Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 1 Julai 2009

Kisah Ambo Dengan Blog....


Assalamualaikum, salam sejahtera.Disini Ambo ingin kongsi sedikit pengalaman Ambo dengan blog memblog nih.Sebelum Ambo buat blog ini,Ambo pun heran macammanalah blog dibuat dan diuruskan.Maklumlah Ambo ni sebenarnya buta IT dan ketinggalan bas.Utk melayari internet tu bolehlah sikit2, tu pun guna komputer adik ipar(timo kasih Na).Maklumlah Ambo ni bukan orang senang kerjapun kuli orang sahaja.Nak dijadikan cerita anak buah Ambo(timo Kasih Ing) hadiahkan Ambo komputer lama sebab dia dah beli laptop.Disinilah segalanya bermula.Maka mulalah Ambo belajarsedikit demi sedikit tentang komputer(timo kasih Pie,ajar Ayoh Su).

Langkah seterusnya Ambo beli celcom broadband dan daftar internet,tu pun pakej murah je.Pendek kata Ambo selalu tidur lewat kerana melayari internet dan selalulah Ambo buka blog tu blog ni. Tah macammana terfikir dalam hati Ambo untuk memiliki blog sendiri.Nanti bolehlah Ambo berkongsi berita dengan anda dan memaparkan berita kegiatan cawangan Ambo(Cawangan Beris Pak Abu). Pucuk dicita ulam mendatang,nak dijadikan cerita anak buah(timo kasih Liey) Ambo datang kerumah Ambo dan bila beliau tahu moh Ambo ada internet,beliau menawarkan diri untuk menolong Ambo memiliki blog sendiri.Blog pertama AmboJarumkretif(kedai jahit yg diusahakan isteri tercinta) asasnya dibuat oleh beliau tapi sedikit demi sedikit Ambo update dan upgrade sendiri.Blog inilah Ambo jadikan eksperimen dalam menambah ilmu Ambo dalam bidang blog.Walaupun demikian Ambo rasa masih banyak yang perlu Ambo pelajari.Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih,blog yang anda tatap ini adalah blog kedua Ambo dan 100% dibuat oleh Ambo sendiri.Walaupun demikian masih banyak kekurangan dan kelemahan yang Ambo akan baiki dan pelajari terdapat dalam blog ini.

Segala yang Ambo paparkan diatas bermula sebulan yang lalu.Pendekata Ambo ni masih terlalu hijau dalam bidang ini.Jadi segala kekurangan yang terdapat dalam blog ini Ambo mintak maaf banyak banyak.Ambo pun tak tahu blog Ambo ni dilihat orang atau tidak.Tak kisahlah orang tengok ke tak ke,Ambo tak kisah janji hati ambo puas.Cuma baru2 ni NIK MIE ada masukkan blog Ambo ni dalam senarai blog dia(timo kasih Nik Mie) Terima kasih juga pada anak buah ambo KAKICOMPERS yang banyak memberi dorongan.Segala yang Ambo nukilkan ini adalah kisah benar dan bukan rekaan.SALAM DARI AMBO DAN MALAYSIA BERIH,LEPAH NI MAGHI KITO PAKAT RAMA2 GI NGEPENG DI MANEK URAI BIAR UMNO TERUS LAYU DIBUMI SERAMBI MEKAH,TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA. TAKBIR!!!!!

Ketua Pemuda Pas Pusat nafikan laporan kerjasama dengan UMNO.


1. Saya menafikan laporan yang dibuat secara salah dari kenyataan dan maksud Dewan Pemuda PAS Pusat sewaktu menyerahkan surat rasmi meminta Pergerakan Pemuda UMNO mengadakan " Wacana Ilmiah secara Terbuka atas isu : Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan dengan Islam " . sebagai menubuhkan sekteriat untuk bekerjasama dengan UMNO .

2. Terdapat laporan dan salah faham berkait dengan tindakan Dewan Pemuda PAS Pusat mengajak Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengadakan wacana Ilmiah secara terbuka .

3. Wacana Ilmiah ini satu mekanisme untuk berhujjah seperti debat [ mujadalah ] dan muzakarah . Apa yang penting ialah Pemuda PAS Pusat mahu menyediakan medan dan ruang untuk berhujjah dan tentunya hujjah kita ialah untuk mencari kebenaran berpaksi kepada al Quran dan Sunnah .

