Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 11 Februari 2011

Speaker Selangor Mohon Saman Pemula Adun Pelabuhan Kelang Dibatalkan

SHAH ALAM: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Teng Chang Khim (gambar) memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula Badrul Hisham Abdullah bagi mendapatkan deklarasi bahawa beliau masihlagi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang.

Permohonan itu difailkan menerusi Tetuan Tommy Thomas, Advocates & Solicitors di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat.

Dalam afidavitnya, Teng, 48, berkata beliau memiliki kekebalan di bawah Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan daripada sebarang tindakan undang-undang Badrul Hisham.

Sehubungan itu, Teng berkata mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa bagi memutuskan sebarang isu berkaitan prosiding DUN, keputusan beliau atau deklarasi yang dibuat dalam kapasitinya sebagai Speaker.

Beliau mendakwa kewajaran mana-mana keputusan atau deklarasi yang dibuat dalam kapasitinya sebagai Speaker tidak boleh dipertikai di mahkamah kerana DUN dan badan kehakiman merupakan dua cabang kerajaan yang berada pada kedudukan yang setara.

Sehubungan itu, Teng memohon mahkamah membatalkan saman pemula Badrul Hisham kerana mendakwa ia melampau, remeh dan menyusahkan, menyakitkan hati serta penyalahgunaan proses mahkamah.

Pada 24 Januari lepas, Badrul Hisham memfailkan saman itu bagi mendapatkan deklarasi bahawa beliau masih lagi ADUN Pelabuhan Klang dan berhak menghadiri persidangan DUN Selangor.

Beliau juga meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa kerusi DUN PelabuhanKlang tidak kosong.

Perintah deklarasi lain yang dipohon Badrul Hisham termasuk keputusan Teng mengisytiharkan bahawa kerusi itu telah kosong adalah melangkaui Artikel LXIXUndang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan oleh itu, batal serta tidak sah.

Pada 7 Februari lepas, Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah injunksi interimbagi menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya daripada bermesyuarat mengenai statusBadrul Hisham sehingga 17 Februari ini, sementara menunggu saman pemula beliaudidengar.

Badrul Hisham memenangi kerusi DUN itu atas tiket Parti Keadilan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008, sebelum keluar parti pada Oktober 2009 untuk menjadi ADUN Bebas.

Beliau menyertai Umno Mei tahun lepas. - BERNAMA

Kedegilan Bakal Percepat Kejatuhan Mubarak

SHAH ALAM 11 FEB: Kedegilan Diktator Hosni Mubarak untuk melepaskan kuasa sebagai Presiden Mesir bakal mempercepatkan kejatuhan beliau.

Menurut Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa, ucapan Mubarak malam tadi membuktikan beliau masih tidak mahu menurut konsensus rakyat Mesir dan hanya membangkitkan lagi kebencian mereka terhadap beliau.

Bercakap kepada TV Selangor, Dr Mujahid berpendapat usaha dan janji perubahan Mubarak langsung tidak dipedulikan rakyat Mesir yang berhimpun sejak bulan lalu menuntut Presiden mereka yang telah memegang kuasa selama 30 tahun itu meletak jawatan.


"Malangnya setakat ini, semua yang dibuat (Mubarak) tidak mendapat perhatian termasuk janji untuk letak jawatan bulan sembilan(September) tidak dilayan penduduk Mesir. Jadi kalau dilihat seperti apa yang berlaku pagi tadi walaupun awalnya dijangka letak jawatan tetapi akhirnya tidak, ia membangkitkan lagi kemarahan rakyat Mesir dan menpercepatkan lagi kejatuhannya seorang diktator seperti Hosni Mubarak," katanya.

Semalam, Mubarak berkata peralihan kuasa politik yang dipegangnya selama 30 tahun akan dilakukan sehingga September ini.

Pengumuman terbaru itu menyaksikan Mubarak masih menjadi Presiden Mesir dan memastikan regimnya terus berkuasa dalam proses reformasi pemerintahan negara itu.

Sementara itu, penunjuk perasaan yang masih menguasai Dataran Tahrir hampa dan marah apabila mereka sebelum ini dimaklumkan Mubarak akan mengumumkan peletakan jawatan tetapi sebaliknya.

