Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 30 September 2009

Bagan Pinang bakal menjadi K.Terengganu kedua-Presiden Pas


Video Oleh: Greenboc



Pilihan Raya Kecil DUN N31 Bagan Pinang memberi makna besar kepada seluruh rakyat untuk membuat perubahan ketara dalam senario politik tanah air.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata rakyat perlu mengambil peluang ini untuk menolak calon Umno-Barisan Nasional bagi menyelamatkan negara yang dilanda pelbagai wabak berbahaya.

“Kita melihat betapa gelabahnya Barisan Nasional mengemukakan slogan selepas satu-satu. Dahulunya bersih, cekap, amanah, natijahnya tidak bersih, cekup, khianat bukan amanah .

“Kepimpinan melalui teladan tidak boleh jadi teladan, menjadi contoh sangat buruk terutamanya bagi orang-orang Islam kerana Umno tidak tunjuk satu contoh Islam yang sebenar,” katanya dalam majlis pengisytiharan calon Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Beliau berkata slogan-slogan yang dibuat Umno-Barisan Nasional dilihat seolah-olah membela nasib rakyat namun dalam masa yang sama parti berkenaan sebenarnya mengkhianati bangsa sendiri dan menzalimi bangsa lain.

Sehubungan itu Hadi berkata, Pakatan Rakyat diperkenalkan untuk mewujudkan perpaduan dengan menerima hakikat masyarakat majmuk.

“Slogan 1 Malaysia slogan baru yang ditonjolkan Umno adalah topeng yang sangat rapuh yang dikoyak rabakkan oleh Umno, MCA, Gerakan, dan Mic yang tidak bersatu.

“Kita mahu memperkenalkan Pakatan Rakyat untuk mewujudkan perpaduan dengan menerima hakikat pelbagai bangsa pelbagai agama. Tidak salah orang Cina sayang pada kaum Cina, mempertahankan hak orang Cina. Tidak salah orang India sayang pada kaum India, tidak salah Melayu sayang pada Melayu mempertahankan hak dia. Yang salah ialah kita sayang bangsa kita tetapi menzalimi bangsa lain,” katanya.

Hadi yakin Pakatan Rakyat dapat menawan Bagan Pinang sekiranya semua pihak dalam gagasan itu bersatu untuk mengulangi kejayaan menawan kerusi Kuala Terengganu daripada Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Januari lalu.

“Kalau kita bersatu sungguh-sungguh segala penipuan, penyelewengan dapat kita atasi. Buktiknya kita dalam piliha raya kecil lalu di beberapa tempat kita menang besar dapat mempertahan kemenangan boleh tawan kawasan mereka di Kuala Terengganu tidak mustahil kita boleh tawan Bagan Pinang.

“Kita mengharap arus perubahan ini akan berpindah ke selatan. Perubahan ke selatan akan bermula di bagan pinang,” katanya.

Menurutnya menjelang pilihan raya kecil pada kali ini rakyat Bagan Pinang bakal mendapat pelbagai habuan oleh Umno-Barisan Nasional.

Bagaimanapun katanya habuan berkenaan hanyalah sebahagian kecil kekayaan negara yang diberikan kepada rakyat kerana sebahagian besarnya dibolot oleh pemimpin atasan.

“Kita melihat rakyat hanya mendapat sedikit habuan khusunya bila ada pilihan raya kecil banyak projek pembangunan, duit diberi, banyak subsidi itu hanya sedikit kekayaan negara.

“Sebahagian besar kekayaan ini berpusing di kalangan orang tertentu. Yang terkini isu yang hebat diperkatakan PKFZ yang menelan belanja besar, media-media dedahkan bagaimana berlakunya rasuah, mereka yang kaya beri rasuah pada orang politik, orang poitik beri projek pada yang kaya,” katanya.

Politik dan amalan sebegitu telah lama menjadi budaya Barisan Nasional.TVA

Ribut melanda Beris Pak Abu,20 buah rumah rosak

Warung Mariam Husin
Rumah Azhar Ismail(AJK Pemuda Pas Cawangan)

Rumah Norazmi Said(AJK Pemuda Pas Cawangan)
Kedai Runcit Zaidi Said(AJK Pemuda Pas Dun Kuala Besut/Ketua Pemuda Cawangan)
Rumah Hj Said Husin(AJK Pas Cawangan)
Rumah Pok Ngoh Lazit(Penyokong Pas)
Rumah Jusoh Mat Ali(Penyokong kuat dan ahli Pas)
Kedai Runcit Azizah Husin(Penyokong kuat dan ahli Pas)
Rumah Cikgu Sidek
Rumah Hj Ismail Husin(Ketua Pas Cawangan)
Rumah Ust Kaspi Ismail(Tim.Ketua Pemuda Pas Besut)
Rumah Aris Muhammad(AJK Pemuda Pas Besut)

