Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 13 Oktober 2011

Dewan Rakyat Kecoh Isu Elaun Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR: Isu pembatalan kenaikan gaji dan elaun ahli Parlimen merancakkan persidangan Dewan Rakyat apabila beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan pembangkang bertikam lidah mengenai cadanganberkenaan.

Kekecohan berlaku apabila Datuk Baharom Mohamad (BN-Sekijang) menyifatkan ahli Parlimen pembangkang sebagai hipokrit kerana menolak cadangan kenaikan gaji dan elaun seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam Bajet 2012.

Menurut Baharom, sikap hipokrit pembangkang begitu ketara apabila wakil rakyat mereka yang menganggotai Jawatankuasa Mengkaji Gaji dan Elaun Ahli Parlimen terlebih dahulu menyokong mengenai cadangan berkenaan.

"Dua wakil pembangkang dalam jawatankuasa berkenaan adalah Ahli Parlimen PAS-Kubang Kerian (Salahuddin Ayub) dan PKR-Kuala Langat (Abdullah Sani Abdul Hamid)," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undangPerbekalan 2012 di sini, Khamis.

Kenyataan Baharom itu mengundang Abdullah Sani untuk bangun bagi mempertahankan pendiriannya bahawa kenaikan gaji dan elaun itu memang diperlukan namun pada masa yang sama menegaskan bahawa ia tidak sesuaidilaksanakan sekarang.

Kemudiannya Khalid Samad (PAS-Shah Alam) turut mencelah bagi menyokong kenyataan Abdullah Sani.

"Belum sesuai masanya, sekarang tak sesuai nak naikkan lagi... lagipun sekarang kerajaan BN menghadapi bajet defisit," katanya.

Namun kenyataan kedua-dua wakil rakyat pembangkang itu disangkal Baharom dan menegaskan bahawa kerajaan mempunyai bajet yang cukupuntuk melaksanakan cadangan tersebut.

"Dah beri kelulusan untuk kaji (gaji dan elaun) itu bermakna ada bajet la.

"Perdana Menteri dengar rintihan wakil rakyat kerana beliau tahukenaikan itu dapat digunakan untuk rakyat juga," katanya.

Mendengar penjelasan berkenaan, Khalid masih enggan mengaku kalah dan bingkas bangun sekali lagi dan berkata:

"Rintihan kami (pembangkang) adalah peruntukan RM1 juta seperti mana yang diperoleh Ahli Parlimen BN dan jika ia diberi tentu kami dapatmemberi khidmat yang baik kepada rakyat."

Jumaat lalu, Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2012 di DewanRakyat mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula gaji dan elaunahli Parlimen sekiranya mendapat sokongan penuh wakil rakyat kerajaan,pembangkang dan bebas.

Bagaimanapun, bantahan empat pemimpin utama pembangkang iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Salahuddinyang juga Naib Presiden PAS menyebabkan kerajaan menarik balik cadangan berkenaan.Mstar

Hudud: PAS panggil Pang Chow


KUALA LUMPUR, 13 Okt: Ekoran beberapa kenyataan media yang dilihat tidak selari dengan dasar parti, PAS hari ini bertindak untuk mendapatkan penjelasan sebenar daripada pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow atas dasar mengeratkan muafakat dan sangka baik dalam parti.
 
Dalam satu kenyataan hari, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Jawatankuasa PAS Pusat akan memanggil Hu dalam masa terdekat untuk memberi maklumat sebenar berhubung beberapa kenyataan terbuka beliau di media yang dilaporkan tidak selari dengan dasar parti.

“Sebagai sebuah parti politik yang besar, kita memahami terdapat kadang-kala berlaku salah lapor dalam media berhubung beberapa kenyataan pimpinan. Oleh kerana itu, jalan terbaik ialah mendapat penjelasan langsung dari yang terlibat,” kata beliau.

Kebelakangan ini, kenyataan Hu yang mempertikaikan keinginan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud telah dimainkan secara hangat di media arus perdana. Awal minggu ini, akhbar Sinar Harian hari telah menyiarkan di muka depannya laporan kenyataan Hu yang kononnya 20,000 ahli DHPP akan keluar meninggalkan PAS jika hudud dilaksanakan.

Hu bagaimanapun telah menafikan sekeras-kerasnya ugutan tersebut dan berkata beliau sebagai “salah seorang pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak  ada sebab saya buat demikian.”

Tuan Ibrahim berkata PAS tidak menafikan sebagai parti yang besar, parti Islam tersebut juga dilanda pelbagai isu dalaman.

“Atas dasar itu, PAS sudahpun mempunyai pelbagai saluran parti untuk mendapatkan maklumbalas dan penjelasan tentang sesuatu isu dalaman.

Diharapkan ahli-ahli PAS dan DHPP boleh menggunakan saluran ini untuk mendapatkan penjelasan kepada isu-isu yang bersifat dalaman, yakni jabatan penerangan akan cuba menyelesaikannya secepat mungkin,” kata beliau.

Gambar : Disebalik Bantahan,Ceramah Guan Eng Di Johor Dapat Sambutan Hebat

Beratus penduduk Segamat (Pencacai UMNO kot..) yang berkumpul sejak petang tadi melakukan demo aman dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng ke Segamat, Johor.











