Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 16 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Pimpinan PAKATAN iringi calon Pas esok




Menjelang hari pernamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pasir esok. Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng antara pimpinan utama Pakatan yang dijangka akan mengiringi calon PAS Ustaz Saleh Man esok.


Selain mereka, kesemua pemimpin PAS di peringkat pusat yang lain di samping para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat juga dijangka akan hadir perarakan calon tersebut.

Majlis esok akan bermula jam 7.45 pagi di mana kesemua penyokong Pakatan Rakyat diminta berkumpul di Simpang Tiga Berapit sebelum berarak ke Jalan Mengkuang.

Penempatan itu adalah seperti yang dipersetujui pada perbincangan antara wakil-wakil calon bertanding dengan pihak polis. Manakala pusat penamaan calon adalah dewan Institut Kemahiran Belia Negara IKBN Bukit Mertajam.

Setiausaha PAS kawasan Permatang Pauh Ahmad Kamal Bin Ahmad ketika ditemui memberitahu, PAS negeri itu menganggarkan lebih 10,000 penyokong Pakatan Rakyat akan hadir esok.

Beliau turut memberi jaminan perhimpunan esok juga akan berlangsung aman. Bagaimanapun bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini, 300 petugas Unit Amal akan ditempatkan mengawal keadaan.

Semalam Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang DSP Wari Kiew memberitahu, dua jalan utama ke pusat penamaan ditutup kepada lalulintas iaitu Jalan Berapit di hadapan perkuburan Cina Berapit dan simpang tiga Jalan Berapit/Jalan Mengkuang mulai pukul 6 pagi hingga 3 petang esok.

Sehubungan itu kesemua penyokong Pakatan Rakyat diminta merancang perjalanan dan mengikut arahan pucuk pimpinan.

Zamri lawan Nizar:Fakta ringkas PRK Permatang Pasir


[peta_permatang.jpg]
Pemilih - 20,290 orang - Melayu 72.36%, Cina 25.85%, India 1.63% dan lain-lain 0.16%

Majoriti penduduk adalah Melayu.
Mempunyai 39 saluran mengundi.
Bilangan ahli parti yang berdaftar:

Umno - 5,326
MCA - 298
MIC - 300
Gerakan - 45
Pas - 1,015
PKR - 1,028

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 2008:

Ahmad Sahar Shuib (BN) = 5,571
Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (Pas) = 11,004
Majoriti = 5,433

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 2004:

Datuk Adnan Ramli (BN) = 7,378
Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (Pas) = 8,057
Majoriti = 679

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 1999:

Datuk Ahmad Saad (BN) = 5,236
Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (Pas) = 8,430
Majoriti = 3,194
[sallehman.jpg]
Mohd Salleh Man
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man dipilih sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Permatang Pasir.


Rohaizat Othman
Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Zamri lawan Nizar:Cabaran kekalkan majoriti Pas di Permatang Pasir

Kemenangan tipis Pas mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan pada pilihan raya kecil 14 Julai lalu, menjadikan pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir yang bakal berlangsung tidak lama lagi sesuatu yang menarik untuk diperhatikan. Pas tentunya tidak mahu “trend” pengundian itu berulang di Permatang Pasir, Pulau Pinang dan pada masa yang sama tidak mahu dilihat terlalu yakin seperti di Manek Urai.

Pada pilihan raya kecil Manek Urai, Pas gagal mempertahankan majoriti 1,352 undi diperolehinya pada pilihan raya umum Mac tahun lepas, walaupun peratusan keluar mengundi lebih tinggi sedikit berbanding pada pilihan raya umum lalu.

Barisan Nasional (BN) berjaya mengurangkan majoriti Pas itu kepada hanya 65 undi, yang disifatkan pemerhati politik sebagai 'kemenangan moral' dan petunjuk bahawa rakyat semakin menerima perubahan yang dibawa oleh parti pemerintah.

Persoalannya, mampukah BN khususnya UMNO menawan atau setidak-tidaknya mengurangkan majoriti kemenangan Pas di Permatang Pasir yang juga satu daripada tiga kawasan DUN di bawah kawasan Parlimen Permatang Pauh itu?

