Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 12 Mac 2012

Video : Bekas TMB Kelantan pengerusi JK Pemandu



KUALA LUMPUR, 12 Mac: PAS menghidupkan semula Jawatankuasa Pemandu yang pernah dibentuk sebelum ini dengan melantik bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebagai pengerusi.

Empat lagi anggota adalah, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, AJk PAS Pusat Datuk Kamarudin Jaffar, Naib Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfodz Mohamed, dan Pengerusi Lujnah Undang-undang PAS Pusat Asmuni Awi.

Pelantikan itu diumumkan oleh Mustafa dalam sidang media lewat petang tadi selepas mengadakan mesyuarat bulanan PAS Pusat di Pejabat Agung Jalan Raja Laut.

Sebelum itu, Timbalan Presiden PAS Muhamad Sabu menegaskan Jawatankuasa Pemandu sebenarnya telah diwujudkan sejak tahun 1990 dan ia bukan badan eksekutif tetapi sebagai badan penasihat.

"Pemandu ini kadang kala aktif kadang kala tidak aktif, jadi kita aktifkan semula hari ini. Pemandu ini tidak boleh ganggu mana-mana petadbiran negeri," katanya.

Jawatankuasa Pemandu ini terus kekal untuk negeri yang dimenangi PAS dalam pilihan raya umum 1999 dan 2008. Tetapi apabila keadaan sudah stabil, jawatankuasa tersebut tidak meneruskan peranan ini.

Selain memberi nasihat, jelas Mustafa jawatankuasa ini berfungsi antara lain memantau pelaksanaan manifesto negeri sama ada di negeri yang menang atau kalah dalam pilihan raya.

"Setiap kali adanya PRU, kita ada manifesto sebagai janji kepada rakyat, jadi jawatankuasa pemandu memantau pelaksanaan manifesto tersebut," katanya.

Malah katanya, jawatankuasa ini bukan dikhususkan untuk negeri Kedah sahaja tetapi untuk semua negeri yang PAS ada terlibat.

"Termasuk juga boleh memberikan pandangan kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat," katanya.

Sebelum ini, pelbagai tafsiran liar sesetengah media yang membuat tafsiran salah terhadap penubuhan jawatankuasa pemandu yang dibentuk PAS.

Jawatankuasa Pemandu berperanan menjadi penasihat kepada kerajaan negeri yang disertai PAS bukan untuk pimpinan tertentu sahaja tetapi untuk semua.

Sesetengah media melaporkan kononnya PAS membentuk jawatankuasa ini untuk mengurangkan kuasa MB Kedah.Hrkh

NFC : Suami Shahrizat hadapi tuduhan pecah amanah

KUALA LUMPUR - Suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail hari ini dikenakan dua tuduhan pecah amanah berhubung isu NFCorporation, melibatkan wang sebanyak RM49 juta.

Beliau juga berhadapan dengan dua tuduhan berkaitan dengan kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965.Tindakan perundangan ke atas Mohamad Salleh dibawa kira-kira 24 jam selepas Shahrizat mengumumkan akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh khidmat sebagai senator berakhir 8 April ini.

Berdasarkan pertubuhan dibacakan di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini, petang ini, Mohamad Salleh menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 132 Akta Syarikat 1965 dan minta beliau dibicarakan.

Mahkamah menetapkan 13 April ini bagi sebutan semula kes.Mohamad Salleh didakwa kesalahan menggunakan RM9,758,140 dana NFCorp untuk membeli dua unit kondominium di kompleks One Menerung di Bangsar pada 2 dan 4 Disember 2009.

Selain itu, beliau juga didakwa memindahkan RM40 juta dana NFCorp kepada National Meat and Livestock Corporation dari 5 Mei hingga November 16 2009.Mohamad Salleh didakwa menggunakan dana itu tanpa kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan NFCorp.

Tindakan itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat.Selain Mohamad Salleh, tiga orang anak mereka juga merupakan lembaga pengarah NFCorp.

Bulan lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, pihaknya akan mengesyorkan kepada Peguam Negara agar mendakwa pengarah-pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah.

