Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 7 Februari 2011

Pakatan Rakyat Sepakat Letak Calon PAS Di Dun Merlimau

KUALA LUMPUR 7 FEB: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini bersetuju meletakkan calon PAS dalam Pilihanraya Kecil(PRK) Merlimau Mac depan.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hal itu diputuskan hari ini setelah mendapat persetujuan dan membincangkan pro dan kontra calon.

"Tentang Merlimau kami setuju sebulat suara untuk sokong calon PAS dan seluruh jentera Pakatan Rakyat akan Membantu," kata Anwar dalam Sidang Media di Ibu Pejabat DAP, selepas mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat di sini hari ini.

PRK Merlimau akan dilangsungkan pada 6 Mac ini dengan 26 Februari diletakkan sebagai tarikh penamaan Calon.

Bagaimanapun menurut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS tidak lagi menetapkan siapa calon pilihan dan sedang menunggu cadangan negeri.

Namun beliau menggambarkan kemungkinan besar calon itu dari kalangan orang tempatan."Calon mungkin wanita, mungkin lelaki."Kita tunggu senarai dari negeri dan akan hantar jentera ke bawah,"katanya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali kemudiannya menambah calon bakal diketahui selepas mesyuarat PAS 13 Februari depan.

" Selepas Mesyuarat 13 hari bulan ini, kita akan terima 'shortlist' dan buat keputusan untuk endorse,"katanya.TVS

Pembubaran Balkis:Mahkamah Tolak Rayuan Peguam Negara

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin menolak rayuan Peguam Negara untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memberi kebenaran kepada kerajaan Selangor serta sembilan yang lain untuk mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan dan membatalkan pendaftaran Balkis, sebuah badan kebajikan yang dianggotai isteri wakil rakyat di Selangor.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga anggota terdiri daripada Hakim Datuk Ramly Ali, Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim.

Isu mengenai Balkis mendapat liputan meluas apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa berlaku penyelewengan dana pertubuhan itu ketika ia diterajui Datin Seri Zaharah Kechik(gambar), isteri bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Kerajaan Selangor serta isteri Abdul Khalid, Puan Sri Salbiah Tunut, yang kini menjadi presiden Balkis, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan lima yang lain telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran agar semakan semula kehakiman dibuat bagi mengetepikan keputusan ROS itu.

Mereka memohon agar keputusan ROS pada 11 Februari 2009 yang membubarkan Balkis, diisytiharkan tidak sah dan terbatal serta memohon perintah agar pendaftaran pertubuhan itu dihidupkan semula.

Dalam hujahnya di Mahkamah Tinggi pada 10 Ogos 2009 untuk memohon kebenaran memulakan inisiatif semakan semula kehakiman, peguam S.Selvarajah yang mewakili mereka, berkata anak guamnya telah menyumbang lebih RM6.8 juta kepada Balkis dan oleh itu telah berlaku pecah amanah apabila Balkis dibubarkan secara salah.

Pada 10 Ogos tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan plaintif untuk mengetepikan notis yang difailkan Peguam Negara untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu dengan alasan notis berkenaan tidak menggunakan nama perayu yang sewajarnya.

Pada prosiding hari ini, plaintif diwakili peguam Derek J. Fernandez dan Selvarajah, manakala Peguam Negara diwakili Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan.- BERNAMA

Umno Edar Risalah Perang Saraf " DAP Ganti PAS "



kerana bimbang kebangkitan rakyat bersama PGU

Sekurang-kurangnya dua sebab mengapa Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN) Terengganu menyebarkan risalah propaganda dimerata tempat sehingga menyusahkan orang ramai khususnya para peniaga di bandaraya ini.

Dua minggu lalu, ketika kempen pilihanraya kecil DUN Tenang sedang memuncak, Umno-BN Terengganu telah menyebarkan risalah tidak bertulisan tetapi meletakkan gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat bersebelahan dengan gambar Penasihat DAP, Yang Berhormat Lim Kit Siang.

Menurut Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing, tindakan menampal 'gambar' tersebut di dinding dan pintu rumah serta kedai sekitar Kampung Cina disini, telah menimbulkan kemarahan para peniaga.ka DAP dan PAS yang

"Mereka (peniaga) menelefon saya, marah-marah kerana sangkaan mereka DAP dan PAS yang menyebarkan gambar itu, saya jawab tidak, bukan DAP dan bukan juga PAS yang melakukan kerja tersebut,"katanya ketika ditemui.

Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik mengesahkan, Umno-BN Terengganu dikesan sekali lagi menyebarkan risalah 'adu domba' yang bertulis 'DAP ganti PAS'.

Katanya, Umno-BN bertindak menyebarkan risalah-risalah tersebut kerana tertekan akibat kempen 'PAS Ganti Umno' (PGU) yang telah mendapat sambutan puluhan ribu rakyat Terengganu.

"Saya mendapat maklumat gerakan yang sedang dibuat oleh Umno, saya nampak sekurang-kurangnya dua latar belakang yang menjadi dia(Umno-BN) membuat(menyebarkan risalah) ini,

"yang pertama kerana terakhir sekali kita membuat kempen 'Pas Ganti Umno' (PGU) bermula daripada (program) yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan Pas Pusat di Shah Alam. sampai(sehingga) apabila kita adakan(anjurkan) di Terengganu,"jelasnya ketika ditemui.

Menurutnya, beberapa siri himpunan telah dirancang dan dianjurkan PAS jelas menunjukkan kebangkitan rakyat yang menunjukkan sikap mereka dengan jelas.

"Rakyat sudah memberi kepercayaan(kepada PAS) dan mula menunjukan sikap mereka secara yang jelas(terbuka) apabila jumlah mereka(yang hadir) sangat ramai.