“Permatang Pauh boleh dianggap sebagai kawasan pakatan pembangkang walaupun DUN Seberang Jaya sebenarnya dikuasai UMNO,” kata penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir perlu diadakan berikutan kematian ADUN kawasan itu Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, dari Pas pada Jumaat lalu akibat serangan jantung. Ia akan menjadi pilihan raya kecil ketiga di kawasan Parlimen Permatang Pauh sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada 8 Mac tahun lalu.

Sebelum ini, kawasan Parlimen Permatang Pauh telah menyaksikan pilihan raya kecil pada bulan Ogos tahun lalu dan pilihan raya kecil DUN Penanti pada 31 Mei lalu, berikutan tindakan wakil rakyatnya dari PKR meletakkan jawatan.

Sivamurugan berpendapat sungguhpun BN agak sukar untuk menang di Pematang Pasir, beliau tidak menolak kemungkinan BN mampu mengurangkan majoriti undi kemenangan Pas di kawasan itu pada kali ini.

Bagaimanapun, ia akan bergantung kepada sejauh mana parti-parti komponen BN mampu bergerak sebagai satu pasukan yang berkesan, menyelesaikan masalah dalaman, mengemukakan calon yang sesuai dengan cita rasa pengundi dan isu-isu yang dibangkitkan.

“Ia juga medan untuk menguji kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” kata Sivamurugan merujuk kepada Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang baru dilantik itu.

Di Manek Urai, kejayaan BN mengurangkan majoriti Pas di kawasan kubu kuatnya itu dikaitkan dengan keberkesanan jentera parti BN yang bergerak sebagai sebuah pasukan selain faktor Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Mustapha Mohamed.

“Tok Pa (Mustapa) diterima akar umbi,” kata Sivamurugan mengakui pemimpin itu berjaya menyatukan UMNO Kelantan yang sebelum ini berpecah dan sering dikaitkan dengan tindakan 'cah keting' atau cantas-mencantas.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan juga berpendapat Permatang Pasir sukar ditembusi namun BN, katanya, tetap mempunyai harapan di kawasan itu berdasarkan trend pengundian 'turun-naik'.

Misalnya pada 2004, calon BN Datuk Adnan Ramli berupaya menggugat sokongan terhadap Allahyarham Mohd Hamdan apabila pada masa itu Pas hanya menang dengan majoriti 679 undi, berbanding majoriti besar pada 1999.

Bagaimanapun, pada 2004 Allaryarham Mohd Hamdan menewaskan Ahmad Sahar Shuib dari BN dengan majoriti 5,433 pula. Sebelum pilihan raya umum 1999, kerusi Permatang Pasir dipegang oleh BN, contohnya pada 1986, 1995 dan 1990.

Dari sudut berbeza, selain menjadi kubu kuat Pas, Manek Urai dan Permatang Pasir juga mempunyai persamaan iaitu didominasi pengundi Melayu, masing-masing 99.2 peratus dan 69.4 peratus daripada pengundi keseluruhannya.

Dalam perkara ini, penganalisis politik berkata peranan parti komponen MCA, Gerakan atau MIC memainkan peranan penting untuk menarik sokongan 24.5 peratus pengundi Cina dan enam peratus pengundi India.

Bagi pemerhati politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussein, pilihan raya kecil yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selewat-lewatnya minggu depan itu akan menguji kekuatan parti-parti yang bertanding.

“Tentunya Pas jika menang pun mahu menang lebih besar dan BN jika kalah tidak mahu kalah lebih besar,” kata Atory yang berkeyakinan 'trend pengundian' di Manek Urai mampu beralih ke Permatang Pasir dengan perkembangan semasa.

Apa yang pasti pemimpin dari pakatan, antaranya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sejak dari awal mengingatkan bahawa Permatang Pasir, 'bukan laluan mudah' dan mahu Pas mengambil iktibar daripada keputusan di Manek Urai.

“Semua pihak perlu perbetulkan persepsi yang pakatan pembangkang boleh menang mudah di situ kerana situasi sekarang adalah 50-50,” kata Guan Eng seperti dilaporkan media. Barangkali semua pihak mula menyedari, selepas apa yang berlaku sejak 8 Mac tahun lalu, rakyat sudah dapat menilai dan mampu membezakan di antara kaca dan permata.sinarharian

Zamri lawan Nizar:Ust Nasha aktif di Permatang Pasir


TASEK GELUGOR: Berlainan dengan senario ketika pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Kelantan bulan lalu, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa kelihatan 'lebih cergas' mahu membantu calon mereka di Permatang Pasir.

