Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 24 Mac 2011

Laporan Berunsur Fitnah : Akhbar Nanyang Dah Mohon Maaf Pada Pas,The Star ????

Laporan akhbar The Star yang melaporkan Abdul Hadi berkata demikian dalam ceramahnya

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Pejabat Presiden PAS sehingga kini masih menunggu apa reaksi akhbar milik MCA, The Star ekoran laporan palsu yang dibuat oleh akhbar berkenaan mengenai judi.

"Kita masih menunggu reaksi The Star setelah akhbar Cina Nanyang Siang Pau memohon maaf dan menarik balik laporan salahnya," kata Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Politik Presiden PAS.

Akhbar The Star hari ini hanya menyiarkan berita bahawa akhbar Nanyang telah menarik balik laporan yang tidak benar tersebut namun akhbar itu sendiri tidak memberikan sebarang reaksi terhadap tuntutan Pejabat Presiden PAS sebelum ini.

Ahmad Samsuri sebelum ini dalam kenyataannya mendesak akhbar The Star dan Nanyang menarik balik laporan palsunya berkaitan dengan ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Besut, Terengganu.
(GAMBAR Kiri : Laporan akhbar Nanyang iaitu pembetulan dari Ahmad Samsuri dan kenyataan minta maaf di bawahnya)

Menurut The Star, Nanyang Siang Pau telah memohon maaf kepada Presiden PAS kerana tersalah petik kenyataan beliau apabila berkata Pakatan Rakyat akan menutup semua aktiviti judi jika berjaya mengambil alih Putrajaya.Dalam permohonan maafnya, Nanyang berkata laporannya Isnin lepas tersilap kerana salah terjemahan.

"Apa yang Hadi kata pada hari itu adalah Pakatan akan mansuhkan saman ekor jika mereka mengambilalih Kerajaan Persekutuan.

"Kami memohon maaf atas kekeliruan dan kesilapan ini," kata akhbar Nanyang sebagaimana yang dilaporkan The Star hari ini.

Dr Ahmad Samsuri sebelum ini dalam kenyataannya berkata, PAS membantah terhadap berita bertajuk DAP clashes with PAS over gambling ban, again yang dimuatkan dalam portal berita Malaysiakini, 21 Mac 2011 dan The Star, 22 Mac 2011 dengan tajuk Hadi: Pakatan will ban all gambling in Islamic state.

Artikel berita yang yang dimuatkan dalam portal berita Malaysiakini dengan tajuk di atas, di perenggan enam dan tujuh adalah dirujuk, iaitu: According to reports by Chinese dailies Nanyang Siang Pau and China Press, Hadi allegedly announced during a rally in Jerteh last Saturday that PAS would implement Islamic policies should the party come to power, including a nationwide ban on gambling. He was quoted as saying that the other Pakatan parties had reached a consensus with PAS over the matter.

Fitnah Video Seks: Polis Ambil Keterangan Rahim Tamby Chik Dan Datuk Eskay

Laporan Dari Malaysiakini Pada Jam 6.03 PM

Polis sedang merakamkan kenyataan daripada bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah( gambar kiri ) berhubung tayangan video seks.

Menurut wartawan yang berkumpul di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, kedua-dua mereka dilihat tiba pada kira-kira jam 5 petang tadi.

Kedua-dua mereka dikatakan akan memberikan sidang akhbar selepas pertemuan dengan polis.
Wartawan Malaysiakini menghubungi Eskay pada kira-kira jam 5.55 petang dan beliau mengesahkan sedang berada di Bukit Aman bersama dengan Rahim.

Semalam, Rahim, Eskay dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, mengakui mereka adalah 'Datuk T' yang di belakang tayangan video lucah berkenaan.

Shuib, bagaimanapun dipercayai di luar negeri dan dijadualkan diambil kenytaannya esok.

Adalah dipercayai salinan asal video berkenaan juga mungkin diserahkan kepada polis pada perjumpaan hari ini.

