KUALA LUMPUR, 9 Jan: Belum pun sempat Pentas Pemuda yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Titiwangsa bermula, lebih kurang 20 orang anggota polis terus menyerbu Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa kira-kira jam 7 malam tadi.
Eizat, salah s

eorang ahli Pemuda PAS Titiwangsa telah dikasari sehingga pakaian beliau koyak rabak hanya kerana enggan memberikan kad pengenalan kepada pihak polis tanpa sebab.
Beliau yang pada masa itu berseorangan, cuba melepaskan diri tetapi ditangkap dan dicekup dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.
Polis memberikan alasan bahawa ceramah yang diadakan pada malam tadi tidak mendapat permit polis walaupun ceramah akan diadakan di kawasan premis persendirian dan tidak mengikut peraturan.
Salah seorang polis yang mengetuai operasi itu, Azman pula mengatakan bahawa ceramah boleh diteruskan dengan syarat ia dibuat di dalam Pejabat Pusat Khidmat dan tidak boleh menggunakan pembesar suara kerana kononnya akan mengganggu orang lain.
Walaubagaimanapun ceramah akhirnya dapat diteruskan seperti biasa selepas wakil peguam PAS, ZulHazmi berunding sendiri dengan OCPD Zulkarnain.
Eizat juga akhirnya dibebaskan kira-kira jam 9 malam dan ketibaan beliau dengan baju yang koyak rabak di sambut dengan laungan takbir oleh pemuda-pemuda PAS.