Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 26 Disember 2011

Sepanduk ' Haram ' Guna Gambar Tok Guru Nik Aziz

Banner haram yang disebarkan menggunakan gambar Tok Guru Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 26 Dis: Pejabat Menteri Besar Kelantan menafikan kaitan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sepanduk haram di sekitar negeri itu yang menggunakan gambar menteri besar itu.

Sambil melahirkan rasa kesal, mereka dalam satu kenyataan hari ini mendakwa, tindakan pihak tertentu yang menggunakan gambar Tuan Guru itu merupakan cubaan mencemarkan imej dan nama baik beliau.

"Kami ingin memaklumkan bahawa YAB Tuan Guru Menteri Besar tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sepanduk ini.

"Pihak kami menganggap sepanduk ini merupakan satu usaha mencemarkan nama baik YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan," kenyataan itu dipetik.

Sepanduk yang bertulis "Rakyat Kelate Nok Royalti Minyok...Buke Nok Pitih RM500" dan "Puak-puak Kito Jange Gi Ambik Pitih RM500 tu, Itu Pitih Haram, Tok Tahu Mari Mano" dipercayai digantung pihak tertentu bagi menggambarkan penolakan PAS terhadap pemberian wang RM500 oleh pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sedangkan pendirian Tuan Guru Nik Aziz selama ini sangat jelas bahawa wang tersebut adalah wang rakyat malah rakyat diseru mengambilnya.

Pendirian Tuan Guru juga boleh dilihat melalui kata-katanya yang popular setiap kali pilihan raya iaitu "Bagi pitih ambik, bagi kain pakai, bagi gula kacau, tapi bila undi, pangkah bulan".

Justeru, pihak Pejabat Menteri Besar mahu pihak yang bertanggungjawab menurunkan sepanduk tersebut dengan kadar segera.Hrkh

Kenapa Umno Besut Kibarkan Bendera Terengganu Separuh Tiang ???

Bendera Terengganu dikibarkan separuh tiang di pejabat Umno Bahagian Besut

PAS DESAK UMNO BESUT BERI PENJELASAN

Tindakan mengibarkan bendera Negeri Terengganu separuh tiang di pejabat UMNO Besut tidak harus berlaku di saat seluruh rakyat negeri ini bergembira dengan kepulangan Tuanku Mizan untuk kembali memerintah Terengganu setelah menamatkan tempuh pemerintahan baginda selama sepenggal sebagai Yang di-Pertuan Agung Ke 13.
PAS Kawasan Besut hairan kenapa situasi tidak berakhlak ini perlu dicetuskan sedangkan UMNO sudah banyak diselubungi isu yang sedang menaikkan api kemarahan rakyat. Kenapa mereka begitu marah apabila seorang pelajar IPTA menurunkan gambar Najib dihadapan bangunan PWTC dikedudukan separuh tiang sedangkan seluruh kepimpinan UMNO diam membisu di saat UMNO Besut membiarkan bendera Terengganu dikibar separuh tiang di premis mereka.

“Saya tidak fikir Ketua UMNO Bahagian Besut tidak nampak bendera Terengganu berkibar di separuh tiang di hadapan pejabatnya di tengah-tengah Bandar Jerteh itu dalam jangka waktu yang agak lama. Saya juga tidak fikir bekas Menteri Besar Terengganu itu tidak dimaklumkan tentang kepulangan Tuanku Mizan yang telah kembali memerintah Terengganu. Beliau seharusnya melihat ‘tred rekodnya’ yang tidak begitu baik dalam isu yang agak sensitive seperti ini sehingga kedudukannya sebagai Menteri Besar (2004) cuma bertahan selama sepenggal tetapi ‘kontraknya’ tidak disambung selepas itu meskipun UMNO kekal sebagai kerajaan (2008). ”

Video & Gambar : Fenomena Akibat Ombak Besar Di Dungun Terengganu







Ombak besar yang melanda Pantai Teluk Lipat di Dungun Terengganu menyebabkan jalan dan tanah runtuh.
Fenomena ini dapat dilihat di sepanjang pantai tersebut,terutama dihadapan Taman Selera dan Sekolah Agama Imtiaz.

PRU 13 : Pemimpin Umno Dakwa Negara Mundur Jika Guna Dakwat Kekal


KUALA TERENGGANU – Di negara yang sudah membangun seperti Malaysia sepatutnya tidak perlu guna dakwat kekal.

Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Terengganu, Rozi Mamat berkata, kaedah yang lebih maju perlu dipraktikkan dalam proses pengundian di negara ini dan bukannya menggunakan dakwat kekal yang dianggap terkebelakang serta hanya digunakan negara kurang membangun.

“Pada saya, kita perlu lihat satu langkah ke hadapan. Tengok kesesuaian dalam negara memandangkan sekarang anak muda yang ramai mengundi. Lagipun, sistem dakwat kekal dilihat terkebelakang sebab negara maju sudah tidak guna, India gunalah,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini.

Mengulas soal keadilan dalam kaedah sistem pilihan raya yang digunakan ketika ini, beliau menganggap isu keadilan tidak timbul sama sekali kerana semua pengundi diberi ruang untuk mengundi.

Bagaimanapun, beliau berkata, isu mengundi dua kali yang ditimbulkan pembangkang dilihat cuba mengaburi pengundi di negara ini bagi menggambarkan imej Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak telus.

Sehubungan itu, katanya, pembangkang lantang membawa isu penggunaan dakwat kekal yang dikatakan lebih adil walaupun menegaskan sistem sedia ada tidak menipu mana-mana pihak.

“Soal ketidaktelusan tidak timbul tetapi itulah yang dibangkitkan pembangkang dengan mengaitkan pe-ngundi mengundi dua kali. Ini tidak berlaku. Begitu juga pengundi hantu yang dibangkitkan pembangkang, kalau menang tidak pula bersuara,” katanya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....