Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 2 Mac 2010

PR Perak Tak Akan Hadiri Sidang DUN 30 Mac Ini




Kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Pakatan Rakyat tidak akan menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipanggil Speaker lantikan Barisan Nasional, Datuk R.Ganesan pada 30 Mac ini.

Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf notis yang dikeluarkan itu kerana Ganesan bukan Speaker yang sah, sebaliknya jawatan itu masih disandang Speaker V Sivakumar.

Bagaimanapun, Nizar berkata, ADUN Pakatan Rakyat sedia menghadiri sidang dewan berkenaan jika notis dikeluarkan oleh Speaker S. Sivakumar.

“Kalau dia panggil kita tidak hormat sebab dia bukan Speaker...kita tidak iktiraf surat dia. Jadi kita hanya hadir jika Speaker yang sah, Sivakumar panggil (sidang DUN),”katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Terdahulu, Speaker lantikan Barisan Nasional, Datuk R Ganesan melalui notis yang ditandatangani Setiausaha DUN Perak, Rumaizi Baharin memanggil sidang Dewan 30 Mac ini.

Sidang itu adalah yang pertama kali selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan kontroversi baru-baru ini, apabila mengisytiharkan Datuk Seri Zambry Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

Semua wakil rakyat turut diminta menghantar soalan bertulis sebelum 15 Mac.

Bagaimanapun, dalam sidang DUN berkenaan, setiap wakil rakyat hanya dibenar mengemukakan maksimum lima soalan bertulis dan tiga soalan lisan sahaja.

Nizar menjelaskan keputusan ungtuk tidak mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker dibuat kerana lantikan Speaker lantikan BN iyu telah melanggan peraturan 36A(5) Perlembagaan Negeri Perak

Ganesan sebelum ini gagal meletakkan jawatan sebagai Peguam selepas tiga bulan dilantik sebagai Speaker.

“Dia telah melanggar peraturan 36A(5) Perlembagaan Negeri Perak yang dilanggar oleh Ganesan ini, dari segi peraturan juga dia melanggar Peraturan Dewan, dari segi Perlembagaan, dia melanggar Perlembagaan Perak...dia tidak patuh pada Perlembagaan Perak. Jadi semua ini menunjukkan dia adalah bukan Speaker,” katanya. -TVS

“Ulamak, tolonglah tegur-tegurkan kami, golongan artis…” – Amy Search


KUALA LUMPUR : Amy Search atau nama lengkapnya Suhaimi Abdul Rahman menyeru agamawan tanahair dan kaum ulamak di negara ini agar dapat tampil membetulkan keadaan, menasihatkan artis agar kembali ke pangkal jalan.
“Saya harap ulama, ustaz-ustaz dampingi kami (artis), tanpa ulama tegur kami, kita mungkin lalai,” katanya dalam forum Islam Untuk Semua di sini, semalam sempena sambutan Maulidur Rasul
Tambah Amy, golongan agamawan dan ulamak diseru agar sentiasa mendampingi artis untuk membantu golongan hidup ini ke arah yang lebih baik.
Media dan akhbar arus perdana kerap melaporkan hal-hal sekitar kehidupan artis yang tersasar dari jalan sebenar dan kes-kes seperti ini, kata penyanyi rock yang popular dengan Isabella itu, perlulah mendapat perhatian agamawan dengan sewajarnya.
Media perdana baru-baru ini melaporkan penyanyi dan pelakon Maya Karin, 31, yang berkahwin dengan pasangannya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali, 41, kini mengalami pergolakan rumah tangga malah, tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya.
Sementara itu, Liena Hangat, 37, (Norazlina Abdul Rahmah) pernah gagal dalam perkahwinan campur bersama lelaki Perancis, Muhammad Jamal Delaloy Abdullah pada 21 Ogos 2002, lalu bercerai secara fasakh pada 6 Ogos 2008.

Ketua Angkatan Muda PKR Terengganu Di Tahan Polis




beberapa ketika sebelum ditahan polis, Fariz dan seorang penduduk, Zamri (kiri) ditahan kerana mempertahankan rumahnya yang belum sedia dirobohkan

KUALA TERENGGANU – Ketua Angkatan Muda Terengganu, Fariz Musa ditahan polis di Kampung Paya Bungan disini, ketika pihak berkuasa sedang menjalankan operasi perobohan rumah penduduk.

Beliau ditahan pada jam 11.15 pagi ketika mempertahankan sebuah rumah penduduk yang belum bersedia untuk dirobohkan.
Sebelum itu ketika bercakap dengan pihak media, beliau berkata, beliau bukan mahu menghalang tugas-tugas penguatkuasa uintuk merobohkan rumah penduduk disitu.

