Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 2 April 2012

Full Video : Ceramah DS Anwar Di Padang Perdana Kota Bharu




Siri Ceramah;YB Dato Seri Anwar Ibrahim pada majlis ceramah perdana"PUTRAJAYA BERMULA DISINI"di padang perdana Kota bharu.

Hasan Ali wajib serahkan video murtad kepada agensi agama

Pemberita menunggu di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia Datuk Dr Hasan Ali 2 April 2012 untuk melihat rakaman video individu Melayu yang mendakwa telah di Kristiankan. — Foto Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 2 April — Dr Rani menegaskan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali “wajib” menyerahkan video bukti gejala murtad yang dimilikinya kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjut termasuk menentukan kesasihan video itu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insder, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru ini berkata video yang didedahkan Hasan dalam satu sidang media khas pagi tadi disiasat dengan terperinci dan tindakan perlu diambil sekiranya benar.

Pada sidang media pendedahan video murtad itu Hasan berkata pihaknya mempunyai tiga versi video berkenaan dan hari ini beliau hanya mendedahkan dua daripada tiga video tersebut dengan durasi 16 dan 42 minit yang menayangkan pengakuan sepasang suami isteri yang telah kembali kepada Islam selepas murtad.

“Wajib serahkan...memang patut kerana pihak berkuasa agama ada kuasa untuk siasatan dan mengambil tindakan, (Hasan) wajib bagi.

“Jais perlu lakukan sisatan terperinci kerana isu murtad ini perlu ditangani. Jais juga perlu kaji perkara ini agar tidak berulang,” kata Dr Rani.

Pada sidang media pagi tadi, Hasan, Adun Gombak Setia berkata tidak menolak untuk menyerahkan video bukti gejala murtad itu kepada Jais sekiranya agensi agama itu memerlukannya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata agensi agama negeri termasuk Jais mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana gerakan yang terlibat dalam kegiatan Kristianisasi.

Beliau menambah pihaknya masih belum mendapat maklumat daripada Jais tentang video murtad yang didedahkan Hasan.

“Saya lihat gerakan ini ada, tidak dinafikan...tapi kita berhati-hati takut salah tuduh. Kalau nak tuduh orang memesongkan umat Islam perlu ada bukti yang cukup, yang penting masyarakat perlu tahu gerakan ini wujud.

“Kalau kita lihat sasaran gerakan ini adalah orang yang rapuh akidah dan yang mempunyai masalah kemiskinan. Kalau ada bukti tindakan perlu diambil kerana agensi agama ada peruntukan itu,” katanya.

Menyedari pertikaian akan berlaku, Mashitah menegaskan semua pihak perlu memandang positif isu kegiatan Kristinasi menambah ia bukan isu perkauman tetapi agama.

“Memang ada pertikaian berlaku tapi ambil positif...ini bukan masalah perkauman tetapi agama, saya tidak lihat isu ini perlu dilihat dari sudut perkauman,” katanya.

Beliau menambah video bukti milik Hasan perlu diserahkan kepada Jais dengan segera.

“Jais perlu siasat sama ada video itu benar atau tidak supaya kita tak salah. Siasat sejauh mana kebenaran video itu. Kemudian jumpa individu dalam video itu untuk tahu maklumat mereka,” katanya.

Sementara itu, Jais ketika dihubungi berkata isu murtad bukan di bawah bidang kuasa agensi itu tetapi Majlis Agama Islam Selangor (Mais).TMI

Full Video : Ceramah Mat Sabu Di Padang Perdana Kota Bharu




Siri Ceramah:HJ Mohd Sabu pada program ceramah perdana "PUTRAJAYA BERMULA DISINI"di padang perdana kota bharu.

Tanpa penipuan, Pakatan selamat ke Putrajaya

SELAYANG, 2 April: Pakatan Rakyat yakin laluan mereka ke Putrajaya terbuka luas jika Barisan Nasional (BN) menyertai pilihan raya kali ini dengan bersih.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, sejak kebelakangan ini mereka mengesan semakin banyak penyelewengan yang dibuat oleh BN.

"Bayangkan lebih 390 buah rumah (alamat)dalam daftar pemilih SPR yang mempunyai pengundi lebih dari 100 orang dalam rumah berkenaan.

"Sudah tentu alamat ini digunakan untuk mendaftar pengundi luar di situ," kata Tian Chua kepada Harakahdaily.
 Beliau bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjumpa dengan pengundi Taman Daya dekat sini yang majoritinya adalah pengundi Cina.

Di majlis yang diadakan Sabtu lalu itu, Abdul Hadi merasmikan Dewan Himpunan Penyokong PAS di taman perumahan berhampiran (gambar).

"Memang pilihan raya umum kali ini adalah yang terbaik untuk Pakatan Rakyat menawan Putrajaya namun pelbagai penyelewengan yang kita mula kesan menyebabkan kita bimbang," kata beliau.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....