Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 16 Januari 2013

Bawani Mengulas Isu Forum UUM

GEORGE TOWN, 16 Jan — Video pelajar universiti dicaci kerana menyatakan pandangannya di laman Youtube yang tersebar luas mendedahkan kepada umum bagaimana institut pengajian tinggi awam menggunakan forum untuk “mencuci otak” mahasiswa.

Pelajar undang-undang tahun dua Bawani K.S. menyatakan rasa terkejut sekarang kerana dirinya bertukar menjadi wira dalam masa satu malam kerana mempersoalkan ahli panel Sharifah Zohra Jabeen dalam forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8 Disember.

“Sekarang orang ramai akan tahu apa yang berlaku di universiti awam dan bagaimana mereka boleh menganjurkan forum ‘Mahasiswa dalam politik’ dan menggunakannya untuk ‘brainwash’ pelajar dengan memberitahu mereka perhimpunan jalanan adalah salah sambil menunjukkan gambar-gambar pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah dan memberitahu kita agar tidak mencontohi mereka,” kata Bawani kepada The Malaysian Insider.

Aktivis sosial berumur 27 tahun lega insiden tersebut tersebar luas kerana beliau berpeluang mendapatkan lebih ramai orang menyertainya untuk memperjuangkan pendidikan percuma bagi semua rakyat Malaysia.

Apabila diberitahu beliau digelar sebagai “Ambiga Kecil”, Bawani tertawa dan mengatakan betapa pentingnya rakyat mengetahui keperluan meneruskan perjuangan menuntut hak mereka.

Beliau juga berkata Sharifah Zohra tidak perlu meminta maaf kepada dirinya tetapi berhutang maaf kepada semua pelajar dalam forum tersebut.

“Beliau telah perkecilkan semua pelajar dan memperkecilkan kita semua,” kata pelajar tersebut yang juga merupakan seorang ahli Parti Sosialis Malaysia dan organisasi Jaringan Rakyat Tertindas.

Walaupun tidak kecewa kerana dicaci secara terbuka, Bawani masih kesal tentang bagaimana keseluruhan forum dianjurkan untuk menjadikan pelajar universiti menentang perhimpunan Bersih dan perhimpunan jalanan untuk memperjuangkan hak rakyat.

“Dalam kebanyakan forum, mereka menunjukkan klip video perhimpunan dan gambar-gambar wanita yang terlibat dalam perhimpunan dan kemudian memberitahu pelajar-pelajar ini bagaimana wanita perlu bertindak atau berkelakuan dan tindakan tersebut adalah salah,” katanya menceritakan ketika dihubungi.

Beliau juga menyatakan rasa terkejutnya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menghubungi beliau berhubung kejadian itu.

“Dia memberitahu saya dia menyokong saya dan saya menjawab pemimpin NGO seperti Sharifah tidak harus dibenarkan untuk menganjurkan apa-apa forum yang berat sebelah dalam universiti awam,” katanya.

Bawani berkata adalah lebih adil untuk mempunyai satu forum di mana kedua-dua belah seteru politik hadir membahaskan secara terbuka pandangan yang berbeza mereka mengenai isu-isu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna internet dan pelajar kerana menyokong beliau dan menggesa mereka untuk menggunakan ini untuk meneruskan perjuangan untuk hak-hak mereka sendiri.

“Marilah berjuang bersama-sama untuk pendidikan percuma bagi semua rakyat Malaysia,” kata pelajar undang-undang yang sudah mempunyai ijazah pertama dalam bidang psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mengenai perjuangan beliau untuk pendidikan percuma, Bawani mengkaji isu itu pada tahun 2010 dan merasakan Malaysia sebagai negara pengeluar minyak, mampu untuk menyediakan pendidikan percuma kepada semua pelajar dari tadika hingga ke peringkat tertinggi.

Video YouTube yang menunjukkan Sharifah Zohra yang mengetuai organisasi  tidak dikenali Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), mencaci Bawani tersebar luas semalam di laman media sosial.TMI

Artikel berkaitan DISINI dan DISINI

7 ulasan:

Sabuli berkata...

Cik Bawani: Anda telah memperjuangkan hak penduduk malaysia, anda bijak dan berani " Tahniah " sesuai pada tempatnya, mungkin jika di luar pihak kerajaan kata penentang kerajaan jalanan. TETAPI di dalam bangunan pun masih juga ada pertikaian dari pihak penyukung Barisan Nasional.

Tanpa Nama berkata...


Setakat perjuangkan melalak satu perkara dah dianggap hero Malaysia! Siapa Bawani yg dianggap sebagai hero mahasiswa!. anwar ketika jadi Menteri Pelajaran pun tak pernah perjuangkan dulu, hampes, perjuangan nak menegakkan peribadi. Cik Awani kalau tak setuju, berhenti masuk PKR cepat2 supaya Anwar beri jawatan dan dapat gaji tinggi.

Tanpa Nama berkata...

Pandangan untuk mendapatkan pendidikan percuma wajar. Tidak salah. Ada orang beranggapan sekiarnya dasar yang kerajaan yang dibawa kita minta sedikit perkara "seperti tuntutan pendidikan percuma" maka ramai yang kata pelajar ini pembangkang? Cuba open minded sedikit dalam menjustifikasikan seseorang...

Tanpa Nama berkata...

Tanpanama 8.30:

Rasanya ketika Bawani masih tadika pun dia dah boleh patahkan hujah awak yang tak ada isi, cuma emosi basi.

Tanpa Nama berkata...

anon 8.30 pagi...ya memang dia hero walaupun satu perkara yg dia usulkan...kalau apa yg dia perjuangkan ini dapat ....anak-anak hang nanti senang kerana tidak perlu keluarkan duit yg banyak untuk pendidikan...hari ini setiap pelajar yg keluar dari universiti selain ijazah dia bawa balik tunjuk kat hang..dalam masa yg sama dia tanggung hutang dibelakang....tidak salah dia perjuangkan untuk kepentimngan pelajar keseluruhanya...bawani baru dalam universiti dah hang terkejut babi ..apatah lagi dia aktif dalam pkr hang jadi sawan babi terus...

Tanpa Nama berkata...

xde bende yang free zaman skrg ni, kalau smuanya disuap...makin malas la rakyat nak berusaha.bila dah grad nak gaji tinggi2..ape cer??cuba bagi khidmat percuma, bleh ke?

Tanpa Nama berkata...

Tahniah BAWANI... TERIMA KASIH UNTUK MELUAHKAN PENDAPAT KAMU !! Jelas nampak sharifah tidak dapat menjawab soalan kamu... Tats y She is talking nonsense....

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....