Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Penghinaan Terkini Mahathir Terhadap Hudud Dan Jawapan Pemimpin Pas

Raja Bomoh Mengaku Penyokong Umno BN


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 2 Julai 2011

Kerajaan isytihar Bersih NGO haram

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Putrajaya hari ini mengisytiharkan Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram - seminggu sebelum ia merancang untuk menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.
Ia perkembangan terbaru dalam siri tindakan keras diambil oleh Putrajaya sejak lebih seminggu lalu.
“Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa pertubuhan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuat kuasa 1 Julai (semalam),” kata Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman hari ini.
Awal minggu ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menjalani undang-undang negara.
Lebih 100 orang aktivis dan pemimpin politik Pakatan telah ditahan. Semalam polis menegaskan pihaknya telah menutup segala bentuk perbincangan dengan sekretariat Bersih 2.0.
Dalam kenyataan hari ini, Abdul Rahman juga berkata Kementerian Dalam Negeri telah menyiasat pertubuhan Bersih 2.0 dan mendapati bahawa ia bukan satu pertubuhan berdaftar.
Bagaimanapun kata beliau, Bersih 2.0 memenuhi takrifan pertubuhan yang berdaftar di bawah Jadual 1, Akta Pertubuhan 1966.
Menurut Abdul Rahman, Bersih 2.0 telah bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini, menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu dan melalui aktiviti-aktivitinya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.
Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai menyenaraikan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya, mendapatkan sokongan Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun BN dan pertubuhan-pertubuhan yang pro perikatan itu membantah.
Perkasa dan Pergerakan Pemuda Umno mahu mengadakan perhimpunan balas membantah Himpunan Bersih 2.0 pada hari yang sama di ibu negara.TMI

Ahli Parlimen Sg. Siput Dan Lima Yang Lain Ditahan Di Bawah Akta Darurat




KUALA LUMPUR 2 JULAI : Ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain ditahan di bawah Akta Darurat setelah mereka dibebaskan pada jam 2 petang tadi.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Aruchelcan ketika dihubungi Tv Selangor mengesahkan hal itu sebentar tadi. " Ya beliau ditahan di bawah Akta Darurat bersama lima yang lain.

" Mereka tadi dibebaskan dan mereka akan dibawa ke Bukit Aman pukul empat petang ini,"kata beliau.

Menurut peguam mereka, antara ahli lain yang ditangkap semula itu adalah timbalan pengerusi PSM M Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, setiausaha bahagian Sungai Siput Letchumanan dan pemimpin pemuda Sarat Babu.

Dr Jeyakumar pada 25 Jun lalu ditahan polis bersama 31 yang lain ketika menaiki sebuah bas di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.

Bendahari PSM Siva Rajan pada sidang media di luar mahkamah Butterworth berkata kumpulan itu dibebaskan dari ibu pejabat daerah polis Kepala Batas, Pulau Pinang pada jam 2 petang tadi.
Namun mereka ditangkap semula oleh anggota polis Bukit Aman yang bersedia menunggu di luar balai berkenaan.

Pada Khamis, 30 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan keenam-enam mereka dikenakan tahanan reman sehingga hari ini.

Aktivis tersebut menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah" yang dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Polis mendakwa berdasarkan beberapa barangan yang dirampas daripada aktivis berkenaan menunjukkan mereka mempunyai kaitan dengan fahaman parti Komunis Malaya (PKM).

Akta Darurat merupakan suatu akta yang menggunakan pendakatan penahanan tanpa bicara seperti yang diamalkan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).TVS

Info : Sekitar Penahanan Aktivis ' BERSIH 2.0 ' Hari Ini

DI KEDAH


ALOR SETAR 2 JULAI :Polis Kedah hari ini menahan 14 orang yang sebahagian besar mereka ahli PKR kerana didakwa terbabit dengan kempen perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini di sebuah kedai kopi di sini, pagi ini.

11 lelaki dan tiga wanita, termasuk timbalan ketua pemuda PKR Kedah Gooi Hsiao Leung ditangkap kira-kira jam 9.20 pagi ini, lapor portal Malaysiakini.Mereka juga didakwa cuba menjual kemeja T kuning dengan logo Bersih.

Sebelum sidang media mereka yang dijadualkan di Pekan Cowboy, Alor Setar sempat bermula , polis terus menyerbu dan mengheret beberapa pemimpin PKR itu yang dijadual berucap ke tepi sehingga mencetuskan kekecohan.

Gooi menjerit: “Beritahu kami apa dakwaannya sebelum tangkap kami."Ini tidak demokratik,” katanya.

Namun, rayuannya tidak dihiraukan oleh pasukan polis yang diketuai oleh OCPD Adzman yang terus mengheretnya tanpa memberitahu apa dakwaanya.

Hampir 100 anggota polis berkawal di tempat aktivis berkenaan dijadual berucap.

Ketika dihubungi Gooi berkata mereka kini ditahan Pusat Latihan Mentalon, Anak Bukit tetapi belum dimaklumkan mengenai dakwaan yang bakal dikenakan itu.

