Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 9 Mac 2010

Agong tidak dimaklumkan pemecatan saya – Anwar

KUALA LUMPUR : Mantan Timbalan Perdana (TPM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat pada 2 September 1998 mendakwa pemecatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri (PM) ketika itu, Datuk Seri Dr. (kini Tun) Mahathir Mohamad dilakukan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada Seri Paduka Baginda (SBP) Yang Di Pertuan Agong (YDPA) ketika itu Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman (kini almarhum).
“Tatkala saya dirawat di Munich, Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Najihah berkenan menziarahi saya.
Ketika itu, Almarhum memaklumkan saya dengan disaksikan oleh Tuanku Najihah (Tuanku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin) dan Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar) bahawa Baginda tidak dimaklumkan mengenai pemecatan saya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998 dan hanya memberi perkenan pada minggu berikutnya,” kata Ahli Parlimen (MP) Permatang Pauh itu.
Menurut Anwar, Hakim yang memutuskan kes itu semalam sekadar membaca berjela-jela isu yang tiada kaitan berhubung kuasa PM melantik dan menyingkir menteri.
“Hakim membaca berjela isu yang tidak berkaitan mengenai kuasa Perdana Menteri melantik dan menyingkir menteri; Raja Berperlembagaan bertindak “atas nasihat”.
Perkara tersebut tidak pun dipertikai.

Sultan Kelantan fail permohonan sah cerai isteri kedua

Sultan Ismail Petra (berkerusi roda) dan rombongan istana selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra 4 Mac. — Gambar Bernama

KOTA BAHARU, 9 Mac — Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Tuanku Yahya Petra hari ini memfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga terhadap isteri kedua baginda, Che Puan Elia Suhana Ahmad, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.
Peguam Sultan Kelantan, Zainul Rijal Abu Bakar, ketika dihubungi Bernama, berkata beliau dan rakannya Abdul Halim Bahari telah memfailkan permohonan itu pada 3.30 petang.
“Kami telah dititahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra supaya memfailkan permohonan pengesahan cerai antara Tuanku dan Elia Suhana binti Ahmad yang dilafazkan sendiri oleh baginda Tuanku terhadap Elia Suhana pada 12 Feb 2010 di hadapan beberapa orang saksi,” katanya.
Zainul Rijal berkata mahkamah menetapkan 21 Mac ini bagi mendengar permohonan itu.
Dua hari lepas, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid mengemukakan bantahan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu terhadap arahan tunjuk sebab kerana ingkar perintah mahkamah membenarkan hak melawat baginda yang dikeluarkan kepada  Elia Suhana.

83% Responden Kata Tidak Wajar PAS Terima Kemasukan Zulkifli Noordin






Undian SMS Edisi 7 menyatakan 83% responden berpendapat tidak wajar PAS menerima kemasukan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin dan cuma 17% menyatakan disebaliknya.

Zulkifli boleh mengemukakan permohonan untuk kembali kepada PAS, tetapi terpulang kepada parti itu sama ada mahu menerimanya atau tidak, kata Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hasan.

Pada asasnya, kata beliau, sesiapa sahaja boleh memohon untuk menyertai PAS, tetapi keputusan muktamad adalah di tangan pucuk pimpinan parti.

Menurutnya, ini selaras dengan dasar keterbukaan yang diamalkan oleh parti Islam itu.


Nasrudin menegaskan demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak bersetuju parti itu menerima semula Zulkifli.

Pemimpin berkenaan termasuklah tiga naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat.

Soal setiakawan dalam Pakatan Rakyat menjadi alasan utama penolakan mereka itu.

Turut menentang kemasukan semula Zulkifli dalam PAS ialah dua ahli jawatankuasa pusatnya - Mohamed Hanipa Maidin dan Dr Hatta Ramli.

Sebelum ini, dalam temubualnya dengan Malaysiakini, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga tidak bersetuju jika parti itu menerima semula Zulkifli.

Semalam dilaporkan Zulkifli - yang dipecat dari PKR hujung minggu lalu - mahu mengkaji dengan serius kemungkinan untuk kembali semula ke pangkuan parti itu.

PKR membuat keputusan untuk memecat Zulkifli ekoran tindakannya membuat laporan polis ke atas yang dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad dan kenyataannya dalam sebuah wawancara di TV3 sebelum ini, antaranya berbentuk serangan terhadap dasar dan pendirian parti serta kemampuan Pakatan Rakyat.

Beliau diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata keputusan untuk menerima sebarang permohonan keahlian bergantung kepada latarbelakang, rekod prestasi, kesan positif dan negatif terhadap parti.

"Selepas itu, barulah keputusan dibuat sama ada untuk menerima atau menolak permohonan berkenaan," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan Zulkifli menyertai Umno ekoran tindak-tanduknya yang didakwa senada dengan parti itu, Nasrudin berkata:

"Pada pandangan saya, Zulkilfli lebih baik menjadi wakil rakyat bebas. Dalam masa 'edah' ini, beliau boleh muhasabah diri dan membuat penelitian semula tentang sikap politik beliau.