Sebelum ini, pegawai khas Rahim - Ghazali Zainal berkata bekas ketua pemuda Umno itu bersedia memberikan kenyataan kepada polis jika diminta berbuat demikian.

Katanya, Rahim enggan mengulas lanjut berhubung video berkenaan selepas pertemuan dengan media, petang semalam.

Ketiga-tiga individu itu yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Datuk T', telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.

Sementara itu, Eskay ketika dihubungi wartawan Malaysiakini pada kira-kira jam 5.55 petang tadi berkata beliau dan Rahim masih berada di Bukit Aman.

Beliau menjangka proses mereka memberi keterangan kepada polis akan selesai sebelum jam 9 malam ini. -malaysiakini

P'raya Sarawak: Kerusi PAS selesai, umum esok

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa (gambar) berkata pembahagian kerusi PAS bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak sudah selesai.

Katanya, keputusan pembahagian kerusi itu dimuktamadkan selepas pertemuan dengan pimpinan PKR hari ini.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Sarawak berkata jumlah dan kerusi Dun mana yang ditandingi belum boleh dimaklumkan dan akan diumumkan secara rasmi esok.

"Tadi kita selesai bincang dengan PKR dan bagi pihak PAS, perbincangan pembahagian kerusi kita sudah selesai," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sehubungan itu jelasnya, arahan telah dikeluarkan kepada pimpinan PAS di kawasan yang akan ditandingi untuk meneruskan gerak kerja yang telah dimulakan sebelum ini.

"Soal calon, kita akan bincang selewat-lewatnya awal minggu depan," katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 diadakan pada 16 April, manakala penamaan calon ditetapkan pada 6 April.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man seperti dilapor Harakahdaily sebelum ini membayangkan PAS akan bertanding sekurang-kurangnya tiga kerusi pada pilihan raya Sarawak kali ini.

Bagaimanapun menurutnya, beberapa kerusi masih dalam perbincangan dengan parti komponen Pakatan Rakyat yang lain dan mungkin berlaku penambahan untuk beberapa kerusi lagi.

PAS dijangka akan meletakkan calon mereka salah satunya di N24 Beting Maro, iaitu satu-satunya kerusi yang pernah ditandingi mereka pada pilihan raya lalu.

Calon PAS, Alem Din pada waktu itu hanya tewas kepada calon BN dengan majoriti 895 undi.Hrkh

Fitnah Video Seks : Selepas MP Sungai Petani,Chegubard Pula Tampil Membuat Pendedahan

Sebagaimana yang dijanjikan Chegubard (gambar) tampil membuat pendedahan.Berikut kenyataan penuh CheguBard :

Kenyataan media ini dibuat susulan kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.
Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.
Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO. Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.
Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal. Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)
Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.
Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.
Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.
Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.
Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Chegubard akan dedah penipuan video seks petang ini

KUALA LUMPUR: Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard akan mendedah penipuan penipuan video seks yang kononnya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, petang ini.

Selain Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul, Badrul dalam kiriman mesej pesanan ringkas (SMS) kepada KeadilanDaily menyatakan beliau adalah antara yang ‘berpeluang’ menonton video berkenaan.

“Saya nak dedahkan yang saya dibawa (me)tonton video itu, dedah siapa yang saya jumpa sekali dalam bilik hotel dan banyak data lain.

“Rahim TC (Tamby Chik) menipu dalam PC (sidang media) semalam,” kata Badrul.Keadilandaily

UPDATE : Pendedahan Chegubard boleh dibaca DISINI

Guan Eng saman bekas KM P.Pinang




Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan menyaman kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berhubung skandal penyerahan tanah Pulau Jerejak kepada Urban Development Authority (UDA) dan Tropical Island Resort (TIR) yang mengakibatkan kerugian sehingga RM30 juta kepada rakyat.

Lim Guan Eng berkata, keputusan tersebut dibuat berikutan keengganan serta kegagalan Tropical Island Resort untuk membayar premium tanah tersebut mengikut masa yang ditetapkan.

