
Ada kemungkinan Shamsul akan dicabar untuk jawatan ketua pemuda PKR di hujung tahun ini. — Gambar oleh Jack Ooi
KOTA BARU, 30 Mei — Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin (gambar kiri) disebut-sebut akan mencabar Shamsul Iskandar Mohd Akin bagi jawatan ketua pemuda parti itu hujung tahun ini.
“Bagi saya kalau cabang merasakan saya mampu untuk melakukan tugas itu dengan baik, saya akan timbangkan... itu terpulang kepada akar umbi,” kata beliau Badrul yang lebih mesra dikenali se

bagai “Chegubard” kepada
The Malaysian Insider hari ini.
Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan ada pihak yang mahu beliau bertanding jawatan Naib Presiden PKR.
Menjawab kemungkinan itu, Badrul, 33, berkata, “kalau ada peluang untuk memenangi jawatan naib presiden, mengapa tidak melihat kemungkinan itu.”
Pun begitu Badrul menjelaskan, oleh kerana pemilihan masih jauh lagi, beliau belum memikirkan perkara tersebut.
Pada pilihan raya umum lalu Badrul bertanding di kerusi Parlimen Rembau.
Ketika ditanya sama ada beliau didesak mencabar Shamsul Iskandar kerana tidak berpuas hati dengan prestasi kepimpinannya, Badrul yang juga anggota Majlis pimpinan Pusat (MPP) menjelaskan: