Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 8 Februari 2011

Gambar : Tok Guru Nik Aziz Solat Di Padang Bola

Tok Guru Nik Aziz bersolat di padang bola ketika hadir menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Bolasepak Piala YAB Tok Guru
Solat Isyak diimami oleh YAB Tuan Guru dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan sebelum perlawanan akhir dimulakan dengan diikuti oleh semua pemain dan pengadil perlawanan pada malam tersebut
Contoh tauladan yang baik ditunjukkan Tok Guru,bola2 jugak tuntutan agama perlu diutamakan tahniah Tok Guru...(sumber gambar FB Muhammad Hanif)

Saksikan gambar2 dibawah,penyokong bolasepak Kelantan sedang bersolat sebelum menyaksikan Perlawanan akhir Piala Malaysia :


Rasuah : Bekas Exco BN Selangor Diperintah Bela Diri

KLANG: Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Shariff Jajang(gambar) diperintahkan untuk membela diri atas tuduhan rasuah menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan kira-kira 1.2 hektar tanah di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, dekat sini, 14 tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Yong Zarida Sazali membuat keputusan itu pada Selasa, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie untuk dijawab oleh Mohd Shariff, 67, terhadap pertuduhan.
Beliau seterusnya menetapkan 4, 6, 7 dan 8 April depan untuk Mohd Shariff yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil pada tahun 1995 berbuat demikian.
Keputusan itu dibuat selepas Yong Zarida mendengar keterangan yang diberikan oleh 32 saksi pendakwaan.
Mohd Shariff didakwa menggunakan kedudukannya sebagai ADUN untuk mengambil bahagian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Sepang yang memperakukan permohonan Lesen Menduduki Sementara tanah kepada Institut Kemahiran Memandu Sepang Sdn Bhd (IKMAS) iaitu anak syarikat Konsortium Sepang Berhad (KSB) dengan dia mempunyai kepentingan di dalamnya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 16 Jun 1997 di bilik mesyuarat Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Sepang, Sepang.
Tertuduh didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 2004.
Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zulkarnain Hassan dan Mohd Baharuddin Ahmad manakala pada prosiding Selasa, tertuduh diwakili oleh peguam Badrul Munir Bukhari.

Saya hanya ikut arahan-Khusrin



KUALA LUMPUR, 8 Feb — Datuk Mohd Khusrin Munawi (gambar) berharap pertemuan formal julung kali dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim petang semalam dapat membawa satu perubahan dalam menjalankan tugasnya selaku Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Selain itu, Khusrin juga berharap agar dengan pertemuan itu — yang dilihat mengakhiri kemelut berkisar pelantikannya lebih sebulan lalu — akan membolehkan beliau menjalankan tugas dengan lebih baik.
“Insya-Allah, saya harap boleh jalankan tugas dengan baik selepas ini,” kata beliau.
“Mengenai pertemuan semalam, biarlah Menteri Besar yang keluarkan kenyataan, saya hanya ikut arahan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi tadi.
Ketika diminta mengulas pertemuan semalam, Khusrin hanya mengambil pendekatan berdiam diri demi “menjaga” hubungan dengan Khalid yang dilihat sudah semakin pulih.
“Saya tidak mahu komen apa-apa, kalau mahu apa-apa dapatkan Menteri Besar,” kata Khusrin.
“Biarlah saya diamkan diri, saya hanya jalankan tugas dan saya harap anda faham,” kata bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu (Jais).
Beliau juga enggan memberikan komen mengenai majlis angkat sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar.
Semalam Khalid telah mengadakan pertemuan dengan Khusrin demi memastikan keperluan rakyat Selangor diutamakan dan pentadbiran negeri terus berjalan dengan lancar.
Pertemuan itu sekali gus dilihat mengakhiri kelemut berlarutan lebih sebulan lalu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan sejurus selepas pertemuan mereka semalam, Pejabat Menteri Besar berkata pertemuan itu diadakan demi memastikan keperluan rakyat Selangor diutamakan dan pentadbiran negeri terus berjalan dengan lancar.
“Walaupun kerajaan negeri masih berpendirian bahawa Sultan dan Menteri Besar seharusnya berperanan dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, pertemuan ini diadakan demi memastikan keperluan rakyat Selangor diutamakan dan pentadbiran negeri terus berjalan dengan lancar,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata pada pertemuan tersebut, Menteri Besar mengarahkan Khusrin agar memberi keutamaan kepada hartanah milik kerajaan Selangor, terutamanya yang terbiar dan bermasalah.

