Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 4 April 2014

Lagi Penjelasan Musa Hitam Berkaitan Isu Memali

 TUN MUSA HITAM

PADA jam 9.00 malam 27 Mac 2014, saya bersama YB Husam Musa adalah dua ahli panel dalam Majlis Diskusi anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertemakan “Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang”.

Profesor Agoes dari Universiti Kebangsaan Malaysia berperanan sebagai Moderator. Format diskusi menyamai program “HARD TALK” BBC London yang meletakkan syarat bahawa ahli panel tidak dibenar menggunakan skrip atau nota lebih awal tetapi bersedia menghadapi apa juga soalan yang diajukan oleh Moderator.

Sepanjang dua jam, Moderator diskusi bersikap combative, aggresive serta provocative. Dalam pada itu saya akui bahawa Moderator memperlihatkan sifat saksama, berkecuali dan tidak partisan.

Di penghujung diskusi, saya telah diajukan soalan berkaitan peristiwa Memali yang dapat saya rumuskan berpusat kepada tiga perkara berikut:

1. Pengesahan saya bahawa pada hari peristiwa Memali berlaku, Tun Dr. Mahathir berada di negara China dan saya adalah Pemangku Perdana Menteri.

2. Saya bertanggung jawab sepenuhnya kepada peristiwa tersebut.

3. Bagaimanakah perasaan saya dengan peristiwa Memali.

Saya telah memberi respons kepada soalan yang diajukan berteraskan empat aspek berikut:

1. Saya menegur Moderator dengan mengatakan sebagai seorang Profesor, sesuatu perkara yang disuarakan hendaklah berasaskan penyelidikan mendalam dan fakta yang tepat.

2. Pada hari peristiwa Memali (ia itu 19 November 1985) Dr. Mahathir berada di Kuala Lumpur dan saya bukannya Pemangku Perdana Menteri. Moderator menunjukkan reaksi terkejut dan dengan suara yang jelas melafazkan perkataan “My God” yang mengejutkan hadirin.

Balu Dan Anak Sulung Ahmad Sarbaini Saman SPRM RM8 juta


KUALA LUMPUR: Keluarga Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini, tiga tahun lepas, hari ini memfailkan tuntutan saman RM8 juta terhadap SPRM, kerajaan dan tujuh defendan lain.
  
Isterinya Masiah@Maziah Manap, 53, dan anaknya Shahril Ahmad Sarbani, 30, sebagai plaintif pertama dan kedua, memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Shasha Lyna.

Selain SPRM dan kerajaan, beliau turut menamakan Ketua Pesuruhjaya, Pengarah SPRM Mohamed Yussuf Akope dan lima pegawai lain iaitu Mohamad Fauzi Hussin, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamed, L. Baskar, Mohd Rosly Mohd Saupi dan Kamal Awang Besar sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Masiah mendakwa kematian suaminya disebabkan dibunuh secara tidak sah oleh defendan-defendan sehingga menyebabkan simati mengalami kecederaan diri yang serius, seterusnya mengakibatkan kematiannya.

Beliau juga mendakwa defendan melakukan serangan mental dan serangan sentuh terhadap simati yang menyebabkan kematiannya.

Sehubungan itu, plaintif antaranya menuntut ganti rugi untuk 'misfeasance of public office', ganti rugi keterlaluan, ganti rugi teladan dan ganti rugi 'vindicatory' yang kesemuanya berjumlah RM8 juta.

Plaintif juga menuntut ganti rugi khas serta faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan adil dan wajar oleh mahkamah.

Antara Morsi,Erdogan Dan Pas

Dr Muhammad Mursi dan Erdogan

DEMOKRASI yang semakin terbuka dan peristiwa penggulingan Dr Muhammad Mursi menjadi penanda aras kepada jatuh bangunnya masa depan gerakan Islam di Malaysia dan dunia seluruhnya.

Peristiwa pengharaman laman sosoal “tweeter” oleh Erdogan sehinggalah penyertaan PKS dalam pilihan raya Presiden di Indonesia juga menarik diperhatikan.

Di Malaysia, walaupun parti pemerintah belum bertukar dan ruang demokrasi secara rasminya masih tertutup, tetapi tekanan yang diberikan oleh rakyat, kesedaran masyarakat sivil dan perkembangan media baru telah meletakkan demokrasi itu sedikit terbuka.

Akibatnya, perlumbaan untuk memenangi pilihan raya semakin deras aksinya, bahkan fitnahnya juga. Penyertaan organisasi nonpartisan seperti Isma, JATI (secara tidak langsung) dan kemunculan calon-calon bebas di semenanjung adalah suatu yang agak baru.

Begitu juga dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi akibat daripada asakan kuat Pakatan Rakyat terhadap BN, menyebabkan jumlah rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam pilihan raya semakin membesar.

Walaupun sebahagian besar mereka ini tidak membantu kemenangan PAS, tetapi untuk tempoh yang panjang ia menguntungkan Negara.

