Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 23 Oktober 2010

Video : Panas !!! Kelab Umno luar negara puji pemimpin Pakatan Rakyat, hentam pemimpin Umno




Oleh: Pria Malaya

MEMALUKAN! Pemimpin Umno dikritik secara terang-terangan oleh wakil Kelab Umno luar negara (Moscow dan Seoul) dalam rancangan "Sudut Pandang" di Astro Awani sempena Perhimpunan Agung Umno 2010..Imbang Penuh
Dakwa wakil kelab Umno luar Negara ini, pemimpin2 dlm kerajaan (Umno) susah untuk didekati, banyak protokal dan sebagainya, sehingga menjadi punca penolakan anak muda kepada Umno dan Barisan Nasional..

Dalam masa yang sama, mahasiswa pro-kerajaan ini memuji gaya kepimpinan Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim sebagai seorang yang humble, sederhana, mudah didekati dan sebagainya..

Kalau dah penyokong (mahasiswa) tegar Umno pun buat pengakuan 'berani mati' ini, korang fikirlah apa reaksi anak muda negara yang lainnya..mungkin di sini menjawab persoalan, kenapa kerajaan begitu bersungguh2 mahu menyekat mahasiswa daripada bebas berpolitik...fikir2kan...wallahua'lam..

p/s: Hipokrit bukan? kata mahasiswa tak boleh berpolitik, tetapi kelab Umno luar negara ini boleh plak, apa kes?..

Terdesak : UMNO Cadang Gunakan Masjid Daftar Ahli Baru

Terdesak dengan sokongan yang semakin rapuh di kalangan orang Melayu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal sampai mencadangkan agar parti berkenaan menggiatkan usaha mendaftarkan anggota mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya menggunakan masjid di seluruh negara.

Alasan yang diberikan neliau pula adalah kerana, masjid merupakan tempat di mana "padatnya umat Melayu".

"Kita gunakan landasan itu untuk mendaftar pengundi pengundi dalam pilihan raya umum,' katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung Umno 2010 hari ini.

Shafie, yang juga menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seterusnya berkata beliau telah membincangkan cadangan itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Khir Baharum yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama berhubung perkara itu.

Menurutnya, fenomena itu menyebabkan Umno gagal memenangi kerusi pilihan raya seperti yang berlaku di Ayer Hitam dan Pantai Merdeka di Kedah di mana Pakatan Rakyat menang kira-kira 500 undi sahaja.

"Saya dapati di DUN (Ayer Hitam) itu mempunyai 1,400 ahli Umno yang tidak mendaftar menjadi pengundi," katannya yang juga pengerusi Umno Kedah.

Beliau juga mendedahkan, di Johor - yang disifatkannya sebagai negeri 'jantung' Melayu - Umno dan BN ketinggalan kira-kira seribu berbanding pembangkang dalam pendaftaran anggota baru.

Di Pulau Pinang pula menurutnya, BN hanya berjaya menambahkan 6,266 pengundi Melayu sedangkan Pakatan Rakayt berjayImbang Penuha mendaftarkan sebanyak 22,195 pemilih baru. - Malaysiakini

Najib akui tuduhan terhadap Pakatan Rakyat karut

KUALA LUMPUR, 23 Okt: Ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno kelmarin jelas membuktikan, tuduhan bahawa Pakatan Rakyat akan mencabar hak Melayu jika memerintah adalah karut.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, ucapan Najib selaku Presiden Umno itu juga menjelaskan bahawa hak-hak orang-orang Melayu terjamin di bawah perlembagaan walau siapa pun yang memerintah.

"Jaminan di dalam perlembagaan yang dinyatakan oleh Najib dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno Ke-61 itu dengan sendirinya mendedahkan pembohongan dan khurafat Umno untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu kononnya mereka akan hilang kuasa jika parti yang disebut sebagai parti perasuah oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) itu tidak memerintah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Dengan pengakuan Najib tentang jaminan dalam perlembagaan itu, Mahfuz yakin orang-orang Melayu tidak akan dapat lagi diperbodohkan oleh Umno yang tidak henti-henti mengugut kononnya mereka akan kehilangan kuasa jika pemerintahan Umno ditamatkan.

"Kita akan menjelajah seluruh negara untuk menggerakkan orang-orang Melayu supaya dengan tegas menyatakan "tidak" kepada penghinaan terhadap mereka.

"Umno menghina orang-orang Melayu melalui tindakan tanpa batasannya memperbodoh-bodohkan mereka semata-mata untuk menyalahgunakan kuasa dan meragut harta kekayaan negara dengan kuasanya sebagai pemerintah.

"Kita akan menyedarkan orang-orang Melayu bahawa hakikatnya mereka tidak ada apa-apa kuasa walaupun hanya sedikit di bawah pemerintahan Umno kerana semua kuasa terpusat di tangan para pemimpin parti yang dikatakan busuk hingga ke usus itu," katanya.

