Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 12 Oktober 2010

Tidak cukup pencalonan, Nurul tak boleh tanding timbalan presiden


KUALA LUMPUR, 12 Okt – Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dilihat hanya boleh bertanding jawatan naib presiden sebab beliau tidak melepasi kelayakan minimum dua pencalonan yang disyaratkan untuk bersaing kerusi nombor dua parti.
Minggu lalu, Datuk Zaid Ibrahim yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat, yang disebut-sebut akan bertanding jawatan timbalan presiden menyatakan kesediaan memberi laluan kepada Nurul Izzah jika bersedia bersaing kerusi nombor dua itu.
Bulan lalu, Nurul Izzah (gambar) mengisytiharkan hasrat mahu bertanding jawatan naib presiden.
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan yang Nurul Izzah tidak menerima dua pencalonan yang dikehendaki.
“Setakat ini, maklumat yang kami terima menunjukkan Nurul Izzah tidak cukup pencalonan. Beliau hanya ada satu pencalonan. Kalau berdasarkan kedudukan itu, beliau tidak boleh bertanding,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.Bagaimanapun Nurul Izzah bertanding naib presiden.
Kesemua 208 caban PKR dikehendaki menghantar senarai pencalonan kepada ibu pejabat menjelang kelmarin.
“Kami akan proses dan teliti senarai laporan yang dihantar oleh cabang-cabang dengan tarikh akhir 10 Oktober lalu,” kata Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail.Mereka yang layak perlu menerima pencalonan masing-masing menjelang Sabtu ini.

Perbicaraan Kes Bunuh Aminulrasyid,19 Peluru Ditemui Di Kawasan Mangsa Ditembak


SHAH ALAM, 12 Okt — Sebanyak 19 butir peluru ditemui di kawasan perumahan di Seksyen 11 di sini — tempat di mana remaja Aminulrasyid Amzah, 15, ditembak mati oleh anggota polis enam bulan lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam diberitahu hari ini.
Empat saksi memberi keterangan di mahkamah hari ini, hari pertama perbicaraan. Perbicaraan akan berlangsung sehingga 11 November ini.
Hakim Latifah Mohd Tahar kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga petang ini selepas jurugambar forensik polis Mokhtar Hussein memberikan keterangan.
Pada 10 Mei lepas, Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu pagi tadi, perbicaraan kes bermula dengan seorang anggota polis dipanggil untuk menceritakan apa yang terjadi pada malam kejadian.
Saksi pertama perbicaraan hari ini adalah Lans Koperal Mohd Sabri Salleh dari Balai Polis Shah Alam.
Dia berkata dia menerima panggilan daripada kereta peronda yang dinaiki Jenain pada pukul 1.45 pagi memaklumkan bahawa sebuah kereta Proton Iswara putih sedang memecut dan enggan berhenti.
Kereta peronda berkenaan memohon bantuan Mohd Sabri bagi menghentikan kereta tersebut dan memaklumkan sedang mengejar kereta itu dari Hotel Concorde ke Bulatan Kayangan.
Dia kemudian menghubungi telefon bimbit Jenain dan dimaklumkan bahawa kereta Iswara itu hilang kawalan dan pemandunya cedera di Jalan Makyong 11/2.
Mohd Sabri kemudian berkata, Jenain menyuruhnya menghubungi ambulans untuk membantu pemandu kereta Iswara itu.
Detektif Lans Koperal Ahmad Zamzani Abdul Wahab yang dihantar ke tempat kejadian berkata, dia mengambil 41 gambar kereta Iswara itu dan Aminulrasyid termasuk peluru, pokok patah dan juga jalan.
Jenain diwakili oleh peguam bela Salim Bashir manakala peguam veteran, Karpal Singh bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya Persekutuan Mohd Dusuki Mokhtar, lima saksi akan dipanggil dan dijangka perbicaraan itu akan mengambil masa selama 11 hari.TMI

Tuntutan Palsu Majlis Berbuka Puasa,Pengerusi JKKK Didakwa Di Mahkamah

KUALA TERENGGANU: Seorang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Wakaf Mempelam, di sini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengemukakan dokumen tuntutan palsu majlis berbuka puasa di empat buah surau lima tahun lalu. Abdullah Muda, 56, didakwa menyerahkan dokumen palsu mengenai pembekalan makanan dan minuman tersebut kepada Pembantu Tadbir (Kewangan) Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Wan Norizah Muda, pada 24 Oktober 2005 di pejabatnya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim Mahkamah Sesyen Azman Mustapha membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 November ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Syafinas Shabudin. - BERNAMA

Kes Bicara Kematian Aminulrasyid Yang Ditembak Polis Bermula Hari Ini



SHAH ALAM,12 OKT : Kes perbicaraan kematian arwah Aminulrashid bermula hari ini di Mahkamah Sesyen Shah Alam. Mahkamah dijadualkan melaksanakan perbicaraan seorang korporal yang didakwa menembak mati Aminulrashid selama 11 minggu.
Jenain Subi, 48 ( gambar kiri ), dituduh menyebabkan kematian tanpa niat ke atas Aminulrasyid, di Jalan Tarian 11/2 , Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Saksi pertama pada perbicaraan ini adalah lans korporal Mohd Sabri Salleh.
Menurut timbalan pendakwa raya persekutuan, DPP Mohd Dusuki Mokhtar, sejumlah lima saksi akan dipanggil.
Jenain diwakili oleh peguam-bela Salim Bashir manakala peguam veteran, Karpal Singh bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid. Pada 10 Mei lalu, Jenain, dihadapkan ke mahkamah dan membuat pengakuan tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.
Kematian mengejut remaja itu menimbulkan kemarahan orang ramai berhubung dakawaan polis yang melepaskan tembakan secara membabi-buta dan memaksa Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) berhubung penggunaan senjata api.
Sebuah panel yang dipengerusikan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Abu Seman Yusop ditubuhkan bagi mengkaji IGSO dan juga menyiasat kejadiaan berkenaan. Adalah dilaporkan Aminulrasyid dan rakannya , Azamuddin Omar, juga berusia 15 tahun sedang dalam perjalanan ke rumah daripada sebuah restoran di Seksyen 7, Shah alam pada malam kejadian itu.
Sebuah kereta polis memintas mereka lalu melepaskan tembakan. Remaja berkenaan memberhentikan kereta di bahu jalan, di mana Aminulrasyid kemudiannya dijumpai terkulai di kerusi pemandu.TVS

Update : Lagi Gambar Gambar Kemalangan Ngeri 10-10-10,12 Maut 40 Cedera

Di kilometer 223.2 Lebuh Raya PLUS


Jalan raya penuh sesak


Bas Delima dah merentangi jalan



Myvi merah terperosok di bawah bas

Update Video : Ahli Parlimen PR Desak Speaker Ambil Tindakan Tegas Terhadap Ibrahim Ali



ARTIKEL BERKAITAN SEBELUMNYA DISINI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....