Skandal projek NFC terdedah susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lalu. Ekoran pendedahan itu, Pakatan Rakyat (PR) mendedahkan siri soal salah urus dan penyelewengan dalam penggunaan dana yang disalurkan untuk projek lembu daging.

Projek itu disalurkan pinjaman mudah RM250 juta.NFC  ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.SH

Piala Monsun Gagal : Menteri Mengesahkan Dakwaan PAS

KUALA TERENGGANU – Kenyataan Menteri Belia dan Sukan (KBS) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkenaan Piala Monsun mengesahkan dakwaan pemimpin PAS selama bahawa penganjuran sukan itu tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, Dr Alias razak berkata, telah lama isu ini dibangkitkan oleh PAS dan beliau sendiri pernah mengusulkan supaya kerajaan membatalkan saja penganjuran sukan tersebut.

“Telah lama isu (Piala Monsun) ini dibangkitkan oleh PAS dan kita (saya pernah) minta kerajaan batalkan saja (penganjuran) piala ini kerana ia tidak menguntungkan rakyat mahupun kerajaan negeri,”ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya kerajaan telah menghabiskan lebih RM300 juta duit rakyat untuk pembinaan prasarana bagi menganjurkan sukan tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus menegaskan setiap tahun, selama tujuh tahun, kerajaan menghabiskan RM4 juta setiap hari bagi piala monsun yang berlangsung selama 5 hari.

“pembinaan prasarana saja melibatkan lebih RM300 juta duit negeri dan setiap tahun RM20 juta untuk acara selama 5 hari atau bernilai RM4 juta sehari,

“wang rakyat dibazirkan semata mata untuk memuaskan nafsu pemimpin Umno tanpa mengira manfaatnya  untuk rakyat,”jelasnya.

Selaku ADUN Bukit Tunggal dimana lokasi Piala Monsun diadakan, beliau kesal kerana tempoh tujuh tahun adalah begitu lama, rakyat ditipu dengan pelbagai janji manis kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

Gambar : Berkunjung Ke Kediaman Speaker Dun Kelantan




Melayu belum sedar MCA bodohkan Umno?

Di mana-mana pun sangkaan atau keyakinan seperti ini memang ada. Bunyi sangkaan dan keyakinan itu adalah, "Dalam BN, Umno kuat dan boleh kuasai MCA. Tetapi, adakah dalam gabungan Pakatan Rakyat yang masih rapuh itu, PAS boleh kuasai Dap?"

Selalunya, kata-kata ini lahir dari lidah orang-orang Umno itu sendiri. Namun, isunya di sini bukanlah persoalan benar atau pun tidak. Isu penting di sini - adakah kenyataan ini bertaraf sangkaan atau sebuah keyakinan yang cuba dijelmakan atas nama penyelidikan rambang.

Kalau benar MCA itu dikuasai Umno, maka pernahkah ahli-ahli Umno menyiasat dan membuat penyelidikan, kenapakah MCA masih diperbodohkan Umno jika benar Umno menunggang dan menguasai MCA itu?

Salah satu jawapan yang boleh menjelaskan kenapa MCA boleh dikuasai dan dipengaruhi Umno ialah - kuasa wang! Bagaimana Umno melakukannya ke atas MCA? Iaitu, melalui anugerah projek-projek dan dengan cara itulah MCA akan didiamkan.

Kedudukan ini amat merbahaya kepada Umno dan Melayu sendiri. Ini kerana, negara sedang menuju ke wilayah kemiskinan. Kedudukan perjanjian Umno dan MCA yang semangatnya berteraskan wang, projek dan kuasa ini menyebabkan MCA akan kembali menguasai dan menunggang Umno ketika parti itu semakin lemah lantaran ketiadaan wang lagi. Wang, bagi Umno adalah kekuatan paling tinggi!

Jadi perkara inilah yang paling kerap didengungkan dari telinga ke telinga masyarakat. Polemik 'siapa menunggang siapa' dalam BN atau Pakatan Rakyat adalah antara ramuan fikiran orang-ramai yang tidak kunjung berkesudahan menjadi bahan fikiran mereka.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....