Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 14 Ogos 2014

Krisis Selangor : Biarlah Kita Mati Dalam Jemaah ~ Adun Pas Meru

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru daripada PAS Dr Abdul Rani meminta semua rakannya terus kekal dalam jemaah atau parti dan tidak membuat tindakan bersendirian.

"Apa terjadi pun biarlah kita mati dalam jemaah," kata Dr Rani ketika dua Adun PAS membuat keputusan lari daripada kelompok PAS dan menyertai PKR dan DAP menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Tindakan mereka diambil ketika PAS Pusat dijadualkan bermesyuarat Ahad ini bagi memutuskan pendiriannya berkenaan isu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hendak disingkirkan.

Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) bertindak menyertai sidang media Dr Wan Azizah hari ini, memberikan beliau sokongan majoriti dalam DUN Selangor iaitu 30 daripada 56 ahli.

Hasnul, Saari dan Dr Rani antara pemimpin PAS yang tidak menyertai mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang diadakan di Shah Alam semalam.Dr Rani yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor sesi lalu berkata, ntara perkara pokok kenapa Rasulullah diutuskan ialah untuk melengkapkan akhlak manusia.

"Selain akhlak ketika makan dan bergurau senda, termasuk juga akhlak berjemaah dan bermesyuarat."Segala keputusan majoriti dalam mesyuarat hendaklah dituruti dan dipatuhi walaupun bercanggah dengan pendapat kita atau walau kita tidak hadir," katanya dalam satu kenyataan hari ini seperti menjawab spekulasi Dr Rani juga akan menyertai mereka kerana dia tidak hadir mesyuarat.

"Saya doakan setiap dari ahli jemaah PAS di semua peringkat muhasabah setiap tindakan kita," katanya.TMI

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ustaz... semua orang nak mati ikut jemaah yg baik tapi membiarkan keadaan menjadi lebih teruk spt sekarang, tak rasa bersalah ke? Dulu menang dlm pilihanraya ingat semua pengundi PAS saja yg pilih...yg lain tak ada. Nak buat keputusan pun ambil masa dan sgt lembap...macamana nak perintah negara?

Tanpa Nama berkata...

Ustaz yg bijaksana...kami dikpg yg brtaraf pnjat pokok gntung bndera..sntiasa pertahankan Pas bila brdepan dgn rakan umno d warong2..
tapi kini kami ditertawa oleh rakan2 umno kerna pemimpin kami seolah2 dah mnjadi umno lebih dr umno tu sendri...kenapa pemimpin tak bijak brfikir sebelum brtindak...Keputusan kluar Pas bukan nya dibayar oleh umno..siapalah kami !! Tapi dek malu sal d tertawakan oleh rakan2 umno...

iRock berkata...

Dua orang adun PAS FARAKAH PUN MEMANG HARUS, kalau tengokan kelembapan jemaah Pas. Ameno bukanlah ahli dalam jemaah, nape nak bersengkokol!

Tanpa Nama berkata...

Apabila 2 orang Adun PAS buat statement menyokong secara terbuka peralihan menteri besar, kononya tak wala', gila tala', tak ikut jemaah la etc. Yang seorang mahkluk bertaraf ulamak berjawatan timbalan menteri besar buat kenyataan sokong MB sekarang yang tak beretika tu, kita panggil apa. Dia rasa dia pandai tapi kita yang pangkah mereka dalam PRK yang lalu sebenarnya nampak kebodohan mereka. Sampai nak buat keputusan yang sangat penting untuk kesinambungan PR pun tertangguh tangguh. Macam orang berpenyakit was was tahap gaban. SELAMAT TINGGAL PAS YANG HAMPAS

