Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 5 Februari 2012

Zaid Ibrahim tarik balik keputusan bubar KITA

KUALA LUMPUR, 5 Feb — Datuk Zaid Ibrahim menarik semula keputusan untuk membubarkan Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita), parti yang dibentuk beliau selepas keluar PKR.

Menurut Sinar Harian Online, Zaid menerusi pegawai kananya telah memaklumkan perkara itu kepada beberapa pengerusi negeri pagi ini.

“Saya menerima panggilan sekitar jam 8 pagi tadi, pegawai penyelaras parti ada menghubungi saya untuk memaklumkan pendirian terbaru Datuk Zaid iaitu tidak mahu membubarkan parti Kita, EGM tidak akan diadakan,” kata Pengerusi Kita Johor Dr Mohd Zaid Mohd Yusof.

Dr Mohd Zaid menambah jika benar perkembangan tersebut, pihaknya menyambut baik keputusan itu memandangkan memang tiada alasan atau sebab parti itu harus dibubarkan.

Dalam satu pengumuman mengejutkan di laman web Kita, Khamis lalu, Zaid (gambar) berkata satu mesyuarat luar biasa (EGM) akan diadakan untuk membubarkan Kita berikutan laporan-laporan ahli-ahli di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka menyerang Pakatan Rakyat, “menunjukkan mereka tidak berminat terhadap isu-isu sebenar dan hanya mahu memalukan kepimpinan pembangkang.”

“Saya sedar menubuhkan Kita adalah satu kesilapan,” kata bekas menteri Umno ini. “Saya berharap dapat membawa idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian imej untuk pembangkang.”

Selepas pengumuman itu, beberapa pengerusi Kita negeri secara terbuka menolak pembubaran itu sebaliknya mendesak Zaid meletakkan jawatan.

Zaid, bekas ahli Parlimen Umno menyertai PKR pada Jun 2009. Beliau meninggalkan Umno selepas mempertikaikan penahanan wakil rakyat DAP Teresa Kok, blogger Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008.

Zaid kemudian bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR menentang Azmin Ali dan Mustapha Kamil Ayub sebelum meninggalkan parti itu tahun lepas. Beliau juga merupakan calon PKR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor namun tewas kepada P. Kamalanathan dari MIC.

Zaid meninggalkan PKR kerana tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya parti itu mkendakwa berlaku penyelewengan sebelum menubuhkan Kita.

Namun parti berusia dua tahun ini berdepan dengan masalah dalaman termasuk penentangan ahli terhadap Zaid.

Baru-baru ini Zaid mengumumkan Kita tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 namun menawarkan sokongan kepada pembangkang.TMI

Video : Tok Guru Nik Aziz Bersama Masyarakat Buddha Di Tanah Merah



YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan menghadiri perjumpaan dengan masyarakat Buddha di Kg Jelatok, Tanah Merah.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....