Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 24 Februari 2010

Exco Kedah Mungkin Dibarisi Muka Baru

ALOR SETAR: Beberapa anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah, mungkin digugurkan setelah dua tahun memegang jawatan berkenaan bagi memberi peluang kepada muka baru untuk menggalas tugas terbabit.
"Saya akan tengok kesesuaian untuk mencari yang terbaik, nak bagi orang lain pula cuba kemahiran masing-masing, tapi saya akan maklumkan kepada Tuanku Sultan terlebih dahulu," katanya Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada pemberita di sini Rabu.
Beliau berkata istiadat mengangkat sumpah memegang jawatan dijangka diadakan minggu depan dan akan turut melibatkan beberapa perubahan daripada segi portfolio setiap anggota exco.
Mengenai kuota pelantikan exco, Azizan berkata ia mungkin dikekalkan iaitu tujuh daripada Pas dan selebihnya daripada Parti Keadilan Rakyat.

Ahli Parlimen Nibong Tebal Mohon Maaf Kepada Syed Hussin




A
nggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng tidak akan memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung tindakannya mengecam pentadbiran Lim baru-baru ini.

Tan yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Jelutong berkata masalah beliau dengan Lim akan diselesaikan oleh pucuk pimpinan parti.

"Saya tidak akan tarik balik kenyataan terhadap Lim. Saya menyerahkan kepada Lembaga Disiplin PKR menentukan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas sesi pendengaran kesnya di Ibu pejabat PKR di Damansara hari ini.

Sebelum ini, Tan mendakwa pentadbiran Lim yang juga Setiausaha Agung DAP meminggirkan wakil rakyat PKR dan menganggapnya sebagai sampah.

Bagaimanapun Tan bersetuju memohon maaf kepada Syed Husin Ali dan menarik bidasan yang dibuatnya itu kepada timbalan presidennya.

Tan membuat permohonan maaf selepas sesi dua jam bersama jawatankuasa disiplin PKR di Kuala Lumpur yang berakhir jam 5 petang tadi.

Jawatankuasa disipilin bermesyuarat sejak tengah hari tadi bagi mendengar penjelasan Tan berhubung kritikannya terhadap dua pemimpin Pakatan Rakyat.

Tan diberikan surat tunjuk sebab minggu lalu kerana beberapa kenyataannya yang dianggap celupar dan keterlaluan.

Pada sidang medianya 3 Feb lalu, Tan mencadangkan Syed Husin supaya meletakkan jawatan berikutan kenyataan timbalan presidennya itu di Malaysiakini yang membidasnya. -malaysiakini

2 Ahli Parlimen Pakatan Disiasat Bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR, Feb 24 — Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dipanggil polis berhubung dakwaan membuat kenyataan berunsur hasutan ketika satu perhimpunan umum di Pulau Pinang awal bulan ini.
Polis menyoal siasat R. Sivarasa dan Salahuddin Ayub, masing-masing Naib Presiden PKR dan PAS di pejabat wakil rakyat di bangunan Parlimen petang ini ekoran ucapan mereka di Seberang Jaya pada 7 Feb lalu.
“Kedua-dua kami disiasat di bawah Akta Hasutan,” kata Salahuddin yang pertama keluar selepas menemui polis.
“Ia kelihatan seperti skrip yang sudah pun disediakan,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini selepas ditemui polis kira-kira setengah jam.
Salahuddin berkata, polis menyoal siasat beliau berhubung ucapannya berkaitan dengan isu kalimah “Allah” tetapi enggan menjawab soalan mereka dengan menegaskan haknya di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Mahkamah Tolak Permohonan Bekas Ketua Polis Daerah Sentul

Mahkamah Tolak Permohonan Bekas Ketua Polis Daerah Sentul




Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan bekas Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner K. Kumaran untuk membatalkan kenyataan pembelaan yang difailkan oleh Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan tiga lain dalam saman fitnah RM10 juta terhadap mereka.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham, yang membuat keputusan itu dalam kamar hari ini, turut menolak permohonan Kumaran untuk mencatatkan penghakiman terhadap empat defendan itu selepas mendengar hujahan dari kedua-dua pihak.

Dalam permohonannya Kumaran, berkata kenyataan pembelaan pihak defendan adalah remeh dan menyusahkan serta penyalahgunaan proses mahkamah.

Kumaran memfailkan saman terhadap Manikavasagam dan pengarang, penerbit serta pengedar akhbar Tamil, Makkal Osai pada 8 Ogos 2007 berhubung kenyataan dan laporan kematian pelakon drama Tamil tempatan, K. Sujatha.

Kumaran selaku plaintif menamakan Manikavasagam, 44, Pengarang Makkal Osai, M Rajintheram, 53, Makkal Osai Sdn. Bhd. dan Osai Distributors Sdn. Bhd. sebagai defendan pertama sehingga defendan keempat.

Selepas prosiding, peguam Manikavasagam, N. Surendran, memberitahu pemberita bahawa Prasad dalam keputusannya berkata permohonan itu tidak mempunyai merit dan saman itu harus diputuskan menerusi perbicaraan.

Tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan.Dalam pernyataan tuntutannya, Kumaran mendakwa Manikasavagam membuat kenyataan media dalam surat bertarikh 3 Ogos 2007.

