyebabkan ramai penyokong mereka tidak sampai ke pusat pengundian.
Peratusan keluar mengundi semalam cuma 67 peratus berbanding 73 peratus tiga tahun lalu.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata walaupun calon mereka Normala Sudirman kalah, mereka tetap berpuas hati kerana berjaya menidakkan usaha BN mencapai sasaran majoriti melebihi 5,000 selain berjaya mengekalkan sokongan di beberapa peti undi.
“SPR kena kaji, tak boleh mengenepikan isu banjir. Jentera kita bersungguh-sungguh. Kita tak nampak kesan lain. Calon kitapun diterima baik, tetapi disebabkan pengangkutan, penyokong kita tak dapat mengundi,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Azahar dari Barisan Nasional (BN) mengalahkan Normala dengan majoriti 3,707 undi.
Calon BN memperoleh 6,699 undi manakala Normala mendapat 2,992 undi.
Dalam pada itu Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata secara keseluruhan, BN menang disebabkan jumlah pengundi kaum Melayu yang keluar mengundi lebih ramai berbanding hanya kira-kira 55 peratus pengundi Cina, yang merosot daripada 72 peratus pada pilihan raya umum 2008.
“Contohnya di Felda Chemplak, jumlah yang keluar mengundi ialah 88 peratus walaupun dilanda banjir. Saya rasa jika banjir tidak berlaku, jumlahnya lebih tinggi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa PAS dan PR (Pakatan Rakyat) telah kehilangan undi orang Melayu, terutama di kawasan Felda,” katanya.
Beliau berkata jumlah undi orang Melayu merosot daripada 18 peratus pada pilihan raya umum lepas kepada hanya 12 peratus pada pilihan raya kecil ini dan Umno sememangnya pemenang yang jelas.
“Bagi saya, pihak yang kalah teruk masih MCA kerana walaupun semua usaha telah dilakukan, pendirian kaum Cina masih tidak berubah. Selain itu, terdapat isu mengapa ramai pengundi Cina tidak keluar mengundi,” katanya.

Himpunan Serah Memo Bantahan Di Kedutaan Mesir


Pemimpin PAS, PKR dan beberapa NGO hari ini berhimpun di kedutaan Mesir di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum menuntut agar regim Hosni Mubarak berundur.

Mereka berhimpun bagi menunjukkan semangat setiakawan mereka dengan perjuangan rakyat negara itu dan menuntut agar kerajaan yang ada tidak menggunakan kekerasan dan menerima tuntutan rakyat.

Antara yang hadir adalah AJK PAS Pusat Mohamad Sabu, Dr Syed Azman, Adun Kota Damansara Dr Nasir Hashim, Ketua Pemuda Nasruddin Hassan Tantawi dan juga ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof.

Mereka berarak daripada kawasan letak kereta tidak jauh dari situ sambil melaungkan kecaman ke atas Mubarak dengan 'Down Mubarak' (Turun Mubarak) sambil membawa poster pemimpun Mesir dengan lambang Zionis di dahi.

Kumpulan daripada 71 NGO itu kini sedang berunding dengan kira-kira 50 anggota polis - yang menutup pintu masuk ke kedutaan - untuk menghantar memorandum kepada wakil kerajaan Mesir.

Setakat ini, dalam bantahan besar-besaran penduduk Mesir, ratusan telah terkorban apabila ribuan membanjiri Dataran Tahrir di Kaherah bagi menuntut penamatan 30 tahun pemerintahan Hosni Mubarak.

Aljazeera hari ini melaporkan, pemimpin pembangkang Mohamed ElBaradei yang menyertai kumpulan penunjuk perasaan itu memberitahu orang ramai pada Ahad malam bahawa "kita sudah bermula dan tidak boleh berpatah balik".

Sejak Selasa lepas beberapa siri demonstrasi dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak pengunduran Mubarak.

Kebangkitan rakyat Mesir itu kini menarik perhatian seluruh dunia kerana dijangka memberi kesan besar kepada politik dunia Arab.Hrkh

Video : Protes Desak Mubarak Berundur Kian Memuncak,Rakyat Mesir Tidak Hirau Perintah Berkurun


Rakyat Mesitr tidak hirau perintah berkurung

Presiden Hosni Mubarak hari ini mengerahkan khidmat tentera dan mengisytiharkan perintah berkurung di seluruh Mesir selepas penunjuk perasaan merusuh di jalanan meminta pengundurannya.

Perintah berkurung yang bermula jam 6 petang sehingga 7 pagi di Kaherah, Alexandria dan Suez sebelum ini, diperluaskan ke seluruh negara, demikian diumumkan stesen televisyen negara itu.

(Gambar - penunjuk perasaan membakar ibu pejabat Parti Demokratik Kebangsaan, parti yang memerintah Mesir)

Mubarak memerintahkan angkatan tentera bekerjasama dengan polis bagi melaksanakan peraturan perintah berkurung bagi memelihara keamanan negara serta melindungi penduduk dan harta benda awam.Dua jam selepas perintah berkurung dijalankan, penunjuk perasaan masih berkeliaran di jalan raya di sekitar Kaherah dan Alexandria, dengan penunjuk perasaan meminta tentera turut menyertai mereka.

Di Kaherah, penunjuk perasaan keluar dalam kumpulan yang besar selepas selesai menunaikan sembanyang Jumaat dengan bertindak membaling batu dan dua membakar balai polis.

Polis terpaksa bertindak balas dengan menggunakan belantan, gas pemedih mata, meriam air dan menembak menggunakan peluru getah.

Mubarak yang kini berusia 82 tahun dan dilaporkan kurang sihat, setakat ini belum lagi tampil sejak tunjuk perasaan tercetus empat hari lalu.

Bagaimanapun, Kementerian Kebudayaan berkata, Mubarak dijangka tampil hari ini untuk majlis pembukaan rasmi Pesta Buku Kaherah. - AFPImbang Penuh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....