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak pernah menyesal mengundi PR dalam PRK lalu dan saya tidak akan percaya UMNO BN melainkan sebagai pengkhianat semua bangsa rakyat Malaysia. Juga di masa akan datang, saya tidak akan menyesal untuk tidak mengundi PAS lagi kerana lembabnya pemimpin mereka, bongkak, sombong, tidak sedar diri yang rakyat dari pelbagai bangsa yang mengundi mereka selama ini dan bukan semata mata ahli PAS sahaja. Semoga rakyat profesional segera sedar diri bahawa kumpulan geng ustaz sedang bermaharaja lela untuk meranapkan PAS. PAS yang hamPAS akan mamPUS..mudah mudahan

bunbinban berkata...

nampaknya ostaz, dlm PAS ada dua set undang2...satu utk yg bertaraf ulamak dan berjawatan tinggi dlm hirerki kepimpinan dan satu utk di peringkat rendah. Bila Tuan Presiden PAS mendahului parti dlm membuat kenyataan maka bertepuk tangan dan berebutlah segala peringkat utk menyokong Tuan Presiden walaupun apa yg Tuan Presiden buat jelas membelakangi parti. Begitu juga, PAS memberi sokongan terbuka kepada Khalid Ibrahim yg secara jelas dan nyata engkar kepada arahan partinya tapi di masa yg sama PAS beri kata dua kepada dua adunnya yg di dakwa engkar kepada arahan parti...jadi kemana hala tuju PAS sebenarnya

Tanpa Nama berkata...

Era ini kita kena tangkas bukan lembab dlm bertindak.musuh sentiasa di depan.kita diburu,jd perlu tangkas.byk sgt tindakan kita yg merugikan kehidupan berorganisasi.tak hairan jika dua org kita membelakangkn pihak atasan.pihak atasan kita jg penyokong kuat org yg membelakangkan pihak atasannya malah bersekongkol dgn musuh.

Tanpa Nama berkata...

Jgn begitu sedara 9.57...,kita tgk dulu apa sbenarnya geng ustaz ni mahu...klu mereka masih tolol juga, dalam pemilihan calon parti utk pru akn dtg...kita tolak besar besaran...jika mereka masih terpilih juga, kita x payah kluar mengundi lgsung tp dlm masa sama kita pura2 sokong calon umno...sbb nk kutip hasil dr umno...kalau kita x kutip, yb umno bedal utk dia sorang jer...jd dr dia jer bedal, kita pun bedal sama lerrrr...politik haprakkkk belaka...wlu ada org kata tmb klatan skrg haprakkk tp aku msh sokong dia sbb x ingin umno perintah klantan yg gerenti lbh haprakk dr tmb klantan yg haprak itu...sekian

Tanpa Nama berkata...

Ustaz...PAS boleh bersendirian dan bercakap besar diri kalau ahli PAS melebihi 60% jumlah pengundi berdaftar dalam satu2 kawasan DUN, kalau setakat 40% tak payahlah gebang2 dan tidak menghargai kawan2 dalam PR dan pengundi atas pagar.
Ustaz...Dr Siti Mariah menang besar dengan sokongan ahli PAS ke?...

Tanpa Nama berkata...

Fitnah Pill kuda pun President PAS suci dan patut di taati

Tanpa Nama berkata...

Taksub macam Syiah pulak

Tanpa Nama berkata...

Yang jahanamkan harapan pengundi dan buat taik pun PAS,Contoh nya Hasan Ali, Dzulkifli Nordin, KTM2 Penang,Kedah dan ta lupa kebodohan Hadi takbir Tganu

Tanpa Nama berkata...

Aku hairan pemimpin PAS kena kutuk kaw-kaw sebab lembab, pasif dan kurang bijak tapi masih tak sedar diri. Mari kita ucapkan sayonara kepada PAS dan PRU akan datang aku tak nak lagi menyusahkan diri memenangkan PAS ini. Tengok situasi dan kenyataan pemimpin PAS dalam kes politik di Selangor, pada pendapat aku ustaz-ustaz PAS ni elok pi tadbir masjid dan surau selayaknya. Rasanya tak layak mentadbir negeri apatah lagi negara.

