Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 10 Februari 2011

Bekas setiausaha politik menteri dituduh miliki wang haram RM2.31 juta

BUTTERWORTH, 10 Feb – Hasbie Satar, bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan terlibat dengan pengubahan wang haram dan memiliki RM2.13 juta hasil daripada aktiviti haram tahun lepas.

Hakim Mohd Zairan Aman menetapkan 14 Mac ini untuk sebut semula kes dan membenarkan Hasbie diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan dua orang penjamin.

Hasbie, 38, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar, pada 11 Februari tahun lepas. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Anslen Charles Fernandis, memohon agar mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM100,000 kerana kesalahan yang dilakukan sangat serius dan jumlah yang diperoleh adalah tinggi.

Bagaimanapun, Hasbie yang tidak diwakili peguam, memohon agar mahkamah mengurangkan wang jaminan kerana beliau tidak bekerja dan terpaksa menanggung keluarga.

Beliau meminta mahkamah mempertimbangkan jasanya selama berkhidmat dengan kerajaan yang telah bekerja di bawah kepimpinan tiga orang Perdana Menteri.

“Saya telah setahun tidak bekerja dan saya berhenti kerja tanpa mendapat pencen,” katanya. – Bernama

Himpunan PAS Ganti Umno kedua di Besut



KUALA LUMPUR, 10 Feb: Perhimpunan besar-besaran bagi gelombang kebangkitan PAS Ganti Umno di Terengganu bagi kali kedua dijangka akan diadakan 5 Mac depan.
Jika tidak diadakan pada tarikh itu pun, perhimpunan bagi kali kedua itu tetap akan diadakan pada bulan Mac depan dan tempatnya telah ditentukan di daerah Besut.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, perhimpunan tersebut dijangka akan mendapat sambutan hangat bukan sahaja dari kalangan penduduk Besut, tetapi juga seluruh penduduk Terengganu.
Menurut beliau, jangkaan tersebut dibuat berdasarkan sambutan hangat oleh rakyat Terengganu terhadap perhimpunan PAS Ganti Umno bagi kali pertama di Kemaman bulan lalu sehingga disertai sekitar 40,000 orang.
"Kedatangan sebanyak itu sedikit sebanyak bolehlah dikatakan sebagai bukti kemahuan rakyat Terengganu agar gelombang kebangkitan PAS Ganti Umno benar-benar menjadi kenyataan pada pilihanraya umum akan datang," katanya ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini.
Ekoran itu, Umno Terengganu kini menjadi semakin cemas kerana kebangkitan gelombang itu di kalangan rakyat Terengganu sememangnya disedari oleh mereka sendiri.
"Perkara itu antara lain boleh dikesan dari kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sendiri baru-baru ini yang mengingatkan para pemimpin Umno di Terengganu agar mencontohi sikap para pemimpin dan penyokong-penyokong PAS," katanya.
Kenyataan Ahmad Said itu, menurut beliau, merupakan kenyataan yang jelas lahir dari golongan orang yang terdesak kerana ia ternyata memberikan pujian kepada PAS.
"Kenyataan seperti itu tidak akan dikeluarkan jika Umno tidak berada dalam keadaan terdesak, tetapi untuk kepentingan Umno, ia terpaksa dinyatakan bagi memberikan ingatan kepada para pemimpin Umno di Terengganu sendiri supaya mengambil contoh yang baik dari PAS," tegasnya.
Umno di Terengganu kini berada dalam keadaan semakin genting ekoran perbalahan sesama sendiri di kalangan pemimpinnya sehingga ada yang sangguh menjatuhkan antara satu sama lain.
Keadaan itu amat berbeza dengan sikap para pemimpin dan penyokong-penyokong PAS yang bukan sahaja tidak berbalah sesama sendiri untuk merebut jawatan dan kekayaan, tetapi saling kuat memperkuatkan antara satu sama lain sehingga menjadikan PAS di Terengganu khususnya menjadi semakin kuat dari sehari ke sehari.

Tok Guru Nik Aziz, Anwar dan Kit Siang di Dun Merlimau

JASIN, 10 Feb: Setiausaha Jabatan Pilihan raya Negeri Melaka, Bahiki Ismail berkata, tiga orang pemimpin besar Pakatan Rakyat (PR) iaitu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan melawat Merlimau dan menghadiri beberapa program yang diaturkan oleh Pakatan Rakyat Negeri.

Beliau berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan merasmikan Markaz Induk PAS PRK Merlimau di Taman Muhibbah Merlimau jam 11.00 pagi.

Katanya, Tuan Guru akan menghadiri program sambutan Tahun Baru Cina di Markaz PAS Merlimau di Pusat Tahfiz As-Solihin pada 8.00 malam pada hari yang sama.

Tambahnya, pada 12 Februari, Tuan Guru akan menyampaikan ceramah bermula jam 9.00 malam di As-Solihin Merlimau bersama-sama dengan Lim Kit Siang.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim pula akan berada di Melaka pada 15 Februari di mana beliau akan berceramah di Permatang Seri iaitu di rumah Hj Ibrahim Abdullah," tambahnya ketika ditemui di Bilik Operasi PRK Merlimau, pagi ini.

Menurut Bahiki kedatangan ketiga-tiga pemimpin besar PR ini dilihat mampu menaikkan semangat petugas PR dan sokongan pengundi kepada PR bagi menghadapi pilihanraya kecil Merlimau yang dijadualkan pada 6 Mac ini.Hrkh

Debat : Cabaran Pemuda Pas Tiada Jawapan

KUALA TERENGGANU – Debat antara PAS dan UMNO bukan satu isu baru kerana ia pernah beberapa kali dicadangkan sebelum ini, demikian kata Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani.

