Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 27 Mei 2012

Video : Tragedi Himpunan Belia 2012,Dua Penonton Cedera Parah



Dua orang cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan yang berlaku ketika sessi Drag Racing diadakan sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.

Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal.

Penganjur perlumbaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi sejurus insiden tersebut bahawa tiada kematian dilaporkan dan keadaan penonton yang cedera masih belum dapat disahkan.

Apa yang dikesalkan, penganjur tidak menyediakan kawalan keselamatan secukupnya, apabila penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan, dan hanya sebuah ambulans sahaja disediakan sebagai langkah keselamatan manakala pihak polis pula langsung tidak ada di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, sumber yang belum disahkan mengatakan seorang penonton maut dan kesahihan mengenainya masih dalam siasatan.

JALAN PULANG

Tok Guru Nik Aziz ' Sebak '


MACHANG: Di saat pihak tertentu yang tidak sebulu dengan perjuangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menuduh sebagai ‘bapa kafir’, beliau terus menunaikan solat sunat rutin hariannya tidak kira di mana sahaja berada.

Semalam Tuan Guru menunaikan solat sunat syukur sebaik sahaja melihat pelajar menunaikan solat sunat dhuha di bawah pokok tanpa sejadah dan hanya berlantaikan tanah di hujung dewan Madu bersebelahan khemah masing-masing.

Tuan Guru tidak dapat membendung perasaan sedih gembiranya apabila melihat pelajar sekolah aliran Yayasan Islam Kelantan (Yik) menunaikan solat sunat dhuha.

Lebih 1,000 pelajar Yik menghadiri program Muqayyam Tarbawi di Kompleks Tarbiah Islam Ulama (Madu), dekat sini pagi semalam, antara pengisiannya menunaikan solat sunat dhuha.

Tuan Guru yang kebetulan melalui laluan itu untuk merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan di dewan besar Madu, tidak dapat menahan sebak kerana syukur anak didik rakyat Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan negeri begitu tekun menunaikan solat sunat itu.

Kerana sebak dan terharu yang amat sangat, menyebabkan bacaan solatnya sesekali teresak dan terganggu.

Tuan Guru mendedahkan perkara itu sewaktu berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan.

“Di saat-saat anak muda merempit di jalan-jalan, di tengah anak-anak muda lepak di pasaraya, di tengah anak-anak muda leka bersama teman masing-masing di luar Kelantan, tetapi pelajar Yik, anak muda Kelantan tekun menunaikan solat.

“Saya tidak dapat menahan sebak, saya begitu terharu, ya Allah ini hasil yang telah kami dapat hasil pentadbiran kami selama 22 tahun lalu, subhanallah,” ujarnya sekali lagi lagi menahan sebak.

Hampir seluruh pelajar Yik mewakili program yang diadakan setiap tahun selama tiga hari itu.

Selain seminar, turut diadakan slot solat berjemaah, riadah, qiamullail dan lain-lain lagi.Hrkh

Selasa, 22 Mei 2012

Video : Ceramah Sulong Bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM Di Pentas Pas







Ceramah sulong oleh Datuk Hj Fauzi Shaari, Bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM selepas penyerahan borang menyertai PAS di Ulu Sepetang, Batu Kurau pada 20 Mei 2012

Dulu Dakwa Sekarang Bela DS Anwar

KUALA LUMPUR 22 Mei: Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Mohd Nor Manuty menyifatkan bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden telah ‘kembali ke pangkal jalan’ apabila mengetuai kumpulan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes perbicaraan Bersih 3.0.

Beliau berkata, sudah sampai masanya Yusof berjuang bersama-sama Ketua Pembangkang itu untuk menegakkan perkara yang benar dan menolak perkara batil.

“Saya yakin penyertaan Yusof atas kerelaan beliau sendiri, bukan atas paksaan daripada mana- mana pihak. Beliau hadir bagi menuntut keadilan kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Yusof merupakan ketua pasukan pendakwa dalam kes Fitnah II terhadap Anwar sebelum ini.Beliau meletak jawatan dari Jabatan Peguam Negara pada akhir perbicaraan kes Fitnah II selepas menyaksikan Anwar bebas daripada sebarang sabitan.

Kali ini beliau bersama peguam kanan, Karpal Singh dalam pasukan peguambela Anwar dalam perbicaraan tuduhan menyertai Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Isnin, 21 Mei 2012

Video : Panas !!! Arkitek Ceritakan Kisah Disebalik Runtuhnya Stadium Sultan Mizan Kuala Terengganu




Raja Datuk Kamarul Bahrin, merupakan salah seorang dari arkitek yang terlibat sama, dalam pembinaan Stadium Sultan Mizan di Gong Badak Kuala Terengganu yang runtuh pada jam 7.30 pagi 2 Jun 2009, walaupun baru dibina dan dirasmikan 10 Mei tahun 2008 sempena Sukan Malaysia.

Video penuh, boleh didapati di www.terengganukini.net

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ingin menyumbang dalam Islam

KUALA LUMPUR: Rasa bertanggungjawab untuk sama-sama menyumbang dalam Islam, membuka hati bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS.

Percaya PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, tindakannya menyertai parti itu secara rasmi semalam, bukan petanda beliau baru 'sedar'.

"Ketika saya berkhidmat dalam PDRM, saya sudah meneliti senario politik negara. Saya berhubungan dengan semua pihak, cuma saya belum menjadi ahli kepada mana-mana parti politik," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Mengakui selalu mengikuti perkembangan PAS ketika masih berkhidmat di PDRM, Fauzi berkata tindakan beliau menyertai PAS melangkaui kepentingan dan keselesaan yang dinikmatinya kini.

Baginya, dengan menikmati wang pencen, beberapa perniagaan keluarga yang boleh memberikan pendapatan bulanan kepadanya tidak cukup menzahirkan rasa tanggungjawabnya terhadap masyarakat.

"Memang kalau ikut keselesaan, dengan wang pencen dan hasil bulanan dari perniagaan saya dan keluarga, ia sudah cukup untuk saya. Saya boleh duduk rehat sahaja. Tapi, semacam ada rasa satu tanggungjawab untuk saya bersama PAS kini," tegas beliau lagi.

