Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 1 April 2010

Anwar Cabar Najib Jawab Pasal APCO, Shin Bet

KUALA LUMPUR 1 Apr - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan kepada Parlimen berhubung beberapa persoalan yang timbul daripada isu APCO Worldwide sebelum mengambil tindakan terhadap beliau.

"Suruh dia (Perdana Menteri) jawab dulu soal APCO, jawab soal 'Israel intelligence', Shin Bet. Jawab itu dulu apakah sudah dijawab atau belum, apa nak serang saya lagi?

"Saya dah diserang banyak, sekarang ini Umno ataupun Perdana Menteri perlu jawab mengapa pilih APCO, pertahankan APCO mati-matian, ini aneh dong," kata Anwar kepada media di lobi Parlimen petang tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata hari ini kerajaan membuat keputusan untuk merujuk Anwar ke Jawatankuasa Mengenai Hak dan Kebebasan berhubung isu APCO, Satu Israel dan hubungkait dengan 1 Malaysia.SK

Zaid Ibrahim Calon PKR Hulu Selangor?

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi telah menemui kira-kira 10 orang, termasuk penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, yang disebut-sebut bakal dipilih menjadi calon parti itu untuk bertanding dalam pilihan raya Hulu Selangor tidak lama lagi.
Menurut sumber-sumber, pertemuan tersebut diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya selepas tamatnya mesyuarat biro politik parti itu kira-kira jam 11 malam tadi.
“Mereka masuk (bertemu Anwar) secara berperingkat-peringkat, dimulakan dengan dua anggota biro politik, Datuk Zaid Ibrahim (kiri) dan Shamsul Iskandar Md Akin,” kata mereka ketika ditanya tentang pertemuan tersebut.
Kerusi parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad ada 25 Mac lalu akibat barah otak.
Berikutan itu spekulasi berhubung siapakah bakal dicalonkan bagi bertanding mempertahankan kerusi tersebut, berterusan dalam PKR.

Rujuk Anwar: Kerajaan takut isu APCO




KUALA LUMPUR, 1 April: Kerajaan disifatkan sebagai takut untuk menjelasakan isu APCO apabila mengambil tindakan merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen tanpa membahaskan perkara itu di Dewan Rakyat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, tindakan kerajaan itu menunjukkan kerajaan juga lemah untuk berhujah dan mengemukakan fakta bagi menafikannya.

"Sebelum merujuk Anwar, mereka perlu membuat penjelasan berhubung dakwaan Anwar tentang penglibatan APCO sebagai perunding dan penasihat 1Malaysia.

"Pada saya, kerajaan lemah dan tiada fakta untuk berhujah, mereka masih belum menjawab di Dewan Rakyat biarpun menafikan penglibatan APCO dalam gagasan 1Malaysia,” ujarnya kepada Harakahdaily petang ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tindakan merujuk Anwar ke JK Hak dan Kebebasan Parlimen juga akan terus memburukkan imej kerajaan.

Rakyat Malaysia dan antarabangsa, katanya sedang menunggu penjelasan tuntas daripada kerajaan berhubung perkara itu.

"Tindakan merujuk Anwar tidak membantu membersih imej kerajaan malah akan terus memburukkan lagi imej negara kepada masyarakat negara dan juga masyarakat antarabangsa khususnya negara anggota OIC," katanya lagi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, tindakan terhadap Anwar itu bertujuan bagi menyekat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terlibat dalam perbahasan Dewan Rakyat akan datang.

"Sidang akan datang sangat penting kerana melibatkan perbahasan isu Model Ekonomi Baru (MEB) Najib dan RMK10, mereka mungkin mahu menyekat Anwar daripada terlibat," katanya lagi.

Sebelum itu, Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan untuk mengheret Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam satu sidang media di lobi Parlimen berkata, beliau akan menghantar surat kepada Speaker esok bagi mengusulkan perkara itu dan akan memastikan tindakan diambil dalam masa sepuluh hari.

"Kerajaan telah putuskan bahawa kita akan membawa usul untuk merujuk Permatang Pauh (Anwar) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana telah mengelirukan dewan dengan mengaitkan 1Malaysia dengan Israel," katanya.Hrkh

Laporan berkaitan

Sultan Pahang Titah Hukuman Sebat Kartika Diganti Dengan Khidmat Masyarakat

PETALING JAYA: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mentitahkan supaya hukuman sebat membabitkan bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor digantikan dengan kerja-kerja khidmat masyarakat.
Kartika, 33, bakal menjalani hukuman tersebut selama tiga minggu bermula esok di Majlis Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MAIP) pada pukul 8.30 pagi.
Menurut bapa Kartika, Shukarnor Abdul Mutalib, pihaknya telah menerima surat bertarikh 26 Mac daripada MAIP semalam menyatakan mengenai perkara itu.
"Esok saya akan ke Pahang untuk menghantar Kartika bagi menjalani hukumannya yang akan bermula pada pukul 8.30 pagi," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.
Ditanya mengenai jenis khidmat komuniti yang dikenakan kepada Kartika, beliau berkata masih belum mengetahui jenis khidmat yang bakal dijalankan oleh anaknya itu.

