Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 10 September 2012

Video : Pencacai UMNO baling cat kearah bas jelajah Merdeka Rakyat tersebar



Jika dibaca apa yang dilaporkan oleh Berita Harian semalam mengenai insiden Pengawal Peribadi DS Anwar Ibrahim mengeluarkan pistol semalam antaran petikannya adalah seperti berikut..

Pemimpin belia 4B Jasin yang diacukan pistol, berkata beliau terkejut dengan tindakan lelaki terbabit kerana beliau bersama beberapa rakan tidak melakukan sebarang tindakan ganas atau provokasi.

“Saya hanya berdiri di tepi jalan untuk memberi laluan kepada rombongan Anwar ke tapak ceramah.

"Namun, secara tiba-tiba pengawal peribadi itu meluru keluar dari keretanya lalu mengacukan pistol ke arah saya sambil berkata 'masuk' (jika berani).

"Saya dan beberapa rakan terkejut dengan tindakannya dan hanya berdiam diri sebelum lelaki itu masuk semula ke dalam kereta dan beredar," katanya .. sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Tiada provokasi kepala bapak dia!!

Dalam video dtatas korang akan melihat sendiri apa yang dimaksudkan dengan tiada provokasi oleh pemimpin Belia 4B... err 4B ni bermaksud 4X Bodoh ke?..

Persoalannya disini ialah mengapa anggota Polis yang berpakaian preman yang berada ditempat kejadian tidak menahan pencacai UMNO yang melontarkan cat kearah bas Jelajah Merdeka Rakyat itu tetapi sangat pantas bertindak terhadap Pengawal Peribadi DS Anwar????????

Jika tindakan provokasi hingga ketengah jalan ini dihalang pihak berkuasa adakah mungkin Pengawal Peribadi DS Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan pistol?? Anak Sungai Derhaka

Saham FGVH menjunam, peneroka mula rugi

KUALA LUMPUR: Saham Felda Global Venture Holding (FGVH) terus menjunam jatuh dengan pantas menuju harga awal ketika dilancarkan iaitu RM4.55 apabila jatuh lapan sen lagi tengahari ini.

Saham itu terus jatuh sebanyak 89 sen sejak mencecah RM5.55 pada 5 Julai lalu dan ditutup pada harga RM4.69 tengahari ini.

Saham FGVH terus jatuh selepas mencecah batasan saikologinya apabila jatuh ke RM5.00 Rabu minggu lepas, iaitu jatuh sehingga 31 sen.

Mula rugi

Sementara itu, Penasihat Ekonomi Anak (Persatuan Anak Peneroka Felda), Dr Rosli Yaakob (gambar atas) berkata, peneroka Felda kini mula rugi apabila sahamnya jatuh melepasi 4.70.

Ini kerana, dividen yang diperolehi tidak akan mampu menampung interest pinjaman yang mereka buat untuk membeli saham FGVH.

"Kadar interest pinjaman mereka untuk membeli saham ini pada kadar RM4.45 kini lebih tinggi berbanding dengan dividen yang mereka perolehi," kata Dr Rosli.

Kini, semasa laporan ini ditulis, saham FGVH adalah lebih rendah dari RM4.70 iaitu RM4.69.Hrkh

Video : Lelaki Cina Peluk Islam Selepas Ceramah Pas



JIKA sebelum ini seorang sahabat daripada Jingga 13, memeluk Islam, rujuk sini [Jingga 13], kali ini satu lagi berita gembira untuk kita semua.

Selesai ceramah umum PAS Balik Pulau di dataran teluk kumbar kelmarin, Ustaz Mohd Fauzi, YDP PAS kawasan Balik Pulau telah mengislamkan Sim Kian Lek, lelaki berbangsa Tiong Hwa.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu mengajar saudara baru mengucap dua Kalimah Syahadah. Difahamkan saudara baru itu dicadang agar menggunakan nama baru Syawal sempena berada di bulan Syawal yang mulia.MiloSuam


Video : Majlis Hari Terbuka Aidilfitri PAS Pusat



KUALA LUMPUR: Biarpun hujan mula membasahi padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, ia tidak menghalang orang ramai untuk menghadiri majlis terbuka Aidilfitri PAS Pusat,hari ini.

Majlis yang bermula pada jam 2 petang itu, dimeriahkan dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai kaum, sama ada Cina, dan India.

Kebanyakan orang ramai yang hadir turut membawa anak kecil bersama-sama bagi memeriahkan suasana hari terbuka itu.

Pada tahun ini, PAS Pusat menyediakan pelbagai menu istimewa, antaranya sate, lemang, nasi dagang, kuey tiaw goreng, mee goreng, dan menu kegemaran kanak-kanak, aiskrim.

Hampir kesemua pemimpin utama PAS berada pada majlis sambutan Aidilfitri, bagi membolehkan para hadirin berpeluang bersalaman dan bergambar kenangan.

Pengarah program, Mohamad Nor Muhammad, berkata seramai 500 petugas dari Selangor, Wilayah Persekutuan, dan Negeri Sembilan membantu melancarkan majlis.

"Terima kasih kepada yang hadir, yang difahamkan bukan sahaja dari sekitar Lembah Kelang, tetapi juga dari Negeri Sembilan. Sambutan agak menggalakkan, sehinggakan menu utama iaitu nasi dagang sudah habis sejak jam 3 petang," kata beliau yang ditemui pada majlis tersebut.

Beliau turut memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan pada majlis tersebut.

Antara pemimpin utama Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....