Namun beliau menuntut hak supaya penduduk tersebut dilayan secara adil oleh kerajaan.BO

Sidang Dun Perak pada 30hb Mac




Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijadual berlangsung pada 30 Mac ini, demikian kata Speaker lantikan Barisan Nasional, Datuk R Ganesan.

Sidang itu adalah yang pertama kali selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan kontroversi baru-baru ini, apabila mengisytiharkan Datuk Seri Zambry Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

Ganesan membuat pengesahan itu kepada Malaysian Insider dan turut menyatakan notis memanggil sidang DUN telah dikirim kepada 59 wakil rakyat, kelmarin.

Notis tersebut ditandatangani Setiausaha DUN Perak, Rumaizi Baharin dan semua wakil rakyat turut diminta menghantar soalan bertulis sebelum 15 Mac.

Bagaimanapun, dalam sidang DUN berkenaan, setiap wakil rakyat hanya dibenar mengemukakan maksimum lima soalan bertulis dan tiga soalan lisan sahaja.

Sidang pertama penggal ketiga DUN Perak itu dijangka dirasmikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah atau Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah.

Sebelum ini, sidang DUN Perak kecoh hingga menjadi tumpuan dunia selepas kerajaan pilihan rakyat, ditumbangkan melalui rampasan kuasa yang didalangi Barisan Nasional (BN) di dewan berkenaan.

Tragedi itu membawa kepada peristiwa sidang bawah pokok sekali gus mengheret pelbagai polemik perundangan dan demokrasi dan menjadi topik perbahasan politik untuk jangka waktu yang panjang.

DRS. KHALIL IDHAM LIM: Sidang Dun Perak pada 30hb Mac

Lompat Parti : Proses Pembersihan Dalam Pakatan-Mahfuz


Naib Presiden Pas YB Dato' Mahfuz Omar menyifatkan fenomena lompat parti yang berlaku mutakhir ini, terutama yang membabitkan beberapa pemimpin PKR adalah satu proses pembersihan golongan yang tidak jujur dalam perjuangan.Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan pimpinan Pas Kaw. Besut sempena kunjungannya ke Besut.

Menurutnya lagi,Pas juga pernah melalui proses yang sama sehinggakan pernah Presiden dan Naib Presiden Pas melompat menyertai UMNO suatu ketika dahulu.Beliau menyeru para ahli dan penyokong Pas agar tidak memperlekehkan PKR atas apa yang berlaku sebaliknya terus memperkukuhkan PAKATAN RAKYAT bagi menghadapi PRU yang akan datang.


SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Najib, Rosmah Dalang Beli Pemimpin KEADILAN



Artikel Berkaitan BACA DI SINI

Kunjungan Naib Presiden Pas,YB Dato' Mahfuz Ke Kawasan Besut

Ucapan alu aluan oleh YDP Pas Kaw. Besut Ust W. Azhar W. Ahmad
YB Dato' Mahfuz sedang menyampaikan ucapan
AJK Muslimat Pas Kaw. Besut termasuk ketuanya Puan Nafisah Ismail(kiri)
Sebahagian yang hadir

Pelakon Wardina mahukan anaknya mencontohi sifat sederhana Tok Guru Nik Aziz



Artis tersohor tanah air,Wardina Safiyyah menginginkan anaknya (Imran) menjadi seperti Tok Guru (Nik Aziz) yang mengamalkan cara hidup yg sederhana...insyallah..tahniah Wardina sekeluarga...

Semoga Allah merahmati Tok Guru..

sumber dari fans page wardina:

Sekarang lihat bagaimana tindakan seorang blogger tegar Umno meng'hentam' Wardina dlm isu pertemuan dgn Tok Guru..
"Wardina adalah contoh musuh dalam selimut yang tidak kelihatan merbahaya tetapi tidak akan dapat membantu dalam usaha mencetuskan pemikiran pemikiran yang dinamik dan progresif yang dapat menyuburkan inpirasi kerajaan malah akan merosakannya .Tanpa sedar Wardina mengembangkan pemikiran yang sempit dan tidak mendidik masyarakat melihat permasalahan secara rasional dan terbuka"baca disini... 
Namun, Wardina tetap tabah dan akur akan kritikan2 yg sememangnya satu lumrah dlm kehidupan...Wardina tidak takut dan gentar berdepan dgn hentaman dan kritikan jahat seperti ini...
"Saya tidak takut dengan penerimaan orang kerana saya tahu setiap apa yang kita buat akan ada dua respon. Satu akan puji dan satu lagi akan kritik. Kritikan akan membantu saya menjadi orang yang lebih baik."baca disini..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....