SPRM Ambil Keterangan Menteri Kanan Bantu Siasat Bekas Setiausaha Politik

PUTRAJAYA, 1 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan daripada seorang menteri kanan bagi membantu siasatan kes rasuah terhadap bekas setiausaha politiknya.
Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata, pihaknya mengambil keterangan itu kelmarin di pejabat menteri berkenaan pada pukul 3.30 petang dan berlangsung kira-kira dua jam.
“Siasatan ke atas bekas setiausaha politik menteri terbabit masih berjalan dan individu terlibat juga masih belum dikenakan apa-apa pertuduhan. Siasatan itu dibuat mengikut Akta SPRM 2009,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Mustafar berkata seramai 10 pegawai penguatkuasa dari tiga agensi telah ditahan di Terengganu pada 30 Mac lepas atas tuduhan meminta wang perlindungan berjumlah antara RM500 dan RM5,000.
Katanya, kesemua pegawai berkenaan telah dibebaskan dengan ikat jamin SPRM sebanyak RM3,000.
“Kesemua mereka disyaki meminta wang perlindungan dari sebuah syarikat yang menjual keluli. Tujuh daripada pegawai berkenaan ditahan di Kemaman, manakala bakinya ditahan di Kuala Terengganu,” katanya. — Bernama

22 Pelajar IPTA IPTS Dihadapkan Di Mahkamah Rendah Syariah




D
i Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, 22 remaja lelaki dan 3 gadis yang juga pelajar IPTA/IPTS didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral pada 15 November tahun lalu.

Hakim Syarie Kamaruzzaman Ali menjatuhkan hukuman denda antara RM2000-RM3000 terhadap 10 remaja lelaki selepas mereka mengaku bersalah manakala 12 remaja lelaki dan 3 gadis yang mengaku tidak bersalah dibebaskan dengan ikatjamin antara RM1500 hingga RM2500 dengan seorang penjamin.Kes ini akan disebut semula 7 Julai ini.

Mahkamah juga turut memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap 6 remaja lelaki dan empat gadis kerana gagal hadir ke mahkamah.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 29 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Semua mereka ditahan oleh penguatkuasa agama Islam Selangor pada jam 2.30 pagi 15 November tahun lalu di sebuah bilik di Intekma Resort Shah Alam Selangor.Greenboc

Nazri Aziz Bidas PERKASA


KUALA LUMPUR, 1 April — Datuk Seri Nazri Aziz membidas Perkasa sebagai oportunis politik ekoran tindakan badan bukan kerajaan itu yang mendakwa pembentukan Suruhanjaya Peluang Seimbang Peluang (EOC) bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
EOC merupakan satu mekanisme di bawah Model Ekonomi Baru (MEB) yang laporan pertamanya diumumkan kerajaan kelmarin.
Bagaimanapun pada sidang media semalam Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berpendapat ia bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan kerana ia akan memberi peluang saksama bagi setiap rakyat Malaysia.
Ibrahim berkata suruhanjaya itu jelas menyatakan bahawa semua rakyat mempunyai peluang yang sama dan ia bertentangan dengan Perkasa 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak keistimewaan dan melindungi kepentingan orang Melayu dan penduduk asal.
Sehubungan itu Ibrahim berkata, Perkasa mengambil serius cadangan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC) yang ingin menubuhkan EOC bagi memastikan tidak wujud diskriminasi dan ketidakadilan.

Apa Pula Mahathir Nak Kata Dalam Kes Terengganu?



"Pemimpin UMNO hanya sibuk buncitkan perut diri, adik beradikImbang Penuh, anak, menantu dan bini..." Demikianlah dakwaan yang sering dilontarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat terhadap UMNO-Barisan Nasional dalam ceramah politik.

Persepsi ini diperkukuhkan apabila masyarakat Malaysia dipaparkan senarai 40 individu terkaya di Malaysia baru-baru ini.
(Gambar Kecil- Jannah@Zaleha Nik, Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Terengganu bersama anak saudaranya, Suhaida Mohd Amran)

Antaranya, Mokhzani Mahathir, 48, anak kedua bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad menduduki tempat ke-20, dengan nilai harta lebih daripada RM1 bilion. Nazir Razak dari CIMB pula, iaitu adik PM Najib Razak, berada di kedudukan ke-40 terkaya, dengan nilai harta RM345 juta, berdasarkan kajian satu majalah baru-baru ini.

Merdeka Review mengulas jawapan Mahathir mengenai persoalan tersebut, apabila diajukan kepada bekas PM itu, beliau menjawab, "Kalau dia (Mokhzani) tersenarai..., bukan (pun) waktu saya jadi Perdana Menteri.

Masa saya jadi Perdana Menteri, anak saya tak boleh buat business (berniaga) dengan kerajaan sama sekali. Tak boleh dapat scholarship (biasiswa). Anak saya tak dapat scholarship dari kerajaan. Mirzan saja yang dapat scholarship sebelum saya jadi Menteri Pelajaran. Yang lain semua scholarship saya tak bagi, masuk politik tak boleh, berniaga dengan kerajaan tak boleh."

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....