Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 28 November 2011

Video : Panas !!! Dihina,Ketua Peneroka Felda Beri Isa Samad 14 Hari Minta Maaf


Ucapan Isa Samad yang didakwa menghina Ketua Peneroka Felda

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Ketua peneroka Felda, yang juga seorang ahli lembaga pengarah agensi itu, memberi masa 14 hari kepada Pengerusinya Tan Sri Isa Samad yang didakwa mengeluarkan kata-kata menghina beliau dalam satu taklimat di Kuala Pilah awal bulan ini.

Shamsuddin Othman berkata mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda, selaku ketua kepada para peneroka, dengan mengeluarkan ayat seperti “jika budak kecil, saya dah lempang”, “munafik”, “pembohong”, “penipu” dan “jika saya jumpa saya akan lutu dia”, tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Isa selaku pengerusi agensi kemajuan tanah persekutuan itu.

“Ini kali pertama seorang Pengerusi Felda mengeluarkan kata-kata menghina seorang ketua peneroka, bukan sahaja pemimpin peneroka, saya kira keseluruhan peneroka rasa terhina dengan kenyataan Tan Sri Isa,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Rakaman ucapan Isa turut ditayangkan pada sidang media yang dihadiri oleh sembilan naib pengerusi JPP Wilayah dan Gerakan Persatuan Wanita.

Berdasarkan kandungan ucapannya, Isa didapati mendakwa bahawa Shamsuddin yang diturut dipanggil sebagai “Pas Sam” tidak faham-faham meskipun sudah berkali-kali dijelaskan mengenai proses penyenaraian Felda Global Ventures.

Shamsudin (gambar), 59, dari Felda Wilayah Johor Baru berkata, Isa mengeluarkan kenyataan itu ketika memberi taklimat mengenai penyenaraian Felda Global Ventures di Kuala Pilah bagi peneroka-peneroka Felda Wilayah Raja Alias pada 12 November lalu.

“Saya akan lantik peguam dan akan memberi masa 14 hari kepada Isa agar meminta maaf. Oleh kerana beliau mengeluarkan kenyataan itu secara terbuka, di khalayak ramai, maka saya mahu beliau meminta maaf secara terbuka di lima akhbar tempatan,” kata beliau lagi.

Shamsuddin yang memegang jawatan Pengerusi JKPP sejak 15 tahun lalu dan sebagai ahli lembaga pengarah sejak lima tahun lalu berkata, beliau menyedari Isa mengeluarkan kata-kata berbuat mengaibkan itu pada sebelah malam 12 November.

“Tetapi saya tidak mengambil apa-apa tindakan, saya pun tidak menghubungi beliau... hanya berharap beliau akan akan menghubungi saya dan meminta maaf, saya harap beliau tahu kesilapan beliau dan tahu apa yang patut dilakukan, tetapi sehingga kini tidak berbuat demikian.

“Jadi, saya terpaksa mengambil tindakan ini, memaklumkan kepada media. Saya mahu beliau memohon maaf dalam 14 hari... saya rasa saya telah dihina dan diaibkan dengan kata-kata ini,” kata beliau yang akan memutuskan tindakan susulan selepas tempoh itu berakhir.

Shamsudin sambil menafikan tindakannya dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau parti politik berkata, “saya mahu beri beliau (Isa) peluang.”

Kenyataan media yang dikeluarkan menyebut Isa tidak layak menerajui Felda.

“Malah, boleh disimpulkan cakap-cakap beliau bahawa usaha-usaha beliau lakukan untuk kebaikan peneroka tidak lebih sekadar menanam tebu di bibi,” katanya.TMI

SMS Ugut : Bekas SU Politik Idris Jusoh Dipenjara Setahun

KUALA TERENGGANU, 28 Nov — Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menghantar SMS ugutan kepada tiga wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan SMS fitnah kepada bekas setiausaha sulit menteri besar Terengganu.
Hakim Mahkamah Sesyen M Bakri Abd Majid menjatuhi hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan itu.
Bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh itu dijatuhi hukuman penjara masing-masing tiga bulan untuk kesalahan mengugut Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka Mohd Ariffin Abdullah, Adun Permaisuri Abd Halim Jusoh dan Adun Ajil Datuk Rosol Wahid di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009.
Dia juga dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana memfitnah bekas setiausaha sulit Menteri Besar Terengganu Wan Ahamad Wan Muda, yang kini timbalan setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad, lapor Bernama Online.
Mahkamah memerintahkan kesemua hukuman itu dijalankan berasingan.
Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan membenarkan Ahmad Ramzi diikat jamin RM15,000 dengan dua orang penjamin.
Dalam penghakimannya, M Bakri berkata mahkamah perlu mengikuti perkembangan semasa sejajar dengan perkembangan dunia tanpa sempadan yang menyaksikan perbuatan jenayah juga berubah termasuk menggunakan medium baru seperti internet.
“Kecederaan reputasi atau harga diri, tidak kurang pedihnya dengan kecederaan fizikal. Sehubungan itu hukuman perlu dijatuhkan seiring dengan perkembangan ini,” katanya.