Beliau berkata, saranan debat melibatkan dua parti besar itu mendapat sokongan banyak pihak, namun beliau kesal apabila ianya tidak pernah menjadi kenyataan susulan kekangan tertentu.

“Sebagai contoh, Pemuda PAS sendiri sebelum ini pernah mencabar Pemuda UMNO berdebat, tapi sehingga kini ia tidak dapat direalisasikan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, kelmarin.

Berdasarkan pengalaman itu katanya, beliau tidak yakin debat antara Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Profesor Mohd Noor Deris akan menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, bekas Ketua Pemuda PAS Terengganu itu tetap menyokong tindakan Nik Abdul Aziz menyahut cabaran Mohd Noor untuk berdebat secara terbuka kerana mampu membersihkan nama beliau.

“Pemuda PAS sokong Tok Guru sahut cabaran berdebat itu, kita mahu lihat sejauh mana kesungguhan pihak yang mencabar, dan ia memberi peluang kepada beliau menjawab segala tuduhan dilemparkan kepadanya.

“Bukan soal siapa menang atau kalah, apa yang penting adalah kita ingin cari kebenaran dan pihak mana salah, dia kena muhasabah diri,” katanya.

Sekiranya debat antara dua tokoh besar itu menjadi kenyataan, Ustaz Azman mahu ia diadakan secara terbuka bagi mengelak ia dimanipulasi oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik.

“Buat secara terbuka supaya rakyat boleh membuat penilaian sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Undang-Undang Islam, Kenapa ramai yang meraguinya

Oleh: traveller06

"Pertamanya.. memang org2 yahudi dan nasara(kristien) nih x kan redha selagi mana org2 islam dan semuanya mengikuti ajaran nya..perkara nih jelas..dan telah pon disebutkan dlm Firman Allah taala..

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan merekasetelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. albaqarah 120

Jadi mereke akan bersungguh untuk mengelabukan dan menakut2kan dan mempengaruhi semua org dlm dunia nih.. pertama mereke menggunakan media untuk menyebar kan berite2 palsu atau fitnah2 terhadap negare2 islam atau terhadap org2 islam... kedua, dgn media juga mereke sebarkan n mereke tonjolkan aksi2 sosial yg bebas.. yg membuat nafsu para2 remaje menjadi lalai dan ingin akan suasana seperti itu..dan negare atau pemimpin masing2 juge tidak mengawal media ini malah mengalu2kan para remaja kerane mereka juga adalah org2 yg inginkan kepentingan diri masing2 tercapai..sehingge sanggup menjual maruah islam, n bangse itu sendiri, ketige, dgn media juge mereke tutup keburukan mereke dan menyebarkan kebaikan walaupun kebaikan itu kecik nak dibanding dgnkeburukan didlm negare atau didlm kerajaan mereke, sedangkan kalau di lihat dari segi kes2 jenayah, kes2 rogol, kes2 pelacuran kes rompakan, kes2 bunuh, dll..negare2 merekelah yg paling tinggi..seperti UK, dan US. keempat, dgn media juga mereke mengutuk dan memutar belitkan negare2 yg menjalan hukum2 islam seperti iran, arab saudi walaupn mereke tidak menjalankan sepenuhnye..tapi pihak yahudi n kristien cube untuk menyebarkan betape zalimnye hukum2 ini, betape bertentangan dgn hal2 kemanusian..dan sebagainye..mereke akan sebarkan...separuh dan mereka2 separuh..supaya hukum itu terlihat jahat dan zalim.. ok..apis nak bagi satu ayat yg akan melawan rancangan mereke,

Sesungguhnya Al Qur'an itu benar-benar firman yang memisahkan antara yang hak dan yang batil, 13 dan sekali-kali bukanlah dia senda gurau. 14 Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya.15Dan Aku pun membuat rencana (pula) dengan sebenar-benarnya. 16 Karena itu beri tangguhlah orang-orang kafir itu yaitu beri tangguhlah mereka itu barang sebentar(dunia). 17 (surah ataariq)

Kenapa ramai yang meragukan tentang undang-undang islam atau shariah?

  1. Mereka sedikit sebanyak terpengaruh dengan sebaran dari orang-orang kafir,2-mereke kurang mendalami ilmu-ilmu agama, hatta orang beragama pun ada yg meragukan, kerana mereka kurang faham.

  2. Tidak pernah mereka lalui dan berpengalaman dengan hukum-hukum shariah yang sepenuhnya.kerana mereka sejak kecik sudah mengamalkan dan didedahkan dengan undang-undang civil, dan undang-undang shariah dihadkan.

  3. Kurang pendedahan tentang hukum-hukum shariah yang sebenarnya, malah ditakut-takutkan dengan pikiran yang negatif, seperti : org perempuan yg dirogol diambil tindakan sama seperti orang yang merogol, curi je potong tangan, dll
Padahal semua perkara ini disalah tafsirkan oleh orang2 kafir dan orang2 awam, kerana terpengaruh dengan berita2 dari orang2 kafir, padahal sudah jelas bagi orang2 beriman dan islam untuk tidak mempercayai sesuatu berita tu... sehingga di buktikan, seperti firman Allah taala.yg bermaksud :

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. hujurat -6

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....