Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 18 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:P Ramlee pun benci UMNO




Alif,mim,nun tendang wau sarkis ha..ha..ha..memang sarkis.P Ramlee memang dah tau UMNO ni Parti Sarkis.Tak payah Ambo beritahu,semua orang tahu kekalutan yang berlaku akhir akhir ini.Bermula dengan Altantuya,hakim2,Kugan,Beng Hock dan macam macam lagi.Tapi yang herannya masih ramai orang melayu yang masih sudi menghambakan diri pada badut badut yang memimpin Parti Sarkis ini ha..ha.ha...Padankah dengan habuan yang kamu dapat berbanding dengan kerosakan yang di lakukan oleh badut badut ini pada Islam dan orang Melayu.Lihat sahaja PPSMI,setelah beratus juta dihabiskan baru sedar ianya merugikan orang melayu,sarkis betul otak badut ni.Begitu juga ketika Himpunan Mansuh ISA,adakah patut Menteri Badut Sarkis kata peniaga marah orang ramai,dah kamu kerah Polis buat kacau kalau tak tentunya himpunan itu berjalan dengan aman dan peniaga pun untung juta2.Atau mungkin peniaga kat KL suka KL sunyi macam kat hutan tidaklah mereka sibuk melayan pelanggan,ha..ha..ha..sarkis betul la puak badut ni.
Akhir kata,Ambo harap pengundi Permatang Pasir teruslah memilih PAS dalam PRK nanti.Jangan bagi muka kat badut badut sarkis ini.Kalau mereka nak terjun dengan labu labu mereka,jangan ikut nanti kalian juga turut tenggelam.Biarkan badut badut ini tenggelam dengan labu labunya biarkan..biarkan..ha..ha..ha..
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Zamri lawan Nizar:Tok Guru nafi kata"ahli Umno tak masuk syurga"

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan berkata 'ahli Umno tidak masuk syurga' dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutarbelit kenyataannya itu.

Berikutan itu, katanya, beliau akan berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang didakwanya telah menokok tambah kenyataannya itu.

Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.


Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

Harakahdaily melaporkan Nik Aziz berkata beliau biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, "saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.

"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Nik Aziz berkata, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.

"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

Nik Aziz turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.

Mengenai kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.detikdaily

Zamri lawan Nizar:Tok Guru akan saman media putar belit kenyataannya




KOTA BAHRU, 18 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".

"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.

Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.

Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

ImageNampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini.

"Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.

"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.

Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.

"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.

Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu.

"Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.

Akhbar perdana sudah jadi akhbar Umno

Menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.

"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.

"Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya.

Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW.

"Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya. _harakahdaily

Zamri lawan Nizar:Ust Salleh Man yakin menang di Permatang Pasir





BUKIT MERTAJAM - Calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Mohd Salleh Man yakin parti itu dapat mempertahankan kerusi berkenaan, 25 Ogos ini.

Beliau berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada kekuatan Pas di kawasan berkenaan, yang juga satu-satunya kubu parti itu di Pulau Pinang.

Menurutnya, kejayaan penyandang kerusi DUN Permatang Pasir, Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mempertahankan kawasan itu selama tiga penggal berturut-turut akan diulangi pada pilihan raya kali ini.

“Kawasan ini adalah kubu kuat Pas dan dengan sokongan jentera Pakatan Rakyat, saya percaya kami mampu mempertahankan kerusi itu.

“Saya juga mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang hadir memberi sokongan kepada saya, terutama pimpinan yang hadir,” katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon di sini, semalam.

Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang pula berkata, Pas tetap yakin dapat mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir dengan sokongan yang diberikan Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, Pas mendapat sokongan yang hebat dari pelbagai pemimpin dari ketiga-tiga parti dalam PR dan Pas tetap yakin akan dapat mengekalkan kerusi itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jentera Pas yang dibantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP pastinya akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon Pas.

“Saya berasa yakin dengan calon Ustaz Mohd Salleh Man yang kita tonjolkan dan bantuan padu yang diberikan Pakatan Rakyat, Pas pasti akan memenangi kerusi ini,” katanya.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas mungkin tidak mampu mempertahankan majoriti yang dicapainya pada pilihan raya umum lalu kerana yakin Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pelbagai taktik dan jentera kerajaan untuk meraih undi.

Bagaimanapun, beliau berpendapat isu pembatalan lesen peguam sivil calon BN, Rohaizat Othman memberi kelebihan kepada Pas untuk membuktikan bahawa calon mereka lebih sesuai.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pilihan raya yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu itu membolehkan pengundi membuat keputusan tepat.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menyaksikan pertandingan antara Rohaizat yang juga Setiausaha Umno cawangan Permatang Pauh dan Mohd Salleh, iaitu Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang. sinarharian

Zamri lawan Nizar:YB Gobala dibebaskan dengan ikat jamin


Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pagi tadi dikenakan tuduhan jenayah kekerasan terhadap seorang anggota polis semasa berlangsungnya proses penamaan calon kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.

Pemimpin PKR pusat itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan dan minta dibicarakan.

Tuduhan dikenakan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan. Beliau yang dirawat di Hospital Bukit Mertajam, dibawa ke mahkamah majistret di sini dengan ambulans kira-kira 11.20 pagi tadi dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Kesnya akan disebut semula pada 28 September 2009

Beliau akhirnya dibenarkan ikat jamin sebanyak RM2000.00. Beliau hadir dengan berkerusi roda serta tangannya berbalut. Thinking of life

Zamri lawan Nizar:Umno pecat Mufti kerana arak

Umno merupakan parti yang tidak peka dengan persoalan arak sehingga memcatat sejarah apabila pemerintah Selangor yang diterajui parti itu bertindak memecat Muftinya kerana bertegas dalam isu arak.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mempersoalkan mengapa sekarang Umno cuba membincangkan isu arak dan mahu memecahbelahkan keharmonian dalam Pakatan Rakyat disebabkan isu arak.

Bahkan tegasnya, Umno mengambil tindakan memecat Mufti, Almarhum Dato’ Ishak Baharum yang bertegas menentang pertandingan ratu cantik dan jualan arak bagi menjaga keharmonian anak-anak muda Islam.

“Sekarang Umno bersikap ‘lidah bercabang’ cakap tak serupa bikin, rakyat masih ingat lagi macam mana seorang ulama dihina ketika mengangkat kemulian Islam, ” jelasnya.

Tegas beliau, rakyat akan tahu siapa yang benar-benar melindungi keharmonian Islam adalah PAS dan semangat Pakatan Rakyat dengan tindakan rasional tanpa mengongkong hak orang lain.

Dalam isu arak katanya, itu adalah cabaran besar untuk Pakatan Rakyat serta PAS khasnya menampilkan keseriusan dan komitmen bagi menerangkan kepada rakyat bahawa Islam itu adil dan boleh menaungi semua.

Beliau berkata, PAS berpeluang mendidik rakyat sama ada Islam dan bukan Islam tentang arak yang boleh membawa kemudaratan terhadap kesihatan dan akal.

“Di Shah Alam, ada peruntukan kecil di bawah MBSA maka kepimpinan Pakatan Rakyat perlu bijak menangani isu ini dengan memastikan peraturan tersebut diikuti dan dilaksanakan,” jelasnya.

Menurutnya PAS sebahagian dalam kerajaan Pakatan Rakyat perlu merujuk kepada enakmen syariat tentang penjualan arak yang sudah diperuntukan.

” Tidak perlu kita membawa perubahan besar kerana yang penting kita melaksanakan supaya orang Islam tidak menjual arak.” tegasnya.

Dipetik dari Harakah edisi 14-16 Ogos 2009

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....