Surat itu, dakwa beliau, kemudian disiarkan oleh akhbar Makkal Osai dengan tajuk 'Ketua Polis Negara Harus Tubuhkan Pasukan Penyiasat Khas Untuk Siasat Kes Velpari', 'Sujatha Hidup Mewah' dan 'ACP Kumaran Harus Digantung Kerja'.

Kumaran mendakwa, artikel berkenaan memberi gambaran beliau mengganggu siasatan kes itu serta menjatuhkan maruah dan nama baiknya. - BERNAMA

Kes Manohara: Mahkamah tetapkan jumlah ganti rugi Mac 11


KUALA LUMPUR, Feb 24 – Mahkamah Tinggi menetapkan Mac 11 ini bagi menilai jumlah ganti rugi yang wajar diterima putera Sultan Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra berhubung perintah ingkar yang diperolehnya terhadap isterinya Manohara Odelia Pinot (gambar) serta ibu wanita itu dalam kes fitnah melibatkan tuntutan RM105 juta.
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noordura Mohamed Din menetapkan tarikh itu hari ini dalam kamarnya selepas mendengar hujahan peguam Mohd Haaziq Pillay, yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry, berhubung taksiran ganti rugi itu.
Mohd Haaziq memberitahu media antara hujahan beliau ialah mahkamah perlu mengambil kira bahawa kata-kata fitnah yang dikeluarkan olah Manohara dan ibunya Daisy Fajarina tidak mempunyai bukti, tetapi mungkin mempunyai motif-motif tertentu berdasarkan suasana di Istana Kelantan.

Selepas Di Larikan,Pelakon Remaja Selamat Kembali Dari Lombok

SEPANG: Pelakon remaja, Salsabila Yunan, 15, atau Bella (tengah) dipeluk bapanya Yunan Mat Ayat, 77, dan kakaknya Farida Yunan, 50, ketika tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) di sini hari ini sebaik tiba dari Surabaya. Bella dilarikan Hafiz Sukma, 26, ke Lombok pada 7 Ogos lalu sebelum dipaksa bernikah dengan teman lelakinya itu. Bella yang mengandung enam bulan pernah membintangi beberapa drama tempatan termasuk Gerak Khas, Ke Syurga Cinta dan Renjis. - Foto Oleh Darran Tan

SEPANG: Pelakon remaja, Salsabila Yunan, 15, yang dilapor dilarikan ke Lombok, Jawa Tengah pada Ogos tahun lalu, selamat kembali ke tanah air.
Pesawat AK 0553 yang membawanya dari Surabaya, Indonesia, mendarat pada jam 4.10 petang di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini.
Remaja itu yang lebih mesra dengan panggilan Bella keluar dari balai ketibaan jam 5 petang dan dilihat tidak dapat menahan air mata sebaik melihat kelibat ayahnya, Yunan Mat Ayat, 77, yang membesarkannya seorang diri sejak sembilan tahun lalu setelah kematian ibunya.
Pertemuan penuh emosi itu disertai kakak Bella, Faridah, 50, dan mereka dilihat saling berpelukan dengan diiringi air mata gembira.
Bercakap kepada pemberita, Bella yang pernah membintangi beberapa drama tempatan termasuk "Gerak Khas" dan "Renjis", memohon maaf dan menyesal meninggalkan keluarga tanpa izin mereka.

Kelab Penyokong PAS ‘Kaotim’ Bersama ADUN Sura Membantu Ibu Tunggal, Orang Miskin




Kelab Penyokong PAS Dungun dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan MTD Sura telah melaksanakan satu tanggungjawab sosialnya.memberikan bantuan, terutama terhadap golongan ibu tunggal serta orang miskin di kalangan masyarakat tionghua.

Lagi Artikel Berkaitan Boleh Di Baca DI SINI

Video : Dr Asri Sedia hadapi Nakhaei Di Mahkamah




Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini bersedia memberi keterangan di mahkamah berhubung dakwaan bahawa beliau telah mengeluarkan tiga kenyataan fitnah terhadap bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad.

Dr Mohd Asri diminta mengulas tindakan Nakhaie, 57, memfailkan saman fitnah RM1.5 juta terhadapnya. Saman itu difailkan di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur pagi tadi, terhadap bekas mufti Perlis itu serta tujuh yang lain, termasuk editor dan wartawan akhbar Sinar Harian.

Kenyataan fitnah itu didakwa dibuat dalam satu persidangan media pada 1 November tahun lepas dan dua artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian pada 2 dan 5 November tahun yang sama.

"Saya sudah bersedia, kalau nak saman saya, kita jawablah di mahkamah. Saya serahkan perkara ini kepada peguam saya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Dalam saman itu, Nakhaie menamakan Asri, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Akhbar Cabaran Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub, Sri Diah, Azmi Tarmizi, Lailatun Khalilah Nasir dan Siti Azila Alis sebagai defendan.

Nakhaie juga adalah pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mendakwa kenyataan itu memberi gambaran buruk bahawa beliau adalah pihak yang menjadi dalang dalam isu memorandum menentang pelantikan Asri daripada menjadi Yang Dipertua (YDP) Yadim, dan ada penyelewengan berlaku di insitusi tersebut.

Nakhaie juga mendakwa akibat daripada tindakan defendan pertama (Dr Mohd Asri) yang dikeluarkan di akhbar terbabit, kewibawaan dan reputasinya kian merosot.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Asri berkata, beliau tidak menyebut nama Nakhaie sebagai dalang dalam isu memorandum tersebut.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....