Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 27 Mac 2011

Bukan Anwar dalam video itu – blogger Umno

Paparan yang memuatkan kenyataan Anuar

KUALA LUMPUR: Selepas Datuk Johari Abdul dan Badrul Hisham Shaharin mengesahkan lelaki yang melakonkan pelakuan seks dengan seorang pelacur dalam video yang didalangi Datuk T, kali ini seorang blogger Umno pula membuat pengakuan yang sama – lelaki itu bukan Anwar.

Blogger berkenaan, Anuar Mohd Nor pada paparan blog Umno Reform mengakui lelaki yang melakukan hubungan seks dalam video yang didedahkan Datuk T, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mereka yang dipanggil pada petang/ malam 21 Mac 2011 – setakat ini membuat pengakuan bahawa orang dalam video itu bukan Anwar,” kata secara tidak langsung dalam blognya bertajuk ‘Pengakuan Anuar Mohd Nor’ bertarikh 25 Mac 2011.

Anuar mengakui blogger Umno yang disebut dalam kenyataan Badrul atau Chegubard sebelum ini dan menyertai Ketua Cabang KEADILAN Rembau itu untuk menonton video lucah di Hotel Carcosa, adalah beliau sendiri.“Saya perlu menyatakan bahawa orang yang dikatakan bersama Badrul Hisham Shaharin, merujuk kepada kenyataan media beliau – yang beliau rujuk sebagai: Blogger Umno itu adalah saya sendiri!” katanya.

Namun, pada halaman komen di blog Anuar, beliau dikecam hebat penyokong Umno yang mengunjungi laman web pro- Umno itu.

Keadilan Daily juga mendapati ramai blogger pro-Pakatan Rakyat memetik dan memaparkan entri berkenaan di blog masing-masing.Keadilandaily

Apabila Chua Soi Lek dan Rahim Tamby Chik bercakap tentang akhlak ...



Oleh TIAN CHUA

Saya merujuk kepada laporan akhbar The Star yang memetik kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek(gambar kiri) mengenai skandal seks video yang didalangi oleh tokoh-tokoh UMNO. Akhbar milik MCA itu memetik seruan Datuk Seri Chua Soi Lek supaya Dato’ Seri Anwar Ibrahim membuktikan bahawa beliau (Dato’ Seri Anwar) bukanlah si pelaku di dalam video.
Saya pasti rakyat Malaysia turut sama berkongsi rasa mual apabila seorang ahli politik yang mempunyai rekod kurang moral yang diketahui umum cuba membuat komen mengenai moral dan integriti.
Seluruh rakyat Malaysia arif tentang skandal seks yang melibatkan Datuk Seri Chua Soi Lek dan dia sendiri mengakui bahawa dia menjalinkan hubungan seks di luar perkahwinan dengan seorang wanita dan dirakam melakukannya.
Perancangan UMNO untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim melalui video seks terbaru semakin ditolak rakyat apabila individu-individu yang telah dibuktikan terbabit dalam skandal seks sebelum ini tampil untuk menjadi juara moral dan integriti.
Rabu lalu ramai rakyat Malaysia terketawa apabila Tan Sri Rahim Thamby Chik(gambar atas) yang terpaksa meletakkan jawatan politik kerana terbabit dalam kes rogol kanak-kanak bawah umur muncul kononnya untuk memastikan bakal pemimpin negara mempunyai moral.
Semalam, seorang lagi ahli politik Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Chua Soi Lek mula berani bercakap mengenai moral walaupun rekodnya penuh kotor dengan skandal seks.
Hakikatnya, individu-individu ini tidak layak untuk bercakap mengenai moral dan integriti.
Mereka juga tidak wajar dibenarkan menukar prinsip keadilan bahawa yang menuduh perlu membawa bukti dan seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya.

Fitnah Video Seks : Cadangan Dari Dr Asri Zainul Abidin

KUALA LUMPUR 27 MAC : Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

"Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya.
"Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," katanya.

Berikut itu, katanya, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.

"Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang.

"Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," tulisnya lagi.

Menurut Dr Mohd Asri, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini, kerana ia akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif.

"Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan," katanya.

Media pula, tegasnya, hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik.

Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah, tambahnya, hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah.

Pemilihan Pas : Tuan Ibrahim Tidak Bertanding Jawatan No 2



KUALA LUMPUR, 27 Mac — Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden parti Islam itu pada pemilihan Jun ini, di sebalik desas-desus mengatakan persaingan kemungkinan sengit.
Sebelum ini khabar angin menyebut ada usaha untuk meminta beliau mencuba nasib jawatan nombor dua yang kini disandang Nasharudin Mat Isa.
Kata Tuan Ibrahim (gambar), beliau telah membuat keputusan yang jelas mengenai soal itu demi perpaduan parti.
Dua naib presiden lain semasa ialah Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, masing-masing ahli Parlimen Pokok Sena an Kubang Kerian.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Tuan Ibrahim berkata, keputusan diambil demi masa depan yang lebih baik bagi PAS.
Jelas beliau, PAS mempunyai ramai pemimpin yang lebih layak dan berwibawa untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden.
“Saya tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden dan keputusan itu dibuat setelah fikirkan bahawa PAS mempunyai kepimpinan yang ramai dan boleh menyumbang memperkuatkan parti dalam menghadapi cabaran serta bersaing dengan Barisan Nasional (BN).
“Cabaran PAS kini lebih besar dan keputusan yang saya buat ini adalah jelas,” katanya.
Jelas Pesuruhjaya PAS Pahang itu, dengan keputusan itu diharapkan kawasan yang akan mengadakan mesyuarat pada bulan depan tidak akan mencalonkan beliau bagi merebut jawatan timbalan presiden.
“Dengan keputusan ini saya harap kawasan tidak akan calonkan saya bagi jawatan ini, saya harap tidak pencalonan.
“Saya harap kawasan akan pencalonan pemimpin yang lebih baik dan layak untuk memegang jawatan itu,” katanya.
Dengan keputusan itu, dijangkakan jawatan timbalan presiden akan menjadi rebutan antara penyandangnya Nasharudin dan ahli jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu yang mungkin akan bertanding.
Mohamad yang turut dihubungi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan bertanding bagi jawatan itu sekiranya mendapat sokongan kuat di peringkat kawasan.
Bagaimanapun, Mohamad berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding sekali lagi dan hanya akan mengumumkan pendiriannya tiga minggu sebelum muktamar yang akab berlangsung awal Jun ini.
Sekiranya, Mohamad bertanding ini merupakan kali kedua beliau berbuat demikian setelah tewas kepada Nasharudin dua tahun lalu.
Turut bertanding ketika itu ialah Datuk Husam Musa.
Ketika itu kedua-dua Mohamad dan Husam merupakan naib presiden.
Pada pemilihan itu, Nasarudin mendapat 480 undi, Husam memperoleh 281 undi manakala Mohamad hanya 261 undi.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....