"Puluhan ribu orang samada mereka dalam program-program yang khusus untuk 'Pas Ganti Umno' (PGU) atau program yang sekitar(berkaitan),"katanya kepada pihak media selepas program Pelancaran Jentera Pilihanraya DUN Batu Rakit disini semalam, Sabtu 5 Februari.

Pelancaran jentera pilihanraya bagi DUN yang ke 12 tersebut telah dirasmikan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dengan dihadiri oleh 300 orang petugas tegar DUN Baru Rakit.BO

ADUN Sri Muda Mengaku Tak Bersalah Tuduhan Menghasut

Adun Sri Muda, Suhaimi Shafei (kiri) diiringi penyokongnya hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini untuk menghadapi tuduhan di bawah Akta Hasutan. — Foto Bernama

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas tuduhan menerbitkan artikel yang menghasut yang disiarkan di dalam blognya pada 30 Disember lalu.
Shuhaimi, 42, yang memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum 2008 di atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan pada pukul 10.30 pagi.
Beliau yang hadir dengan memakai sut bewarna hitam juga dilihat tersenyum semasa pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh seorang jurubahasa mahkamah di dalam Bahasa Melayu.
Beliau didakwa menerbitkan artikel bertajuk ‘Pandangan saya berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959’ yang mempunyai ayat-ayat yang menghasut di blog beralamat http://srimuda.blogspot.com.
Artikel tersebut diterbitkan semasa isu mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamad Khusrin Munawi sedang heboh diperkatakan dan artikel yang didakwa mempunyai unsur menghasut itu turut menyentuh mengenai Sultan Selangor.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 30 Disember 2010 di Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning, di sini.
Bagi kesalahan itu, Shuhaimi atau lebih dikenali sebagai Shuhaimi Shafiei didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, Shuhaimi boleh dihukum denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusoff.
Mohamad Hanafiah menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 terhadap tertuduh yang beralamat di Setia Alam, di sini, atas alasan kesalahan yang terlibat adalah serius.

Analisis : Mencongak Peluang Pas Di Dun Merlimau

Kali terakhir Pilihanraya Kecil menjengah ke bumi Hang Tuah adalah pada tahun 2007 dalam Pilihanraya Kecil Dun Machap yang menyaksikan calon MCA,Lai Meng Chong menang besar ke atas calon DAP,Liou Chen Kuang dengan majoriti 4081 undi.Dan akhir bulan ini,setelah hampir empat tahun bumi Melaka sunyi daripada Pilihanraya Kecil,satu lagi siri pilihanraya kecil menjengah bumi Melaka,yang menyaksikan pilihanraya kecil ke 15 dalam era pasca tsunami 2008.

Pilihanraya Kecil N27 Merlimau kali ini mungkin bakal menjadi antara pertembungan yang menarik antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.Barisan Nasional sememangnya telah hampir pasti meletakkan calon Umno di Merlimau manakala Pakatan Rakyat pula masih dalam peringkat perbincangan untuk memilih sama ada meletakkan calon Pas ataupun PKR di Dun Merlimau.

Antara sebab mengapa Pilihanraya Kecil Dun Merlimau dianggap penting dan menarik adalah kerana Melaka adalah satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai wakil pembangkang Melayu (Pas mahupun PKR).Hal ini kerana Pas dan PKR telah berjaya meletakkan dua wakil Melayu di Johor,dua di Pahang,dua di Perlis,,lapan di Terengganu dan tiga di Negeri Sembilan.Untuk membaca artikel penuh Harakahdaily mengenai Pas Melaka,pembaca boleh membaca artikel tersebut di sini.

Untuk rekod,Pas telah bertanding di 13 kerusi Dun,lapan DAP dan tujuh untuk PKR.Kecuali DAP,Pas dan PKR masing-masing gagal memenangi sebarang kerusi dalam Pilihanraya Umum 12 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka.Walaubagaimanapun,DAP telah berjaya memenangi lima daripada lapan kerusi yang ditandingi iaitu Dun Bachang,Ayer Keroh,Kesidang,Kota Laksamana dan Bandar Hilir.Malah,DAP juga berjaya menawan kembali kerusi Parlimen Kota Melaka yang terlepas ke tangan MCA pada tahun 2004. Untuk rekod,Kota Melaka adalah antara kubu kuat DAP di Melaka yang diwakili oleh Lim Guan Eng sebelum beliau dipenjarakan dan tidak bertanding dalam Pilihanraya Umum 1999.Pengganti Lim,Kerk Kim Hock berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada tahun 1999 sebelum terlepas ke tangan calon MCA, Wong Nai Chee dalam Pilihanraya Umum 2004.

Dalam pilihanraya umum lalu,calon Pas yang mendapat undi tertinggi di Melaka adalah di N17 Bukit Baru dalam Parlimen Bukit Katil di mana calon Pas,Bakrin bin Sidek telah berjaya mendapat 4936 undi,hampir mencecah 5000 undi.Calon Melayu PKR yang mendapat undi tertinggi di Melaka pula adalah calon bagi Dun Paya Rumput dalam Parlimen Tangga Batu,Taha bin Ahmad yang memperoleh undi sebanyak 5687 undi. Calon Pas yang paling berjaya merapatkan jurang majoriti antara Pas-Umno adalah calon Pas bagi Durian Tunggal dalam Parlimen Tangga Batu,Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Melaka,yang tewas dengan majoriti 1476 undi.Bagi calon Melayu PKR pula,calon yang berjaya mendapat majoriti terkecil adalah calon PKR bagi Dun Rim dalam Parlimen Jasin,Azmi bin Khamis yang hanya tewas dengan majoriti 1637 undi.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....