KUALA LUMPUR : Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar menyatakan rasa kemusykilannya berhubung kekayaan adik Perdana Menteri Najib Abdul Razak, iaitu Datuk Seri Nazir Razak melalui CIMB Group.

"Setahu saya, CIMB adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Persoalannya sekarang ialah, adakah Datuk Nazir juga memiliki pegangan syer dalam CIMB? Kalau mengikut kaedah yang digunakan bagi mengenal pasti kekayaan seseorang, ia mesti berdasarkan kepada pegangan syer dalam syarikat yang tersenarai. Ini bermakna, Datuk Nazir memiliki sejumlah pegangan di dalam CIMB Group.
Isu di sini, soal Mahfuz, apakah status CIMB sekarang dan adakah badan kewangan itu masih berstatus GLC?
"Berapakah jumlah pegangan kerajaan dalam CIMB yang pada asalnya ialah Bank Bumiputra? Apakah kerajaan masih memiliki pegangan majoriti atau sekadar 'golden share'?" soal beliau lagi.