4. Wacana Ilmiah lebih kepada satu mekanisme untuk mempertemukan dua pihak dan saling berhujjah secara terbuka untuk mencari kebenaran . Semua mesti tunduk kepada kebenaran dan tiada siapa yang boleh lari dan mengelak diri dari kebenaran dan tentunya yang benar itu ialah apabila ia selaras dengan al quran dan sunnah .

5. Apabila Pemuda UMNO membuat report polis terhadap kenyataan atau dakwaan Al Mursyidul Am yang mengatakan UMNO sesat ertinya UMNO tidak setuju mereka dilabelkan sebagai sesat . Maka Pemuda PAS Pusat menganjurkan wacana Ilmiah sebagai satu medan dan mekanisme untuk berhujjah bagi mencari kebenaran .

6. Laporan yang mengatakan Dewan Pemuda PAS Pusat akan mmenubuhkan seketeriat bagi mengadakan kerjasama dengan Pergerakan Pemuda UMNO adalah laporan yang salah dan tidak benar .

Sekian

Nasrudin bin Hj. Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat .

Mahasiswa UM sedia bertindak...

Kumpulan mahasiswa bersedia melancarkan bantahan besar jika Universiti Malaya mengambil tindakan tatatertib terhadap dua pelajarnya yang diseret ke mahkamah semalam.

Sehubungan itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM juga berharap pentadbiran kampus tidak mengambil tindakan pecat seperti yang pernah dialami oleh tujuh mahasiswa institusi pengajian tinggi awam yang dituduh terbabit dalam satu perhimpunan haram pada 2001.

"Di pihak universiti pula, penulis ingin memberi peringatan supaya jangan sesekali mengambil tindakan dengan menghukum mereka sebelum mereka dibuktikan bersalah," kata presidennya Shazni Munir Mohd Ithnin di blognya hari ini.

"Jika seandainya hal yang pernah berlaku pada mangsa-mangsa ISA 7 berulang, penulis dan seluruh mahasiswa yang di dadanya kejap dengan perjuangan kemahasiswaan, tidak akan teragak-agak untuk membuat bantahan di segenap sudut."

Kes tujuh pelajar itu - yang dikenali "ISA 7" kerana membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri - berlarutan hingga 18 Jun lalu apabila lima daripada mereka bersalah dan didenda RM3,900 tiap seorang.

Seorang daripada mereka - yang menyertai perhimpuan di Masjid Negara pada 8 Jun 2001 - dilepaskan, sementara seorang lagi tidak menghadiri perbicaraan.

Shazni Munir, kini sedang dicari polis bagi membantu siasatan berhubung kes menconteng dan cubaan membakar dewan Akademi Pengajian Islam, juga berharap proses mahkamah berjalan dengan adil.

"Penulis dengan pengharapan yang menggunung, masih lagi mengharapkan proses perbicaraan berlangsung tanpa 'tangan-tangan ghaib' yang mengganggu, dan hakim mengadilinya dengan penuh adil serta saksama," katanya lagi.

Semalam, dua pelajar UM dituduh di mahkamah atas dakwaan menconteng dan cubaan membakar dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, 24 Jun lalu.

Mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyertai kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dibebaskan hari ini selepas dijamin RM5,500 tiap seorang.

Satu sumber polis memberitahu Malaysiakini semalam, kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu, .

Selain Shazni Munir, polis juga sedang menjejaki Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani - kedua-duanya dipercayai pelajar akademi Islam - bagi membantu siasatan.

Menurut tulisannya itu, Shazni Munir juga menyatakan kerisauan berhubung perjalanan perbicaraan terhadap dua rakannya itu.

"Masakan tidak, siapakah yang dapat memberikan jaminan kepada penulis yang mereka berdua akan dibicarakan dengan seadil-adilnya?" katanya.

"Bukanlah ingin menimbulkan kesangsian secara membuta-tuli, akan tetapi perbicaraan-perbicaraan sebelum ini yang melibatkan orang penting negara, pastinya berakhir dengan keputusan yang mengecewakan sekelian banyak pencinta kebenaran".

Dalam tulisannya semalam, Shazni pula berkata, PMIUM memutuskan untuk memberikan bantuan guaman kepada kedua-duanya.Malaysiakini.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....