Konsesi: Guan Eng cabar Nor Yakcop berdebat

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk berdebat secara terbuka berhubung lanjutan konsesi jambatan Pulau Pinang selama 17 tahun dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) selama 11 tahun sebagai balasan untuk pembekuan kenaikan kadar tol selama 5 tahun di lima lebuh raya termasuk lebuh raya utara-selatan (NSE) akan membawa manfaat kepada rakyat Pulau Pinang mahupun Malaysia.
Lim berkata, New Straits Times hari ini telah melaporkan bahawa Tan Sri Nor telah mengecam beliau kerana mengamalkan double standard dalam bantahannya terhadap semakan semula perjanjian tol.
“Saya tidak dapat melihat bagaimana semakan semula yang menangguhkan kenaikan tol selama 5 tahun sehingga 2016 ini dapat membawa manfaat kepada rakyat.
“Tambahan pula, saya tidak faham bagaimana saya boleh dikatakan sebagai mengamalkan double standard apabila saya mengambil pendirian yang berprinsip untuk membantah syarikat-syarikat pengendali tol yang selama ini meraut keuntungan yang besar daripada rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.
Menurutnya, semakan semula terma konsesi seperti di atas bukanlah satu keadaan “menang-menang” bagi kerajaan, pengendali tol dan juga rakyat tetapi satu kemenangan yang besar bagi syarikat-syarikat pengendali tol sahaja.
Katanya, Rakyat Pulau Pinang akan menerima hukuman yang tidak adil sebagai balasan untuk pembekuan kenaikan kadar tol selama 5 tahun bagi Jambatan Pulau Pinang, NSE, BKE, Linkedua dan Elite.
Beliau yang juga ahli Parlimen Bagan menambah, rakyat Pulau Pinang sekarang dihukum dengan lanjutan tol selama 17 tahun untuk Jambatan Pulau Pinang, iaitu sampai 31 Disember 2038 dan bukan tarikh luput asal 31 Disember 2021.
Bagi BKE pula, katanya tempoh tol ditambah 11 tahun kepada 31 Disember 2038 daripada tarikh luput asal 27 Jun 2026.
Ini, ujarnya telah dilakukan supaya kadar tol untuk 5 lebuh raya di atas akan dibeku selama 5 tahun, tambahan pula, tidak ada lanjutan tempoh tol bagi NSE atau Linkedua.

Video : Mesti Lihat !!! ' Undilah ' Versi Pakatan Rakyat

Video : Simulasi Pilihanraya Program Umno Ugut Dan Tipu Pengundi




KUALA TERENGGANU - Simulasi pilihan raya atau pilihanraya 'olok-olok' yang dilaksanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah program yang melanggar etika, mengugut dan memanupulasi para pengundi.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS negeri Terengganu Ariffin Deraman menegaskan, PAS tidak tergugat dengan program itu, namun menurutnya, beliau bimbang kerana rakyat menjadi mangsa politik ugutan dan penipuan Umno.

Katanya, beliau mendapat maklumat, sasaran pengundi simulasi itu adalah terdiri daripada mereka yang cuba dipengaruhi oleh Umno.

"saya dapat maklumat 'taget' utama adalah orang yang boleh dipengaruhi khususnya kepada penerima bantuan ehsan, penerima dana 'to you', (dana) bakti remaja, pengundi-pengundi baru,

"yang mana kita juga dapat lihat surat yang dikeluarkan oleh menteri besar, Mad Said kepada pengundi-pengundi tertentu supaya hadir dalam simulasi,"katanya ketika diminta mengulas perkara tersebut pada Sabtu 26 November.

Katanya, surat yang dikeluarkan oleh Pengerusi BN Terengganu Dato' Seri Ahmad Said kepada pengundi sasaran tersebut membuktikan berlaku politik ugutan.

Beliau berkata, jika pengundi yang dipanggil tidak hadir kepada program simulasi itu, Umno akan mengugut menarik balik bantuan-bantuan yang diberikan selama ini.

"selalunya berlaku juga politik diugut di sini. (pengundi) diugut misalnya jika tak hadir simulasi, ia akan hantar surat balik, (oleh) pemimpin umno setempat atau menteri besar (menyatakan) bantuan-bantuan yang diberi selama ini akan ditarik balik,

" ini bentuk ugutan yang dibuat oleh pihak umno terutama kepada orang-orang tua dan juga mungkin kepada orang baru ataupun orang yang tak tahu dari segi undang-undang pilihan raya,"jelasnya

Menurutnya, Umno juga sering menipu dengan mengatakan undi tidak rahsia, sedangkan kata beliau, ia adalah tidak benar samasekali kerana dari segi undang-undang pilihan raya, mengundi memang sangat rahsia.

Beliau berkata, melalui laporan yang diterima, Umno melanggar etika dengan menyalahgunakan premis kerajaan dalam program simulasi yang diadakan itu.

"hari ini seluruh negeri dia (Umno) pasang bendera dan sebahagaian besar dia menggunakan premis kerajaan sama ada sekolah ataupun balai raya, sebahagian besar mereka guna sekolah-sekolah seperti sekolah kerajaan persekutuan, mahupun kalau kerajaan negeri, tapi ini (simulasi) adalah program parti (Umno),"ujarnya.

Oleh itu, beliau berkata, pihaknya akan melaporkan penyalahgunaan tersebut kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan menghebahkan pemylewengan Umno itu kepada media massa dan orang ramai.BO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....