Seumur hidup inilah ribut paling kuat yang melanda Kampung Ambo Beris Pak Abu.
.Cuaca yang elok tiba tiba berubah dalam sekelip mata dan ribut yang tak pernah kami alami melanda dengan begitu kuat.Ribut yang bermula lebih kurang jam 4.00 petang ini berlaku hanya kira kira selama 3 minit tapi cukup untuk merosakkan lebih kurang 20 buah rumah.Kebanyakan yang terlibat adalah ahli dan penyokong kuat Pas.Nak buat macamana sememangnya Kg. Beris Pak Abu adalah kubu kuat Pas di Dun Kuala Besut.Sebab itulah kebanyakan yang terlibat adalah di kalangan ahli dan penyokong Pas.Kepada pengunjung laman blog Ambo terutama anak anak Beris Pak Abu di perantauan yang sudi menderma untuk mangsa ribut bolehlah menderma melalui:
Akaun Bank Islam Bernombor:13-035-02-013532-5

DERMA INI DI ANJURKAN PAS BERIS PAK ABU

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

PRK Bagan Pinang:Pas bertanding untuk bela rakyat-Zulkifli


Video oleh:Greenboc


Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar akan memastikan nasib rakyat Bagan Pinang akan dibela seiring dengan tema yang dibawa Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil N31.

Menurutnya, Pakatan Rakyat akan berjuang atas landasan bersama kehendak rakyat.

“Kita mewakili Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan, kita masuk atas tema bersama kehendak rakyat. Soal Barisan Nasional hendak letak calon siapa tepulang kepada Barisan Nasional kerana kita bertanding khusus untuk membela rakyat dalam suasana politik hari ini,” katanya pada sidang media.

Mengulas mengenai pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon Umno-Barisan Nasional untuk pilihan raya kecil pada kali ini, Zulkefly menyerahkannya kepada rakyat untuk menilai.

“Terpulang kepada rakyat untuk menilai kemampuan calon Barisan Nasional dan kita masuk atas dasar untuk rakyat dan berbuat sesuatu atas kehendak rakyat,” katanya.

Ditanya mengenai peluangnya untuk menyandang kerusi DUN berkenaan beliau sekali lagi menyerahkan kepada kebijaksanaan pengundi Bagan Pinang.

Zulkefly diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober depan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi.

“Saya berharap kepada seluruh jentera parti dan penyokong dan pengundi di DUN Bagan Pinang memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil kali ini,” katanya selepas diumukan sebagai calon Pakatan Rakyat.

Hadi berkata Zulkefly dipilih kerana beliau merupakan calon terbaik Pas dan beliau masih muda serta berpendidikan tinggi.

Mengulas mengenai peluang Zulkefly untuk memenangi pilihan raya pada kali ini Hadi yakin calon Pakatan Rakyat itu mempunyai peluanmg untuk mencapai keputusan baik.

“Kita melihat perubahan, kita sudah menang tujuh daripada lapan pilihan raya kecil ini satu perubahan menunjukkan adanya anjakan paradigma di kalangan rakyat khususnya di Semenanjung,” katanya.TVA

PRK Bagan Pinang | Kenapa Pas pilih Zulkifli-Presiden Pas


Ucapan Tuan Guru Presiden semasa Majlis Pengumuman calon Pas PRK Bagan Pinang.Video oleh:Jiwokelate 2009


PORT DICKSON: Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, 45, dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan kira-kira 300 penyokongnya di Markas DAP di sini semalam.

Abdul Hadi berkata Zulkefly Mohamad adalah calon terbaik kerana beliau calon muda dan berpendidikan tinggi.

"Kami (PAs) pilih beliau kerana beliau calon terbaik, calon muda dan berpendidikan tinggi. Semua sebulat suara bersetuju (pemilihan Zulkefly)," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon parti itu.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Naib Presidennya Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali dan Naib Presidennya Mohamed Azmin Ali.

Sementara itu Zulkefly berkata beliau berterima kasih atas kepercayaan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat, dan menurutnya tujuan pakatan itu memasuki pertandingan semata-mata atas kehendak rakyat, untuk membela rakyat.

Pada pilihan raya umum 2008, Zulkefly yang bertanding kerusi DUN Lenggeng, tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Mustafa Salim dengan majoriti 1,285 undi.

Anak jati Lenggeng itu sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (20052007) sebelum dilantik ke jawatan sekarang yang dipegangnya selama dua penggal.

Zulkefly merupakan seorang ahli perniagaan dan memegang Ijazah Sarjana dalam bidang Sains daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai pengurus di Syarikat GLC dan Syarikat Telekomunikasi.

Kerusi DUN Bagan Pinang yang dimenangi BN dengan majoriti 2,333 undi pada pilihan raya umum lepas, menjadi kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor pada 4 Sept lepas. BERNAMA

Peluru pertama dari PAKATAN buat Isa Samad




Selamat Datang Tan Sri Isa Samad ! Selamat bertanding dalam pilihanraya DUN Bagan Pinang yang bakal menyaksikan pertarungan sengit walaupun UMNO berasa selamat dengan undi pos melebihi 5,000 orang.

