


SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) jika Barisan Nasional (BN) memutuskan pembubaran Parlimen sebelum Jun ini.
Sehubungan itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya tetap akan menunggu selama enam bulan sehingga iaitu Jun ini untuk melaksanakan dasar dan program pentadbirannya.
Khalid berkata, sehingga kini beliau tidak mengetahui tarikh sebenar Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) peringkat Parlimen dan oleh yang demikian, Kerajaan Negeri akan tetap dengan keputusan tersebut tidak akan membubarkan Dun sebelum Jun ini.
Menurutnya, tempoh enam bulan adalah relevan untuk memastikan Geran Selangorku, berjumlah RM1.6 bilion, dapat disalurkan sepenuhnya kepada rakyat negerinya.
"Saya telah buat kenyataan sebelum ini tetapi kita akan bincang lagi kerana Geran Selangorku perlu mengambil masa untuk disalurkan. Jika PRU-13 belaku pada Mac atau April ia terlalu awal.
"Sekurang-kurangnya enam bulan atau lebih agar wang tersebut dapat disalurkan kepada rakyat," kata beliau pada sidang media selepas upacara pembukaan persidangan penggal kelima Dun, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada Sidang Dun yang bersidang bermula hari ini akan dibubarkan sekiranya belaku pembubaran Parlimen dalam waktu terdekat.
Pada 17 November lalu, Abdul Khalid mengumumkan pihaknya hanya akan mengambil bahagian dalam PRU-13, sekiranya diadakan selepas enam bulan pertama tahun ini.
Menurutnya, penetapan tempoh enam bulan ini juga bukan bermaksud Kerajaan Negeri tidak yakin untuk bertanding dalam PRU13 kerana keputusan siapa akan menang adalah pilihan rakyat.SH
Pengurus Besar YS, Ilham Marzuki berkata pelantikan pihak audit tersebut akan dibuat secara tander terbuka dan proses ini akan memakan masa hampir lapan minggu.
Katanya, selepas sesi SELCAT awal bulan lau, YS telah menulis surat kepada Menteri Besar untuk memohon pandangan dan tindakan yang akan di ambil.
Menurut Ihlham, Abdul Khalid telah memberi pandangan dan kebenaran supaya urusan audit bebas tersebut perlu segera dilakukan.
“Semua orang boleh masuk, memanggil tander empat minggu bagi membolehkan orang yang ingin mendapatkan tander untuk membuat peniaian dan maklumat.
Selepas itu kita akan memilih dan membuat penilaian dalam masa dua minggu.“Setelah siap laporan kita akan serah kepada ahli lembaga pengarah untuk membuat pemilihan, juga dalam masa dua minggu,” katanya.
Sebelum ini dalam pendengaran SELCAT, Ilham memberitahu kajian dari tahun 1991 sehingga Mac 2008 mendapati ketirisan Yayasan Selangor adalah tidak kurang daripada RM500 juta.
Setakat ini aset tetap milik Yayasan Selangor bernilai RM500 juta dan aset semasa dalam bentuk wang tunai berjumlah RM51 juta berbanding hanya RM21 juta pada tahun 2007.TVS