Beliau yang bersara sejak 25 September 2006, bertindak menyertai PAS dan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, di satu majlis di Lumut, Perak, malam tadi.

Semasa menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Tindakan beliau pernah dikecam oleh seorang menteri yang menyifatkan tindakan Fauzi akan menghalau pelancong dari negara ini.Hrkh

Ahad, 20 Mei 2012

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Sertai Pas

SHAH ALAM - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari akan menyerahkan borang menyertai Pas di kampung halamannya, Larut, Perak, hari ini.

Difahamkan, beliau akan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu program yang turut dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR).

Fauzi berkata, beliau telah membuat keputusan menyertainya selepas membuat beberapa perbandingan dengan parti lain antaranya, Umno, PKR dan DAP.

“Takkan saya hendak menyertai DAP…, saya melihat Pas lebih konsisten dalam perjuangan yang membuatkan saya memilih parti Islam itu. Saya memilih politik kerana berniat untuk berbakti dalam Islam selepas pencen ini, Pas adalah lebih syumul.

“Sekurang-kurangnya, saya boleh memberikan pendedahan kepada Pas apa sebenarnya yang berlaku dalam polis, ada juga kebaikan… tetapi tidak nampak, sekurang-kurannya akan menjernihkan tafsiran masyarakat kepada polis,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain Fauzi, difahamkan antara nama-nama yang disebut bakal menyertai Pas adalah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusoff.
Bagaimanapun beliau pernah menafikannnya.

Ramli yang pernah dituduh di mahkamah berhubung kes rasuahnya, tetapi telah dibebaskan dan didapati tidak bersalah.

Fauzi berkata, walaupun beliau terlibat dalam politik, beliau masih berpegang teguh kepada etika dan prinsipnya semasa berkhidmat, bukannya akan dipergunakan seperti yang dianggap pihak yang tidak senang dengan keputusannya.

“Saya tahu apa yang akan dilakukan dan apa yang tidak boleh. Sebagai bekas penjawat awam, saya tahu batasannya, bukan semua akan didedahkan pada ceramah-ceramah yang akan disertainya.

“Insya-ALLAH saya gunakan pendekatan berhemah, tak perlulah risaukan penyertaan saya kepada Pas,” katanya.

Fauzi yang ditanya sekiranya akan menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13, katanya, “biarlah pucuk pimpinan tentukan, kerana saya masuk Pas bukan tujuan dicalonkan tetapi hanya berbakti kepada rakyat."

“Cuma selepas menjadi ahli, sudah tentu saya akan memberikan lebih tumpuan kepada parti, jika tidak lebih baik menjadi ahli biasa sahaja dan keluar mengundi,” katanya.

Menurut Fauzi, beliau memilih mendaftarkan sebagai ahli Larut kerana kedua ibu bapanya berasal dari kawasan berkenaan.

“Tidak salah saya mencurahkan bakti di kawasan yang saya pernah membesar. Cuma dulu semasa dalam kerajaan, saya ada tanggungjawab lain, kini dah pencen, jadi boleh lah aktif sikit dalam politik,” katanya.SH

Anuar Musa Sokong Tuntutan Royalti Minyak Kelantan

Anuar Musa menandatangani kain pemidang kempen menuntut royalti minyak untuk Kelantan

Imbang PenuhKUALA LUMPUR: Pengerusi Kesatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Annuar Musa menambahkan lagi garam pada luka Umno apabila turut menurunkan tandatangan pada kempen menuntut royalti minyak untuk kerajaan negeri Kelantan.

Lebih 20,000 tanda tangan telah berjaya di perolehi termasuk salah satu darinya adalah dari Anwar musa sendiri (gambar atas).

Anuar berada di Stadium Bukit Jalil malam tadi untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan Red Warior Kelantan. Mereka berjaya mengalahkan Sime Darby untuk menjadi juara Piala FA.

Kembalikan Royalti Kelantan adalah kempen untuk menyokong kerajaan negeri menuntut duit royalti dari Petronas.

Dengan menandatangani sokongan ini seolah olah Anwar Musa menyokong usaha kerajaan negeri yang di terajui oleh PAS yang sudah tentu akan menimbulkan kemarahan dari Umno.

Umum mengetahui dalang di sebalik kemelut duit royalti minyak ini datangnya dari Umno yang di sertai oleh Anwar Musa bukannya dari Petronas.

Sebagaimana yang berlaku di Terengganu, Umno menyekat pemberian royalti untuk kerajaan negeri Kelantan.

Di Terengganu, kerajaan pusat pimpinan Umno menarik balik pemberian royalti untuk kerajaan negeri selepas enam bulan PAS memimpin negeri itu pada tahun 1999.

Anuar Musa pula kini dalam keadaan tersepit apabila digantung dari sebarang kegiatan bola sepak selepas mengkritik FAM.

Kini ia menjadi tanda tanya adakah Anuar Musa menongkah arus didalam polemik isu royalti di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan?Hrkh

Gambar : Pelakon Abby Abadi Dipentas Ceramah Pas



Selepas Aishah, Dayangku Intan,,,,, Kini Giliran "Abby Abadi" Mengambil Tempat.. Jom Kita Turun Ramai-Ramai... ::.kikiki.::

Abby Abadi ( Isnp. Aliza) Bekas pelakon Siri GERAK KHAS akan bersama sama di Pentas Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang, di Pantai Rhu Muda, Marang.

Jumaat, 18 Mei 2012

Bapa Kafir : Tok Guru Nik Aziz Saman NST Dan Rahim Nor RM 1 Juta

Laporan NST yang mendakwa Tok Guru Nik Aziz bapak kafir


KOTA BH
ARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar notis saman kepada semua yang terlibat dengan laporan berita 'Nik Aziz father of kafir'.

Saman pula akan difaikan minggu depan terhadap mereka yang terlibat di New Strait Times dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.

Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan Hisham Fauzi (gambar) berkata, pihaknya kini sudah menyiapkan sepenuhnya dokumen dan dijangka memfaikan saman tersebut Isnin depan.

"Minggu depan kita akan faikan saman terhadap kedua-dua pihak tersebut, dan kita jangka ianya boleh dibuat Isnin ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sebelum ini, pihaknya telah memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu.