"Sekarang saya dah OK, dah sihat. Kalau dulu nak berkempen (di Manek Urai), perut semua mesti keluarlah... sekarang saya sudah pulih," kata beliau ketika ditemui mStar Online selepas Majlis Jamuan Bersama Pemimpin di Sungai Dua dekat di sini malam tadi.

Majlis tersebut diadakan ketika Permatang Pasir, jiran DUN Sungai Dua, mula bersedia untuk menyambut hari penamaan calon pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, esok.

Nasharudin juga hadir malam kelmarin ketika PAS mengumumkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man, 52, sebagai calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil ini.

Beliau hadir bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin.

"Saya akan berada (di Permatang Pasir) hingga hari penamaan calon dan kemudian datang semula... akan berkempen sampai habis (hari pengundian)," kata Ahli Parlimen Bachok ini.

Nasharudin, yang berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden pada Muktamar PAS baru-baru ini, menjadi tumpuan sejak awal Jun lalu di sebalik isu kerajaan perpaduan dan krisis dengan barisan kepimpinan Kelantan.

Juga timbul laporan bahawa beliau telah dilarang daripada berkempen di Manek Urai.

Secara kebetulan beliau juga kurang sihat dan menjalani pembedahan kecil di bahagian usus di Hospital Serdang semasa kempen pilihan raya kecil Manek Urai.

Turut berucap pada majlis malam tadi ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.mstar

Zamri lawan Nizar:Tok Guru diserang,kenapa?


Mursyidul Am Pas ini sering di fitnah dan diserang secara peribadi oleh pimpinan Umno

Oleh Zulkifli Sulong

Nampaknya, Umno menjadikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai target serangan mereka akhir-akhir ini. Tokoh penyerang utama adalah tidak lain dari Timbalan Presiden Umno sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Ramai yang bertanya, kenapa Nik Aziz? Kenapa bukan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

Bagi saya, jelas sekali Umno sedar bahawa faktor penyatu utama Pakatan Rakyat sekarang adalah Nik Aziz di samping Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai operator utamanya. Bolehlah diumpamakan, Nik Aziz adalah Pengerusi manakala Anwar adalah Presiden Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat adalah pesaing dan pemangsa kepada kedudukan Barisan Nasional (BN) kini. Servival politik BN terletak kepada sejauh mana kekuatan Pakatan Rakyat. Untuk membolehkan BN terus kekal, walau dengan apa cara pun, pakatan di kalangan PAS, PKR dan DAP ini perlu dirungkaikan.

Inilah usaha yang sedang dibuat BN sekarang. Pecahkan Pakatan dengan cara melaga-lagakan sesama mereka atau menjatuhkan mana-mana pihak yang menjadi faktor penyatu kepada mereka.

Saya yakin, sebagai pemimpin nombor dua parti yang akses kepada semua aparatus negara, Muhyidin sedar, kekuatan Pakatan adalah pada Nik Aziz. Jadi kalau mahu diruntuhkan Pakatan, Nik Aziz perlu dihancurkan dulu di samping Anwar.

Bertitik tolak dari sinilah, kedua-dua tokoh Pakatan ini menjadi sasaran Umno siang dan malam. Terbaru, Muhyidin menghalakan serangannya kepada Nik Aziz ekoran kenyataan Nik Aziz mengenai DAP.

Muhyidin sedar, selagi Nik Aziz mempertahankan tindakan DAP, selagi itulah Pakatan Rakyat akan mantop, kalau boleh saya pinjam ungkapan anak-anak muda sekarang.

Terlalu banyak contoh kenapa kesimpulan ini diambil. Apabila Setiausaha DAP Perak, Nga Koo Meng membaca beberapa surah ayat Al Quran, Umno marah. Kononnya ia menghina Islam. Mufti Perak, yang menjadi penyokong tegar Umno itu juga mengeluarkan kenyataan bantahan terhadap Nga.

