Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 17 Oktober 2011

Kenyataan Dr Mahathir melucukan

KUALA LUMPUR, 17 Okt ─ Profesor Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan respons bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam kononnya kenyataan beliau tentang titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini sebagai kurang ajar adalah “agak melucukan.”

“Saya lihat pandangan itu (Dr Mahathir) agak melucukan... saya tidak tahu nak kata apa... tengok siapa yang bercakap,” kata Aziz dengan merujuk kepada perkembangan berkaitan dengan isu-isu istana ketika kepimpinan Dr Mahathir, yang juga bekas presiden Umno.

“Saya sebenarnya tidak mahu kata apa-apa, tidak mahu beri respons mengenai kenyataan Dr Mahathir ini... kita tahu siapa beliau,” kata beliau sambil menambah, semua pihak tahu pendirian Dr Mahathir dan kandungan ucapannya semasa hendak mengkaji semula kekebalan raja-raja.

“Saya hanya sentuh mengenai kaedah tindakan sultan, dan jika kita melihat ucapan dan kenyataan semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri, ia menjangkaui aspek itu, beliau telah menyentuh asas institusi diraja... tengok balik kenyataan dan ucapan-ucapan beliau,” kata Aziz.

Semalam Dr Mahathir menyifatkan kenyataan Aziz berhubung titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama “sebagai kurang ajar.”

Beliau berkata, kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu bertentangan dengan moral masyarakat timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam budaya Melayu.

“Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar,” kata Dr Mahathir dipetik Bernama.

Dr Mahathir diminta mengulas kenyataan Aziz yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Aziz dilaporkan berkata, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin Umno membuat laporan polis agar dikenakan tindakan ke atas Aziz.

Dalam kenyataannya semalam, Aziz ada memberitahu bahawa beliau sedang mengkaji dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan media lain yang menurut beliau telah memutar belit kenyataannya tentang titah Sultan Selangor.

Kata pakar perlembagaan ini, pihak-pihak terbabit sepatutnya mengulas dan menganalisis pendapat beliau, bukannya menuduh “derhaka” dan meminta pengurusan Universiti Islam Antabangsa mengambil tindakan ke atasnya.

“Saya tidak pernah menafikan kuasa Sultan sebagai ketua agama; malah saya akui kuasa itu. Saya hanya komen bagaimana kuasa itu digunakan,” kata beliau.

Aziz berkata di bawah undang-undang Malaysia tidak ada konsep derhaka atau kurang ajar.

“Tuduhan derhaka dan kurang ajar itu mahu memprovokasi masyarakat supaya membenci saya. Mereka juga putar belit kenyataan saya kononnya saya enggan minta maaf,” kata beliau lagi.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan Dr Mahathir, Aziz berkata, kemungkinan negarawan itu sudah lupa dengan apa yang beliau telah lakukan semasa menjadi perdana menteri dan presiden Umno.

“Beliau sudah lupa, mungkin sudah tidak ingat... sudah lupa,” katanya dengan merujuk kepada perkembangan kes meminda Perlembagaan Persekutuan tahun 1983 dan 1993 selain respons berkaitan dengan krisis politik Perak 2009 dan isu berkaitan dengan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor akhir tahun lalu.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....