Penamaan Isa sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan, membuktikan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional tunduk kepada ugutan kumpulan yang taksub kepada Isa.

Isa, 59, merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno telah diumumkan sebagai calon oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di Port Dickson hari ini.

Dengan mengumumkan Isa sebagai calon juga, menunjukkan betapa bankrapnya UMNO/ BN yang sudah ketandusan pemimpin baru dan bersih.

Isa telah dibuktikan bersalah melakukan rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004, dan digantung selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin UMNO, sejak 24 Jun 2005.

Ahli Dewan Undangan Negeri Port Dickson, M.Ravi berkata Bagan Pinang yang merupakan kubu kuat BN juga merupakan kubu jenayah dan rasuah.

Katanya, pimpinan UMNO yang akan bertanding, Isa Samad mempunyai kes rasuah namun UMNO tidak ada calon yang lain.

”Kita ada bukti, pimpinan yang akan bertanding (Isa Samad) ada kes rasuah, tetapi UMNO tidak ada calon selain dari dia,

”kita sentiasa sedia tidak kira siapa dia, bapak yang bertading atau anak yang bertanding, tidak peduli, kita akan sediakan peluru kita, bila dia sudah isytihar (sebagi calon) kita akan tembak dia,”katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran jentera pilihanraya PAS Terengganu di UPU Teluk Kemang semalam.

Menurutnya, Isa Samad adalah antara pemimpin UMNO yang telah menjual tepi laut (pantai) dengan geran kekal dan telah menjahanamkan satu Port Dickson.

”Tuan-tuan boleh nampak keliling Port Dickson hingga Pasir Panjang, semua tepi laut (pantai) dia telah jual, sekiranya dia bertanding, dan menang, yang tinggal sekarang di Tanjung Agas pun dia akan jual,”jelasnya.

Sehubungan itu, Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi (AMPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul Hisham Saharin berkata hanya di Port Dickson sahaja pantai yang telah ada geran.

Katanya, kerajaan UMNO yang ada telah meluluskan pemberian pantai ini kepada seorang bekas Exco negeri Sembilan, yang duduk dan meluluskan pemberian tanah itu dalam mesyuarat berkenaan. BO

PRK Bagan Pinang:Calonkan Isa Samad,Umno gadai kewibawaan



Pas tidak akan melancarkan serangan peribadi terhadap Tan Sri Isa Samad yang diumumkan sebagai calon Umno-Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar bagaimanapun berkata Umno dan Isa harus terima hakikat bahawa isu kewibawaan seseorang calon dan parti sendiri akan menjadi fokus pada setiap pilihanraya.

" Ya bagi saya itu adalah hak UMNO dan Barisan Nasional dan saya dari awal saya katakan kita tidak akan membangkitkan soal-soal peribadi tetapi yang kita bangkitkan ialah soal integriti di bawah seseorang yang seharusnya mesti dilihat sebagai orang yang cukup bersih".

Sebelum ini, ramai pihak termasuk mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menggesa Presiden Umno Najib Razak memilih seorang calon yang bersih dari rasuah politik bagi mengembalikan kredibiliti parti itu di mata rakyat.

Bagaimanapun Najib memilih jalan selamat dengan meletakkan Isa untuk bertanding kerana beliau popular di kawasan itu sungguhpun kredibilitinya tercalar.

Isa disabit atas kesalahan merasuah perwakilan untuk pemilihan Umno pada tahun 2004 dengan menganjurkan pertemuan dengan perwakilan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

Beliau dilucutkan jawatan naib presiden dan digantung selama tiga tahun. Tempoh itu berakhir pada Jun tahun lalu.

" Hari ini yang membangkitkan isu calon Isa ini bukan siapa tetapi dari bekas Perdana Menteri dan bekas presiden UMNO yang begitu kuat mengecam jika UMNO dan Barisan Nasional memilih calon Isa sendiri" tambahnya.

" Terpulanglah kepada rakyat sekarang ini apabila rakyat melihat bahawa selama ini UMNO-Barisan Nasional bercakap soal integriti, soal kredibiliti tetapi ternyata sekarang ini mereka memilih calon yang tidak mempunyai integriti dan kredibiliti yang tinggi. Dan saya melihat bahawa inilah masa yang terbaik untuk rakyat di Bagan Pinang ini untuk menolak Barisan Nasional kerana Barisan Nasional sudah tidak ada calon lagi".TVA

Pesuruhjaya Pas N9 calon Pas di Bagan Pinang

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, 45, dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di markas DAP di Port Dickson sebentar tadi.

Turut hadir di majlis pengumuman itu ialah barisan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Zulkefly, seorang peniaga, mempunyai ijazah Sarjana Master in Science dari Universiti Putra Malaysia dan pernah bertandinding di kerusi DUN Lenggeng tahun lepas namun tewas dengan 1,285 majoriti.

Berkahwin dan mempunyai enam orang anak dan telah menjadi Pesuruhjaya PAS selama dua penggal sejak 2005, yang sebelumnya beliau ialah Setiausaha pada 2001 - 2005.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....