Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 11 Januari 2010

Zulkifli Nordin Ditegur Oleh Partinya


Ahli Parlimen PKR Zulkifli Noordin telah dinasihatkan supaya menghormati pendirian parti di dalam isu kalimah 'Allah', demikan kata naib presiden PKR Azmin Ali, lapor malaysiakini.

Ketua whip PKR itu menyatakan Zuklifli telah dipanggil oleh Ketua Umum PKR untuk meleraikan hal berkenaan di dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini.

“Setelah meltusnya isu kalimah 'Allah', pihak parti telah mengadakan perbincangan dengan Zulkifli dan tindakan telah diambil (berdasarkan kepada perbincangan itu).

“(Di dalam pertemuan itu), beliau telah mengemukakan pandangannya namun pihak parti telah memberitahunya supaya bertindak mengikut ruanglingkup Pakatan Rakyat.”

Sdr Nasir Awang sebagai SU PAS Kawasan Besut baru







PAS Kawasan Besut mengambil keputusan untuk memperkukuhkan organisasi parti melalui penyusunan semula beberapa post penting sebagai persiapan dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

Mesyuarat AJK PAS Kawasan Besut kali ke 10 pada 10 Januari 2010 telah memutuskan untuk melantik Sdr. Mohd Nassir Awang sebagai Setiausaha PAS Kawasan yang baru. Beliau dilantik ke jawatan tersebut setelah Ustaz Adam Mat Said mengosongkan jawatan tersebut ekoran perlantikan beliau sebagai Pengarah Majlis Tindakan DUN Kota Putera.

Ustaz Abd Aziz Abas yang sebelumnya diamanahkan sebagai Pengarah MTD Kota Putera telah mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan tersebut bagi memberikan laluan kepada tenaga baru bagi menggalas cabaran yang semakin kompleks di DUN tersebut. Beliau akan memberikan perhatian yang lebih kepada lajnah Tarbiyah Dan Perkaderan PAS Kawasan setelah diamanahkan sebagai Timbalan Ketua lajnah tersebut.

Perlantikan-perlantikan ini berkuatkuasa serta merta.

Kita berdoa semuga Allah SWT mempermudahkan kita dalam semua urusan perjuangan.

Sekian wassalamu'alaikum wrm. wbt.

HAJI WAN AZHAR WAN AHMAD
Yang DiPertua PAS Kawasan Besut

Rumah blogger Kickdefella ‘diserang’ dengan kapak



PETALING JAYA, Jan 11 — Blogger Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Aziz, yang sejak akhir tahun lalu dikatakan sering mengkritik kepimpinan dan campur tangan keluarga Menteri Besar Kelantan dalam pentadbiran parti dan kerajaan negeri, malam tadi dilemparkan dengan kapak besi.
Kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira 10.50 malam tadi.
Ketika dihubungi Syed Azidi berkata, beberapa lelaki yang datang dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira telah melemparkan kapak besi ke arah kenderaan pacuan empat roda miliknya yang diletakkan di ruang masuk ke rumahnya di Demit, Kota Baru.

Rombakan Kepimpinan PR di Sabah dan Sarawak

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Beberapa komponen parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR) di Sabah dan Sarawak telah melakukan rombakan kecil sebagai langkah awal parti itu untuk mendepani cabaran politik pada tahun ini.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) misalnya, menyaksikan anak tempatan di kedua-dua negeri itu diamanahkan sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri dengan Baru Bian di Sarawak dan Ahmad Thamrin Jaini di Sabah.
Ahmad ialah ahli PKR yang amat setia kepada parti selain berani berdepan dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dalam pilihan raya umum tahun lalu. Ia adalah sesuatu yang sukar untuk ditembusi mana-mana pihak khasnya di Sabah yang sering dilihat sebagai kubu kuat Umno/BN. Manakala Baru Bian pula, adalah seorang peguam dan beliau terkenal sebagai pejuang Hak Tanah Adat (NCR) di Sarawak.

Video:Malaysian Church Bombing


Video Ehsan Malaysianews

Video:Saifuddin Berjanji Akan Teruskan Kecemerlangan Sebagai S/U Agung PKR


Video Ehsan Greenboc



Pengarah Strategi, Saifuddin Nasution Ismail, sebulat suara dilantik Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, PKR berkuat kuasa 1 Februari depan.

Keputusan ini susulan Datuk Salehuddin Hashim meletakkan jawatan tersebut.

Demikian terkini diumumkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pada mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu.

Pengalaman Saifuddin sebelum ini penyandang Pengarah Strategi dan Pengarah Pilihanraya, diakui ramai memantapkan keutuhan PKR terutama menjelang PRU 13.

Saifuddin, Ahli Parlimen Machang dikenali ramai dengan hujjah berfakta sememangnya menyengat di Parlimen.

Kemampuan kerja Saifuddin sememangnya terbukti, dan mutakhir kejayaannya menyelaraskan Konvensyen Sulung Pakatan Rakyat baru berlalu.

Sementara itu, keputusan jelas menerima hasrat Salehuddin meletak jawatan berkuatkuasa 31 Januari ini, setelah berkhidmat cemerlang selama lebih 5 tahun. -TVS

Selepas keluar Hospital Dato' Seri Nizar kembali ke pentas ceramah








Bidor, 10 Jan 2010 - Dato Seri Nizar yang baru sahaja dibenarkan pulang oleh pihak Hospital pagi ini telah pun kembali kepada rutinnya iaitu kembali bertemu rakyat diseluruh Negeri Perak.Beliau telah menghadiri satu majlis makan malam anjuran Pakatan Rakyat Perak yang bertempat di Bidor yang mana sejumlah lebi dari 500 orang telah hadir bagi menunggu dan melihat pemimpin kesayangan mereka ini.

Kerajaan Terengganu Terlibat Dengan Penganjuran Demo di Batu Burok??




http://buletinonline.net/images/stories/berita19/Beruk%206.JPGKUALA TERENGGANU – Apakah benar pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu terlibat dengan penganjuran Demonstrasi atau Rapat Umum isu penggunaan kalimah Allah di Batu Burok Jumaat lalu, 8 Januari?

Persoalan ini adalah sesuatu yang amat berat untuk ditanya mahu pun kalau mahu dijawab!

Namun mungkin Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Mokhtar Nong (sekiranya masih lagi di pejabat) boleh menjawab, mengapakah kenderaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu berada bersama para demonstran pada waktu dan hari tersebut?

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....