Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 19 Januari 2013

Video : Sumpah Rosmah Mansor

Rosmah mengakui beliau pernah melihat cincin tersebut. – Gambar fail


Datin Seri Rosmah Mansor mengatakan beliau boleh bersumpah dengan nama Allah beliau tidak pernah memiliki cincin bernilai RM24 juta seperti didakwa pembangkang dua tahun lalu.

Akan tetapi, isteri kepada perdana menteri itu mengakui beliau pernah melihat cincin tersebut dalam majlis ucapan makan malam untuk veteran tentera di Kementerian Pertahanan disini malam tadi.

“Saya berani bersumpah, saya berani bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak pernah mempunyai cincin tersebut ditangan saya.

“Sebaliknya, cincin tersebut dipamerkan kepada mereka yang mempunyai wang. Saya tidak mempunyai wang, jadi saya hanya meliahat (dan merasakan) ianya benar-benar cantik, itu saja,” katanya dalam ucapan yang disiarkan di laman Youtube oleh portal berita KLPos.

Rosmah tidak memberitahu secara spesifik cincin mana yang beliau maksudkan akan tetapi dipercayai beliau merujuj kepada bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin pada 2011.

Badrul Hisham membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu beliau menerima maklumat cincin beharga RM24,458,400 diterbangkan ke Kuala Lumpur dan Rosmah adalah penerimanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjelaskan kemudian walaupun cincin tersebut dibawa masuk ke dalam negara, ianya tidak dijual dan sudahpun dipulangkan kepada syarikat yang memilikinya.

Rosmah selepas itu menafikan pertuduhan, meyatakan ianya adalah fitnah tetapi tidak pernah memberitahu sama ada beliau pernah melihat cincin itu sebelum ini.

Rosmah turut mengatakan di majlis makan malam tersebut bahawa dirinya sudah menjadi sasaran nombor satu oleh pembangkang walaupun tidak menjadi ahli politik.

“Saya tahu agenda pertama mereka adalah untuk menyerang Rosmah. Serang Rosmah, bukan orang lain, bukan Najib, tetapi serang Rosmah. Mereka menyerang isteri seseorang. Ini yang mengejutkan saya,” katanya.

Seorang lelaki didengari menjerit “Kurang ajar!”

“Biarkan, biar mereka kata. Kita serahkan kepada tuhan. Kita serahkan kepada Allah. Jika mereka mahu membuat dosan, kita hanya perlu bersabar.

 “Saya harap anda tidak terpengaruh dengan fitnah mereka…. Jika ada apa-apa isu, cakap dengan saya,” tambahnya.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....