SHAH ALAM, 2 MEI : Umno begitu terdesak apabila dua akhbar yang
dinaunginya iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo, bertindak menyiarkan gambar
lucah di muka hadapan hari ini.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan ini
akan menjerumus generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan Umno sudah
sangat terdesak.
“Saya mengutuk sekeras-kerasnya budaya pemberitaan seperti yang tersiar di muka hadapan Utusan Malaysia pada hari ini.
“Apa yang mereka lakukan ini menjerumuskan generasi muda kepada
keruntuhan akhlak dan budaya seks songsang.. Kenapa isu-isu seperti ini
yang diangkat untuk mendapat keuntungan politik? soal Nik Aziz dalam
kenyataan di Facebooknya.
Bagi pendakwah bebas, Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata, tindakan
penyiaran gambar berkenaan satu petanda kotor minda dan hati si pembuat
keputusan menyiarkan gambar berkenaan.
“Saya sangat membantah siaran gambar-gambar lucah (tidak kiralah
samada ia bermotif politik atau tidak, melibatkan wajah mirip pemimpin
parti BN atau PR) yang disiarkan oleh mana-mana akhbar awam tempatan
seperti yang dilakukan oleh Utusan Malaysia dan Kosmo 2 Mei.