Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 19 April 2014

Video : MB Kelantan Ziarah Mendiang Karpal Singh


Menteri Besar negeri Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob hadir menziarahi mendiang Karpal Singh di kediamannya hari ini dan masuk melihat jenazah mendiang bagi memberikan penghormatan terakhir.

Ahmad semasa sidang media memuji mendiang sebagai pembela keadilan dan rakyat sepanjang hayatnya."Saya mewakili kerajaan Kelantan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang keatas pemergian Karpal.

"Kita kehilangan pejuang yang aktif perjuangkan keadilan rakyat," kata Ahmad dalam sidang media di kediaman mendiang.Ketibaan Ahmad yang berbaju jubah dan berkopiah disambut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli keluarga mendiang.

Ahmad kemudian menandatangani buku takziah dan terus masuk ke dalam kediaman di mana jenazah Karpal ditempatkan di dalam rumah.Selepas selesai, Ahmad kelihatan berbual-bual seketika dengan Lim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Ahmad juga berkata kehilangan Karpal pasti dirasai di Parlimen kerana banyak memperjuangkan isu dan membela rakyat."Kita kehilangan pemimpin yang banyak berjasa terutamanya di Parlimen dan membela rakyat dalam banyak perkara, terutama melibatkan soal keadilan."Kita semua bersedih dengan pemergiannya," kata Ahmad.TMI

Hudud Dan Masa Depan Pas Dalam PR

 Tuan Guru Presiden PAS pada sidang media selepas merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu di Kemasik

KEMAMAN: “Dalam ilmu Allah, bukan ilmu saya,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menjwab pertanyaan media berhubung masa depan Pakatan Rakyat berikutan usaha Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah termasuk hukum hudud.

Beliau menjelaskan, ini kerana pelaksanaan hukum hudud merupakan agenda perjuangan PAS dan bukannya Pakatan Rakyat.

Begitupun, Ahli Parlimen Marang itu optimis mereka yang memahami undang-undang jenayah syariah itu boleh menerimanya termasuk daripada kalangan bukan Islam.

Menurutnya, terdapat dalam kalangan masyarakat bukan Islam yang boleh menerima pelaksanaan undang-undang tersebut termasuk hukum hudud.

Sehubungan itu, katanya PAS menunggu keikhlasan semua pihak berhubung usaha Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang tersebut yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 1993.

“Kita terima positif perkara yang berkait dengan Kelantan ini dan kita serah ikut cara Kelantan.“PAS Pusat sokong sepenuhnya apa yang diusahakan oleh Kelantan itu,” tegasnya pada sidang media selepas merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu di Kemasik, tengah hari tadi.

Turut serta pada sidang media itu ialah Setiausaha Agung dan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mustafa Ali dan Ustaz Saiful Bahri Mamat.Jelasnya lagi, sebelum Dun Kelantan meluluskan undang-undang berkenaan, ia telah melalui proses yang betul dan mengikut amalan demokrasi.

Liong Sik Dedah Rahsia Karpal Semasa Di Universiti

 Karpal dan Liong Sik berkawan rapat sejak dari zaman pelajar

GEORGE TOWN: Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik menyifatkan mendiang Karpal Singh sebagai pelajar yang suka main-main dan selalu gagal dalam peperiksaan.

Dr Ling yang tinggal sebilik dengan Karpal di asrama pada awal 1960-an berkata mereka bersama-sama menuntut di Universiti Malaya di Singapura.

"Kami menginap di asrama yang sama di Dunearn Road di Singapura dan saya mengingati beliau sebagai seorang pelajar nakal yang selalu gagal dalam peperiksaan.

"Semasa saya menjadi presiden kesatuan pelajar, Karpal masih di semester satu sebagai anggota jawatankuasa," kata beliau kepada pemberita sebelum memberi penghormatan terakhir kepada Karpal di sini.

Beliau berkata, pada suatu ketika, Karpal bertekad untuk lulus semua kertas peperiksaan dan memperoleh ijazah untuk menjadi peguam yang dihormati dan beliau telah membuktikannya.

Ketika ditanya mengenai persahabatannya dengan Karpal, Dr Ling berkata kedua-dua mereka menjalin "hubungan rapat secara senyap" memandangkan mereka menyertai parti politik yang berbeza selepas memperoleh ijazah.

"Pernahkah anda mendengar Karpal memarahi Liong Sik atau saya memarahi Karpal. Tidak, kami tidak pernah memarahi satu sama lain disebalik berbeza fahaman politik. Saya hanya memarahi DAP dan beliau cuma memarahi MCA.

"Saya amat merasai kehilangan Karpal dan negara juga kehilangannya," kata bekas menteri pengangkutan itu yang kelihatan sebak apabila menceritakan mengenai kawan lamanya.

Video : Penghinaan Terkini Mahathir Terhadap Hudud Dan Jawapan Pemimpin Pas

 Hudud : Antara Mahathir dan Ust Nasuruddin Daud

Kenyataan terbaru Mahathir berkaitan Hukum Hudud.Beliau terus mempertikai Hukum Hudud yang pada pandanganya tidak adil kerana hanya dikenakan kepada orang islam.

Di sertakan penjelasan menarik oleh Ust Nasuruddin Daud bersama nas2 Al Quran berkaitan kenyataan oleh Mahathir.

Ini menunjukkan betapa bangangnnya Mahathir yang mentafsir hukum Islam berdasarkan akal ceteknya semata mata.Saksikan video di bawah ~ Tinta Hijau DKB


Kit Siang selimuti keranda Karpal dengan bendera DAP

 Pemimpin DAP memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh

Suasana suram menyelubungi kediaman mendiang Karpal Singh tengah hari semalam apabila pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menyelimuti keranda “saudaranya” dengan bendera parti bagi menghormati bekas pengerusi parti pembangkang selama 44 tahun itu.

Kit Siang, yang turut membawa bersama-sama buku rekod lama parti berkata, Karpal menyertai DAP semasa "zaman kegelapan” negara dan parti pada 28 Disember , 1970.

Hampir setahun lebih selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang menyaksikan rusuhan kaum dan Kit Siang baru sahaja dibebaskan selepas ditahan 17 bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran rusuhan itu.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....