Bagaimanapun tiada sebarang respon daripada Rahim malah beliau tampil menafikannya pula.

Isnin lalu pula, pihaknya menghantar notis saman kepad NST dengan memberi tempoh 48 jam untuk akhbar milik Umno itu memenuhi tuntutan.

Selain New Straits Times (NST), notis saman itu turut menamakan Ketua Editor NST serta tiga orang wartawan yang terlibat dengan berita itu iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah.

Notis itu antara lain menuntut NST menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf di muka hadapan akhbar itu, manakala enam kali dalam muka yang lain.

Mereka juga menuntut disiarkan satu muka penuh sama permohonan maaf itu di akhbar Berita Harian ataupun Utusan Malaysia.

Selain itu, turut dituntut bayaran RM1 juta sebagai gantirugi penyelesaian luar mahkamah.Hrkh

Tujuh Sebab Mengapa Umno Tidak Layak Memerintah Negara

Ini ialah tujuh sebab merupakan jawapan balas kepada Ucapan Presden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang di lafazkan di Stadium Bukit Jalil sempena sambutan ke-66 Umno pada 11 Mei 2012, kenapa Umno BN tidak layak diberi mandat di dalam PRU 13.

Pertama: apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan. Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion. Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009. Kemana wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat Sabah RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan. Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion. Wang BR1M RM500 untuk 55 tahun sekali sahaja, itu pun apabila Umno lemah. Hujah mengatakan bahawa Umno sahaja buat jalan, klinik, seolah-olah di negeri Thailand, Papua, Pontianak,Malta tidak ada jalan kerana Umno tidak ada. Ini hujah zaman batu .

Kedua;parti mana yang lebih baik, maka sudah tentu Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno BN yang terbukti dan teruji. Buktinya pemerintahan Umno BN Indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada tahun 2010 indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011. Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28 bilion pada tahun 2008.

Gambar : Najib, Altantuya, Skandal Scorpene Kini "Hot" di Kanada dan Dunia


Akhbar dan media Malaysia tidak melaporkan kes ini. Sepatah haram pun tidak ditulis atau disebut oleh pembaca berita media pro-UMNO. Mak cik, pakcik di kampung mengetahui hal ini melalui Harakah, Keadilan, dan sebagainya.

Abang, kakak di Felda mengetahui hal ini melalui siri ceramah dan sebagainya.Namun bolehkah perkara ini disembunyikan di peringkat antarabangsa?DuniaCacamarba

Live Video : Kuliah Jumaat Tok Guru Nik Aziz Di Medan Ilmu Kota Bharu



Live video for mobile from Ustream

Rabu, 16 Mei 2012

Full Video : Ceramah Tok Guru Nik Aziz Dan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir Di Bachok






Ceramah Umum dan Isu- Isu Semasa oleh Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abd Aziz Nik Mat dan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di Perkarangan Pejabat Pas di Pantai Irama, Bachok.

Siapa arah laung ‘Bersih’ buat Najib di London

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bermuhasabah bagi menilai kelemahan diri beliau sehingga dimalukan sedemikian rupa di luar negara.

“Ini ekoran dari sambutan mengejut laungan ‘bersih’ dalam satu pertemuan dengan rakyat Malaysia di London kelmarin.

“Tiada siapa menyangka dan tiada siapa mengarahkan individu terbabit melaungkan ‘Bersih’ terhadap Najib di ibu kota London,” ujar Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar).

Bagi DPPM, ujarnya itu adalah ekspresi rakyat Malaysia yang mahukan keadilan dalam sistem pilihan raya di Malaysia dan mengimpikan sebuah demokrasi yang benar-benar menepati hasrat rakyat di negara ini.

Menurutnya, mereka juga adalah rakyat yang sedar dan benci terhadap penindasan, kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan BN selama ini.

Katanya, DPPM menegaskan, perhimpunan Bersih 3.0 dianjurkan dengan disertai oleh ratusan ribu rakyat Malaysia yang hadir secara sukarela.

Tambahnya, mereka tidak diangkut dengan bas, tidak diberikan nasi bungkus percuma, tiada tambang, baju T dan lain-lain lagi.

Bahkan, ujarnya mereka membayar sendiri kos perjalanan untuk hadir ke Bersih serta membayar dengan harga yang mahal melalui pengalaman pedih ditangkap, ditembak gas pemedih mata dan dipancut dengan air kimia.

Bersih juga, tegasnya tidak memaksa rakyat dari seluruh dunia hadir mengadakan perhimpunan di seluruh dunia.

Menurutnya lagi, difahamkan hampir 70 buah negara mengadakan perhimpunan Bersih bagi menyatakan suara yang sama yang dituntut oleh rakyat.

Selasa, 15 Mei 2012

Video : Bersih 3.0,Najib Dimalukan Di London



KUALA LUMPUR 15 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa merayu kepada rakyat Malaysia di London supaya menghentikan laungan ‘Bersih’ dalam satu pertemuan semalam.

Najib dimalukan sebahagian hadirin yang mula bersorak sebaik naik ke pentas dan berlarutan ketika beliau berucap.

Sorakan itu menyebabkan beliau ‘malu besar’ serta hilang tumpuan dan terpaksa merayu supaya dihentikan.

“Bolehkah anda tolong berhenti? Boleh tolong berhenti,” rayu Najib.Rayuan Najib itu disambut seorang warga Malaysia yang bertanya mengenai hak mereka untuk mengundi.

“Kami mahu mengundi. Kenapa anda tak bagi kami mengundi?” tanya individu berkenaan kepada Najib.

Najib bagaimanapun cuba menenangkan kumpulan tersebut agar beliau boleh meneruskan ucapannya.

“Anda boleh jumpa saya kemudian ok. Bolehkah anda tolong hentikannya?” kata Najib sekali lagi.

Setelah sorakan itu reda, barulah Najib meneruskan ucapannya.

Program yang dinamakan ‘An Evening with the Prime Minister’ itu dianjurkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di kota London.