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan Timbalan Presiden PAS berhubung krisis politik Selangar:

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, "Bagaimana kita (PAS) boleh menyokong Khalid apabila beliau tidak lagi dalam PKR?".

"Beliau adalah seorang menteri besar Bebas sekarang. Tak ada isu lagi untuk kita menyokong Khalid," katanya ketika ditemui di Pulau Pinang hari ini.

Dalam banyak2 pemimpin PAS peringkat atasan, nampaknya Mat Sabu seorang pemimpin yang ada akal lagi berotak. Pemimpin atasan yang lain ??????
Punyalah lembab nak mesyuarat lagi seminggu sedangkan situasi di Selangor sekarang amat genting dan menyusahkan rakyat. Woi pemimpin PAS yang sokong Khalid Ibrahim, elok sangat hangpa pi masuk UMNO laaa.

Tanpa Nama berkata...

Marah,Gelojoh itu drp syaitan.Kita mengulas tanpa kita tahu fakta yg sebenarnya.adalah baik kita diam supaya kita tidak menfitnah dan mencerca orang lain.Moga kita semua dirahmati Allah dengan menjaga tutur kata kita.

cucu mamak kutty berkata...

rumah sudah dah nak roboh,cepat baiki dan bunuh makhlok perosak atau cari rumah baru

Tanpa Nama berkata...

Dalam PAS, Wala' Boleh Menghalalkan Apa yang Allah Haramkan

Menipu? Takpa kerana kita wala pada PAS bukan pada PR

Membohong? Takpa kerana kita wala pada PAS bukan pada PR

Khianat pada kawan? Takpa kerana kita wala pada PAS bukan pada PR

Bantu UMNO kekal memerintah? Takpa kerana kita wala pada PAS bukan pada PR

Ikut agenda UMNO? Takpa kerana kita wala pada PAS bukan pada PR

Fitnah? Takpa kerana kita wala pada PAS bukan pada PR

Sabotaj PR? Takpa kerana kita wala pada PAS bukan pada PR

Inilah ajaran yang diajarkan oleh ustaz2 UG dalam PAS kepada ahli2.

Tak tau ni asalnya dari agama Islam atau agama apa.

Tanpa disedari, puak2 Ustaz lepasa Al Azhar sanggup menyeleweng agama Allah semata-mata mahu mengekalkan kekuasaan mereka di dalam parti.

Mereka ini hanya menunggu balasan dan siksa dari Allah SWT kerana langkah mereka tidak jauh beza dgn ulama2 jahat sepanjang zaman.

Tanpa Nama berkata...

Sudah terang lagi bersuluh tentang perjuangan PAS sekarang. PAS sentiasa menangguk di air yang keruh.Masuk PR untuk menguatkan PAS dan bila agak PAS kuat, mulalaa lari dari PR dalam suasana PR dalam kesakitan.

Tanpa Nama berkata...

PAS dari dulu bergerak sendiri
siapa yg menangguk dinair keruh?
siapa yg beria ia ajak PAS join PR?
PAS sama sekali x akan bekerjasama dgn umno aka BN, itu sudah pasti
PAS tentu sekali perlukan semua untuk menang! tapi PAS x pernah mengubah misi n visi mereka.. sentiasa istiqamah
percaya lah semua yg berlaku ada hikmahnya
dan akan tersingkaplah semua rahsia penyokong PAS yg baru menyokong 2 penggal ini
wallahualam...

Tanpa Nama berkata...

kalau wan azizah jadi mb lagi la org sgor bengang sbb dia bkn rakyat selangor. takde calon lain ke?

Tanpa Nama berkata...

scenario politik selangor, kalau pemimpin berhutang dan jadi ketua nanti jadi tanda tanya.Mana dapat hutang dan macam mana langsai .Ini amanah, dan ia menbawa musykil kan ni bahaya.Ini jadi point pembangkang. jadi lantik lah mereka yang bebas berhutang. Tapi bagus menjadi pengajaran baki kita tak kira macam mana tinggi kedudukan kita.Semua manusia tak lepas buat salah.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....