"Mereka sudah tidak mahu lagi sesiapa yang terlibat dengan rejim terdahulu. Jadi saya lihat Mubarak, Omar Suleiman dan sesiapa lagi yang terpalit dengan rejim terdahulu, rakyat Mesir sudah bosan dan mahukan pentadbiran baru, pembubaran parlimen dan berakhirnya undang-undang darurat yang berlarutan dari tahun 1967," katanya.

Bekas Ahli Parlimen Pas Bebas Tuduhan Palsukan Dokumen

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen pada Jumaat melepas dan membebaskan bekas anggota Parlimen PAS kawasan Jeli, Mohd Apandi Mohamad(gambar) terhadap 13 pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewa hotel, sembilan tahun lepas.

Hakim Nasir Nordin membuat keputusan itu terhadap Mohd Apandi, 51, selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Hizwen Azleena Othman Kamal, gagal membuktikan kes prima facie.

Dalam penghakimannya, Nasir berkata terdapat beberapa keterangan daripada saksi pendakwaan yang bercanggah, menyebabkan pihak pendakwaan gagal membuktikan tarikh sebenar tertuduh menginap di hotel berkenaan seperti dalam pertuduhan.

"Keterangan saksi juga dilihat mengelirukan dan tidak konsisten berhubung nombor bilik yang diduduki oleh tertuduh ketika kejadian dan perkara ini tidak dijelaskan oleh pihak pendakwaan," katanya.

Beliau berkata pertuduhan berhubung status dan prinsipal tertuduh sebagai kapasitinya iaitu Ahli Dewan Rakyat kawasan itu yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah bersifat kabur dan tidak jelas.

Pihak pendakwaan mengemukakan seramai 37 saksi sepanjang prosiding itu.

Mohd Apandi didakwa sebagai Ahli Dewan Rakyat kawasan Jeli, mengemukakan tuntutan penyataan palsu berhubung sewa Hotel Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan yang terletak di Kota Bharu berjumlah RM31,050.

Beliau yang diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed, didakwa melakukan kesalahan itu di Cawangan Kewangan, Pejabat Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen di sini antara 11 Feb 2002 dan 23 Julai 2003.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11 (C) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta sama, yang boleh dikenakan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi. - BERNAMA

Pas Akan Turun Ke Jalanraya Jika...

- sekiranya penipuan terus berlaku dalam pilihanraya

KUALA NERUS
- PAS memilih jalan demokrasi dan menyertai pilihanraya secara aman dalam berpolitik di negara ini namun sebaliknya akan turun ke jalan raya sekiranya penipuan terus berlaku dalam pilihanraya.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu, rakyat akan turun ke jalan-jalan raya dengan kerelaan masing-masing, sekiranya mereka tidak percaya lagi dengan sistem yang diamalkan dinegara ini.Imbang Penuh

"Kita memilih pilihanraya, himpunan secara aman, (tetapi) sekiranya tidak adtidak perlu disuruh, sekiranya rakyat sudah tidak ada kepercayaan kepada sistem demokrasi yang diamal (lagi) kepercayaan kepada pilihanraya, tidak perlu disuruh, rakyat akan turun ke jalan raya,"tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan motivasinya disebelah pagi, dalam program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2011 yang diadakan di padang bola, Pekan Batu Enam, disini Jumaat 11 Februari.

Mohamad Sabu turut memberi peringatan, Malaysia akan menerima nasib seperti Tunisia dan Mesir apabila rakyat telah kecewa dan berputus asa.

Sehubungan itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu, Wan Faizul Abas berkata, Himpit 2011 berbeza dengan himpunan pemuda yang dadakan seumpamanya yang diadakan sebelum ini.

"Himpunan kali ini sangat berlainan daripada yang diadakan pada sesi-sesi lalu kerana ia bertemakan ‘Masa Untuk Berubah, PAS Ganti Umno’,"katanya ketika ditemui.

Menurutnya selain hanya diadakan sehari suntuk sahaja, tema yang dipilih oleh pemuda PAS adalah bagi meneruskan semangat kebangkitan rakyat dari program yang dianjurkan Badan Perhubungan PAS 15 Januari, 2011.

"Pemuda (PAS) menyambut dengan penuh semangat program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu pada 15 Januari 2011 yang lalu di Dataran Tok Guru Geliga Kemaman,"Oleh itu, kita memlih tema tersebut,"jelasnya.BO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....