Difahamkan, program tersebut diuar-uarkan bagi membolehkan rakyat Malaysia di London berinteraksi secara tidak formal dengan Najib.Keadilandaily

Peserta Bersih 3.0 berbangsa Cina hantar bunga untuk Unit Amal

KUALA LUMPUR, 15 Mei: Unit Amal PAS menerima dua jambangan bunga hiasan daripada peserta Bersih 3.0 berbangsa Cina sebagai penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang mereka pada perhimpunan tersebut.

Wong Kow Kong, 58, menghantar sendiri bunga tersebut ke Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, semalam dan diterima seorang Unit Amal yang bertugas di pejabat.

Bunga tersebut dikepilkan dengan sekeping kad bertulis " Kepada semua ahli Unit Amal yang bertugas pada hari 428 Bersih 3.0 2012", "Terima kasih banyak-banyak",  Salute to all of you,  When injustice become law, membantah adalah tanggungjawab kita", dan "hidup hidup hidup rakyat".

Wong ketika dihubungi hari ini berkata, beliau dan keluarga sangat berterima kasih terhadap anggota Unit Amal yang bertugas menjaga keamanan pada perhimpunan tersebut.

Beliau berharap pemberian bunga tersebut dapat menggembirakan hati anggota-anggota Unit Amal atau turut digelar 'Tentera Merah'.

"Saya nak ucap terima kasih kepada Unit Amal sebab banyak tolong peserta-peserta pada Bersih 3.0.

"Bunga itu satunya daripada saya dan keluarga dan satu lagi daripada kawan saya. Saya harap mereka suka bila terima bunga itu," katanya yang merupakan seorang tukang jahit dan mempunyai kedai jahit di Damansara.

Menurut Wong, sewaktu perhimpunan tersebut, beliau berada di Jalan Tun Perak dan melihat sendiri bagaimana Unit Amal bertugas menjaga peserta-peserta.

Malah katanya, beliau yang turut menyertai perhimpunan Anti ISA dan Bersih 2.0 sangat senang dengan kewujudan Unit Amal di lokasi perhimpunan.

"Saya memang sudah biasa dengan Unit Amal. Setiap kali perhimpunan, saya tengok dengan mata kepala sendiri mereka bersusah payah bertugas," katanya.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa Unit Amal bertindak ganas sewaktu perhimpunan."Kalau saya tengok Unit Amal ganas, saya tak akan bagi mereka bunga," katanya sambil ketawa.

Seramai 4,000 anggota Unit Amal dari Semenanjung Malaysia bertugas pada perhimpunan 28 April lalu.Hrkh

Isnin, 14 Mei 2012

Gambar : Panas !!! DS Nizar Tampil Di Pentas Ceramah Umno




PRU13 : Pakatan Rakyat guna manifesto bersama

PETALING JAYA – Hanya satu manifesto akan digunakan oleh parti di bawah Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sudah menyenaraikan isi manifesto PR dan akan turun padang ke beberapa kawasan bagi menjelaskan isi manifesto itu.

“Mesyuarat PR hari ini adalah memfokuskan beberapa isu antaranya meneliti isi manifesto yang akan dibawa PR dalam PRU13 ini dan persiapan bagi pilihan raya ini.

“Walaupun negeri-negeri lain mempunyai dan menambah manifesto lain, namun kita akan tetap guna hanya satu manifesto yang telah dipersetujui pemimpin PR.

“Kita juga akan menjelajah ke beberapa buah negeri untuk menjelaskan mengenai manifesto dan perubahan yang di bawa oleh PR,” katanya selepas mempengerusikan ‘Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat’ di ibu pejabat PKR, hari ini.

Tambah beliau, kemungkinan ada penambahan dalam manifesto di peringkat negeri mengikut keperluan masing-masing.

Mengenai pembahagian kerusi dalam PR, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, ia sudah hampir untuk dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

“Saya boleh katakan ia sudah sampai tahap 90 peratus. Kita akan adakan mesyuarat terakhir mengenai pembahagian kerusi tidak lama lagi selepas itu senarainya akan dapat disiapkan.

“Saya tidak boleh beri tarikh yang tepat tapi ia akan dibuat dalam tempoh kurang seminggu,” katanya Mesyuarat yang berlangsung selama tiga jam itu turut dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
 
Pada mesyuarat yang sama, PR turut memberi fokus kepada beberapa isu lain antaranya Bersih 3.0 dan senarai pengundi dalam sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Keadilandaily

Ahad, 13 Mei 2012

Gambar : Menarik !!! Mereka Menghormati Tok Guru Nik Aziz Dengan Berbagai Cara

Sultan Kelantan mempersilakan TGNA untuk berjalan terlebih dahulu. Foto : Topeng Perak Unmasked
Ulama Antarabangsa juga amat menghormati Tuan Guru
Tuan Guru Haji Hadi & Tuan Guru

Video : Ungkapan ' Haram Jadah ' ,Najib Dituntut Mohon Maaf



JOHOR 13 Mei:
Ungkapan ‘Haram Jadah’ oleh Najib Razak yang ditujukan kepada peneroka yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) adalah sangat kesat dan tidak beradab, kata Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. “Haram Jadah’ dalam kamus DBP


Dewan Bahasa Pustaka) bermaksud ‘Anak Luar Nikah’. Ini sangat bertentangan dengan prinsip Rukunegara – Kesopanan dan Kesusilaan

“Ajaran Islam menekankan ketinggian akhlak dan moral, lebih-lebih lagi pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh ikutan rakyat. Ungkapan ‘Haram Jadah’ adalah terlalu kesat,” katanya.

Lanjutan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Kulai oleh pimpinan Anak Johor 12 Mei lalu mendesak Najib menarik balik ucapannya dan meminta maaf secara terbuka.

“Peguam akan menghantar notis tuntutan permohonan maaf. Jika gagal berbuat demikian; saman malu akan dikemukakan,” ujar Mazlan memberitahu terlalu ramai golongan yang tidak bersetuju dengan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.

“Bukan sahaja warga Felda tapi umumnya rakyat terlalu sayang dan prihatin dengan masa depan seperti Felda,” jelasnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30298

PRU13: PAS tangguh muktamar, ganti himpunan raksasa

KUALA LUMPUR, 13 Mei: PAS akan menangguhkan muktamar yang sepatutnya diadakan pada Jun ke November depan.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia akan digantikan dengan perhimpunan raksasa pada 1 Jun di Alor Setar, Kedah yang akan memberi fokus sepenuhnya kepada pilihan raya umum ke-13.