Namun, apabila Nik Aziz bersuara sahaja dan menyokong Nga, semua senyap sepi tidak berani melawan hujjah Nik Aziz.

Sebelum itu, apabila isu kerajaan perpaduan datang, semua para penyokong Pakatan Rakyat bimbang kalau-kalau ia sama sahaja dengan isu muzakarah iaitu PAS mahu bekerjasama dengan Umno untuk kepentingan Melayu dan Islam. Para penyokong DAP paling resah selain orang Cina dan India yang menyokong Pakatan.

Menyedari hakikat ada mesej negatif yang dihantar dari isu ini, Nik Aziz cepat-cepat menolak agenda kerajaan perpaduan. Bagi beliau, idea mungkin baik tetapi tidak sesuai dengan masa ini.

Siapakah yang paling lega dengan kenyataan Nik Aziz ini? Tidak lain dan tidak bukan rakan-rakan kongsi PAS dalam Pakatan Rakyat yang bimbang PAS meninggalkan mereka untuk bersama Umno. Perginya PAS bermakna hancurlah Pakatan Rakyat sebagaimana hancurnya Barisan Alternatif sebelum ini.

Terkini, isu penjualan arak di Selangor. Isu asalnya adalah kebimbangan ramai orang Islam di negara ini dengan langkah penjualan arak 24 jam melalui kedai 7-Eleven. Mereka merasakan, menjual minuman keras di luar waktu biasa (8 pagi - 10 malam) boleh menjerumuskan remaja dan orang dewasa Islam ke kancah minuman keras. Ini kerana, selemah-lemah orang Melayu dengan agamanya, dia akan malu untuk membeli atau meminum arak di depan orang ramai. Jadi, waktu selepas 12 malam, ketika orang ramai tidur, digunakan untuk membeli dan meminumnya.

Apabila PAS Selangor melalui Pesuruhjayanya membangkitkan isu ini, ramai para pemimpin DAP berhujjah pandangan PAS Selangor itu terlalu berlebihan. “Nik Aziz pun tak buat macam itu di Kota Bharu,” kata mereka.

Maknanya, mereka boleh menerima pendekatan pengawalan penjualan arak yang dibuat Nik Aziz di Kota Baru yang dinamakan bandaraya Islam itu. Tetapi, mereka tidak boleh menerima sesetengah idea yang dikemukakan pemimpin PAS di Selangor yang bagi mereka terlebih dari apa yang dibuat Nik Aziz sendiri.

Sebelum isu arak ini, di dalam PAS sendiri berlaku juga pertembungan antara sekolah pemikirannya. Apabila sekumpulan pemimpin muda PAS mahu parti Islam itu mengambil pendekatan yang sederhana dan realistik dalam melaksanakan idea Islamnya, mereka telah digelar kumpulan Erdorgan.

Yang dilabelkan sebagai pemimpin kumpulan Erdorgan ini adalah Datuk Husam Musa. Walaupun kalah dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS, Husam tetap menjadi idola ramai anak muda. Bagi mereka, inilah pemimpin masa depan negara.

Dan Husam adalah dikira anak didik Nik Aziz. Sebagaimana Nik Aziz, Husam bertegas, jika PAS mahu ke hadapan dalam memimpin negara ini, PAS perlu menggantikan Umno bukannya bekerjasama dengan Umno. Jika bekerjasama dengan Umno bermakna, PAS akan sentiasa di tempat kedua kepada Umno.

Apa yang Husam buat dianggap satu pemikiran dengan Nik Aziz. Inilah yang sangat tidak disenangi Umno.

Apabila Umno seolah-olah sampai ke peringkat gila talak untuk berbaik-baik dengan PAS, Nik Aziz dan Husam menjadi rakan (sparring partner) dalam menolak agenda Umno itu.

