Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 18 Disember 2012

Foto Terkini Stadium " Runtuh " Di Terengganu


Aku jumpa foto ni tersebar luas di FB geng geng Tranung.Inilah foto terkini Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang runtuh pada 2 Jun 2009 lalu.Di bahagian dalamnya begitu terbiar dan dipenuhi semak samun.

Bila agaknya ia akan dibaik pulih DISINI.Ratusan juta duit dihabiskan untuk membina stadium ini,akhirnya yang rugi rakyat Terengganu.Lambang keagungan dan kemegahan ciptaan Umno di Terengganu ~ Tinta Hijau DKB

PKR bongkar bekas pegawai tinggi polis miliki 10 aset rumah

PETALING JAYA 18 Dis: KEADILAN hari ini bongkar pemilikan aset bekas pegawai tertinggi polis pada 1999, berupa 10 unit rumah persendirian di sekitar Kuala Lumpur.

Dedah Pengerusi Biro Kepenggunaan, Yahya Sahri, aset-aset yang tidak diisytiharkan tersebut, antaranya kondominium bernilai RM400,000 dan pangsapuri kos rendah sekitar RM25,000.

“Aset-aset tersebut atas nama bekas pegawai polis itu dan isterinya. Pendedahan saya ini meliputi harta beliau di Kuala Lumpur sahaja, tidak termasuk Melaka,” katanya sambil memberi pembayang, pegawai berkenaan berasal dari Melaka.

Yahya juga mendedahkan, bukti pemilikan aset pegawai tersebut melalui carian rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan beliau mempunyai empat rumah di Taman Miharja, empat di Wangsa Maju, satu di Taman Sentosa, Petaling Jaya dan satu lagi di Desa Kiara, Damansara Utama.

“Apa yang kita persoalkan, rakyat biasa begitu sukar nak beli rumah. Jangankan kondominium, pangsapuri kos rendah pun payah, tapi seorang pegawai tinggi polis boleh begitu mudah miliki sampai 10 buah rumah,” kata Yahya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

“Justeru, kita mintak penjelasan DBKL berhubung pemilikan tersebut,” sambung beliau.Tambahnya, banyak lagi penyelewengan berhubung aset dan hartanah yang bakal didedahkan dan ini adalah siri pertama pendedahan tersebut.

“Kita akan dedahkan banyak lagi penyelewengan berhubung isu kepenggunaan, sampailah pilihan raya nanti,” jelas Yahya.KD

Video : Kerajaan akan tarik balik saman AES ???




Perkembangan terkini mungkin membawa kepada penarikan balik saman trafik yang dikeluarkan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), dengan kes-kes ditarik balik di sekurang-kurangnya dua mahkamah sejak semalam.

Masa depan negara hanya terjamin di bawah BN?

KUALA LUMPUR: PAS menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terus membohongi rakyat dengan slogan kosong.

 Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kenyataan Najib yang menyebut 'masa depan negara hanya terjamin di bawah BN' adalah satu rayuan undi penuh pembohongan luar daripada batas-batas politik sihat.

“Rakyat semakin bijak menonton kerosakan negara di tangan BN selama 55 tahun memerintah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kedudukan ekonomi rakyat yang merudum dengan hilangnya aset-aset berharga negara semuanya berlaku semasa pemerintahan BN.

Beliau menambah, Bank Bumiputera yang diwujudkan untuk membantu rakyat hilang terus di bawah pemerintahan BN.

Kini, kata beliau pemimpin negara semakin rakus memfaraidkan harta peneroka Felda dengan penyenaraian di bursa saham yang penuh dengan kontroversi.

Begitu juga, ujarnya dengan kedudukan agama dan bahasa yang semakin lemah. Semuanya berlaku dibawah pemerintahan BN.

“Soalnya mengapa begitu sekali takut Perdana Menteri akan kejatuhan BN. Kita memahami amalan demokrasi membenarkan naik dan jatuhnya sesebuah parti,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Menurutnya, jika jatuh sekalipun dalam pilihan raya terdekat, BN masih berpeluang untuk menyertai pilihan raya akan datang.

Tetapi, ujar beliau pelik apabila mereka begitu bimbang dengan kekalahan.

Justeru, kata beliau PAS ingin mengingatkan BN khususnya Najib supaya menghentikan tabiat buruk berbohong kepada rakyat kononnya hanya BN boleh menjamin masa depan negara.

“Kita juga ingin mengingatkan Najib supaya sedia untuk kalah secara terhormat kerana peluang masih terbuka di masa depan, bukannya jatuh dalam keadaan hina sebagaimana yang berlaku di negara-negara Timur Tengah,” katanya lagi.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....