Bagimanapun beratus penduduk Segamat itu hanya berani menyalak diluar saja.. kerana ada beratus-ratus lagi rakyat Johor yang menantikan kehadiran Guan Eng didalam Dewan tersebut dan Guan Eng berjaya memasuki dewan dengan selamatnya..ASD

Video : Kedutaan Malaysia di Jakarta diserang





Isu sempadan Malaysia-Indonesia di Kalimantan Barat yang dihangatkan oleh media tempatan telah menyebabkan sekumpulan rakyat Indonesia mengadakan demonstrasi dan bertindak liar depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada Rabu sehingga merosakkan cermin pos pengawal.

Kumpulan dari Forum Betawi Rempug (FBR) yang berjumlah kira-kira 650 orang berdemonstrasi selama satu setengah jam mulai pukul 1 petang Rabu, melempar benda keras seperti batu, kayu dan buluh serta telur ke dalam kawasan kedutaan.

Ini menyebabkan cermin pos pengawal dan beberapa lampu pagar kedutaan pecah hingga melukakan sembilan anggota polis yang berkawal di situ.

Para penunjuk perasaan itu dikatakan membantah tindakan Malaysia yang didakwa kononnya mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat.

Kumpulan itu dipimpin Pengarah FBR Edwan Hamidy.

Pejabat Kedutaan Besar Malaysia tidak melayani sebarang nota bantahan dari kumpulan itu kerana mendakwa tuduhan mereka itu tidak benar.

Para penunjuk perasaan menjadi marah apabila dihalang oleh pihak polis daripada memasang bendera FBR di pintu pagar bangunan pejabat kedutaan itu sehingga mereka bertindak liar merempuh anggota polis.

Pasukan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka bagi mengawal keadaan daripada menjadi bertambah buruk.

Isu pertikaian sempadan itu berlaku apabila Timbalan Ketua Suruhanjaya 1, Dewan Perwakilan Rakyat Tb Hasanuddin hujung minggu lalu mendakwa Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu, yang didakwa telah diambil oleh Malaysia.

Dakwaan beliau bagaimanapun segera disangkal beberapa menteri kabinet Indonesia kerana ia tidak berasas.

Mereka ialah Menteri Penyelaras Kementerian Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Djoko Suyanto; Menteri Luar Marty Natalegawa; Menteri Dalam Negeri Gamawan Fauzi; dan Menteri Pertahanan Purnomo Yusgiantoro.

“Tidak timbul sebarang pertikaian sempadan antara Indonesia dan Malaysia kerana kedua-dua negara merujuk pada perjanjian persefahaman yang dibuat semasa era pemerintahan Belanda dan British pada 1891, 1915 dan 1928,” kata Marty.

Perjanjian yang ditandatangani antara Belanda dan Inggeris itu telah menetapkan garis sempadan kedua-dua negara itu dan sejak sekian lama tidak ada sebarang pertikaian mengenainya.
Sehubungan kejadian itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan menghantar nota diplomatik kepada kerajaan Indonesia berikutan kerosakan yang berlaku.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan berkata pihaknya akan meminta penjelasan bagaimana kekacauan itu boleh tercetus sehingga keadaan menjadi tidak terkawal.

“Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta hampir setiap tahun berhadapan dengan kumpulan penunjuk perasaan sehingga berlaku pelbagai kerosakan pada aset negara.

“Nota diplomatik yang akan dikirim ini ialah bagi meminta penjelasan daripada kerajaan Indonesia bagaimana mereka dapat membantu kita menyelesaikan isu ini,” katanya di Jakarta.

Pengiriman nota diplomatik itu adalah selaras dengan Konvensyen Vienna yang menetapkan bahawa pihak berkuasa sesebuah negara harus melindungi harta benda setiap pejabat perwakilan asing di negara berkenaan.

-Bernama

Jais mohon waran tangkap Bob Lokman

KUALA LUMPUR, 13 Okt - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mendapatkan perintah waran tangkap daripada mahkamah terhadap penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Bob Lokman seandainya enggan hadir memberi keterangan kepada agensi itu.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata, selebriti yang nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, itu juga melakukan kesalahan lain jika enggan mematuhi perintah hadir terhadapnya.

“Sepatutnya pagi tadi (semalam), dia hadir ke pejabat Jais, tetapi dia gagal berbuat demikian.

“Dia (Bob Lokman) berdegil datang, Jais akan memohon waran tangkap,” katanya dipetik Berita Harian dan Harian Metro hari ini.

Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, Isnin lalu.

Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyebut "mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah diberikan mengikut Seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.” Disebabkan enggan hadir memberi keterangan dengan sengaja pula, selebriti itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor."

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar.

Bob Lokman merupakan penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search.

Sebelum ini, Bob Lokman juga menolak untuk pergi ke pejabat Jais bagi memberi kenyataan terhadap insiden tersebut, sebaliknya pihak agensi itu sendiri harus jemput dia di rumah kerana mereka ada kuasa.

“Mereka ada kuasa, datanglah jemput saya di rumah,” katanya yang mempertahankan tidak melanggar peraturan agensi tersebut.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....