“Mesyuarat kerajaan negeri hari ini memutuskan Tropical Island Resort perlu membayar premium untuk tanah yang diluluskan,"

"Mereka telah membuat bayaran premium tanah sebelum ini tetapi selepas ansuran pertama itu mereka tidak lagi membayarnya dan mengakibatkan TIR berhutang dengan kerajaan negeri sebanyak 10.6 juta ringgit," katanya.

Januari lalu, Guan Eng mendakwa berlaku skandal dalam pemberian tanah seluas 32 hektar di Pulau Jerejak kepada UDA Holdings ketika pentadbiran BN yang menyebabkan kerugian kepada rakyat sebanyak RM30 juta.

Kerugian itu katanya merujuk kepada pelaburan agensi kerajaan negeri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dalam TIR sebanyak RM15.435 juta dan pinjaman RM3.6 juta serta premium tanah RM10.6 juta yang belum dijelaskan kepada kerajaan negeri.

TIR adalah syarikat usaha sama UDA Holdings dan PDC dengan pegangan ekuiti masing-masing 51 peratus dan 49 peratus.

TIR diperbadankan pada 18 Ogos 1992 dengan modal berbayar RM31.5 juta, termasuk pelaburan PDC sebanyak RM15.435 juta untuk membangunkan Pulau Jerejak sebagai pusat eko-pelancongan.

Menurut Guan Eng, pembangunan tersebut dicadangkan dalam empat fasa, tetapi hanya fasa pertama dilaksanakan membabitkan pembinaan 13 chalet, bangunan yang mempunyai 52 bilik, tapak rekreasi, spa dan jeti yang siap pada Ogos 2003 dan beroperasi sejak Januari 2004.

Guan Eng berkata, bagi menarik lebih ramai pengunjung, kerja menaik taraf resort itu dilakukan dan siap pada September 2007 yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM34.84 juta.

Bagaimanapun, sejak TIR beroperasi ia belum peroleh sebarang keuntungan.

Jelas Guan Eng, projek yang dilaksanakan Umno-Barisan Nasional sebelum ini mengalami defisit RM 30 juta dan kerajaan Pulau Pinang sekarang menuntut supaya wang terbabit dikembalikan.

Guan Eng berkata, Koh Tsu Koon juga telah menyerahkan Pulau Jerejak kepada UDA diantara tahun 1992 – 2007.

TIR (Tropical Island Resort) ditubuhkan dengan UDA memegang saham sebanyak 51% dan PDC (mewakili Kerajaan Negeri) memegang saham sebanyak 49%.

Tambah Guan Eng lagi, sebagai Menteri Kabinet yang menjaga KPI, Koh Tsu Koon harus bertanggungjawab dalam mengarahkan UDA untuk memulangkan semula wang serta Pulau Jerejak kepada rakyat Pulau Pinang.Imbang Penuh

Fitnah Video seks: Polis mulakan siasatan

Dalang !!! Apakah Polis juga perlu memanggil mereka berdua memberi keterangan dalam siasatan ini

KUALA LUMPUR 23 Mac – Polis telah memulakan siasatan terhadap sekumpulan individu yang mendakwa mempunyai rakaman video seks membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Beberapa pengamal media telah dipanggil polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung pendedahan video klip itu, yang ditayangkan untuk tontonan umum pihak media di Hotel Seri Carcosa di sini Isnin lepas.

Difahamkan mereka dipanggil untuk memberitahu secara terperinci mengenai tayangan klip itu yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang diketuai oleh Datuk T.

Turut dipanggil ialah beberapa lagi wartawan kanan dan editor dari New Straits Times, The Star dan Malay Mail, yang juga merupakan kumpulan pertama melihat klip video berkenaan.

Keterangan mereka diambil di sebuah Ibu Pejabat Polis di Kuala Lumpur.

Siasatan itu dibuat ekoran laporan polis yang dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan. - Bernama

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....