"PAS lebih menumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum yang masih menjadi teka-teki, itulah demokrasi di negara itu.

"Jadi PAS tangguh muktamar ke satu tarikh lain dan akan adakan ijtima' dan munajat perdana untuk perkasakan jentera dan ahli di seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar akan menjadi pengarah bagi ijtima' yang dijangka dihadiri lebih 100,000 ahli parti itu.

"Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

"PAS tak akan sediakan bas untuk ke sana tapi semua atas usaha ahli sendiri tapi kita yakin kehadiran lebih 100,000," katanya.

Sementara itu, Ustaz Hadi juga memaklumkan seratus peratus nama calon dari setiap negeri sudah dihantar ke Jawatankuasa Pusat dan diluluskan Majlis Syura.

"Jawatankuasa Pusat memberi kepercayaan kepada Dewan Harian PAS Pusat untuk meneliti semua calon yang dikemukakan kepada pusat dan diluluskan Majlis Syura," katanya.

Tambah beliau juga, isu pertindihan kerusi dengan PKR dan DAP akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Bersama dalam Pakatan Rakyat.

"Itu akan diselesaikan oleh jawatankuasa bersama dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Turut bersama pada sidang media ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu,  Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, serta Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.Hrkh

Sabtu, 12 Mei 2012

Penyanyi Aishah Serah Borang Sertai Pas Pada Tok Guru Nik Aziz

Aishah menyerahkan borang sertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz malam tadi - gambar Telok Bakong Blog

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin secara rasmi menyertai PAS apabila menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi.

Ia berjalan di dewan besar, Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM) Taman Melewar dalam majlis ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya".

Turut serta di majlis anjuran PAS Kawasan Batu itu adalah Tamrin Ghafar dan Datuk Seri Chua Jui Meng.

Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajaknya.Dengan penyertaan Aishah, sudah ramai artis dan para sastrawan yang menyertai PAS.Hrkh

PKR bantu selamatkan ahli Umno yang kemalangan bas

NEGERI SEMBILAN 12 Mei: Demi keselamatan nyawa, sekumpulan pemimpin dan ahli KEADILAN cabang Rembau, melupakan perbezaan politik.

Mereka membantu menyelamatkan penyokong Umno yang terlibat dalam kemalangan bas kira-kira jam 4 pagi tadi sementara menunggu ambulans dan bomba tiba di lokasi kejadian.

Mereka diketuai Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Baharin atau Chegubard yang juga ketua cabang KEADILAN Rembau.

Kemalangan dipercayai berlaku berhampiran susur keluar Plaza Tol Rasah membabitkan dua bas yang membawa penyokong Umno Terengganu ke perhimpunan di Bukit Jalil.

Bas itu dikenal pasti membawa penyokong Umno berdasarkan pelekat berlogo parti pemerintah pada kenderaan berkenaan.

Mengikut Badrul Hisham, bas berkenaan dikatakan melanggar belakang lori yang bergerak perlahan, menyebabkan sebahagian mangsa tercampak.

“Ambulan dan bomba baru tiba. Ada yang tercampak keluar bas. Kami antara yang membantu juga panik banyak darah. Banyak bas Umno lain turut berhenti,” tulisnya melalui twitter.Beliau menyedari kemalangan itu ketika pulang dari program Pakatan Rakyat di Johor.

Sebaliknya, mereka dimaki hamun kerana mempertikai bas berkenaan  dinaiki penyokong  Umno tetapi ditempelak Chegubard: “Ya kami lawan dan benci Umno tapi peribadi kemanusiaan kami tak hilang…”Keadilandaily

Jumaat, 11 Mei 2012

Video : Ust Azhar Idrus Di Lokasi Himpunan Bersih 3.0


Keganasan polis: Kerajaan Umno cuba sembunyi kebenaran

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyifatkan kerajaan Umno BN mahu menyembunyikan kebenaran mengenai keganasan polis pada perhimpunan Bersih 3.0, kata Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon.

“Apakah kerajaan tidak mahu kebenaran dicari? Apakah kebenaran sengaja disembunyikan oleh kerajaan Umno BN dengan menubuhkan sebuah panel siasatan yang tidak bebas semata-mata untuk meredakan kemarahan rakyat?” katanya.

Pada kenyataan media petang ini, beliau berkata, AMK kecewa kerana kerajaan menolak tawaran siasatan bebas yang ditawar pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Frank La Rue dan Maina Kiai.

“Sebaliknya kerajaan berdegil menubuhkan panel siasatan yang tiada kredibiliti dan dipengerusi bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar yang prejudis terhadap perhimpunan itu.“Perlantikan itu bukan sekadar dikritik Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO), malah dari 

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sendiri,” katanya.Siasatan bebas, kata Khai Loon, penting supaya kebenaran sebenar dapat dicari, seterusnya mengangkat demokrasi negara ke tahap lebih baik.

“Justeru, AMK mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjemput La Rue dan Kiai membuat siasatan bebas mengenai keganasan polis dalam perhimpunan Bersih 3.0.

Pada 6 Mei lalu, pelapor khas PBB , Frank La Rue menawar diri untuk menjalankan siasatan bebas insiden keganasan polis pada perhimpunan Bersih 3.0 dan Bersih 2.0 tahun lalu.

Kerajaan Umno, sebaliknya menolak tawaran itu dan menubuhkan panel siasatan yang disertai enam anggota dengan Hanif sebagai pengerusi panel tetapi dikritik pelbagai pihak.

Mengulas lanjut, Khai Loon berkata, kerajaan tidak boleh mengharapkan penerimaan rakyat dengan panel siasatan yang dicurigai kredibilitinya.

“Jangan terbelenggu dalam syndrom of denial (sindrom penafian). Panel siasatan yang ditubuh akan jadi sia-sia kerana rakyat sudah bijak membuat penilaian,” katanya.Keadilandaily

Video : Ceramah Berapi Bukan Islam Kelantan Bela Tok Guru Nik Aziz




Cikgu Lau Chin Chua adalah bekas S/U Gerakan Kelantan

Tok Guru Nik Aziz terima borang ahli PAS dari Aishah malam ini

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima borang keahlian ahli PAS daripada penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin (gambar) di Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar, Jumaat 11 Mei hari ini, jam 9.30 malam.