IFF: Ulama muda Umno 'pertahan' Rosmah


KUALA LUMPUR, 23 Okt — Ulama muda Fathul Bari Mat Jahya, yang menyertai Umno empat bulan lalu, mempertahankan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kontroversi Festival Busana Islam (IFF) yang didakwa pembangkang dan bekas mufti sebagai tersasar daripada konsep agama dan menghina Islam.
Fathul Bari (gambar kiri )yang mewakili Umno Perlis berkata, pembangkang sengaja memperbesarkan isu itu dengan meletakkan kesalahan tersebut pada bahu Rosmah yang hanya bertindak sebagai penaung IFF.
“Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) hanya penaung semata-mata,” kata beliau.“Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum.
“Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum Allah sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar ketika menasihati seseorang,” kata beliau yang membahaskan usul agama dan pendidikan Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.
Jelas Fathul Bhari, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sesuatu kesilapan yang dilakukan sama ada ia disengajakan ataupun tidak.
“Perbuatan ini tersasar. Islam mengajar etika menasihati, (jadi) mengapa tidak menarik tangan (Rosmah) sendirian, tanya apa yang berlaku, adakah beliau tahu majlis ini.
“Jangan sama sekali dinasihati secara terang-terangan, bukan dengan caci, kutuk dan keji. Islam meletak etika dan adab dalam membetulkan (yang salah),” katanya.
Semalam bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pemuda PAS menggesa umat Islam yang terlibat dalam penganjuran IFF di Monte Carlo Ogos lalu, termasuk Rosmah yang dipertikaikan Pakatan Rakyat dan NGO Islam, agar memohon maaf kepada umum.

DAP Akan Pertahankan Islam Sebagai Agama Persekutuan

Lebih 10,000 hadir sambutan pra-Ijtimak
SETIU - Parti Tindakan Demokratik (DAP) menegaskan parti itu akan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan sebagaimana yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata demikian dihadapan lebih 10,000 orang yang menghadiri ceramah perdana yang menjadi acara kemuncak sambutan pra Ijtimak Kepimpinan PAS ke-8 disini semalam, 22 Oktober.

"pentadbiran (negeri) pakatan rakyat termasuk daripada DAP (Pulau Pinang) tidak sama sekali tidak menghormati Islam dan tidak sama sekali anti Islam, dan kita menghormati agama masing-masing,Imbang Penuh

"agama Islam sebagai agama persekutuan akan diperatahankan oleh DAP dan Pakatan Rakyat kerana ini (ia) telah dipersetujui bersama,"ujarnya ketika menyampaikan ucapannya (Gambar kanan)

Sebaliknya menurut beliau Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya anti Islam.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah menaikkan peruntukan bagi Hal Ehwal Agama Islam daripada RM12 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan BN sebelumnya kepada RM24 juta apabila Pakatan Rakyat memerintah.

Laman Facebook Anti-Warisan Merdeka lepasi aras 100,000 ahli



UNTUK BESARKAN ' KLIK PADA GAMBAR '

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Jumlah ahli yang menandatangani kempen Laman Facebook Anti Warisan Merdeka yang membantah cadangan pembinaan Menara 100 tingkat kini sudah melebih 100,000 tandatangan.
Tinjauan ke laman web Facebook terbabit mendapati setakat jam 1.05 pagi ini, lebih 108,000 pengunjung memberikan sokongan untuk "kata tidak kepada warisan merdeka".
Laman Facebook berkenaan diilhamkan oleh beberapa individu yang tidak dikenali bertujuan membantah rancangan pentadbiran Perdana Menteri datuk Seri Najib Razak untuk membina bangunan cakera langit setinggi 100 tingkat di kawasan yang menempatkan dua ikon bersejarah, Stadium Merdeka dan Stadium Negara.
Kempen yang dilaksanakan melalui laman Facebook berkenaan mendapat sambutan yang begitu mengejutkan dengan menyaksikan dalam tempoh tujuh hari Najib mengumumkan pembangunan pembinaan menara tersebut dalam pembentangan Bajet 2011 telah mencetuskan reaksi spontan di kalangan pelbagai pihak termasuk Pakatan Rakyat dan rakyat jelata pelbagai kaum
Penyelaras laman facebook berkenaan dalam tulisannya berkata," Rakyat Malaysia menyatakan 'Tidak" kepda projek mega pembinaan menara 100 tingkat yang dicadangkan Perdana Menteri Najib dalam pembentangan Bajet 2011. Malaysia memerlukan sistem pendidikan yang lebih baik, penjagaan kesihatan yang lebih baik dan pengangkutan awam yang lebih baik, persekitaran yang selamat, air bersih tetapi bukan bangunan yang lebih tinggi. Kami tidak perlukan sebuah lagi gajah putih. Adakah anda bersedia untuk bertindak?"

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....