Anwar Beri Amaran Pada Wakil Rakyat PKR

SHAH ALAM, 8 Feb — Di sebalik siri tamparan terbaru ekoran pemimpin keluar parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada wakil rakyat partinya supaya meningkatkan prestasi mereka jika mahu bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.
Ketua Umum PKR itu mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dari Selangor di sini semalam untuk berkongsi perkembangan semasa mengenai kempen mereka menghadapi pilihan raya negeri, krisis di peringkat Sabah dan juga pendekatan memperkuatkan parti itu.
“Kami telah diminta mempertingkatkan langkah ofensif. Kerja-kerja merancang aktiviti akan digodakkan termasuk fokus ke atas pilihan raya negeri Sarawak... usaha-usaha sepadu sedang dijalankan,” kata seorang wakil rakyat yang menghadiri pertemuan itu.
Difahamkan Anwar memberi amaran hanya pemimpin-pemimpin yang memperlihatkan rekod khidmat baik sahaja akan dipilih semula sebagai calon pilihan raya umum.
Komponen Pakatan Rakyat (PR) ini berhadapan dengan siri wakil rakyat, di kedua-dua peringkat negeri dan Parlimen, keluar parti untuk bertindak sebagai Bebas ataupun menyertai Umno.
Pemimpin terbaru bertindak keluar ialah ketua PKR Sabah Pajudin Nordin dan Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan.
November lalu, Datuk Zaid Ibrahim keluar PKR dan kemudian mengepalai parti Kita.
Pada pertemuan semalam, Anwar juga menggariskan keperluan untuk memfokus pilihan raya negeri Sarawak.
Beliau berada di negeri itu selama dua hari hujung minggu lalu untuk menyusun strategi bersama ketuanya Baru Bian, di mana secara kebetulan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga berada di negeri itu untuk mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat dan menghadiri sambutan Tahun Baru Cina peringkat nasional di Miri.
Kedua-dua PR dan Barisan Nasional (BN) bekerja keras untuk memenangi sebanyak kerusi yang boleh pada pilihan raya kecil di Sarawak.

Arahan Pertama MB Selangor Pada Khusrin

Khalid Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Mohd Khusrin Munawi di pejabatnya pukul 5 petang tadi. – Foto ihsan Sekretariat Akhbar Pejabat MB

SHAH ALAM 7 FEB: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohamad Khusrin Munawi di pejabatnya minggu lalu.

"Walaupun kerajaan negeri masih berpendirian bahawa DYMM Sultan dan Menteri Besar seharusnya berperanan dalam pelantikan Setiausaha Negeri, pertemuan ini diadakan demi memastikan keperluan rakyat Selangor diutamakan dan pentadbiran negeri terus berjalan dengan lancar," kenyataan itu dipetik.

Dalam pertemuan tersebut, Menteri Besar mengarahkan Mohamad Khusrin untuk memberi keutamaan kepada hartanah milik Kerajaan Selangor, terutamanya yang terbiar dan bermasalah.

Menteri Besar telah memberitahu Mohamad Khusrin bahawa beliau perlu bekerjasama dengan pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan hartanah milikan Kerajaan Selangor ini dijaga dengan baik.

"Tan Sri Abdul Khalid juga menyarankan supaya Mohamad Khusrin mengadakan perjumpaan atau dialog dengan penduduk setinggan yang mendiami tanah milik kerajaan Selangor dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik," katanya lagi.

Seterusnya, Menteri Besar mengarahkan Mohamad Khusrin menyediakan laporan dari semasa ke semasa kepada Kerajaan Negeri mengenai maklumat terkini hartanah milik Kerajaan Selangor, demi mengenal pasti nilai tanah yang terbiar dan bermasalah.

Mohamad Khusrin juga diminta meneruskan usaha-usaha Kerajaan Selangor menangani masalah kecurian pasir yang boleh menggangu pendapatan kerajaan negeri yang mana Kumpulan Semesta Sdn Bhd telah menunjukkan kejayaan cemerlang menerusi peningkatan pembayaran royalti yang berlipat kali ganda sejak 2008.TVS

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....