Menurut Ketua Penerangan PAS Batu, Ustaz Marzuki Zakaria, satu ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya" akan diadakan dan dipancarkan secara langsung melalui webtvpas di alamat http://webtv.pas.org.my saluran 1 dan 3, juga dipaparkan pada blog telukbakong.online.

Katanya, selain Tuan Guru Nik Aziz dan Wan Aishah, turut berceramah ialah bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng; anak bekas TPM, Tamrin Tun Ghafar Baba dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmood.

Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajak pada majlis malam ini, ujar beliau.

Selepas solat Isyak, katanya, PAS Batu turut menganjurkan Munajat Perdana PRU13 bagi memohon pertolongan Allah SWT agar diberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang dijangka Jun ini.

Orang ramai sekitar lembah Klang dijemput datang beramai-ramai.Hrkh

Khamis, 10 Mei 2012

Rahim Nor nafi kata Tok Guru Nik Aziz bapa kafir ???

Keratan berita NST 8 Mei 2012

KUALA LUMPUR: Siapakah sebenarnya yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'bapak kafir'?

Persoalan ini timbul apabila bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor menafikan beliau mendakwa Menteri Besar Kelantan itu sebagai 'bapak kafir'.

Menurut Rahim, apa yang beliau katakan hanya sikap para pemimpin PAS termasuk Nik Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menggunakan hujah agama untuk melawan Umno.

Ia bermula apabila, akhbar Umno, New Strait Times baru-baru ini menyiarkan satu laporan bertajuk "Nik Aziz is father of kafir" (NST 8 Mei).

Dalam berita itu, NST melaporkan Rahim yang mendakwa Nik Aziz dengan menggunakan perkataan demikian.

Menurut apa yang tertera pada NST di muka surat 6 itu, laporan itu dibuat oleh dua wartawan iaitu Rahmah Ghazali dan Lim Poh Lian.

Rahmah pula melalui Twitternya menafikan beliau membuat laporan itu dan hanya terlibat dengan laporan yang memetik kenyataan Mahfuz Omar sahaja yang terletak di hujung berita itu.

Ini bermakna tinggal dua sahaja sekarang iaitu seorang lagi wartawan atau editor kepada berita berkenaan.

Menurut Rahim dalam penjelasan bertulisnya itu, beliau ditemubual melalui telefon oleh wartawan NST.

Rahim juga menjelaskan, beliau tidak pernah mengatakan Nik Aziz adalah 'political animal' kerana istilah yang beliau gunakan adalah 'political creature'.Hrkh

Info : Panduan kepada peserta Bersih 3.0 yang diburu polis

KUALA LUMPUR 10 Mei: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggariskan panduan kepada peserta Bersih 3.0 yang diburu polis. Berikut seperti di bawah:

1. Anda dinasihatkan tidak panik sekiranya dipanggil polis untuk disoal siasat atau membantu siasatan.

2. Anda juga dinasihatkan tidak melawan polis.

3. Dapatkan nama pegawai, balai polis dan nombor pegawai yang menghubungi anda.

4. Hubungi peguam atau Suaram untuk mendapatkan nasihat guaman.

5. Tanya sebab-sebab anda ditangkap.

6. Tanya balai polis mana anda akan dibawa.

7. Anda ada hak untuk berhubung dengan peguam dan beritahu polis anda hanya akan beri keterangan dengan kehadiran peguam (jika ada peguam).

8. Anda hanya perlu memberi nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon.

9. Jika merasakan jawapan anda boleh mendedahkan kepada apa-apa pertuduhan jenayah atau penalti (di tempat kerja atau tempat belajar), anda berhak berdiam diri. Anda boleh berkata: “Saya guna hak untuk berdiam diri di bawah seksyen 112 (2) Kanun Acara Jenayah” atau “Saya akan menjawabnya di Mahkamah”.

Pihak yang patut anda hubungi untuk mendapatkan khidmat nasihat perundangan adalah:

Suaram
1. Pejabat: 03 77843525
2. Nalini: 019 3758912
3. Theva: 013 3845740

Peguam
Fadiah: 03 7960 4537

Full Video : Pasca Bersih 3.0,Ceramah Mahfuz Omar Di Kuala Berang




HULU TERENGGANU
– Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar mendakwa Umno dan Barisan Nasional (BN) parti ‘bankrap’ kerana ‘kehabisan modal’ dan terpaksa menghadapi Pakatan Rakyat dengan elemen-elemen diluar parti itu.

Beliau berkata, tidak ada siapa di kalangan menteri kabinet an majlis tertinggi Umno yang mempertahankan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak menghadapi tuduhan kes Scorpene dan BERSIH kecuali orang-orang sudah pencen.

“kes pendedahan Scorpene, yang dia (Najib) minta RM3 bilion (dan) kes BERSIH, tidak ada sesiapa yang bersama dalam kabinet dia, bersama dalam majlis tertinggi Umno mempertahankan Dato’ (Seri) Najib,

Bersih 3.0 : Mahathir selar Marina

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyelar tulisan anak perempuannya Datin Paduka Marina dalam akhbar The Star yang mengecam keganasan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0.

Tulisan terbaru Marina di kolumnya Musings, beliau berkata situasi kini kedua-dua pihak saling salah-menyalahkan dalam insiden keganasan ketika Bersih 3.0.

“Tapi keganasan itu, terutamanya daripada mereka yang sepatutnya melindungi kita susah untuk dinafikan, apatah lagi dengan beribu video, gambar and saksi kejadian. Saya turut terbinggung sebentar atas hal ini. Bagaimana polis bertukar daripada tidak berbahaya kepada ganas tanpa alasan tertentu,” tulis beliau.

“Dan jika Menteri Dalam Negeri berkeras bahawa tiada siapa yang mengarahkan polis untuk bertindak ganas, jadi apa yang menyebabkan mereka melakukan demikian, sehingga situasi yang begitu teruk? 65 orang masuk di hospital, hanya dua sahaja polis. Ini memberitahu sesuatu,” kata Marina lagi.

