Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 1 Februari 2012

Video : Keharmonian antara Kaum di Kelantan




Video ini diterbitkan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan yang bertujuan untuk memberikan gambaran sebenar terhadap keharmonian hidup antara kaum di negeri Kelantan.

[ Video ] Isu Kepala Babi : Selangor Tawar RM 10,000


SHAH ALAM 1 FEB : Kerajaan Selangor menawarkan ganjaran RM10 ribu kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat sahih sehingga tertangkapnya individu yang bertanggungjawab meletakkan kepala babi di Masjid Nurul Iman, Rawang, semalam.

Exco Selangor, Rodziah Ismail berkata inisiatif ini adalah bertujuan menangkap pesalah sebenar sebelum ia menjadi isu sensitif seperti yang berlaku sebelum ini.

"Malangnya insiden sebelum ini tiada sebarang tangkapan yang dibuat, mungkin dengan usaha dan tanggungjawab daripada orang awam mampu membantu siasatan polis sekaligus membawa pesalah kehadapan dengan cepat,"katanya dalam satu sidang media sejurus selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri hari ini.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian 1-800-888-2824.

Pagi semalam, anak kariah Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang dikejutkan dengan penemuan satu kepala babi di pintu masuk utama masjid itu.

Kejadian yang dilaporkan seawal jam lima pagi itu hanya disedari apabila ahli jawatankuasa masjid membuka pintu pagar utama.

Pihak polis bagaimana pun tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi.

Sebelum ini, Masjid Al-Falah di Taman Desa Jaya, Johor Bharu digemparkan dengan penemuan empat kepada babi di pagar belakang masjid manakala selebihnya ditemui di perkarangan luar pintu masuk masjid keesokkan harinya oleh jemaah yang ingin menunaikan solat subuh.TVS

Merayu : Dolak Dalik Hasan Ali

Dalam kenyataannya 15 Jan lalu Hasan Ali dilaporkan tidak akan merayu dan tidak kesal dengan tindakannya baca DISINI [ Untuk besarkan klik imej ]
Hari ini pulak Sinar Harian melaporkan,Hasan Ali akan membuat keputusan dalam beberapa hari lagi sama ada akan merayu atau tidak baca DISINI.Maknanya kemungkinan untuk beliau merayu masih ada.Yang mana satu yang betul ni !!!! [ Untuk besarkan klik imej ]

PAS Desak Kerajaan Dedahkan Status Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu mendesak kerajaan negeri segera mengumumkan kepada rakyat sama ada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) masih boleh diperbaiki atau wajar dirobohkan sahaja.

Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak berkata kejadian malang menimpa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berharga RM292 juta dan bumbungnya runtuh amat memalukan seluruh rakyat Terengganu.

Malah, katanya lebih malang lagi setelah dua tahun ‘terbiar’ sepi pelbagai peralatan pendawaian elektrik, sistem elektronik, dua set jana kuasa serta kelengkapan lain dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Inilah kata orang, ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ nasib yang dialami oleh stadium (SSMZA) kita. Bila dah dua tahun terbiar sepi berlaku pula kecurian kepada peralatan dan harta benda stadium.

“Buat (SSMZA) mahal, kos RM292 juta tidak lebih setahun guna runtuh bumbung dan ini memalukan rakyat dan Tuanku (Sultan) sendiri.

“Kita (PAS) minta pihak kerajaan negeri jelaskan (umum) sama ada stadium ini masih boleh diperbaiki atau perlu dirobohkan sahaja dan buat yang lain (baru),” ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa isu di pejabat PAS Terengganu, semalam.

Video : Isu Israel,Pas Mahu Penjelasan Lanjut Dari DS Anwar



Pas berharap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi penjelasan lanjut kenyataannya mengenai sokongan untuk keselamatan Israel dipertahankan dalam temubual bersama Wall Street Journal kelmarin.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata penjelasan itu perlu bagi mengelak lebih ramai pihak keliru dengan isu berkenaan yang menjadi tajuk utama media tempatan sejak semalam.

“Jadi atas ucapan Datuk Seri Anwar itu, ianya suatu yang perlu kita dapatkan penjelasan sendiri daripada beliau dan saya rasa mungkin dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat adalah wajar untuk Datuk Seri Anwar membuat penjelasanlah mengenai ini,” katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata pihaknya tidak boleh menerima keganasan Israel di bumi Palestin.

“Entiti Israel ini memang suatu perkara yang kita tidak boleh kompromi. Kita rasa pendirian yang sememangnya kenyataan umum yang kita telah bersetuju memang wujudnya entiti Israel itu tidak boleh diterima oleh masyarakat antarabangsa,” katanya.AntaraPos

Ust Akil Hayy Kembali Ke Pentas Pas


Aku jumpa gambar ni di blog rakan Pro PR.Dah lama rasanya aku tak tengok Ust Akil ni beraksi di pentas Pas.Entahlah,mungkin aku terlepas pandang kot.

Dulu sering juga Ust Akil ni datang ceramah kat Besut dan aku sempat mengikuti ceramah beliau beberapa kali.Beliau antara penceramah yang popular dan mampu menggamit ribuan hadirin.

Dengan diselang seli nyanyian suaranya yang merdu,beliau mampu menarik anak muda memenuhi ruangan hadapan pentas ceramah.

Berdasarkan gambar diatas beliau dipercayai mengadakan persembahan di Majlis anjuran Pas Kawasan Kemaman pada 26-28 Jan 2012 yang lalu.Akhir kata,buat Ust Akil Hay selamat kembali menggegar pentas Pas.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....