Inilah kekuatan Nik Aziz. Dia sudah menjadi icon Pakatan Rakyat. Beliau menjadi faktor penyatu Pakatan Rakyat. Jadi untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat, Nik Aziz perlu dijatuhkan terlebih dahulu. Bagi saya, inilah yang berlaku sekarang dan akan terus dilakukan Umno yang sudah kecewa selepas ‘pinangan’ mereka terus-terusan ditolak PAS hanya kerana Nik Aziz.detikdaily

Zamri lawan Nizar:Ust Akhil,Waheeda selamat diijabkabulkan

Akhil Hayy dan Waheeda selamat diijabkabulkan. foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN

HULU SELANGOR: Setelah dua tahun membiarkan banyak pihak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30, akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Turut hadir ialah dua anak Akhil iaitu Siti Nur Maisarah, 12 dan Mohd Syarif Idayatullah, 11.

Waheeda dan Akhil bergambar bersama anak-anaknya, Siti Nur Maisarah dan Mohd Syarif Idayatullah.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid sekitar pukul 12 tengah hari. Pada majlis itu, Waheeda menerima mas kahwin berjumlah RM 80 serta tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pihaknya.

Tiada wang hantaran diberikan, sebaliknya Waheeda dan ibubapanya hanya meminta senaskhah Al-Quran daripada pihak lelaki.

Akhil yang ditemui sejurus selepas majlis pernikahan itu melahirkan rasa syukur dan berharap perkahwinan ini mampu menjadi penutup kepada segala kontroversi yang melanda dirinya dan Waheeda selama ini.

"Jodoh dan pertemuan adalah urusan Allah. Sebelum ini pun, terlalu ramai yang bertanya bila kami akan berkahwin. Jadi hari ini, kami buktikan dan berharap ia dapat menutup segala spekulasi.

"Selebihnya, terserahlah kepada masyarakat kerana manusia boleh bercakap apa saja. Apa yang boleh saya katakan, ini bukan secara kebetulan dan bukan juga satu perancangan sangat pun.

"Sebelum ini, memang saya bercakap pada media bahawa saya senang dengan Waheeda. Cuma, untuk menggerakkannya ke arah itu (cinta), saya hanya serahkan kepada Allah.

"Tetapi, mustahil lah perkahwinan ini terjadi kalau bukan kerana cinta. Allah bukakan hati saya untuk menerima Waheeda dan dia ditakdirkan menjadi isteri saya.

"Insya-allah, saya akan cuba sebaik mungkin untuk membimbing Waheeda dan anak-anak," kata Akhil.

Menurutnya lagi, jika mengikut perancangan awal, dia ingin melangsungkan pernikahan pada 21 Ogos.

"Jika ikutkan, saya rancang untuk bernikah pada 21 Ogos, malam sebelum Ramadan dan semua tetamu boleh bersembahyang Tarawih bersama-sama.

"Tetapi bila melihat tarikh 16 Ogos ini lebih memudahkan keluarga dan saudara-mara lain untuk datang, jadi kami pilih saja tarikh hari ini," ujarnya.

Kontroversi yang melanda mereka berlarutan sejak dua tahun lalu apabila mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab menjadi isteri kedua Akhil. Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya berkawan baik.

Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila isteri Akhil, Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangga mereka dan Waheeda turut dikaitkan sebagai punca tersebut.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusimedia.

Maizawati kemudiannya mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru. Dia dan Akhil akhirnya sah bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Menerusi perkahwinannya dengan Maiza, mereka dikurniakan empat orang anak.

Ditanya sama ada bekas isterinya itu turut mengetahui tentang perkahwinannya dengan Waheeda, kata Akhil:

"Saya tidak mahu komen. Dia tidak ada kena-mengena."

Dalam pada itu, Waheeda juga melahirkan rasa syukur kerana telah sah bergelar isteri setelah hebat dilanda kontroversi selama ini.

"Saya tidak mahu bercakap tentang kontroversi. Bagi saya, lebih banyak benda lain yang patut difikirkan. Saya mengambil nasihat Dr.Fadzilah Kamsah yang pernah cakap pada saya, cabaran yang dilalui sebenarnya akan diberikan ganjaran yang besar kelak.

"Perkahwinan ini juga adalah untuk merapatkan hubungan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Kami juga tidak akan pergi berbulan madu, tetapi akan menggunakan masa yang ada untuk melawat saudara-mara.

"Saya juga telah bersara dari dunia seni dan ingin memberikan tumpuan pada suami dan anak-anak," kata Waheeda yang juga bersedia untuk menimang cahayamata sendiri jika dikurniakan rezeki.

