Bob Lokman bersalaman dengan DS Nizar .Sewaktu diberi peluang untuk berucap beliau menyatakan perasaan kesal yang amat sangat kerana sewaktu PRK Bukit Gantang 2009,beliau turut berkempen untuk BN.Pada kesempatan majlis itu Bob Lokman meminta maaf kepada DS Nizar atas sikap beliau tempoh hari.
Bob tersenyum puas kerana dapat bersama DS Nizar dalam satu majlis Hi-Tea di Merlimau baru-baru ini. SumberDalam perkembangan lain Pelakon, pengacara dan penulis lirik lagu terkenal yang baru menyertai PAS ini juga mengakui pernah diupah untuk mengganggu ceramah PAS pada waktu kempen pilihan raya tetapi kini sudah insaf.
Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, ketika berceramah di majlis minum petang di Desa Murni sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau semalam berkata, beliau mohon maaf atas keterlanjurannya itu.
“Saya akui pernah ganggu ceramah PAS dalam kempen pilihan raya umum 2004 dan 2008 iaitu dengan mengadakan persembahan berdekatan ceramah PAS dan terima upah.
“Tapi itu semua kenangan dulu, sekarang saya sokong parti Islam yang mahu tegakkan hukum Allah. Saya jumpa beberapa pemimpin PAS dan minta maaf,” ujarnya.
Penulis lirik lagu terkenal seperti “Isabela” dan “Pada syurga di wajahmu” itu berkata, beliau mengambil keputusan keluar daripada rancangan Raja Lawak dan menyertai PAS tanpa dipengaruhi sesiapa.
“Barangkali keinsafan itu timbul setelah banyak mendengar kuliah Tuan Guru Nik Aziz. Tapi nampaknya tidak mudah juga apabila meninggalkan dunia glamour itu. Saya dihentam dengan tindakan sendiri.