MURSI & ERDOGAN

Penggulingan Mursi setelah setahun memerintah merupakan satu tragedi demokrasi. Dalam keadaan dunia awalnya memuji demokrasi di Mesir yang semakin terbuka, tetapi apabila ia memberi kemenangan kepada kumpulan Islam, maka mereka diharamkan menyertainya.

Guling, tangkap dan bunuh penyokong Mursi merupakan satu kehinaan kepada demokrasi. Oleh itu, ke mana hendak pergi gerakan Islam? Adakah perlu kepada mereka untuk keluar daripada jalan demokrasi yang jelas dicabul sedemian rupa?

Pendakwaan juruterbang TUDM kerana dakwat kekal bakal dicabar di Mahkamah Tinggi

  Mejar Zaidi Ahmad

Para peguam bersedia untuk mewakili juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang didakwa di Mahkamah Tentera kerana membuat laporan polis berhubung dakwat kekal yang tidak kekal, ke mahkamah sivil.

Peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin yang mengetuai pasukan itu berkata, beliau mempertimbang untuk memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi kerana tindakan ke atas Zaidi  melanggar hak perlembagaan.

"Zaidi berhak untuk membuat laporan polis bila berlaku sesuatu yang dirasakan salah dan dakwaan terhadapnya bertentangan dengan hak kebebasan bersuara dan memberikan pendapat," katanya kepada The Malaysian Insider.

Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang berkata, Zaidi juga diganggu."Dia tidak patut dihukum. Majlis Angkatan Tentera mempunyai pilihan untuk menarik balik dakwaan itu dan menghentikan perkara ini," katanya.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga mengaku berlaku penyelewengan terhadap dakwat kekal dalam pilihan raya umum lalu.Hanipa berkata, kes Zaidi tidak terletak di bawah bidang kuasa Peguam Negara yang juga pendakwaraya.

"Biasanya kita menulis kepada peguam negara untuk menggugurkan dakwaan atau memfailkan permohonan kepada mahkamah agar menolak dakwaan itu."Oleh kerana Zaidi di bawah Mahkamah Tentera, kita hanya boleh memohon semakan kehakiman," katanya.

Hanipa berkata, beliau meminta pihak berkuasa majlis supaya menggugurkan kes itu tetapi tidak ada petanda positif mengenainya."Masa sudah semakin suntuk kerana Mahkamah Tentera akan memulakan sidang tiga harinya bermula Selasa depan," katanya.

Bersih 2.0 melancarkan kempen "Rakyat sokong Mejar Zaidi" untuk menyokongnya.Pengerusinya, Maria Chin berkata, kempen sokongan kepada Zaidi dibuat melalui media sosial.Ramai berkata, Zaidi sepatutnya tidak didakwa di Mahkamah Tentera kerana dia hanya jujur dalam tindakan dan berani menyatakan kebenaran.

Bagaimana Jika Pesawat MH370 Tidak Terhempas???

 Pangkalan Tentera US di Diego Garcia

SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.

Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.

Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.

Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.

Dakwaan penduduk Maldives kukuh

Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.

Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.

Alumni pelajar K'tan Mesir anjur jelajah solidariti 529

KUALA LUMPUR: Sebagai menzahirkan rasa kebersamaan terhadap apa yang berlaku di negara Mesir, pihak persatuan Alumni Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (Alumni KPKM) mengambil tanggungjawab mengadakan Jelajah Solidariti 529 di seluruh negeri Kelantan.

Menurut Penyelaras Program, Ustaz Mohd Asri bin Daud, siri jelajah ini diadakan bagi mengajak masyarakat bersolidariti terhadap nasib 529 rakyat negara itu yang dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah regim kudeta.

Apa yang menarik, jelajah ini menggunakan pendekatan persembahan pidato, flashmob, pengkisahan selain dari tayangan video dan solat hajat."Setakat ini kami tidak putus-putus menerima undangan untuk mengadakan program ini," katanya.

Pihak mereka juga turut menampilkan penceramah berwibawa dan dekat dengan isu pergolakan Mesir seperti penganalisis isu Mesir, Ustaz Malik bin Abdul Karim dan lain-lain. Menurut Mohd Asri, mana-mana pihak yang berminat boleh menjemput mereka untuk hadir.

"Pihak Parlimen atau DUN hanya perlu menyediakan kelengkapan logistik, manakala kami datang bersama pasukan kami termasuk Pengerusi Alumni KPKM, Ustaz Zulkipli Mat Yusoh," katanya lagi.

Beliau yang juga Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kelantan mengharapkan Jelajah 529 ini sedikit sebanyak akan menyalurkan maklumat kepada orang ramai tentang kekejaman dan kezaliman kerajaan Mesir yang dikuasai oleh kudeta pimpinan Abdul Fattah As Sisi yang menjatuhkan hukuman gantung kepada 529 orang anggota ikhwanul Muslimin Mesir.

Jelajah terdekat ialah 7, 13 dan 15 April, masing-masing di Pasir Puteh, Kuala Krai dan Masjid Beijing Rantau Panjang.Menyusul selepas itu pada 18 April di Tanah Merah dan 21 April di Kubang Kerian.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....