Ditanya mengapa pihaknya hanya meminta senaskhah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran, ujar Waheeda, dia berpendapat perkara itu lebih afdal kerana Al-Quran adalah pelengkap segala-galanya.

"Ini memang permintaan bapa saya juga. Lagipun, saya tidak mahu perkahwinan ini membebankan sesiapa. Malah, saya dan Akhil memang sentiasa berpegang kepada Al-Quran dalam kehidupan," katanya yang juga menafikan majlis itu dibuat secara 'rahsia'.

"Majlis ini dibuat di sini kerana kawan Akhil ingin menikahkan kami sendiri. Kami juga tidak merahsiakan perkahwinan ini dari media kerana kami turut menjemput rakan-rakan media yang rapat dengan kami.

"Lagipun, keluarga dan saudara-mara di sebelah saya dan Akhil ramai yang hadir hari ini. Insya-allah, kami akan adakan sebuah resepsi pada 31 Oktober nanti di Dewan Bukit Jelutong, Shah Alam dan akan jemput lebih ramai tetamu," katanya.

Sebuah lagi resepsi di Gopeng, Perak juga akan dibuat seminggu kemudiannya.mstarOnline

Zamri lawan Nizar:Khairy terus melalut



Oleh Ismail Hashim

Walaupun sudah dipertikaikan kewajaran cadangannya agar PAS keluar dari kerajaan Pulau Pinang kerana tidak mendapat apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin terus menekannya cadangannya itu dalam majlis ceramahnya malam semalam

Khairy seakan tidak serik dengan mengulangi kenyataannya agar PAS menarik diri dari Kerajaan Pulau Pinang kerana meskipun terdapat kerusi yang PAS menangi di Permatang Pasir tetapi tidak diberikan jawatan exco kerajaan negeri di bawah DAP.

Hujjah ini telah dijawab oleh Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Tantawi, bahawa jika itu hujjah Khairy, dia yang perlu meletakkan jawatan atau keluar dari Umno kerana walaupun menang sebagai ketua pemuda tetapi dia tidak mendapat sebarang jawatan dalam kabinet.

Bahkan, orang yang dikalahkannya iaitu Datuk Mukhris Mahathir mendapat jawatan timbalan menteri bahkan timbalannya, Razali Ibrahim juga mendapat jawatan timbalan menteri.

Oleh itu, Khairy dianggap tidak mempunyain isu baharu yang boleh diketengahkan di dalam majlis Pidato Pemuda Umno tentang Pakatan Rakyat; Retak Menanti Belah meskipun beliau menjadi penceramah utama.

Khairy didapati hanya mengulangi apa yang selalu diucapkan beliau seperti membidas sikap PAS yang disifatkan lebih memihak kepada DAP dan mengakui Umno masih mendapat kepercayaan kaum Melayu.

Majlis ceramah itu diadakan di Seksyen 6 dekat sini dengan kehadiran sekitar 500 tetapi dipasang pembesar suara dengan kuat untuk menarik minat penduduk-penduduk di dumah flat berhampiran.

Ketika sampai giliran Khairy, hujan mula rintik sehingga memaksa pengerusi majlis mengingatkan hadirin orang agar jangan bergerak kerana ada sesuatu yang akan disampaikan oleh Khairy namun seawal lima minit Khairy berucap, kelihatan lebih 10 orang mula bergerak.

Sebelum beliau, bekas pemimpin Pemuda Keadilan yang menang Exco Pemuda Umno dalam pemilihan lalu, Lokman Nor Adam meramalkan jika Pakatan terus memerintah Selangor yang kini terus menjual arak, berkemungkinan akan membenarkan daging babi di jual di tepi-tepi jalan pula selepas ini.

Dengan suara tinggi, beliau dengan lantang menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dihinggapi penyakit bahaya yang sedang merebak sekarang ini.

Ketika memulakan ucapan, beliau tersasul menyebutkan kepimpinan pemuda yang hadir sebagai Pemuda Keadilan, bila diketawakan hadirin, dengan selamba, beliau berkata, teringat kawan-kawan lama.

Sebelum majlis sebenar dimulakan, majlis memberikan peluang kepada anggota pemidato Pemuda Umno untuk berucap, namun apa yang diucapkannya menampakkan mereka tidak membuat kajian yang secukupnya.