"Tidak mustahil Zulkilfli akan kembali. Ada masanya kesilapan yang dilakukan boleh diperbetulkan dan mereka (pucuk pimpinan) boleh menerima kesilapan," katanya.

Sementara itu, Salahudin Ayub ketika dihubungi Malaysiakini pula berkata "tidak mungkin" PAS akan menerima kembali Zulkilfli ke dalam PAS.

"PAS tahu siapa Zulkilfli Nordin yang sebenarnya," tegasnya sambil menambah Zulkilfli digugurkan sebagai ahli kerana memilih PKR sebagai wadah politiknya.

Salahudin berkata sebelum ini Zulkilfli pernah memegang jawatan sebagai yang dipertua kawasan Bandar Tun Razak.

Menurut Salahudin, beliau berpendirian demikian kerana menghormati semangat setiakawan yang terjalin bersama PKR dalam Pakatan Rakyat.

Sementara itu, ahli majlis syura Ulama PAS, Ahmad Awang menasihatkan pucuk pimpinan parti agar "tidak melayan" permohonan Zulkifli.

Ahmad mendakwa Zulkifli "banyak menimbulkan masalah" termasuk melanggar keputusan parti (PAS) yang melarang beliau bertanding dalam pilihan raya pada tahun 2004.

"Saya rasa hampir semua pimpinan PAS tidak boleh menerimanya.... Saya rasa beliau (Zulkifli) sendiri pun tidak tergamak untuk memohon," katanya.

Ditanya sama ada Zulkifli layak untuk menyertai Umno, Ahmad berkata perkara itu terpulanglah kepada Umno.GB

Bekas Ahli Parlimen Mengaku Bersalah Tipu Bank

KOTA KINABALU, 9 Mac — Bekas Anggota Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan pindaan menipu sebuah bank bagi tujuan permohonan pinjaman perumahan.
Timbalan Pendakwa Raya Fariza Hamzah memberitahu Hakim Duncan Sikodol bahawa pertuduhan dipinda kepada Seksyen 109 (1) (m) (ii) Akta Kebankrapan 1967 yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bagi satu lagi tuduhan, Hakim Sikodol melepaskan dan membebaskan Suhaili daripada tuduhan memberi maklumat palsu dalam satu akuan bersumpah pada 1995 selepas Fariza memaklumkan bahawa pihak pendakwaan tidak mempunyai bukti untuk dikemukakan kepada mahkamah.
Pada 14 April tahun lepas, Suhaili mengaku tidak bersalah membuat kenyataan palsu itu kepada Mohd Naser Mohd Noor, seorang Jaksa Pendamai, berhubung pendaftaran syarikatnya, Saraequity Sdn Bhd, pada 3 Ogos 1995.

Kerajaan Perpaduan Perak:Kenyataan Terbaru Harussani


KUALA LUMPUR, 9 Mac — Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) mempertahankan usahanya membantu merealisasikan kerajaan perpaduan antara Umno-PAS di negeri itu sambil menegaskan, beliau sanggup menerima “cercaan” mana-mana pihak jika ada yang tidak gembira.
Harussani menegaskan bahawa mufti bukan sekadar memberi pandangan dan mengeluarkan fatwa berhubung dengan isu air mutlak dan haid sahaja.
Malah ia lebih dari itu, apatah lagi yang membabitkan kepentingan umat Islam biarpun terpaksa menerima cercaan dari pelbagai pihak, kata beliau.
“Segala pandangan yang diberi adalah berdasarkan tanggungjawab saya sebagai mufti dan saya tidak pernah khuatir dengan apa-apa gelaran yang dilemparkan kepada saya,” katanya.
Dipetik Utusan Malaysia, kata Harussani, tujuan beliau mengungkap kembali usahanya membantu menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak adalah supaya tidak ada nada songsang dari mana-mana pihak yang menyatakan mufti tidak berperanan dalam menyatukan masyarakat Melayu Islam.

Menjawab Tohmahan Muhyiddin,Prestasi Kerajaan Negeri PR Jauh lebih Baik Dari BN.




P
entadbiran gagasan Pakatan Rakyat di empat buah negeri dalam tempoh dua tahun lalu memperlihatkan pelbagai kejayaan, sekaligus menolak momokan Umno-BN yang mendakwa Imbang Penuhkononnya gagasan itu tidak boleh mengurus tadbir negara.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan mencatat kejayaan memberangsangkan, meskipun menghadapi pelbagai kekangan dari kerajaan pusat.

Disamping itu, dasar-dasar Pakatan rakyat membela penduduk tanpa mengira kaum dan bangsa berjaya membendung masalah polirasasi kaum di negeri-negeri berkenaan.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan khas yang mendakwa kononnya Pakatan Rakyat gagal selepas dua tahun mentadbir Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.