Marina berkata insiden tersebut perlu disiasat dan salah satu caranya ialah menubuhkan suruhanjaya penyiasatan yang bebas.

“Ramai yang tercedera bukan disebabkan polis. Para pendemo, juga melakukan serangan terhadap orang ramai yang mereka sangka sedang menyaksikan atau merakam apa yang berlaku,” selar Mahathir yang dipetik The Star.

Mahathir turut mendakwa Unit Amal PAS “yang berbaju merah” dan “dilatih khas oleh PAS untuk menggunakan keganasan” turut terlibat.

Mahathir turut berkata bahawa Marina tidak tercedera walaupun menyertai Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 kerana beliau mengikut “arahan”.

“Ini kerana beliau tidak cuba untuk merobohkan benteng yang dibina pihak berkuasa. Beliau duduk apabila tiba di benteng. Kalau semua pendemo ikut cara beliau, semua tidak akan cedera,” hujah Mahathir lagi.

Marina, kata ayahnya, sudah pasti tahu akan peristiwa “benteng diceroboh”, “cermin kereta polis pecah” dan “kereta polis diterbalikkan”.

Membela pihak polis yang terbukti keganasannya daripada video-video yang dimuat oleh para peserta Bersih 3.0, Mahathir berkata polis yang diberi latihan khas untuk menangani keganasan ramai “akan menggunakan apa yang diajar untuk menangani sebarang situasi.”Hrkh

Rabu, 9 Mei 2012

Skandal Shafie-Zahida: Zuraida bawa saksi utama 15 Mei

KUALA LUMPUR 9 Mei: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, saksi utama skandal Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan pelakon terkenal, Zahida Rafik akan dibawa kepada media, Selasa depan.

“Kami (KEADILAN) akan tampilkan saksi utama, Noor Azman Azemi, 38, bekas pemandu peribadi Zahida kepada media minggu depan.

“Selepas itu, laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat wang sejumlah RM1.5 juta yang diberi Shafie kepada beliau,” katanya kepada Keadilan Daily.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, bukti-bukti baru juga akan terus didedahkan, walaupun Zahida bertindak membawa kes itu ke mahkamah.

“Saya ingin tegaskan, bukan Zahida yang menjadi sasaran, tetapi sumber RM1.5 juta dari Shafie yang dipersoalkan,” tegasnya.

18 April lalu, Zuraida mendedahkan Shafie memberikan hampir RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan.

Transaksi itu berlaku pada Oktober 2011 iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011 (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000)

Beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM4 juta.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Zahida kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara.Keadilandaily

Video : Hukum Sertai Bersih 3.0 Menurut Ust Azhar Idrus



Ustaz Azhar Idrus menjawab soalan hukum menyertai Bersih 3.0, hukum provokasi, hukum terajang polis serta hukum mendoakan bala ke atas polis yang zalim.

Fitnah menggila, Pemuda PAS arah puasa 3 hari

Imbang PenuhKUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan seluruh anggotanya dan umat Islam prihatin untuk berpuasa sunat tiga hari berturut-turut bagi menangkis fitnah yang semakin menggila sejak kebelakangan ini.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, puasa sunat itu dicadang dibuat serentak di seluruh negara bermula Khamis, Jumaat dan Sabtu ini.

"Menolak dan menangkis segala fitnah jahat secara sistematik yang dilakukan kepada PAS maka kami Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan seluruh ummat Islam prihatin khasnya pemuda PAS agar berpuasa selama 3 hari berturut - turut iaitu bermula hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.

"Kemudian diakhiri dengan Munajat Perdana pada Hari Sabtu jam 8.45 malam serentak seluruh negara di kawasan masing - masing," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Fitnah menggila itu katanya sedang disasarkan terutama kepada PAS serta anggota dan pemimpinnya.

Ianya termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap 'Father of Kafir' oleh Bekas Ketua Polis Negara dan disiar pula oleh NST (gambar atas).

Selain itu, Pengarah Jabatan Amal Malaysia Johari Osman diugut dengan sepucuk surat berisi sebutir peluru hidup.

Sebelumnya anggota Unit Amal Mat Kamal Ismail telah ditangkap ekoran terlibat dengan himpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Satu lagi fitnah katanya sedang ditiupkan media arus perdana seperti TV 3 dan Utusan Malaysia yang tidak henti-henti menggambarkan kononnya Bersih 3.0 yang disokong dan disertai oleh PAS telah melakukan keganasan, memusnahkan harta benda, bermaksud menggulingkan kerajaan secara rusuhan malah turut dikait sebagai mencemarkan kesucian Tanah Suci Makkah dan Madinah

Mengulas lanjut, Nasruddin berkata, setiap markaz tarbiah PAS kawasan akan menganjurkan majlis solat hajat dan munajat perdana pada malam hari ketiga itu sebagai kemuncak program.Hrkh

Selasa, 8 Mei 2012

Video : Ceramah Pasca Bersih 3.0 DS Anwar Di Batu Caves





Ceramah Merdeka Rakyat, Batu Caves 07/05/2012

Nik Aziz is father of kafir? Apa komen Tok Guru Nik Aziz?



Bagi aku.. tindakan bekas Ketua Polis Negara melabelkan TG Nik Aziz sebagai Bapa kepada Kafir adalah satu tindakan yang keterlaluan, tidak wajar dan juga biadab!.. tapi pendapat aku tu tak penting, yang penting ialah ulasan TG Nik Aziz sendiri.. baca kat bawah.

Sebelum itu baca apa yang telah dikatakan oleh Rahim Noor sepertimana yang dilaporkan oleh Media tunggangan UMNO/BN..

Bagi memudahkan bacaan semua Semut Malaysia dah besarkan image.. baca kat bawah ni..

Full Video : Ceramah Ust Nassuruddin Daud Di Rusila Marang




KUALA TERENGGANU
- Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang memutuskan adalah haram bagi umat Islam menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada Sabtu 28 April lalu terus dipertikai.

Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Ustaz Nasaruddin Daud mempersoalkan tindakan ‘haram’ kepada umat Islam yang menuntut agar pilihan raya bersih dan adil di negara ini.