Salah seorang darinya mempertikaikan wang program Usia Emas sebanyak RM2,500 masih tidak diberikan oleh kerajaan Pakatan sehinggakan orang itu mati, duit masih belum dapat lagi.Sedangkan, program itu adalah memberikan wang itu kepada keluarga simati selepas peserta itu meninggal dunia. Rm1,000 diberikan sebaik sahaja kematian manakala RM1,500 lagi selepas itu. Ia sedang berjalan lancar di Selangor sekarang.detikdaily

Zamri lawan Nizar:Umno perlu ikhlas-Weng San




.UMNO perlu ikhlas selesaikan isu arakKAMPUNG TUNKU - UMNO perlu bertindak ikhlas dan tidak mempolitikkan isu larangan menjual minuman beralkohol.Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, UMNO dan salah sebuah surat khabar tempatan telah menggunakan isu larangan menjual minuman beralkohol untuk menyerang PAS dan Pakatan Rakyat Selangor beberapa minggu lalu.Malah katanya, UMNO dan surat khabar tersebut telah mencampuradukkan isu berkenaan dengan isu perkauman dan agama yang lain selain melancarkan serangan dan fitnah yang tidak berasas terhadap DAP, kononnya DAP anti Islam dan anti Melayu.“Kalau UMNO betul-betul memperjuangkan Islam, maka saya mencabar UMNO jangan menuding jari ke atas PAS dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sahaja kerana mereka juga perlu melakukan yang sama di negeri yang mereka tadbir. “UMNO juga perlu menggubal undang-undang parlimen yang sedia ada, termasuk Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan kerajaan negeri dan PBT diberi kuasa yang lebih besar untuk melaksanakan dasar melarang minuman beralkohol,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.Weng San berkata, UMNO hanya bercakap kosong dan melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepada orang lain sedangkan mereka sendiri hanya melepaskan batuk di atas tangga.“Artikel Lima dalam perlembagaan memberikan kebebasan kepada rakyat dalam isu penjualan minuman beralkohol manakala Artikel 75 dalam perlembagaan juga menyatakan jika terdapat perbezaan dari segi undang-undang Persekutuan dan negeri.“Oleh itu, jikalau UMNO hendak menjadi jaguh orang Melayu dan orang Islam, maka saya bercadang kepada UMNO untuk melaksanakan dasar yang sama di negeri yang ditadbir oleh UMNO dan BN. “Malahan saya mencabar UMNO sama ada mereka dapat meyakinkan parti komponen yang lain di dalam BN untuk menerima dasar yang sama,” katanya.Katanya lagi, jika UMNO dan surat khabar terbabit tidak berani untuk melakukan apa yang disarankannya, maka ini sekali lagi membuktikan hipokrasi dan ketidakikhlasan UMNO dan BN.“Berikutan dengan perbincangan� larangan menjual minuman beralkohol di kawasan majoriti Muslim di Shah Alam, Menteri besar Selangor telah mengumumkan dasar “Kawalan-Kenditi” (Self-Regulating) di mana sepuluh kedai serbaneka di kawasan sekitar Shah Alam tidak lagi menjual minuman beralkohol kepada pengguna.“Ia melibatkan 7-Eleven di Seksyen 2, 3, 6, 7, 8, 13, 11 dan 19 dan 7-Eleven di Jalan Kristal dan Jalan plumbum U7/7 di Seksyen 7.“Sementara itu, untuk tujuh kedai 7-Eleven di Seksyen 9, 16, 17 dan 20, Seksyen 13 (bersebelahan Giant), Seksyen 13 (bersebelahan Hotel Carlton) dan juga Seksyen 18, minuman beralkohol tidak lagi dipamerkan di rak minuman tetapi dijual di kaunter untuk pelanggan khusus seperti pelancong dan orang bukan Islam.“Ini merupakan langkah awal dan bijak daripada Kerajaan Negeri untuk memastikan minuman ini tidak dijualkan kepada mereka yang tidak memerlukannya dari segi undang-undang dan keputusan ini juga tidak bercanggahan dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya.sumber, SinarHarian Online

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....