Laporan itu sudah pun dijangka kerana Utusan adalah akhbar kawalan Umno yang diberikan permit untuk menerbitkan akhbar harian.

Namun laporan ini sengaja menutup kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan negeri pimpinan Azizan Abdul Razak di Kedah, Lim Guan Eng di Pulau Pinang, Khalid Ibrahim di Selangor dan Nik Aziz Nik Mat di Kelantan.

Contohnya di Selangor, kerajaan negeri menarik 278 projek perindustrian iaitu jumlah paling tinggi di Malaysia, dengan hasil pelaburan hampir RM7 bilion.

Lebih 20,000 peluang pekerjaan diwujudkan.

Kad laporan Selangor Mac 2008- Mac 2010 menunjukkan kadar jenayah turun 5.3 peratus, 54,339 kes tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada 2008.

Indeks jenayah yang berjaya dikurangkan membawa kepada peningkatan kualiti hidup untuk rakyat Selangor.

Di Pulau Pinang, kerajaan pimpinan Lim Guan Eng meluluskan 104 projek industri.

Kad laporan Pulau Pinang Mac 2008-Mac 2010 mencatatkan lebihan belanjawan RM88 juta, 200 hub pendidikan, bantuan untuk SAR, sekolah Cina dan Tamil dan berjaya menghapuskan kemiskinan tegar.

Dasar CAT (daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk mencatat lebihan belanjawan sebanyak RM88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM35 juta.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan negeri ini sebagai pusat pendidikan terunggul.

“Kerajaan pimpinan Guan Eng turut memberi bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM 97 ribu setiap sekolah, RM 60 ribu untuk sekolah Cina dan RM 63 ribu kepada sekolah Tamil".

Kerajaan negeri di bawah pimpinan Azizan Abdul Razak, mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM 839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009.

“Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. Sedangkan di bawah pentadbiran umno-bn, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah” kata Anwar.

Di Kelantan, Anwar berkata meskipun di tindas oleh Umno-BN sekian lama, kerajaan pimpinan Nik Aziz berjaya dalam program negeri berkebajikan.

“Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri. Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu”.

Selain itu kerajaan negeri berjaya menguruskan sumber airnya sendiri di samping menjadikan Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebagai agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN.

“Kerajaan negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan. Kemahiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh. Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat".

Segala kejayaan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sengaja di padamkan oleh utusan dalam laporan khasnya hari ini, semata-mata supaya memberi gambaran sebaliknya kepada rakyat.

“ Utusan itu suara UMNO yang pertahankan rasuah dan penyelewengan. Saya tidak hairan, tengok Selangor, berkhidmat untuk rakyat berbanding dengan rasuah pimpinan UMNO, bagi saya tidak ada isu. Buat apa hendak layan Utusan”ujar Anwar.

Pada sidang media berasingan Anwar menegaskan Pakatan Rakyat tidak leka dengan pencapaiannya dan berusaha untuk meningkatkan prestasinya.

“Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir umno-barisan nasional".Greenboc

Kenyataan Akhbar Tok Guru Nik Aziz:Harussani Ejen Umno?


Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak.

Sama ada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.
Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang Imbang Penuhtidakberetika.
Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.

Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas.

Zul Noordin cabar Wan Azizah letak jawatan

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin (gambar) menasihatkan Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak  berperang dengannya sambil menegaskan agar melepaskan jawatannya atas alasan sudah gagal memimpin PKR.
“Saya menasihatkan Wan Azizah supaya beliau sendiri meletakkan jawatan Presiden kerana gagal mempertahankan dasar PKR yang kononnya berikrar akan mempertahankan  Islam dan kedudukan istimewa umat dan institusi Islam saperti yang diperuntukkan didalam Perlembagaan,” kata Zulkifli yang dipecat dari PKR kelmarin.
Zulkifli juga mencabar Wan Azizah jika berani agar bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baharu, satu lawan satu.
“Saya menasihatkan Wan Azizah supaya meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden PKR,” katanya.
Kata Zulkifli, isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu lebih daripada tahu yang beliau tidak sepatutnya memilih untuk berperang dengannya.
“Tetapi Wan Azizah telah membuat kenyataan yang mengutuk saya, saya terpaksa dan akan hanya menjawab kutukan itu, dan saya berharap selepas ini Wan Azizah akan berhenti dengan serta-merta daripada memilih untuk terus menyerang saya,” katanya.
Dalam komen pertama yang dilihat sangat ‘pedas’ dan bersifat peribadi terhadap bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Zulkifli menambah beliau mahu terus mengingati Wan Azizah dalam keadaan yang baik.
“Saya menasihatkan Wan Azizah supaya mencerminkan diri sendiri dan ‘walk your talk’,” katanya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....