Katanya, ahli PKR lain yang ditangkap termasuk Fazil Shari, K Naidu, Suraya Hashim, Asmalela Mohd Ghazali, Lee Kim Hock dan ahli majlis Leslie Daniel.
"Kami baru hendak mula sidang akhbar tetapi polis terus serbu. Ini amat memeranjatkan dan mengarut,” katanya.

Sementara itu ketua polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata semua tahanan akan disiasat mengikut Seksyen 108 Kanun Keseksaan kerana didakwa membantu menyemarakkan kempen Bersih.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu atau mana-mana majlis yang berkaitan Bersih.

"Kita juga sedang memanatu semua ceramah di negeri ini. Kita memang bersiap sedia,” katanya kepada wartawan.

"Kita tidak akan bertolak ansur dan tidak teragak-agak untuk menangkap sesiapa yang berani melanggar undang-undang.

“Jika ada yang degil dan berkeras mahu menyertai majlis-majlis ini, berfikirlah dua kali dahulu,” tegasnya lagi.TVS

Fakta : Ternyata Bersih 2.0 Lebih Popular Di Facebook Berbanding Patriot

Berbagai golongan termasuk pemimpin memasang lencana Bersih 2.0 pada gambar profile Facebook masing2 sebagai tanda sokongan kepada himpunan aman Bersih 2.0.Setakat ini 58,233 pengguna Facebook telah memasang lencana Bersih 2.0 di gambar profile mereka
Fakta berdasarkan rujukan dari picbadges.com.Untuk besarkan klik pada imej

Berdasarkan lencana yang dipasang oleh pengguna Facebook di gambar profile masing2 ternyata Bersih 2.0 lebih popular berbanding Patriot.Perhatikan fakta yang telah diperincikan di bawah :
Pautan
1. Dari segi bilangan penyokong Bersih 2.0 (58223) dan Penyokong Patriot (2223)

2. Dari segi nisbah Bersih dan Patriot adalah 26:1

3. Dari segi peratusan 96% menyokong Bersih dan 4 % menyokong Patriot.

Kenapa perlu BERSIH 2.0?

Oleh Mohamad Sabu

Pemerintah yang mendapat mandat daripada rakyat akan merasa selesa untuk menjalankan pemerintahan dalam sistem demokrasi berpilihanraya. Perjalanan yang baik dan pilihanraya yang bersih di antara punca keamanan di sesebuah negara.
5 tahun sekali, pemerintah memperbaharui mandat daripada rakyat untuk penerusan berkuasa atau rakyat memberi mandat kepada golongan lain untuk berkuasa. Itulah secara mudah kefahaman demokrasi dan amalannya dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat.
Untuk memastikan pilihanraya yang bersih dan adil berlaku di Malaysia, maka pihak NGO telah cuba menimbulkan kesedaran kepada rakyat dengan seminar, kongres dan himpunan aman untuk meletakkan dalam fikiran rakyat dan kerajaan, supaya pilihanraya berjalan dalam keadaan bersih, adil dan aman.
 Pada 10 November 2007, BERSIH yang dianggotai lebih 60 NGO dan disokong oleh parti-parti politik yang utama, PAS, DAP dan Keadilan bersetuju untuk mengadakan himpunan aman untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil dijalankan di Malaysia. Biarlah rakyat berpuas hati di atas pilihan mereka, atau penolakan mereka berdasarkan jumlah bilangan yang betul dan mengikut tatacara yang betul untuk melahirkan pemerintah yang dipilih oleh rakyat berwibawa dan berintergriti.
 Untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan dalam pilihanraya (bertarung di padang yang sama) maka BERSIH mencadangkan untuk membuat perubahan di atas empat perkara utama, iaitu:

1. Daftar automatik

2. Tanda dakwat kekal kepada yang telah mengundi

3. Penyusunan semula dan membuat reformasi terhadap undi pos

4. Akses media yang bebas dan adil

Daftar pemilih adalah kerja kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), parti-parti politik di antara tugas mereka menarik sokongan rakyat atau pengundi untuk menyokong dan mengundi parti-parti mereka. Bila daftar pemilih diizinkan, parti politk membantu SPR untuk meramaikan pemilih yang berdaftar, maka parti pemerintah boleh meng"eksploid" kan pegawai kerajaan dan SPR untuk memihak kepada mereka.
Daftar pemilih yang tidak bersih, samada orang yang telah meninggal dunia mengundi, rakyat bukan warganegara mangundi, mengundi berulang, orang mati mengundi, semuanya ini boleh menimbulkan keabsahan pemerintah yang memperolehi kuasa. Untuk mengelak seorang pengundi membuat ulangan undi di hari pilihanraya, maka penggunaan dakwat kekal di jari, atau di mana-mana tempat tubuh pengundi boleh mengelakkan buangan undi berulang terhadap satu individu.
Undi pos paling meragukan, pihak berkuasa berupaya men"zero"kan undi pos bagi pihak pembangkang jikalau parti pemerintah mahu. Pengundi yang membuang undi secara pos langsung tidak bebas kepada manipulasi dan penipuan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....