Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 16 Disember 2011

Ust Nasharudin Tidak Pernah Hadir Mesyuarat Pas Pusat,Dr Hasan Ali Hanya Sekali Hadir


KUALA LUMPUR, 16 Sept: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Ustaz Nasharudin Mat Isa tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar yang lalu walaupun dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

Datuk Dr Hassan Ali pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah datang ke mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan.

Mustafa berkata demikian dalam wawancara khas dengan wartawan Harakah dan Harakahdaily semalam.

Ekoran laporan mengenainya oleh Harakahdaily semalam, pelbagai pihak menghubungi Harakahdaily dan Mustafa untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Dalam wawancara itu, Mustafa melahirkan rasa kesal dengan kedua-dua pemimpin itu dan menyifatkan mereka sejak akhir-akhirnya terperangkap dalam agenda Umno.

"Ingin saya dedahkan, dalam rekod di Pejabat Agung PAS Pusat dan Pejabat Perhubungan PAS Selangor, Nasharudin setelah tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat yang dilantik, tetapi sepanjang masa selepas dilantik hingga kini, tidak ada sekalipun beliau menghadiri mesyuarat PAS Pusat.

"Sementara Hassan Ali dari sudut di pusat kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor, sekalipun beliau tidak hadir (mesyuarat).

"Walaupun telah dinasihati supaya hadir dan saya sendiri menghubungi Nasharudin Mat Isa supaya datang mesyuarat walaupun sanggup awalnya (untuk hadir), tetapi akhirnya tidak hadir," beritahu Mustafa dalam wawancara khas itu.

Ekoran beberapa tindakan dan kenyataan kedua-duanya sejak akhir-akhir ini Mustafa membuat kesimpulan mereka terperangkap dalam agenda musuh.

"Jadi sebab itu saya buat kesimpulan berdasarkan maklumat yang saya terima dari pelbagai puhak samada sedar atau tidak kedua-dua mereka ini terperangkap dalam agenda musuh politik PAS, dan sebab itu ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS," katanya.Hrkh

Kempen ABU tumbangkan Umno bermula


PETALING JAYA: Kempen Asalkan Bukan Umno (ABU) untuk menumbangkan Umno/BN dimulakan semalam di markas PAS di Taman Melewar dekat Kuala Lumpur.

Kempen ini dipelopori oleh parti politik pembangkang dan NGO.

Berbeza dengan kempen lain, ABU turut mengetengahkan suri rumah, pekerja dan golongan pelajar.

Menurut Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia Al Jafree Md Yusop, sesi ceramah semalam menampilkan Badrul Hisham Shaharin dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan PKR, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan dan aktivis NGO Haris Ibrahim.

1, 000 orang hadir

“Mereka berceramah berkenaan banyak isu tetapi ia adalah berpangkalkan empat topik utama iaitu peningkatan harga barang, politik perkauman, Lynas dan undang-undang yang zalim seperti ISA, Ordinan Darurat dan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011,” kata Jafree.

Hampir 1, 000 menghadiri sesi ceramah ini.

Menurut Jafree, golongan suri rumah yang berceramah disitu menyatakan bahawa para penduduk di kawasan luar bandar turut menghadapi kesukaran ekoran kenaikan harga barang.

Beliau menambah bahawa kempen ABU akan diteruskan siri jelajah di setiap negeri tidak lama lagi.FMT

PAS Selangor ‘amat yakin’ Dr Hasan Ali tidak akan keluar parti

KUALA LUMPUR, 16 Dis — PAS Selangor “berkeyakinan tinggi” Datuk Dr Hasan Ali, yang menjadi tumpuan arena politik tempatan sekarang dan desas-desus bahawa akan menyertai Umno, tidak akan keluar parti Islam itu.
Pesuruhjayanya Dr Abdul Rani Osman berkata, walaupun Umno kelihatan sedang cuba memerangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor itu, tetapi sangat yakin beliau akan kekal bersama PAS.
“Saya berkeyakinan beliau (Hasan) tidak akan keluar,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Meru ini kepada The Malaysian Insider tengah hari ini.
“Apa yang kita nampak ialah ada usaha Umno untuk memerangkap, kita tengok laporan mereka di akhbar dan TV3. Tetapi saya yakin beliau tidak akan terperangkap dengan taktik kotor yang cuma dibawa oleh Umno,” kata beliau.
Dr Rani dilantik menggantikan Hasan (gambar) sebagai pesuruhjaya PAS Selangor selepas muktamar tahunan dan pemilihan pusat Jun lalu.
Bagaimanapun Dr Rani menjelaskan, sekiranya Hasan masih memutuskan untuk keluar PAS kelak, ia pasti akan merugikan pemimpin tersebut.
“Secara peribadi, saya rasa beliau tidak akan keluar. Tetapi jika, jika beliau keluar, katakan beliau keluar, (kalau nak keluar) itu hak beliau... perlembagaan tidak menghalang sesiapa dan jika beliau keluar, ia akan merugikan beliau.
“PAS pernah melalui pengalaman presiden, naib presiden keluar parti, tetapi ia hanya merugikan mereka. PAS terus bergerak, berkembang kukuh,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.
“Saya kenal Datuk Hasan, malah beliau sendiri pernah menawarkan jawatan exco hal ehwal agama kepada saya (pada 2008), tetapi saya menolak... jadi, saya masih berkeyakinan tinggi yang beliau tidak akan keluar PAS, beliau kata memperjuangakn Islam, PAS pun memperjuangkan Islam,” kata Dr Rani sambil menambah, beliau telah melantik dua orang dari badan perhubungan negeri untuk mengadakan perbincangan dengan Hasan.
“Malah saya pun sudah menghubungi kepimpinan PAS pusat mengadakan perbincangan dengan Datuk Hasan dan juga (bekas timbalan presiden) Nasharudin Mat Isa bagi mendengar suara mereka dan menyelesaikan isu semasa ini,” kata beliau lagi.

Prof Aziz Bari Tak Minat Sertai Politik

KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari menyatakan beliau enggan terjun dalam dunia politik walaupun selepas meninggalkan jawatannya sebagai pensyarah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Malah dirinya tidak pernah berniat untuk menjadi ahli politik dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13 memandangkan bidang itu
tidak ada dalam jiwanya walaupun sebelum ini banyak mengkritik tentang corak politik tempatan.“Kalau saya masuk politik saya tak boleh tengking, marah.
“Saya juga dah tak boleh dilayan sebagai profesor yang lantang memberikan pendapat,” katanya dalam Wacana Kebebasan Akademik dan Mansuh Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLSCAH), di sini malam semalam.
Beliau berkata dirinya mungkin sukar diterima jika beliau masuk politik dan menjadi ahli parti kerana khuatir kelantangannya itu akan menjejaskan kepimpinan tertinggi parti.
“Kalau jadi ahli politik kena masuk parti. Kalau cakap lebih takut nanti akan melebihi suara ketua pula,” katanya.
Sehubungan itu, dalam masa terdekat ini beliau hanya akan memberikan tumpuan kepada beberapa projek penyelidikannya dan menerima jemputan diskusi ilmiah.

Surat tunjuk sebab
Aziz Bari mengambil keputusan meninggalkan UIA pada awal Disember namun sehingga sekarang masih belum mendapat maklum balas daripada pejabat naib Canselor berhubung permohonannya itu.
Menurut beliau, UIAM juga tidak memberi respon terhadap jawapannya kepada surat tunjuk sebab yang diserahkan kepada pihak universiti pada 24 Oktober lalu.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....