Katanya, jika rakyat menuntut agar pilihan raya yang bersih dan adil itu haram, adakah mengendalikan pilihan raya secara tipu itu ‘halal’.

“Jika tuntut pilihan raya yang bersih itu ‘haram’, buat pilihan raya secara tipu itu ‘halal’. kerajaan duduk (buat) tipu rakyat itu halal.

“Kita (rakyat) hendak tuntut supaya pilihan raya itu jadi bersih itu haram pula. Penipuan dalam pilihan raya itu halal ke?,” soalnya ketika berucap pada Ceramah Perdana Sempena Sambutan Jubli Emas, Dewan Ulama’ PAS Negeri Terengganu ke-50 di perkarangan Masjid Rusila, Marang, 6 Mei lalu.

Isnin, 7 Mei 2012

Video : Panas !!! Kumpulan Pro Dan Anti Bersih Bertembung Di Bukit Aman



KUALA LUMPUR 7 Mei: Badan bukan kerajaan (NGO) Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengetuai 27 NGO lain menyerahkan memorandum mendesak polis yang terlibat jenayah keganasan ketika mengendalikan Bersih 3.0 tampil menyerah diri untuk disiasat.

Kumpulan itu yang hadir hanya 15 wakil bagaimanapun diganggu samseng Umno yang diketuai veteran-veteran tentera dengan laungan dan herdikan kepada NGO tersebut yang menjadi tontonan polis.

Dalam keadaan agak panas apabila kumpulan NGO dan kumpulan veteran itu bertembung, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin, berjaya menyerahkan memorandum itu kepada Asisten Supretendan (ASP) Ramli Mohamed Yoosof.

PRU 13 : Tok Guru Nik Aziz dicadang tanding 2 kerusi

PAS Rantau Panjang melulus usul cawangan Banggul Setol yang mahu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding dua kerusi dalam PRU 13 iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

“Semua perwakilan bersetuju menerima usul tersebut tanpa bahas memandangkan ia selari dengan kehendak parti mengatur strategi menawan Putrajaya,” kata Abdul Fatah.

Manakala Cawangan Tiang Candi mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuh Yayasan Tanah Wakaf Pendidikan bagi membiayai pengajian pelajar-pelajar miskin di pusat pengajian tinggi.Hrkh

Video : Jangan heret ibu saya ke kancah politik - Azmin Ali




Imbang PenuhSHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan, beliau tidak pernah menderhaka kepada ibunya justeru meminta Umno supaya tidak mengheret keluarga, khusus ibunya ke dalam kancah politik.

Dalam kenyataan dikeluarkan awal pagi ini, Azmin juga berkata, institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan menerusi media.

"Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya.

"Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan ALLAH SWT dan mendapat rahmat-Nya serta beroleh kesihatan yang baik," kata Azmin.

Ahli Parlimen Gombak itu kemudian menyatakan bahawa beliau tetap sayang dan hormat kepada ibunya serta menyanjung tinggi sokongan yang diberikan oleh keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

"Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelik yang disuburkan oleh Umno dan media yang ditunggangi mereka," katanya lagi.

Kenyataan Azmin juga menyifatkan beliau tidak akan tunduk kepada tekanan fitnah daripada Umno.

Sebaliknya jelas beliau, tumpuan akan diberikan kepada usaha dan kerja-kerja parti selaku Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat PKR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangkakan bulan depan.AntaraPos

Ulama PAS seru Majlis Fatwa tidak sempitkan fatwa untuk demonstrasi

KUALA LUMPUR, 7 Mei — Ulama PAS hari ini menyeru Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan agar tidak mengeluarkan pandangan yang sempit dan melibatkan demonstrasi semata-mata, sebaliknya mengambil kira punca demonstrasi itu sendiri iaitu kepincangan sistem pilihan raya.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar), menegaskan, demonstrasi yang menjurus kepada perkara kebaikan dan tugas “amar makruf nahi mungkar” adalah sangat digalakkan dalam Islam.

“Demonstrasi menyatakan pandangan adalah berasaskan kepada kewajipan amar makruf nahi munkar yang dituntut oleh Islam,” katanya mengulas pandangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, semalam berhubung demonstrasi Bersih 3.0.

Lapan tuntutan Bersih adalah bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini yang dilihat tidak telus dalam proses pilihan raya.

Jelas Adun Manir ini lagi, “ia merupakan sebahagian tugas amar makruf nahi munkar yang mesti dilaksanakan oleh rakyat terutamanya umat Islam”.

Tambahnya, keganasan ketika insiden Bersih 3.0 tidak akan wujud sekiranya tiada provokasi daripada pihak-pihak tertentu,

“Tanpa sebarang provokosi daripada pihak tertentu demonstrasi aman tidak akan mencetuskan huru-hara,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali, pula menegaskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis

Kebangsaan diminta tidak menyempitkan pandangan muzakarah melibatkan demonstrasi yang berlaku sahaja.

Ahad, 6 Mei 2012

Panas !!! Azwan Ali Hentam Umi Hafilda Di Twitter,Berang Seret Ibunya Dalam Buletin Utama

Semakin hari semakin hangat bahang media massa sekarang bukan? Kami sahaja yang rasa begitu ataupun anda juga merasakan perkara yang sama seperti kami? Namun apa yang menarik perhatian kami hari ini ialah isu yang disiarkan oleh Buletin Utama mengenai ibu kepada Umie Hafilda, Azmin Ali dan juga Azwan Ali.

Niat kami menyiarkan berita ini bukanlah untuk melagakan mana-mana pihak, namun apa yang berlaku, bagi kami agak melampau juga, apabila Azwan Ali ‘berperang’ di laman Twitter nya kerana berang dengan tindakan Umie Hafilda yang menyeret ibunya dalam isu skandal seks Azmin Ali.

Walaupun Azwan Ali seringkali ‘meroyan’ dalam laman twitter miliknya, kali ini ia berbeza sedikit apabila beliau melenting isu ibunya dimasukkan serta memalukan nama baik ibunya dan keluarga Haji Ali. Ikuti screen shot yang kami perolehi daripada twitter Azwan Ali.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....