Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 24 Januari 2014

Gambar : Ust Harun Taib Kini Terlantar Tidak Sedarkan Diri Di HKT



Untuk makluman, TG Ust Harun Taib (Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat) sedang uzur dan tidak sedarkan diri. Beliau kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
 

Beliau dilaporkan masih tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital petang semalam.Sama2 kita doakan kesembuhan dan kesihatan kepada beliau. Allahumma amin...


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/harun-din-stabil-harun-taib-belum-sedarkan-diri-28853?cpSama2 kita doakan kesembuhan dan kesihatan kepada beliau. Allahumma amin...
 
(sumber:FB)

Menteri Kewangan : Perbandingan Antara Era Anwar Dan Era Najib


Sebagai warga negara yang prihatin cuba korang bandingkan ketika era Anwar memegang jawatan menteri kewangan berbanding era Najib.

Di era Anwar negara mencatat lebihan antara 0.2 hingga 2.4 peratus.Sementara hutang negara antara 91 hingga 103 billion.Di era Najib pula negara mengalami defisit antara 4.8 hingga 6.7 peratus sementara hutang negara meningkat antara 362 hingga 502 billion.

Pada pendapat korang siapa antara mereka yang lebih bijak mengurus kewangan negara ? Berbagai bantuan yang dihulurkan kerajaan termasuk BR1M tidak lebih dari gula2 untuk mendapat sokongan rakyat sedangkan realitinya kewangan negara berada diparas kritikal.

Dengan kenaikan harga minyak selepas PRU yang lalu,disusuli dengan kenaikan harga barang keperluan sudah tentu membebankan rakyat terbanyak.

Bagaimana pula dengan cukai GST yang bakal dilaksanakan ? Tidakkah ini bakal menambahkan lagi bebanan rakyat.Segalanya menunjukkan betapa lemahnya Najib mengurus tadbir negara ~ Tinta Hijau DKB


Kedudukan Tian Chua Sebagai Ahli Parlimen Batu Bakal Terjejas ???

SHAH ALAM – Kedudukan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua bakal terjejas setelah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 selepas didapati bersalah tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol), dua tahun lalu.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, pihaknya menunggu laporan penuh daripada Naib Presiden PKR itu, hari ini.

“Kalau dipenjara, ia dakwaan jenayah. Sudah tentu memberi kesan kepada kedudukan Tian sebagai ahli Parlimen.

“Tian akan diminta memberi laporan penuh dan hari ini mesyuarat saya dengan Datuk Seri Anwar, saya akan kemukakan isu ini dan mengatur tindakan yang seterusnya.,” katanya kepada pemberita pada sidang media, hari ini.

Saifuddin berpendapat perlakuan Tian Chua di Pulapol itu merupakan tabiat Tian Chua yang melawat dan memberikan sokongan kepada peserta himpunan yang ditangkap.

“Sudah tentu (terkejut dengan keputusan)...Sebagai ahli Parlimen, dia berdepan dengan rakyat...peserta himpunan yang ditangkap.

“Maka sudah menjadi sifat atau tabiat beliau. Beliau akan berada di Pulapol untuk memberikan sokongan moral untuk membantu mereka. Rupanya berada di tempat seperti itu menjadi satu kesalahan,” katanya.

Hari ini, Hakim Mahmud Abdullah memerintahkan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Bagaimanapun, Mahmud membenarkan permohonan peguam Eric Paulsen yang mewakilinya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu selesai.

Tian Chua mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah pegawai polis, Deputi Superintendan A Rajagopal untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-Kawasan Larangan 1975.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Pulapol, Jalan Semarak pada 2.30 pagi 29 April 2012, iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.SH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....